Jumaat, 2009 Disember 04

BAHAYA ANTI MAZHAB 2



Berkata Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi:

"Ya, benar kalian berpegang dengan nas maksum yang diwahyukan daripada Allah Taala tetapi kefahaman kamu terhadap nas itu bukanlah wahyu apatah lagi maksum, kalian hanya berpendapat berdasarkan zahir nas saja."

(Kitab: Kaifa Nataamalu Maa Turath).

Berkata beliau lagi;

"Sesungguhnya ramai di kalangan golongan muda zaman sekarang yang hanya membaca beberapa kitab terutama di dalam ilmu hadis. Lantas merasakan mereka sudah pakar dalam ilmu padahal mereka belum pun menge-capi permulaannya. Mendakwa mereka mampu berijtihad di dalam urusan agama, pada masa yang sama, ilmu bahasa Arab serta komponennya serta nahu dan saraf tunggang langgang.


"Seandainya anda menyoal mereka supaya irab sebaris ayat, mereka tidak mampu menjawabnya dengan baik. Mereka juga tidak mempelajari usul fiqh! Hanya meneka sebarang dugaan kononnya mengetahui akan sebarang permasalahan Sesungguhnya mereka ini seperti kata Imam Zahabi: Teringin untuk terbang tetapi tiada bulu."

(Kitab: al-Sahwah al-Islamiyyah Min al-Murahaqah Ila al-Rusyd)

DALAM LIPATAN SEJARAH... TUAN GURU AWANG PON BIN AWANG SEBON.. Pengasas ABIM Sarawak


Ahli-ahli ABIM Negeri sarawak sangat merindui nasihat serta tunjuk ajar beliau, sehingga sekarang Nama beliau masih lagi sebagai Pengerusi Syura ABIM Negeri sarawak...



Gambar terakhir Allayarhan Tuan Guru diDalam Postingnya dalam blog dewan syura


Gambar di Mina semasa musim haji tahun 1978. Sebelah kanan sekali ialah Dato Seri Haji Harussani (Mufti Perak sekarang). Sebelah kanan beliau Encik Ismail dan sebelah kanan Allahyarham Ustaz Hj Jais Anwar, menantu Dato Asri, yang menetap di London.

Demonstrasi pelajar-pelajar Melayu Kaherah Mesir 1967 kerana perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Menurut Allahyarham, memorandum yang dihantar kepada pemimpin negara ditulis dengan tinta darah. Allahyarham sedang memegang mikrofon dan di sebelah kiri beliau barisan ketiga terakhir ialah Dato' Dr Mahfuz Muhamad, Pesuruhjaya PAS Johor Bahru sekarang.


Persatuan Melayu Republik Arab Mesir 1969. Yang DiPertua Persatuan (Allahyarham) duduk sebelah kanan TYT Duta Besar Malaysia ke Mesir, almarhum Abd. Hamid Jumat. Berdiri sebelah kanan no.2 ialah Dato Sri Ustaz Azizan Abd. Razak, Menteri Besar Kedah sekarang.


Berita tentang pemergian Allahyarham ke Mesir yang dilaporkan oleh Sarawak Tribune.

Ilmu menjadikan kita takut kepada Allah

Oleh: Panel penyelidik Yayasan Sofa

Pada hari ini, kita melihat rata-rata umat Islam di negara ini sudah mula berjinak-jinak dengan majlis-majlis ilmu dan ulama. Di masjid-masjid dan surau-surau majlis-majlis pengajian ilmu semakin rancak diadakan.

Ia mendapat sambutan yang memberangsangkan dari segenap lapisan masyarakat yang dahagakan ilmu dan pentarbiahan hatta terdapat masjid yang mengadakan majlis pengajian pada setiap malam. Ini suatu perkembangan yang baik kepada peningkatan kualiti umat Islam di negara ini dan agama Islam itu sendiri.

Persoalannya, apakah ilmu yang mereka perolehi ini benar-benar memberikan manfaat dan kesan ke dalam diri mereka?

Ketahuilah, bahawa sebaik-baik ilmu ialah ilmu yang menjelmakan perasaan takut kepada Allah SWT. Iaitu, takut yang disertai perasaan membesarkan Allah dan menumbuhkan amal. Allah SWT telah memuji para ulama melalui firman-Nya: Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu. (al-Faatir: 28)

Inilah ilmu yang paling bermanfaat kerana ilmulah yang memandu kita ke jalan akhirat. Kalam hikmah ini diungkapkan oleh Sheikh Ibnu Atoillah al Sakandari r.a dalam Hikamnya yang bertajuk al Hikam al Atoiyyah.Terbukti, kalam hikmahnya ini telah mampu melunakkan hati yang keras, menenangkan jiwa yang resah, mengekang nafsu yang rakus dan mengajak manusia menyelami hikmah-hikmah di sebalik kejadian Allah SWT. Semoga kita mendapat manfaat daripadanya.

Adapun orang alim yang tidak mempunyai perasaan takut kepada Allah bukanlah orang alim yang sebenarnya.Lebih-lebih lagi, orang alim yang keinginannya untuk mendapatkan kemewahan dunia, kemegahan dan bersikap takbur dengan ilmunya.Ilmu sebegini hanya akan menjadi hujah ke atasnya di akhirat kelak dan sebab yang akan mengundang bala dan akibat yang buruk kepadanya.

Umar ibn al Khattab r.a pernah berkata, "Perkara yang paling aku takuti berlaku terhadap umat ini ialah munculnya orang yang alim pada lisan tetapi jahil pada hati".

Ini bukanlah ciri-ciri pewaris para nabi kerana pewaris para nabi memiliki sifat zuhud terhadap dunia, berminat terhadap akhirat, ikhlas menyampaikan amanah ilmu dan bertakwa.

Orang yang memiliki ilmu yang bermanfaat, tidak memiliki sifat bongkak atau takbur, tidak suka mencaci orang lain, berlapang dada, mudah diajak berbincang dan tidak cepat melatah.

Sahl ibn Abdullah r.a pernah berkata: "Janganlah kalian memutuskan satu urusan dari urusan-urusan dunia dan agama kecuali setelah berbincang dengan ulama. Maka kesudahannya akan dipuji di sisi Allah SWT".

Abu Muhammad r.a pernah ditanya: "Wahai Abu Muhammad! Siapakah ulama?" Jawabnya: "Orang-orang yang mengutamakan akhirat daripada dunia dan mengutamakan Allah daripada diri mereka sendiri".

Saidina Umar ibn al Khattab r.a pernah mewasiatkan: "Berbincanglah mengenai urusanmu dengan orang-orang yang takutkan Allah".

Al Wasiti r.a berkata: "Manusia yang paling pengasih ialah ulama, kerana perasaan takut mereka kepada Allah dan kebimbangan mereka terhadap apa yang diajar oleh Allah SWT".

Banyak ayat dan hadis yang menyebut tentang kemuliaan ilmu atau ulama. Rasulullah SAW pernah bersabda: "Penuntut ilmu dijamin oleh Allah rezekinya".

Ketahuilah, bahawa ilmu yang diulang-ulang sebutannya di dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW ialah ilmu yang bermanfaat yang disertai oleh perasaan takut kepada Allah. Bahkan, ilmu yang bermanfaat juga ialah ilmu yang mampu menguasai nafsu dan mengekang syahwat. Disebut juga, ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang membantu pemiliknya mentaati Allah, dan berdiri di atas landasan agama Allah.

Sebahagian Salaf berkata: "Sesiapa yang bertambah ilmunya, maka bertambah jugalah kekhusyukannya (kerendahan hatinya)".

Seorang lelaki bertanya kepada Sheikh Junaid al Baghdadi r.a: "Apakah ilmu yang paling berguna?" Jawabnya, "Ilmu yang menunjukkan kamu kepada Allah SWT dan menjauhkan kamu daripada menurut hawa nafsumu".

Beliau berkata lagi: "Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menunjukkan pemiliknya kepada sifat tawaduk, sentiasa bermujahadah, menjaga hati, menjaga anggota zahir dari melakukan maksiat, takut kepada Allah, berpaling daripada dunia dan penuntut dunia, menjauhi orang-orang yang mengasihi dunia, meninggalkan apa yang ada di dunia kepada ahli dunia, suka memberi nasihat kepada makhluk, baik perilaku terhadap makhluk, suka duduk bersama golongan fuqara, memuliakan kekasih-kekasih Allah dan menghadapkan diri kepada apa yang mereka utamakan.

"Apabila orang alim yang mencintai dunia dan ahlinya, dan mengumpulkan dunia melebihi daripada keperluannya, maka dia akan lalai daripada akhirat dan ketaatan kepada Allah mengikut kadar kecintaannya kepada dunia".

Allah SWT berfirman (maksudnya): Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat. (al-Rum: 7)

Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang kasihkan dunia, maka dia telah membahayakan akhiratnya dan siapa yang kasihkan akhirat maka dia telah membahayakan dunianya. Justeru ingatlah, utamakanlah suatu yang kekal (akhirat) daripada yang akan rosak binasa (dunia)". (riwayat Imam Ahmad dan al Hakim)

Fudhail ibn 'Iyadh berkata: "Orang alim ialah doktor agama dan cinta dunia ialah penyakit agama. Apabila doktor telah memasukkan atau mengheret penyakit ke dalam dirinya, maka bilakah masanya dia boleh mengubati orang lain".

Sesiapa yang ilmunya memandunya kepada menuntut dunia, ketinggian di dalamnya, jawatan dan pandangan makhluk, maka ia adalah ilmu yang tidak bermanfaat. Bahkan, dia tertipu dengan ilmunya.

Tidak ada kerugian yang lebih besar daripada rosaknya orang alim dengan ilmunya yang diharapkan dapat menyelamatkannya. Kami memohon dengan Allah daripadanya.

Ilmu yang bermanfaat juga ialah ilmu yang diamalkan. Ulama mengumpamakan orang yang menghabiskan banyak waktu menuntut ilmu, duduk selama 40 atau 50 tahun belajar tanpa beramal, seperti orang yang asyik bersuci selama waktu itu dan memperbaharui wuduknya tetapi tidak solat walau satu rakaat. Ini kerana maksud atau tujuan suatu ilmu ialah beramal dengannya sebagaimana tujuan berwuduk adalah untuk melakukan solat.

Berkata sebahagian ulama: "Kalaulah ilmu tanpa takwa itu penentu suatu kemuliaan, nescaya semulia-mulia makhluk Allah ialah iblis".




Khamis, 2009 Disember 03


"Tidak pernah Gentar Dengan Kezaliman, Bersiap Sedia menerima Cabaran, Kemunafikan akan dihapuskan, Pengkhianatan akan dizahirkan, Bersiap sedia melakukan perubahan, Kalau Kail Panjang Sejengkal, Lautan Dalam Jangan diduga, Allah bersama dengan mereka yang sabar dan bertawakal kepadanya"...

Rabu, 2009 Disember 02

MENGHARGAI RAHMAT KURNIAAN ALLAH SWT

Keluarga merupakan salah satu nikmat yang sewajarnya disyukuri


Yang Maha pencipta telah mengurniakan seribu satu macam anugerahnya setiap hari kepada kita. Maka sewajarnya kita mensyukuri nikmat tersebut. Namun kebanyakan manusia itu sangat sedikit syukurnya kepada Sang maha pencipta akibat daripada kesombongannya dengan Pangkat dan Darjatnya disisi manusia. Atas hal yang demikian, manusia itu dibezakan dengan tahap dan kasta-kastanya. Kasta Al-Ariffbillah, Awwam dan kasta jahil.


Para Salikin yang mencari redha Allah swt sentiasa mensyukuri nikamat Allah swt setiap hari tanpa gagal. Ini kerana hubungannya dengan Allah swt bukanlah sekadar hubungan solat dan doa sahaja, tetapi seluruh nafas dan kerangka hidupnya dihubungkan dengan Allah swt. Sudah pati hubungan ini akan melalui jalur Sayyidina Muhammad saw. Baginda Nabi saw memerintahkan supaya manusia itu mendapat keredhaan serta cinta daripada manusia dan juga Allah swt. Manusia seringkali dan acapkali melupai nikmat mensyukuri nikmat Allah swt kerana mereka tenggelam dengan kesibukan dunia semata serta gelap mata dengan anugerah pangkat dan kedudukan yang sifatnya hanyalah sementara sahaja.


Hal-hal seperti inilah yang diperjuangakan oleh Imam-Imam besar kita seperti Imam al-Ghazali, Imam Asad al-Muhasibi, Imam Qusyairi dan juga Imam-Imam Tasawuf yang lain. Menekankan proses penyucian hati untuk mengelakkan Mazmumah ada dalam diri kita.


Pepatah yang menerangkan berkenaan, Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan Nama. Nah, Nama inilah yang akan jadi sebutan, namun dalam konteks yang bagimana? Adakah nama tadi harum semerbak harumnya peribadi seseorang tersebut, atau nama yang ditinggalkan hanylah menjadi sumpah seranah masyarakat serta orang-orang yang hidup disekelilingnya.


Guruku seorang syeikh, pembimbing, ulama’, seorang ayah dan juga seorang pejuang iaitu al-Fadhil Ustaz Awang Pon Bin Awang Sebon, suatu nama yang harum semerbak sepertimana individu itu sendiri semasa kehidupannya (al-Fatihah). Seorang tokoh yang disegani kawan dan lawan merupakan contoh keperibadian yang terpuji. Dirinya sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt semasa kehidupannya. Walaupun suatu ketika memiliki pangkat dan kedudukan, maka pangkat dan kedudukan itulah yang digunakan untuk kepentingan masyarakat disekelilingnya. Bukannya untuk membesarkan kantong sendiri, sebaliknya beliau memikirkan kepentingan rakyat.


Sangatlah berbeza dengan mereka yang memiliki pangkat dan kedudukan sekarang. Jawatan-jawatan tersebut digunakan unuk menjatuhkan sesama sendiri. Menggunakan untuk kepentingan peribadi. Bukan suatu yang aneh sekiranya ianya berlaku kepada penjawat awam biasa ataupun kakitangan swasta yang terlibat dalam bidang koporat. Ini kerana mereka memiliki kapasiti ilmu agama yang kurang, tetapi hal seperti ini snagat dasyat berlaku dalam institusi agama itu sendiri.


Ini hanyalah peringatan kepada kita semua sebagai suatu muhasabah kepada kita kerana tidaklah selamanya kita akan berada di atas kedudukan pangkat dan berjawatan dalam kasta masyarakat. Setinggi-tinggi kapal terbang itu terbang sekiranya tidak melihat kepada isikandungan minyaknya (ego) maka akhirnya akan terhempas dibumi juga. Berbeza dengan pesawat yang sentiasa berhati-hati. Mereka akhirnya akan mendarat dengan selamat dan penumpang yang terbang berma pesawat itu akan mengigati kenangan indah terbang dengan pesawat tersebut hingga mereka dapat mendarat dengan selamat.


DIHARGAI ATAU DILUPAI, DISAYANGI ATAU DIKHIANATI, TERSERAH KITALAH UNTUK MEMILIHNYA...