Memaparkan catatan dengan label Jurnal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jurnal. Papar semua catatan

Rabu, 13 Julai 2011

Jadual Bulan Ini


11 Julai 2011
- Konvokesyen Ikmas
- Kuliah Tafsir di Masjid Semariang

13 Julai 2011
- Kuliah Kelebihan Ramadhan Surau Darul Falah, Semariang

14 Julai 2011
- Mesyuarat Pemilihan Tajuk - tajuk Penulisan Ilmiah Ikmas

15 Julai 2011
- Mesyuarat Postmoterm Konvokesyen Ikmas

16 Julai 2011
- Kuliah Marghrib Bersama Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam

17 Julai 2011
- Kuliah Subuh
Bersama Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam

- Ceramah Perfect Score Bersama SM Sains Kuching / Pusat Latihan Sarawak

18Julai 2011
- Kuliah Tafsir di Masjid Semariang

19 Julai 2011
- KuliahTasauf di Surau Darul Falah Semariang


20 - 23 Julai 2011

- Mesyuarat Penyelarasan Kertas Soalan Diploma di Keningau, Sabah

24 Julai
- Ceramah di Mega Hotel, Miri bersama JBS

26 - 29 Julai 2011
- Ceramah program Bina Insan kementerian Pertahanan (MINDEF)
- Ceramah program Bina Insan Kemas

28 Julai 2011
- Ceramah Di Ambang Ramadhan di SM Vokasional Matang, Kuching

Jumaat, 28 Januari 2011

TANDA KASIH DAN CINTA::

TANDA KASIH DAN CINTA::

Cabaran dan dugaan merupakan tanda kasih dan cinta Allah swt kepada hambanya. Ini kerana perhatian Sang pencipta tertumpu kepada kita kerana DIA hendak membekalkan kita dengan pengetahuan secara tidk langsung disamping mendidik kita untuk menjadi manusia yang berakhlak dengan akhlak kekasihnya Sayyidina Muhammad saw. Firman Allah swt;

“adakah kamu menyangka aku akan membiarkan mereka mengatakan bahawasanya diri mereka beriman, sedangkan mereka masih belum di uji”.

“Yaumul Ghaddap” atau hari kemarahan yang dilakukan di Mesir saat ini ( 29 Jan 2011 ) hanya mengundang peluang dan ruang kepada musuh-musuh Islam untuk mengambil kesempatan ke atas umat Islam. Kesempatan ini akan digunakan sepenuhnya musuh Islam yang mungkin akan melemparkan tuduhan Ulama keluaran Azhar melahirkan Teroris…

Amatlah sedih kita jika demikianlah yang akan berlaku kepada umat yang disayangi ini. Al-Faqir kusinjiy sering mengulangi nasihat daripada Guru al-Faqir yang mengatakan belajarlah, belajarlah, belajarlah kerana disitu bermulanya pengetahuan yang sebenar.

Ilmu agama ini tidak macam ilmu-ilmu pelajaran yang lain. Memahaminya bukan sekadar memahaminya secara tekstual seperti mana kita memahami ilmu math, fizik, kimia dan lain-lain, malah unsur-unsur barokah dan kebersihan hati ini juga meupakan elemen penting dalam memahami maksud ilmu tersebut. Ini kerana Ilmu agama merupakan ilmu wahyu yang diturunkan oleh Allah swt kepada insan yang terpilih.

Dengan memahami ilmu tersebut secara kolektif ataupun berjemaah, insya’allah kita akan melahirkan masyarakat Madani yang bertindak berdasarkan ilmu pengetahuan dan bukannya berdasarkan nafsu semata. Akibat fatal akan menunggu sekiranya umat Islam di dunia ini bertindak berdasarkan nafsu semata. Kita seharusnya menjadikan pengajaran dalam kisah Nabi Adam as, Nabi Musa as, Nabi Yunus as dan ramai lagi qisah-qisah yang dijadikan pengajaran yang sepatutnya.

'Allah Mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya' [Maidah : 54]

'Sesungguhnya Allah Mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur' [Al Shaff : 4]

'“Sesungguhnya Allah SWT memberikan dunia kepada orang yang Dia cintai dan orang yang tidak Dia cintai. Namun, Dia tidak memberikan keimanan kecuali kepada orang yang Dia cintai” [HR Al Hakim & HR Al Bayhaqi dalam Syu’ab Al Iman melaui jalur Ibn Mas’ud].'


'“siapa saja yang merendahkan diri di hadapan Allah, maka Allah akan mengangkatnya. Siapa saja yang takabur di hadapan Allah, maka Allah akan menghinakannya. Siapa saja yang memperbanyak zikir kepada Allah, maka Allah akan mencintainya.” [HR Ibn Majah melalui jalur Abu Sa’id].

'“Allah SWT berfirman, HambaKu tak henti-hentinya mendekatkan diri padaKu dengan berbagai amalan sunah hingga Aku mencintainya. Jika Aku mencintainya, maka Aku akan menjadi telinga yang membuatnya dapat mendengar dan menjadi mata yang membuatnya dapat melihat.” [HR Al Bukhari melalui jalur Abu Hurairah].

'Allah Mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya [al-Maidah : 54].

': “jika Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan memberinya ujian. Jika Dia sungguh-sungguh sangat mencintainya, maka Dia akan memilikinya.” Seorang sahabat bertanya, “maksudnya Dia akan memilikinya ?” Beliau menjawabnya, “Dia tidak akan menyisakan keluarga dan harta sedikitpun untuknya.” [H.R.Thabrani]

'“Jika Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan memberinya ujian. Jika ia sabar, maka Dia akan memilihnya. Dan jika ia rela [menerima cobaan itu], maka Dia akan menyucikannya” [HR Al Firdaws melalui jalur Ali Ibn Abi Thalib].'[H.R.Firdaus]

'“Jika Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan menjadikan sang pemberi peringatan kepada dirinya, juga sang pencegah terhadap hatinya yang akan memerintahnya dan melarangnya.” [H.R.Al-Dailami]

'”Rahmat (kasih sayang)-Ku meliputi segala sesuatu.” (al-A’raf [7]:156).

“Ya Allah, lindungilah kami daripada fitnah dunia dan azab akhirat, jauhilah kami daripada perpecahan dan pertengkaran, mantapkan iman kami dan jauhi kami daripada kesesatan akidah..” allahumma amien::

Parkcity Everlyn, 29 Jan 2011 (Bintulu)

Penutupan Amali Dakwah IKMAS 2011

Khamis, 27 Januari 2011

Majlis Penutupan Amali Dakwah Pelajar IKMAS

Berangkat ke bintulu untuk program penutupan Menyemai Bakti Amali Dakwah Pelajar Tahun Akhir IKMAS. Sempat menghadiri forum yang dilakukan oleh pelajar dengan tajuk Mengenali Insan mulia, Rasulullah saw. Setelah menyaksikan forum tersebut, beribu tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar tersebut kerana mampu untuk duduk ditengah-tengah jemaah Kmpung JEPAK. namun masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajari dalam mendepani masyarakat yang berbagi latarbelakang pemikiran.

Akan berada di Bintulu sampai 31 Januari 2011, majlis penutupan akan disempurnakan Oleh YB Datuk Talip Zulpilip. semoga perjalanan Majlis akan berlangsung dengan lancar..

Isnin, 28 Jun 2010

Al-Faqir Kusinjiy: THE RIGHT PATH DOESN’T MEAN ITS ALRIGHT

Cabaran dan dugaan dalam dakwah memang adalah rencam dalam kehidupan para duat. Merekan akan diuji dengan bermacam karenah dalam mengharungi perjalan yang serban mencabar. Ada yang diuji dengan duit, ada yang diuji dengan keluarga. Ada juga yang diuji dengan ancaman dan fitnah dan berbagi lagi. Namun bagi al-Faqir Kusinjiy, segala cabaran yang ada itu dapat diatasi dengan hadirnya rakan-rakan seperjuangan yang sanggup bersama-sama dalam menghadapi segala ujian-ujian tersebut.

Para duat sekalian, sedikit perkongsian dalam jurnal kali ini adalah di mana dalam perjuangan, hendaklah kita sentiasa bersama-sama dengan rakan seperjuangan. Hal ini sangatlah penting kerana tiada kejayaan atau kemanisan sekiranya perjuangan yang mulia ini tidak disertai dengan sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada kita. Al-faqir kusinjiy ini bersyukur kerana dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang sanggup berjuang dalam bahtera ini walaupun ianya bukanlah bahtera Perubahan Dr. MAZA… hahahaha (lain cerita).

Beberapa sirah yang menjadi panduan kepada para duat;

1. Rasulullah saw mempunyai sahabat seperti sayyidina Abu Bakr rhm, Sayyidina Umar rhm, Sayyidina Uthman rhm, sayyidina Ali rhm dan sahabat besar yang lain.

2. Sayyidina Isa as mempunyai hawariyyunnya

3. Sayyidina Musa ada pendampingnya iaitu sayyidina Haru as

4. Sayyidina Ibrahim as ada Sayyidina ismail dan sayyidina Ishaq as

Dan banyak lagi para ambiya dan auliya yang mempunyai sahabat-sahabat terdekat yang membantu dalam perjuangan dakwah mereka.

Cabaran dalam dakwah kadang-kadang akan melemahkan kita daripada untuk terus mengabdikan seluruh hidup kita kepadanya. Menyeru kepada Illahi merupakan tugas yang mulia dan hanya yang menjadi pilihan Allah swt sahaja yang akan mewarisi pekerjaan mulia ini sehingga ke akhir hayatnya. Subhanallah, kurniaan Allah swt kepada mereka yang boleh menjalankan tugas ini sehingga ke akhirnya merupakan suatu kurniaan yang akan dituai di akhirat kelak.

Al-faqir kusinjiy tadi bercerita di masjid berkenaan kitab Nasaihul Ibad, Ibnu Hajar Asqalaniy dan tafsir Surah al-Ghasiyyah (Kiamat). Banyak pengajaran yang diperolehi untuk diri al-Faqir Kusinjiy sendiri. Antaranya nasihat ahl Hikmah ;

Ada 4 perkara yang tidak baik, namun lebih buruk lagi 4 perkara.

1. Orang muda berbuat jahat adalah tidak baik, namun lebih buruk lagi orang tua yang berbuat jahat.

2. Orang bodoh yang tidak wara’ adalah tidak baik, namun lebih buruk lagi orang pintar yang tidak wara’.

3. Orang kaya yang sombong adalah tidak baik, namun lebih buruk lagi orang miskin yang sombong.

4. Orang awam yang malas beribadah adalah tidak baik, namun lebih buruk lagi Ulama yang malas beribadah.

Perkongsian berkenaan dengan surah al-Ghasiyyah di mana al-Faqir Kusinjiy dapat merasakan ancaman serta kemanisan dalam perjuangan. Kebetulan al-Faqir Kusinjiy juga menerima berita kematian seorang kenalan (junior SMBA MIS) akibat barah iaitu Allahyarham Ustaz Shahrizan Bin xxx pada tanggal 29 Jun 2010 (al-Fatihah). Allah swt berfirman;

Balasan Neraka Kepada hambanya yang Ingkar;

1. Sudahkah sampai kepadamu (Wahai Muhammad) perihal hari kiamat Yang huru-haranya meliputi?

2. Muka (orang-orang Yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,

3. Mereka menjalankan kerja Yang berat lagi berpenat lelah,

4. Mereka tetap menderita bakaran neraka Yang amat panas (membakar), -

5. Mereka diberi minum dari matair Yang menggelegak panasnya.

6. Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok Yang berduri,

7. Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.

Balasan kepada Mereka yang taat;

8. (sebaliknya) muka (orang-orang Yang beriman) pada hari itu berseri-seri,

9. Berpuas hati Dengan balasan amal usahanya (yang baik Yang telah dikerjakannya di dunia), -

10. (Mereka tinggal menetap) di Dalam syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),

11. Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan Yang sia-sia,

12. Di Dalam syurga itu ada matair Yang mengalir,

13. Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) Yang tinggi (tempatnya),

14. Dan piala-piala minuman Yang disediakan (untuk mereka),

15. Dan bantal-bantal Yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),

16. Serta hamparan-hamparan Yang terbentang.

Terakhir al-Faqir Kusinjiy ingin berkongsi dengan para duat sekalian berkenaan hadith nabi saw yang kira-kira bermaksud;

barang siapa yang bertambah Ilmunya dan kedudukannya, tetapi padanya tiada sifat wara’ maka tiada apa yang kan didapatinya daripada Allah melainkan jauhnya kedudukannya daripada penciptanya”. (HR Ahmad)

Wallahua’lam….

Isnin, 18 Januari 2010

AL-AZHAR - Mercu Kebanggaan Islam


Sejarah Penubuhan

Mengikut catatan sejarah silam , Khalifah Aziz Billah telah menubuhkan universiti Islam yang pertama di dunia iaitu al-Azhar. Lebih kurang setahun selepas pembukaan Mesir dan perasmian Kaherah sebagai ibu negara , kerja-kerja pembinaan masjid al-Azhar mula dijalankan iaitu pada 4 April 970 Masihi bersamaan 24 Jamadil Awal 359Hijrah.

Pembinaan masjid dimulakan oleh Jauhari as-Saqoli , seorang panglima di zaman Fatimiyyah.Usaha mulia ini selesai pada hari Jumaat , 22 Jun 972 Masihi bersamaan 7 Ramadhan 361 Hijrah dan merupakan hari yang pertama didirikan solat Jumaat . Pada tahun 378 H (988 M) , seorang wali kerajaan Abbasiyah di Mesir , Ya’kub bin Kals telah mencadangkan kepada Khalifah al Aziz Billah untuk menjadikan masjid tersebut sebagai Jamiah , institusi pendidikan yang menawarkan pelbagai ilmu pengetahuan . Maka bermulalah penumpuan umat Islam ke tempat tersebut dan
masjid itu dinamakan Jami’ al-Azhar .

Mercu Azan

Masjid al-Azhar mempunyai tiga mercu azan yang dibina pada tiga zaman . Setiap mercu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri hasil paduan seni tiga zaman kesultanan Islam.

Gempa Bumi di-Mesir


Satu bencana alam yang dahsyat telah berlaku pada tahun 1315 Masihi bersamaan 702 Hijrah. Al-Azhar juga kehilangan sebahagian besar binaannya ketika gempa bumi tersebut.

Kerja-kerja pembaikan dijalankan dan kali ini keluasannya bertambah beberapa kali
ganda. Pada detik inilah bermulanya pengajian di masjid Al-Azhar dan Madrasah Al- Tibrisiah.

Matlamat Al-Azhar

Pada Oktober 1798, terjadi satu pemberontakan besar yang pertama dalam sejarah Mesir. Tragedi ini berlaku di persekitaran Al-Azhar dan Hussein.
Selepas tamat krisis itu, Mesir berada di dalam keadaan aman dan nama Al-Azhar semakin mekar di jambangan dan tersebar namanya di serata dunia.

Al-Azhar pada zaman pemerintahan Ayyubiyah ( 567-648 H ) ( 1171-1250 M ) Salahuddin Yusof bin Ayyub amat menekankan pendidikan dan memperbaiki keberkesanannya. Beliau meneroka ilmu-ilmu naqli seperti Tafsir, Hadis, Ilmu Fiqh, Ilmu Kalam, Bahasa Arab dan sastera. Di samping itu , ilmu aqli seperti falsafah, mantik, sejarah,kesihatan,perubatan dan lain-lain turut diajarkan.


Pengajian Di Al-Azhar

Sejarah pengajian di Al-Azhar selari dengan sejarah jami’ah yang telah melalui liku-liku perjalanan yang masih jauh.

Pengajian dimulakan dengan menggunakan kitab I’tisar yang mengajar fiqh Syi’ah sebaik saja ia dibina pada tahun 365 H ( 975 M ). Di bawah kerajaan Ayubiyyah, Sultan Salahuddin yang telah berjaya menghapuskan pengaruh Syi’ah telah mengemas kinikan sistem pembelajaran berdasarkan mazhab Ahli Sunnah Wal Jama’ah dengan membawa masuk fiqh empat mazhab.

Al-Azhar memainkan peranan secara langsung dalam pembentukan muslimah
selepas perubahan besar undang-undang Al-Azhar pada tahun 1961.

Nama-Nama Al-Azhar

Pada peringkat pertama Al-Azhar dikenali sebagai Jami’ Kaherah yang disandarkan kepada ibu kota Mesir. Selepas daripada itu Jami’ Al-Azhar disandarkan pula namanya kepada nama salah seorang puteri Rasulullah SAW.

Menurut kajian yang dilakukan tidak terdapat jawapan yang tepat terhadap pemilihan nama tersebut kerana terdapat beberapa ikhtilaf pendapat.

Senarai Nama Syeikh Al-Azhar hingga 1417 H

1)Imam Muhammad bin Abdullah Al-Khuraisyi :
Lahir di desa Abu Khuraisyi Shubra Giza Mesir .
Usianya dari tahun 1010 – 1101H (1601-1690M )

2) Imam Abdul Baqi Al- Qulaini
Lahir di Qulain Kafr Syeikh Gharbiyah.
Syeikh Al-Azhar tahun 1120 H ( 1708 M )
Meninggal 1132 H ( 1719 M ).

3) Syeikh Muhammad Al-Hufny
Lahir di Hufnah Syarqiyah tahun 1100 H ( 1689 M ) – 1181 H ( 1767 M ).
Syeikh Azhar tahun 1171 H ( 1757 M ).

4) Syeikh Abdullah As-Syarqawy
Lahir di desa Thuwailah Syarqiyah tahun 1150 H ( 1737 M )-1227 H ( 1812 M )
Syeikh Azhar tahun 1208 H ( 1793 M )
Terkenal sebagai salah seorang anggota “Diwanul Kaherah”.

5) Syeikh Hassan Al-’Atthar
Berasal dari keturunan Moroco.
Lahir tahun 1182 H ( 1768 M ) di Kaherah.
Orang tuanya adalah pedagang rempah ratus ( ‘Atthar ).
Terkenal sebagai pemimpin ulama’-ulama’ terkenal .
Menerbitkan kitab “Al-Waqai Al-Misyriyah”
Mengadakan halaqah yang dihadiri oleh pemimpin Mesir.

6) Syeikh Abdul Rahman An-Nawawi
Lahir di Nawawi tahun 1255 H ( 1839 M )
Menjadi Syeikh Azhar tahun 1317 H hanya sebulan kerana wafat.

7) Syeikh Abul Fadhl Al-Gizawy
Lahir di desa Warraq El-Hadhl Giza tahun 1847 H – 1927 M.
Menjadi Syeikh Azhar tahun 1335 H.

8) Syeikh Mustafa Abdul Raziq
Lahir di Abu Guraq tahun 1885 H-1947 M.
Pernah menjadi “wazir Al-Awqaf ” beberapa kali .
Syeikh Azhar tahun 1945 M.

Rektor-Rektor Universiti Al-Azhar


1) Profesor Doktor Muhammad Muhammad Amir Al-Bahy Qarqar
Beliau telah di puterakan pada 3 Ogos 1905 di Muhafazoh Muhairoh .
Pada 1931 memperolehi ijazah M.A dalam bidang Adab dan Balaghoh Universiti
Al- Azhar.
Mencapai ijazah kedoktoran Ph.D dalam bidang falsafah , psikologi dan pengajian
islam di Universiti Hamburg Jerman.
Pada tahun 1961 dilantik sebagai Rektor Universiti Al-Azhar yang pertama .
Bersara pada 3 Ogos 1965.

2) Profesor Doktor Badawi Abdul Latif ‘Awadh
Lahir pada tahun 1911 di desa Al-Mamalik , Bani Suef.
Pada tahun 1934 memperolehi ijazah ‘. Merupakan lulusan M.A dalam
bidang sejarah islam.
Mendapat lulusan ijazah peringkat Ph.D pada tahun 1945.
Pernah menjadi Pengarah Islamic Center.
Memegang jawatan Rektor Universiti Al-Azhar pada tahun 1974.

3) Profesor Doktor Muhammad At-Thayib An-Naggar
Kelahirannya pada bulan Jun 1916.
Memperolehi ijazah ‘Alimiyah dari fakulti Usuluddin dan gelaran profesor dalam
bidang sejarah islam .
Gelaran Doktor diperolehi pada tahun 1946.
Melanjutkan tugas sebagai rektor Universiti Al-Azhar .

4) Profesor Doktor Ahmad Umar Hashim
Anak kelahiran Bani ‘Amir Zaqaziq pada tanggal 6 Febuari 1941 .
Lulusan ijazah Al-’Aliyah dari fakulti Usuluddin pada tahun 1967.
Meraih ijazah Master dalam bidang Hadith dan Ulum Hadith dalam tahun 1969.
Ijazah kedoktoran diperolehi pada tahun 1973.
Menjawat jawatan Dekan Fakulti Usuluddin di Zaqaziq pada tahun 1983-1987.
Menjadi wakil Rektor dalam urusan pengajaran dan mahasiswa sejak Julai 1989.
Pada tahun 1995 dilantik sebagai Rektor Universiti Al-Azhar secara rasmi
hinggalah sekarang.

Risalah Dan Prospektus Universiti Al-Azhar

Universiti Al-Azhar As-Sharif mempunyai pelbagai keistimewaan dan kunikan,
terutamanya yang berkaitan dengan pendidikan tinggi. Al-Azhar juga menyampaikan Risalah Islamiyah kepada seluruh umat manusia. Al-Azhar memainkan peranan penting dalam meniupkan api perjuangan kebangkitan tamadun Arab dari segi tradisi ilmu, pemikiran dan spiritual. Al-Azhar merupakan agen penting dalam mengutuhkan kesepaduan ilmu dan kebudayaan Islam dengan lain-lain universiti dan institusi-institusi pendidikan Islam, sama ada di sekitar dunia Arab ataupun bukan Arab. Al-Azhar merupakan agen penting dalam mengutuhkan kesepaduan ilmu dan
kebudayaan Islam dengan lain-lain universiti dan institusi-institusi pendidikan Islam,
sama ada di sekitar dunia Arab ataupun bukan Arab.

Struktur Pentadbiran Al-Azhar

i) Majlis Tertinggi
ii) Rektor
iii) Timbalan – Timbalan Rektor
iv) Setiausaha-Setiausaha

i) Majlis Tertinggi

Anggota-anggotanya terdiri daripada :
a) Rektor – yang mempengerusikan majlis .
b) Timbalan-timbalan Rektor
c) Dekan-dekan kuliah.
d) Wakil kementerian pendidikan tinggi.
e) Tiga orang anggota ( maksimum ) daripada ahli Mujamma’ Buhuth Islam .
f) Tiga orang anggota ( maksimum ) yang mempunyai pengalaman dalam hal ehwal
pelajaran di universiti Al-Azhar.

ii) Rektor


Bertanggungjawab kepada hal ehwal pentadbiran Al-Azhar sama ada Pendidikan ,
Pengurusan dan Kewangan .
Kriteria utamanya ialah pernah menduduki salah sebuah kerusi ” Ustaz ” di
universiti Al-Azhar ataupun mana -mana universiti Mesir sekurang-kurangnya bagi
tempoh lima tahun.

iii) Timbalan-Timbalan Rektor

Terdapat empat orang Timbalan Rektor berdasarkan bahagian-bahagian tertentu :
a) Hal Ehwal Pdan Pelajar .
b) Timbalan Rektor Pendidikan Tinggi dan Buhuth .
c) Timbalan Rektor Cawangan Assyut.
d) Timbalan Rektor Cawangan Banat.
Mereka membantu dalam urusan pentadbiran universiti dan menggantikan tempat
Rektor semasa ketiadaan beliau.

iv) Setiausaha-Setiausaha

Bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Kewangan dan Pengurusan dibawah seliaan
Rektor dan Timbalan-Timbalannya . Terdapat empat orang setiausaha , iaitu :
a) Setiauasaha Pembantu Universiti
b) Setiausaha Pembantu
c) Setiausaha Cawangan Assyut.
d) Setiuasaha Cawangan Banat.
Mereka dibantu oleh sebelas orang Pengetua- Pengetua jabatan.

Fakulti-Fakulti Di Al-Azhar

Pendidikan Tinggi di Al- azhar berdasarkan Peraturan 103 tahun 1961 M merangkumi tiga fakulti asas iaitu :
a) Bahasa Arab
b) Syariah Wal Qanun
c) Usuluddin

Peraturan tersebut telah dipinda berdasarkan perkembangan semasa.
Al-Azhar terus mengorak langkah dengan menambahkan fakulti-fakulti baru
termasuklah perubatan, kejuruteraan, pertanian, dan perniagaan.
Sehingga kini terdapat 52 buah fakulti di universiti Al-Azhar.

1) Fakulti-Fakulti Siswa

A) Kaherah

i) Usuluddin
ii) Syariah Wal Qanun
iii) Bahasa Arab
iv) Pengajian Islam Dan Bahasa Arab
v) Dakwah Islamiah
vi) Tarbiah
vii) Bahasa-Bahasa Dan Terjemahan
viii) Sains
ix) Perubatan
x) Farmasi
xi) Perubatan Gigi
xii) Kejuruteraan
xiii) Pertanian
vx) Perniagaan
vxi) Maahad Pengajian Komunikasi

B) Cawangan-Cawangan


1) Kawasan Selatan

i) Usuluddin Dan Dakwah di Assyut.
ii) Syariah Wal Qanun di Assyut.
iii) Bahasa Arab di Assyut.
iv) Perubatan di Assyut.
v) Perubatan Gigi di Assyut.
vi) Farmasi di Assyut
vii) Sains di Assyut
viii) Pertanian di Assyut
ix) Bahasa Arab di Jerja
x) Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Qana
xi) Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Aswan

2) Kawasan Utara


i) Usuluddin dan Dakwah di Tanta
ii) Syariah Wal Qanun di Tanta
iii) Ulum Al-Quran di Tanta
iv) Usuluddin dan Dakwah di Zaqaziq
v) Bahasa Arab di Zaqaziq
vi) Usuluddin dan Dakwah di Shibinkom
vii) Bahasa Arab di Shibinkom
viii) Syariah Wal Qanun di Damanhur
ix) Bahasa Arab di Itai Barut
x) Syariah Wal Qanun di Tafhana Al-Asyraf – Daqhaliyyah
xi) Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Dasuk
xii) Usuluddin dan Dakwah di Mansurah
xiii) Bahasa Arab di Mansurah
vx) Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Dumyat ( baru )

2) Fakulti-Fakulti Siswi

A) Kaherah

i) Pengajian Islam dan Bahasa Arab
ii) Pengajian Kemanusiaan
iii) Perubatan
iv) Sains
v) Perniagaan
vi) Farmasi

B) Cawangan-Cawangan


1) Kawasan Timur


i) Pengajian Islam di Assyut
ii) Pengajian Islam dan Bahasa arab di Suhaj

2) Kawasan Utara

i) Ekonomi Rumah Tangga di Tanta
ii) Perniagaan di Tafhana Al-Asyraf
iii) Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Mansurah
iv) Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Iskandariah

Pengajian Di Al-Azhar

Pengajian di Al-Azhar terpelihara daripada unsur percampuran antara mahasiswa
dan mahasiswi. Kemasukan tidak berdasarkan faktor keturunan
Pengajian berjalan diatas sistem semester kecuali fakulti pertanian yang
berdasarkan dua penggal pengajian sahaja.

Peperiksaan di Al-Azhar dijalankan mengikut peringkat -peringkat yang telah
ditetapkan.

Syarat-Syarat Kemasukan Bagi Pelajar Luar Mesir

1. – Mereka yang mengikuti pengajian di Maahad-Maahad Al-Azhar atau Maahad
Ghizzatuddin disyaratkan memperolehi sijil Thanawi Al-Azhar.
- Sekurang-kurangnya markah kelayakan minimum serta memenuhi kuota
pengambilan yang telah ditetapkan.
2. – Pelajar yang mempunyai sijil Thanawi dari Maahad Bu’uth Islam atau setaraf
dengannya.
3. – Pelajar yang memperolehi sijil Thanawi Am atau yang setaraf dengannya.
- Calon yang mendapat biaya pengajian daripada kerajaan Mesir, layak memohon
masuk dengan mengambil kira keadaan berikut:
3.1: Pelajar bukan dari negara-negara Arab yang berminat memohon masuk ke
fakulti-fakulti pengajian Islam dan bahasa arab layak memohon
berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.Hal yang sama turut
disyaratkan kepada pelajar dari selatan Sudan.
4. – Pelajar yang memperolehi sijil pengiktirafan (mu’adalah) bagi tahun-tahun
tertentu layak memohon berdasarkan kritiria yang telah ditetapkan oleh lujnah
pengiktirafan Universiti Al-Azhar.

Pengiktirafan Akademik Yang Dikeluarkan Oleh Universiti

1. Ijazah Pertama
Dikenali sebagai Bachelor Of Art ( B.A ) dan mengambil masa antara tiga hingga
lima tahun mengikut fakulti.

2. Diploma Pendidikan Tinggi
Terbuka kepada semua lepasan yang telah menghabiskan peringkat Ijazah pertama
(B.A) tanpa mengira pangkat yang diperolehi.
-Calon-calon yang memohon mestilah telah berpengalaman dalam bidang yang
berkenaan selama dua tahun.
- Peringkat ini mengambil masa selama dua tahun pengajian atau empat semester.
- Al-Azhar juga menerima kemasukan lepasan B.A daripada mana-mana Institusi
Pengajian tinggi yang diiktiraf sama ada di Mesir atau di luar Mesir untuk
mengikuti pengajian peringkat Diploma di sini.

3. Peringkat Pengkhususan ( Master )

Sekurang-kurangnya pangkat jayyid pada peringkat B.A di Universiti Al-Azhar.
- Sesetengah fakulti mensyaratkan pemohon perlu menghabiskan setahun ( atau dua
tahun ) selepas B.A sebagai syarat kelayakan.
- Sesetengah fakulti juga menerima kemasukan lepasan Diploma pendidikan tinggi
dengan sekurang-kurangnya pangkat jayyid jiddan.

4. Peringkat Doktor Falsafah ( PhD )
Calon yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ini disyaratkan memperolehi
ijazah M.A dalam bidang-bidang pengkhususan tertentu.
- Calon buklepasan M.A Al-Azhar perlu menghabiskan beberapa pengajian
daripada kurikulum tertentu.
- Sesetengah fakulti mensyaratkan sekurang-kurangnya pangkat jayyid atau jayyid
jiddan.
- Calon wajib menyediakan tesis ( kajian ilmiah ) asli yang belum dikeluarkan oleh
mana-mana pihak sebelum ini.
- Tempoh minimum ialah dua tahun dan boleh meningkat kepada empat atau enam
tahun berdasarkan fakulti-fakulti dan situasi-situasi tertentu.

Sabtu, 18 Julai 2009

Dalam kenangan.. Al-Fatihah: Tuan Guru Awang Pon Bin Sebon



ENGKAULAH GURU, TEMAN, PEJUANG, AYAH DAN TAULADAN.. Kembali kerahmatullah Pada Hari Sayyidul Ayyam (Jumaat), Ba'da Asar, 17 Julai 2009 / 25 Rajab 1430H

Hanya Allah yang mengetahui, sehingga saat ini setelah mendengar khabar pemergian ayahanda Tuan Guru Awang Pon Bin Sebon, hatiku hancur kerana pada saat aku hendak menghadiri Mesyuarat Majlis Syura ABIM, di dalam kapal terbang, aku mencari-cari masa untuk mezirahi beliau setelah mesyuarat nanti. Ingin ku Khabarkan kepadanya, aku mengikuti jejaknya, membawa tanggungjawab Yang Dipertua ABIM Sarawak, serta ingin juga untuk memninta nasihat sebagaimana kebiasaan.

Namun, Allah menghendaki yang lain, Bersama Tuan Hj. Yusri, Dr. Amran dan menyusul Sdr Hilmi (Presiden PKPIM), Kami menziarahi ayahanda Tuan Guru. Deraian airmata Saudara Presiden ABIM, Tuan Hj Yusri Bin Mohammad, ketika menatap untuk kali terakhir ayahanda tuan guru, menambahkan kesedihanku.sebegitu ramai anak muridnya, aku salah seorang yang terpilih untuk mencium dahinya sebelum beliau dimandikan dan disemadikan di permakaman abadi. Namun wajahnya tenang, memiliki ciri ciri mukmin yang digambarkan dalam surah al-Fajr: ayat 27 - 30

Jenazah Ayahanda Tuan Guru

"(setelah menerangkan akibat orang-orang Yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan Bahawa orang-orang Yang beriman dan beramal soleh akan disambut Dengan kata-kata): "Wahai orang Yang mempunyai jiwa Yang sentiasa tenang tetap Dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu Dengan keadaan Engkau berpuas hati (dengan Segala nikmat Yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) "Serta masuklah Engkau Dalam kumpulan hamba-hambaKu Yang berbahagia "Dan masuklah ke Dalam SyurgaKu! "




Kami AKan merinduimu, dan kami berjanji akan meneruskan perjuanganmu.. Segala kebaikan kami, pasti engakau akam memperolehi ganjarannya wahai Guru kami.. amien..

Khamis, 25 Jun 2009

Manusia lebih suka melihat kepada Matahari daripada Melihat Diri - AKU TAK PAHAM??? Padahal Mukallaf

Manusia merupakan makhluk ALlah swt yang telah diberikan kesempatan olehnya untuk mengabdikan diri mereka kepada-Nya. Namun ada manusia yang lalai serta terlupa atas apa yang telah mereka dipertanggungjawabkan.

Sifat manusia yang mudah terlupa ini diabadikan oleh junjungan mulia baginda Sayyidina Muhammad dalam hadithnya
" Setiap Bani Adam itu pasti melakukan kesilapan, maka sebaik-baik mereka yang berlaku silap adalah mereka yang bertaubat".

Semua manusia tidak terlepas daripada melukan kesilapan, namun adalah suatu yang JAHAT sekiranya kesalahan yang dilakukan dengan berulang-ulang oleh individu yang sama, dan tidak pernah menyesali kesilapan yang mereka lakukan.

Saya juga adalah orang yang tidak terlepas daripada permasalahan ini, namun alhamdulillah, pesan-pesan dari guru-guruku sentiasa tersemat didalam hati. sekiranya saya kemuskilan, maka saya akan menghubungi mereka atau datang kepada mereka untuk meminta nasihat ataupun panduan. Satu perkara yang saya pelajari adalah, ikatan antara guru dan murid tidak hanya sekadar pertalian CGPA ataupun lulus ujian sahaja, tetapi hubungan hati ke hati. Maka sekiranya saya melakukan kesilapan, maka saya akan terus ditegur oleh mereka.

Misal dipejabat ataupun organisasi saya, banyak sekali lulusan agama yang ada. Namun, masih ada yang mempunyai sifat sayyiah (buruk) yang mana saya tertanya-tanya, apakah beliau tidak melakukan muhaabah diri mereka?????? Padahal, menjadi penceramah jemputan, dikenali orang sebab kehebatan kata-kata ataupun kedudukan, menjadi penasihat yang berbagai, tapi.... dirinya kosong. Maksudnya, pada diri mereka itu tidak apa yang keluar dari mulut mereka, malah lebih dasyat daripada mereka yang tidak berilmu.

Allah swt berfirman,
'Wahai orang yang beriman, kenapa kamu tidak melakukan apa yang engkau katakan. Amat besarlah kemurkan Allah kepada mereka yang berkata, tetapi tidak melakukan".


Dalil Yang jelas lagi terang...

Mudah-nmudahan mereka membaca entri ini. Mereka yang terasa, mudah-mudahan banyak melakukan intropeksi (Muhasabah)kerana kita adalah golongan tempat bertanya serta meluahkan serta tempat untuk meminta pandangan.

Kita Solat, tapi belum tentu solat kita diterima Allah,
Kita berzakat, belum tentu sifat Riya' terlepas dari dalam hati kita,
Kita menasihat, namun belum tentu nasihat yang kita berikan bermanfaat buat diri kita,


Saya berdoa, mudahan Allah swt memudahkan urusan saya serta sentiasa membimbing saya, barokah daripada ilmu guru-guru saya serta keikhlasan mereka dalam mengembangkan wawasan dakwah mereka.

Banarlah kata-kata Sayyidina Muhammad Rasulullah saw;
" Aku tidak takutkan orang-orang kafir yang melakukan kejahatan terhadap agama, kerana mereka itu jelas dan terang memusuhi agama Allah, namun yang aku khuatirkan adalah, ahli-ahli agama yang akan memutarbelitkan agama atas nama agama. Kerana mereka itu bertopengkan agama (merosakkan Agama atas Nama agama)."

AKhir kalam, Doa dan Salam perjuangan utuk Ustaz Zamihan al-Ghari dalam usahanya membenteras Geng2 PAK WAHAB - dan semoga mereka yang suka melakukan perkara seperti Fitnah, mengumpat, mengutuk orag, sudah-sudah lahh.. kita orang agama, takkan kita tidak tahu, Allah swt selalu memerhatikan kita..

Dan panjatkan doa untuk kesembuhan Tuan Guru Hj. Awang Pon Bin Sebon. semoga disegarakan kesembuhan ke atas beliau - Amien..


Wallaua'lam..

Khamis, 11 Jun 2009

BAHASA INGGERIS SEBAGAI SYARAT WAJIB LULUS SPM???? Hampeh...

Anak Sebagai Saham Akhirat kita, Jangan mensia-siakan mereka

Assalamualaikum..

Belum selesai isu PPSMI, sekarang buka lagi suatu isu yang akan menjadi perbicaraan yang tidak akan berkesudahan. Namapak macam telus niat Timb. PM kita dalam mengutarakan pandangan serta meminta rakyat respon berkenaan perkara tersebut, tapi apakah kesudahannya selepas ini????

KENAPA MASIH BELUM ADA MENTERI YANG MENGUTARAKAN KEPERNTINGAN PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI SYART LULUS SPM ATAUPUN MENJADI SYARAT UTAMA WAJIB TAHU BAHASA ARAB????
KENAPA???

Kerana buta agama masyarakat kita menjadi hancur dari segi moralnya, jatuh akhlak dan keperibadian dirinya sebagai seorang manusia. Kerana nak jadi macam org barat, masyarakat kita semakin terhakis budaya islaminya.

Kalau pihak NUTP risau akan terhakisnya minat anak-anak muda dalam memperdalami Bahasa Melayu dek kerana bahasa Inggeris... APA PULA AKAN JADI DENGAN AL-QUR'AN DAN BAHASA ARAB???? Kata Negara Islam, kata nak jadikan Negara "baldatu tayyibatun".. mana buktinya kesungguhan dalam nak melaksanakan dasar tersebut. dalam bidang pendidikan sahaja, pendidikan Agama islam dianggap sebagai mata pelajaran kurang popular. Mudah lulus, tak payah ditekankan. Sakadar lulus ujian, kholas / selesai..

Dalam isu ini, saya cuma nak memberi pandangan bahawasanya, agama merupakan tiang utama dalam kehidupan manusia. nabi saw sendiri mengigatkan kita dalam sabdanya;

"Berikanlah pendidikan kepada anak-anak kamu atas tiga perkara, (1) Mengasihi Nabi Kamu (yakni Nabi Muhammad saw). (2) Mengasihi ahli keluarganya. (3)Membaca al-Qur'an". (Riwayat Dailami daripada Ali kwj)

Dengan jelas penegasan Nabi kita mengarahkan kita menjurus kepada agam,a sebagai asas pendidikan anak-anak kita. Nah, sekarang yang menjadi pertanyaan, kenapa harus menghalakan pendidikan kita berkiblatkan barat???? Tidak ada niat sedikitpun dalam diri saya menyatakan salah untuk menghalakan ke arah barat, TETAPI SELESAIKAN DULU MASALAH FARDHU AIN KITA YANG MENJADI KEUTAMAAN UTAMA MENDIDIK ANAK-ANAK DALAM USAHA MENTARBIYYAH ANAK MENJADI INSAN YANG BERJIWA ISLAM..

Sekadar lontaran pandangan untuk difikirkan bersama...

Maaf Atas Kesibukan


Assalamualaikum..
Sudah lama sy tidak menulis dalam blog.. bukan kerana malas, tapi ujian Allah swt, menarik sebentar nikmat internet pada diri sy mnyebabkan keadaan ini berlaku. banyak sekali isu yang terpapar, dan teringin sekali nak respon berkenaan isu-isu tersebut, Insya'allah akan diutarakan sedikit masa lagi..

Sabtu, 2 Mei 2009

TAHNIAH ABUZAR & SURIANA ... welcome to the Club..

Hari ini, 2 Mei 2009, ana dan hisham datang ke majlis walimah sahabat seperjuangan Saudara Abuzar Zaifaruddin dan Suriana Zahedi di kampung Hulu, Gedong. Alhamdulillah, seronok kerana diberikan kesempatan oleh Allah swt untuk pergi menziarahi sahabat pada hari istimewanya.

Datang dengan ditemani oleh isteri masing-masing serta anak, amatlah membahagiakan. inlah masanya kami meluangkan masa bersama serta mengadiri majlis kesyukuran. Berkeluarga mempunyai seribu satu rahsia dan keistimewaannya. Syaitan sangat benci dengan mereka yang berkeluarga. kerana berkeluarga telah menutup separuh pintu zina daripada berlaku.



Melihat karenah anak-anak, masya Allah, walaupun penat, merekalah permata hati kami. Motivasi ini memberikan semangat untuk melaksanaakan program. Membantu masyarakat, membina syakhsiah serta meneruskan agenda perjuangan Dakwah, hasil daripada motivasi anak-anak serta dukungan daripada keluarga..

Muhammad Jibril Hakiem

Muhammad Khaliff Asyraff

Kita sama-sama mendoakan mudah-mudahan, walimah ini mendapat keberkahan serta keredhaaan daripada Allah swt.. Amien. keluarga sebagai penguat semangat perjuangan. Maka kita didiklah isteri dan anak-anak kita untuk menjadi manusia yang mengenali Allah swt, serta mencintai Rasulullah saw, para sahabat serta Auliyanya juga para Ulama'. Mudah-mudahan keluarga kita akan menjadi suatu jambatan yang akan memudahkan kita ke Syurga ALlah swt kelak.

Firman Allah swt;

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada Api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya adalah Malaikat-Malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah swt terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan".

Khamis, 16 April 2009

TERUSKAN PERJUANGAN


dari kiri: Sdr. Khairul Anwar Shazali, YDP PERKEPIS 2009/2010, Ustaz Hasfa Bakhri Hassan, Timbalan YDP ABIM Sarawak dan Sdr. Syeed Abdul Hamid Wan Yusuf, mantan YDP PERKEPIS 2008/2009 (Foto drd Laman blog perkepis)

Kita tidak sempurna, tetapi kita mencuba..
Kita Insan Biasa, nemun mempunyai semnagat luar biasa..
Kita tahu diri, Namun sering berdoa minta dijauhkan sifat lupa diri..


Barisan pemimpin pelapis Dakwah Sarawak

Andai kita tumbang, masih ramai yang ingin menyumbang..
Andai kita mati, namun ramai yang teguh berdiri..
Teruskan mneyambung tradisi, kerana inilah riaLITI,
Teruskanlah perjuangan ini, hingga sampai bertemu mati...

Ahad, 29 Mac 2009

PERKEPIS: Permata Sarawak Yang Melahirkan Belia Berjasa


Barisan Pemimpin Akan datang, Muda Intelek Dan Bertakwa

Tatkala aku melihat adik-adikku dalam PERKEPIS, aku merasa bangga kerana memiliki adik -adik yang membesar dalam organisasi perjuangan dakwah. aku merasakan mereka lebih mengahayati perjuangan Dakwah berbanding SEGELINTIR (bukan semua), sahaba-sahabat pejabatku di JAKIM. memeang berbeza, orang -orang yang mengaku pendakwah, tetapi bergerak atas kapasiti tugas rasmi dan gaji semata, maka jangalah mengharapkan hasil yang luar biasa, berbanding mereka yang benar-benar berjuang ikhlas kerana ALlah swt. maka tidak hairanlah pada hari ini isu murtad kembali menghiasi dada-dada akhbat di Malaysia.

walaupun kadang-kadang letih dengan karenah mereka yang ada waktunya menguji kesabaranku, namun menreka ini sewajarya mendapat 'acunga Jempol' kerana usaha mereka yang tidak mengenal erti lemah, malas, claim overtime dan lain-lain lagi. Dan kalaulah aku menjadi Perdana menteri, pastilah adik-adikku ini ku berikan kepercayaan untuk membantu aku dalam mentadbir dan mengurus manusia yang ada dunia amnya dan di Malaysia khususnya.

sekali lagi, TARNIAH BUAT ADIK-ADIK PERKEPIS atas kejayaan menganjurkan Muktamar PERKEPIS pada kali ini... TERUSKAN PERJUANGAN ANDA, SESUNGGUHNYA ALLAH SWT MENILAI ANDA... Amien.

Sedikit Info tentang PERKEPIS:

Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) merupakan sebuah persatuan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1997 dan didaftarkan secara sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Negeri Sarawak .Persatuan ini ditubuhkan oleh pelajar dan untuk pelajar. Tujuan penubuhan untuk menjaga kepentingan dan kebajikan pelajar Islam di Sarawak serta mewakili suara umum mereka terhadap isu-isu yang berkaitan dengan kebajikan pelajar Islam Sarawak. Penubuhan PERKEPIS bermula pada tahun 1997 dengan sekelompok kecil pelajar universiti yang telah melihat akan keperluan kepada wujudnya sebuah pertubuhan pelajar Islam di Sarawak. Daripada saat itu PERKEPIS terus berkembang dengan penyertaan para pelajar daripada pelbagai institusi pengajian dan sekolah di sekitar Kuching khususnya.

Selasa, 24 Mac 2009

FORUM MAULIDUL RASUL ABIM


Gambar Ahli Panel Forum ABIM Di Masjid BDC sumbangan Tuan Guru Awang Pon Bin Sebon,

Alhamdulillah, Angkatan Belia islam Malaysia (ABIM Sarawak) telah mengadakan Forum semperna Maulidul Rasul Di Masjid BDC pada 20.3.2009. Ahli Panel adalah terdiri daripada Ustaz Khalidi Bin Ibrahim (mantan TYDP ABIM Sarawak), Timbalan Presiden ABIM, DR. Mohd. Farid Bin Shahran dan pengerusi Forum tersebut adalah ana sendiri selaku TYDP ABIM Sarawak.

Forum yang berjalan dengan lancar mengutarakan banyak isu terutama Isu berkenaan bid'ah menurut perspektif Ahli Sunnah Wal Jamaah dan sekaligus menolak pandangan Wahabi yang mentakfirkan mereka yang menyambut maulidul rasul. Us. kalidi banyak menerangkan berkenaan pandangan para Ulama' darihak kemulian rasulullah saw dan kewajipan memuliakan Rasulullah saw.

Tuan Guru Al-Mukkarram, Ustaz Awang Pn Bin Awang Sebon pun turut dalam majlis tersebut, cuma tidak dapat mengikuti sehingga akhir atas sebab kesihatan. Pihak penganjur dimaklumkan bahawa, beliau sebenarnya baru balik daripada Hospital, namun, beliau tetap mahu hadir ke majlis tersebut atas dasar sokongannya terhadap Dakwah.

Dr. fadir Shahran pula banyak membincangankan berkenaan fahaman mazhab wahabiyah yang menolak kebanyakan amalan para ulama' serta juga membincangan banyak hal berkenaan Isu Palestin.

Majlis turut diserikan dengan persembahan Maulid Oleh Kumpulan THE SHOLAWAT pimpinan ustaz Afif.

Selasa, 17 Mac 2009

Kisah dari Pengalaman: Orang Agama Terutamanya kena baca nie..


Aku hairan melihat ada sesetengah dikalangan orang-orang agama memiliki sifat mazmumah yang mana ianya menjadi tabiat... maksud aku, sifat tersebut yakni mazmuumah / sayyiat ini telah sebati dalam diri mereka. Padahal mereka ini merupakan orang-orang yang diberikan kefahaman beragama.. Aku tidak nafikan manusia sepertimana baginda saw bersabda.

"Setiap anak Adam itu pasti akan melakukan kesalaha. sebaik-baik mereka yang melakukan kesalahan adalah mereka yang mahu bertaubat".

Yang menghairankan aku, tabiat ini secara sedar tidak sedar, telah menjadi Fardhu Ain bagi mereka. Astagfirullah... Aku sendiri,tidaklah sempurna untuk menulis hal ini, tetapi aku merasakan ianya suatu perkara "Ta'muru na bil ma'aruff". Disamping juga aku selalu berdoa dan bermujahadah untuk tidak melakukan perkara-perkara tersebut. Mudah-mudahan Allah istiqamahkan aku dalam amalan seperti ini.. amien

Memiliki sifat tersebut, merupakan ciri-ciri munafiq yang membawa kepada azab Allah swt. kita berdoa agar, dijauhkan daripada sifat tersebut.. amien.

Mudah-mudahan tips dibawah dapat memuhasabah kawan-kawan kita yang memiliki sifat tersebut.. Opps, termasuk AKU sendiri..

Macam-macam arti penyakit hati dan sifat buruk manusia :

1. Iri Hati
Iri hati adalah suatu sifat yang tidak senang akan rizki dan nikmat yang didapati oleh orang lain dan cenderung berusaha untuk menyainginya. Iri hati yang diperbolehkan dalam ajaran islam adalah iri dalam hal berbuat kebajikan, seperti iri untuk menjadi pintar agar dapat menyebarkan ilmunya di kemudian hari. Atau iri untuk membelanjakan harta di jalan kebenaran.

2. Dengki
Dengki adalah sikap tidak senang melihat orang lain bahagia dan berusaha untuk menghilangkan nikmat tersebut. Sifat ini sangat berbahaya karena tidak ada orang yang suka dengan orang yang memiliki sifat seperti ini.

3. Hasut / Hasud / Provokasi
Hasud adalah suatu sifat yang ingin selalu berusaha mempengaruhi orang lain agar amarah / marah orang tersebut meluap dengan tujuan agar dapat memecah belah persatuan dan tali persaudaraan agar timbul permusuhan dan kebencian antara sesama.

4. Fitnah
Fitnah lebih kejam dari pembunuhan adalah suatu kegiatan menjelek-jelekkan, menodai, merusak, menipu, membohongi seseorang agar menimbulkan permusuhan sehingga dapat berkembang menjadi tindak jenayah pada orang lain tanpa bukti yang kuat.

5. Buruk Sangka
Buruk sangka adalah sifat yang curiga atau menyangka orang lain berbuat buruk tanpa disertai bukti yang jelas.

6. Khianat / Hianat
Khianat adalah sikap tidak bertanggungjawab atas amanat atau kepercayaan yang telah dilimpahkan kepadanya. Khianat biasanya disertai bohong dengan menabur janji. Khianat adalah ciri-ciri orang munafik. Orang yang telah berkhianat akan dibenci orang disekitarnya dan kemungkinan besar tidak akan dipercaya lagi untuk mengemban suatu tanggung jawab di kemudian hari.


Tips Cara Menghilangkan Penyakit Hati - Iri, Dengki, Fitnah, Hasut, Prasangka Buruk, Berkhianat, Dl

Berbagai jenis-jenis atau macam-macam penyakit hati telah dijelaskan seperti iri hati, dengki, hasud, suudzon, khianat, dan lain sebagainya. Penyakit-penyakit ini apabila tidak ditangani dengan baik akan berakibat buruk pada diri kita. Seperti halnya sakit pada organ tubuh / fizik kita, penyakit hati yang berupa sifat perilaku buruk bisa diobati / disembuhkan dengan ubat hati.

Berikut ini adalah beberapa obat untuk menyembuhkan penyakit hati kita :

1. Tidak Banyak Bicara

Terlalu banyak bicara dapat membuat hati kita menjadi keras. Berbicaralah yang tidak penting secukupnya dan hindari menjadi orang yang bercakap besar, tukang bohong, ghiba dan lain sebagainya. Banyak bicara dalam kebaikan boleh-boleh saja seperti untuk mengajar, petugas pelayanan, bicara biasa dengan teman, tetangga, keluarga, dan lain sebagainya.

2. Menjaga Emosi Dan Nafsu

Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh karena itu kita sebaiknya selalu menjaga emosi kita agar tidak menjurus ke penyakit hati. Beberapa contoh nafsu yang harus kita tundukkan antara lain seperti nafsu akan harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu jabatan, nafsu marah, nafsu mewujudkan impian, dan lain sebagainya. Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunah maupun puasa wajib ramadhan.

3. Selalu Mengingat Allah SWT

Ada beberapa cara untuk dapat selalu mengingat Allah SWT yaitu seperti dengan rajin solat baik solat wajib lima waktu, solat tahajud, solat dhuha, solat malam, dan lain-lain. Selain itu zikir, doa dan mengaji atau membaca al-qur'an juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati. Diharapkan dari mengingat Allah SWT kita menjadi takut atas ancaman Allah SWT jika kita melakukan dosa yang disebabkan oleh penyakit hati dan perbuatan maksiat.

4. Bergaul Dengan Orang Saleh / Soleh

Dengan berteman dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati hanya akan menulari kita dengan penyakit-penyakit itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah. Salah pergaulan juga dapat menambah dosa akibat perbuatan maksiat yang baik disadari atau tidak telah kita lakukan. Lain hal apabila kita bergaul dengan orang shaleh yang selalu menjaga dan membatasi diri dalam pergaulan agar mereka tidak terjerumus dalam maksiat.

Semoga KITA selalu terhindar dari penyakit hati, serta masalah yang disebabkan olehnya.

Isnin, 9 Mac 2009

Kecelaruan Puak Tajdid: Suatu lagi label untuk Ulama Nusantara


ISLAM DI ALAM MELAYU, BUKAN ISLAM TRADISIONAL

Suatu penulisan oleh seorang agamawan mendakwa bahawasannya Islam yang di amalkan oleh masyarakat melayu merupakan Islam tradisonal yang dibawa oleh ustaz-ustaz dan tok-tok guru terdahulu. Dengan selambanya, dia menuduh apa yang diamalkan oleh masyarakat alam melayu ini merupakan pembawaan yang bid’ah-bid’ah sesat yang perlu dimurnikan serta membawa kepada kecelaruan pemikiran masyarakat setempat.

Penulis ini mendakwa bahawasanya, dengan melabelkan Islam tradisional ini merupakan pembawaan arus perdana dalam masyarakat melayu yang harus ditinggalkan kerana bertentangan dengan aliran al-Quran dan al-Hadith. Hal ini seharusnya dimurnikan dengan mengembalikan ajaran sebenar berkenaan dengan islam serta meninggalkan segala unsur-unsur bid’ah yang akhirnya membawa kepada khurafat di sisi Allah swt.

Tuan-tuan yang dirahmati Allah swt sekalian, ulama’-ulama’ nusantara seperti Syeikh Daud al-Fathani, Sheikh Abdus Shomad bin Haji Abdullah Imam Bira, Sheikh Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan al-Kalantani, tok kenali,Syeikh Abdul Kadir Hassan, Syeikh Hj Othman abdul Wahab dan ramai lagi para ulama nusantara ini merupakan ulama’ yang banyak menyumbangkan ilmu pengetahuan kepada kita. Lautan ilmu mereka tidak dapat diukur menggunakan nilai Ijazah sarjana yang ada pada agamawan sekarang. Mereka mempelajari kaedah-kaedah ilmu dengan secara menyeluruh sekali. Menguasai hujjah, memahami maksud tersurat dan tersirat dalam ilmu tafsir, menguasai luar dan dalam kaedah fiqh dan usul Fiqhserta sangat alim dalam bahasa.

Kaum-kaum yang mengelar diri mereka golongan tajdid ini sebenarnya taksub dan merasa takjub kepada diri mereka sendiri, sehingga mereka tidak dapat menerima pandangan yang tidak sealiran dengan mereka. Mereka hanya mengiktiraf puak-puak mereka yang mengaku Ahli Sunnah yang sebenar serta berhujah dengan dalil sekerat dan menggunakan perkataan Imam-Imam Mazhab yang hanya menyokong pandangan mereka, serta apabila bertemu dengan pandangan yang berbeza, maka akan keluarlah bermacam kesilapan imam-imam tersebut ataupun mereka memutar belitkan hujah para Imam-imam mazhab.

Di Alam melayu ini, tidak wujud yang namanya ISLAM TRADISIONAL. Puak-puak yang mengaku diri mereka AHLI SUNNAH YANG SEBENAR inilah yang mewujudkan terminology tersebut untuk menunjukan bahawasanya hanya merekalah yang membawa Islam yang sebenar. Islam yang di amalkan oleh masyarakat melayu merupaka Islam yang dimalkan oleh landasan al-Qur'an dan as-sunnah. Islam yang dibawa oleh tok-tok guru terdahulu merupakan suatu ajaran yang selari dengan Al-Qur’an, As-Sunna, Ijma’ Dan Qias secara sempurna. Ulama’ nusantara ini melakukan penterjemahan sebagaimana yang dikehendaki oleh ulama’-ulama’salaf terdahulu serta mengukuti manhaj hidup ulama’-ulama’ terdahulu. Dan kalau dibandingkan secara akal sahaja, ulama’-ulama’ tajdid mengaku AHLI SUNNAH SEBENAR, adalah terlalu jauh sangat-sangat untuk mengikuti manhaj kehidupan ulama’ salaf. Gaya hidup yang ranggi serta stylo serta mendekati kemewahan dengan pantas menjadi agenda mereka.

Tatacara kehidupan masyarakat melayu semuanya dilandasi denga dalil-dalil yang telah disebutkan di atas tadi, namun penulisan saya kali ini, bukanlah medan untuk membicara perihal tersebut. Entri kali ini hanya untuk menbincangkan perihal yang tersebut di atas sahaja.

Kefahaman agama hanya akan dimiliki oleh mereka yang benar-benar ikhlas bekerja kerana agama sahaja. Iaitu kerana majikan yang sebenar iaitu Allah swt. Ini kerana, para pejuang agama Allah menyedari bahawasanya setiap apa yang dilakukan oleh mereka dimuka bumi ini akan diadili oleh Allah swt pada yaumul masyar kelak. Allah akan menjauhi golongan munafiq, zindiq, ahlu bid’ah dan kuffar daripada mengahncurkan mereka, yakni mereka yang mempertahankan kesucian Islam daripada kumpulan pelampau, anti mazhab, syiah, dan sekutu-sekutui mereka.

Dari itu, marilah kita muhasabah diri kita serta menambah keilmuan kita, menjauhi sikap takabur, suka menfitnah serta menkafirkan orang. Mudah-mudahan Allah swt akan sentiasa memerhatikan serta menegur kesilapan kita supaya kelak kita tidak akan ditegur oleh Allah swt pada hari kebangkitan kelak.
“Innallaha la yahdi qaumaz dzolimin”

Jumaat, 27 Februari 2009

Jurnal Kehidupanku


Letihnya minggu ini, banyak sekali kerja-kerja pejabat tertangguh kerana banyaknya program out-station yang harus aku hadiri. ala kulli hal, aku tetap bersyukur kerana Allah swt masih memberikan aku kesihatan untuk menjalankan tanggungjawab dakwah.

Minggu ini, aku baru balik dari kursus di ILIM, Bangi. sempat mengikuti kuliah Ustaz Zamihan al-Ghari. seronok mendengar ceramah beliau, walaupun nadanya agak keras, tapi semangat beliau untuk menjalankan kewajipannya sebagai seoran muslim yang baik, sangatlah aku hormati.

tidak sampai 24 jam bersama keluarga, aku harus terbang lagi ke Sibu, untuk bersama dakwah disana. selepas itu, akan pulak ke Kapit. suatu tempat yang belumpernah aku jejaki, tetapi alhamdulillah, Allah swt memudahkan aku untuk sampai ke sana untuk menyumbangkan sedikit usaha dakwah di Sarawak. Selepas ke Kapit, aku akan pulang ke Kuching dan kemudian akan ke Bintulu untuk sambutan Maulidul Rasul peringkat negeri. Teringin sekali aku nek ke kuliah Syeikh Fuad Kamaluddin al-Maliki di Miri untuk menambah ilmu, serta mengisi dada yang hauskan ilmu pengetahuan. Mudah-mudahan ALlah permudahkan perjalanan diriku untuk menemui seorang ulama' muda,,. amien..

Allahumma zaiyyina, bi zinatil Qur'an,
Ya ALlah, Kau hiasilah diriku dengan perhiasan al-Qur'an,

wa syariffna bi syarafatil qur'an,
Kau muliakan aku dengan kemuliaan al-Qur'an,

wa adkhilna jannata ma'aa syafaati qur'an..
dan kau masukkanaku dengan syafaat al-Qur'an..