Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan

Selasa, 25 Januari 2011

Pandangan ::

Kenyataan Media (26hb Januari 2011)

Rakyat Malaysia Bukan Islam Jangan Terpengaruh Dengan Chua Soi Lek dan Lee Kuan Yew.

Dalam sehari dua ini, ketenteraman hubungan antara rakyat Malaysia berbagai agama telah diganggu oleh kenyataan Dato’ Seri Chua Soi Lek, Presiden MCA dan beberapa pemimpin politik bukan Islam lain yang sedang berkempen dalam kempen pilihanraya kecil Tenang, Johor Darul Takzim. Kenyataan-kenyataan mengkritik dan menyalahkan sikap calon wanita Muslimah yang enggan bersalaman dengan lelaki yang bukan Muhrim tanpa berlapik sarung tangan adalah kenyataan yang membayangkan kejahilan tentang hukum Islam dalam isu tersebut.

Ia juga membayangkan ketidak-pekaan terhadap perasaan umat Islam dan keberanian melulu dalam mencampuri urusan dalaman agama lain.

Dalam kes yang berbeza tetapi ada persamaannya, bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew pula membuat komentar negatif terhadap komitmen penganut Islam di Singapura yang majoritinya berbangsa Melayu. Beliau memberi gambaran seolah-olah kuatnya pegangan penganut Islam dengan agama mereka menjadi penghalang kepada intergrasi kaum dan perpaduan negara. Oleh kerana kenyataan ini dibuat di negara jiran terdekat yang punya kaitan sejarah dengan negara kita, adalah wajar kenyataan yang ‘beracun’ ini turut disanggah oleh kita di Malaysia.

Perlu ditegaskan bahawa dalam konteks Singapura mahupun Malaysia malah mana-mana negara sekalipun, kuatnya pegangan agama rakyat beragama Islam dengan agama mereka, secara benar dan suci dari penyelewengan, tidak akan menjadi faktor penghalang kepada integrasi dan pembinaan negara-bangsa.

Pada asasnya, seorang Muslim yang baik akan menjadi seorang warganegara yang juga baik dan kurang bermasalah. Lebih komited dan faham seseorang Muslim itu dengan agamanya maka lebih baiklah beliau sebagai rakyat, jiran dan teman kepada rakyat yang lain. Lainlah kalau komitmen itu berbaur dengan fahaman Islam yang ekstrim atau menyeleweng. Dengan membuat kenyataan seperti itu, Lee Kuan Yew sebenarnya secara tak langsung telah menuduh Islam sebagai agama yang pincang atau bermasalah. Kenyataan bersifat menyerang ajaran agama lain ini tidak boleh dibiarkan tanpa sanggahan.

Alhamdulillah, beberapa Pertubuhan Islam dan tokoh-tokoh Islam telahpun mengeluarkan kenyataan dan komentar membantah kenyataan–kenyataan yang mencemarkan imej Islam tersebut. Mewakili pertubuhan-pertubuhan dibawah serta di atas kapasiti peribadi, saya menyokong penuh sanggahan dan penjelasan teman-teman pimpinan pertubuhan dan umat Islam tersebut.

Semoga teman-teman kita di kalangan rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam adalah lebih peka dan bijaksana daripada terikut-ikut dengan kenyataan-kenyataan liar tersebut. Bagi Lee Kuan Yew, Dato’ Seri Chua Soi Lek dan mereka yang telah mengeluarkan kenyataan yang serupa, jika mereka telah sedar kesilapan yang telah mereka lakukan maka buktikanlah kebesaran jiwa kepimpinan mereka dengan mengakui kesilapan mereka dan memohon maaf. InsyaAllah, agama kami mengajar kami untuk memaafkan mereka yang mahu mengaku kesilapan dan memohon maaf.

Dr. Yusri bin Mohamad

Yang Di Pertua Yayasan Sofa

Naib Presiden, Majlis Amal Islami Malaysia

Presiden Islamic and Strategic Studies Institute (ISSI)

Penolong Profesor, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Selasa, 13 Julai 2010

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

SEBUAH CATATAN DARIPADA SEORANG SAHABAT:: SEBAGAI SEORANG MUKMIN, MAKA KITA HENDAKLAH MENGKAJI::
____________________________________________________________________
Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...


Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...


Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...
Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...

Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Khamis, 8 Julai 2010

Wahabi: Jakim pertahan Zamihan, tak kisah ‘protes’ tokoh tertentu

June 29, 2010

KUALA LUMPUR, 29 Jun — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertahankan tindakan agensi agama kebangsaan itu termasuk pegawai kanannya dari Institut Latihan Islam Malaysia dalam isu kontroversi berkaitan amalan wahabi dan kemunculan kumpulan ekstremis Jemaah Islamiah (JI).

Ketika ditemui The Malaysian Insider, Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menjelaskan, agensi itu hanya menjalankan tugas sebagaimana diminta kerajaan demi memastikan ajaran Islam tidak terancam manakala kepentingan setiap kaum dan keharmonian negara dipelihara.

“Jakim hendak memastikan negara kita harmoni, melakukan apa sahaja yang boleh membawa ketidakharmonian, kita ambil langkah supaya jangan sampai ada yang menyemarakkan ajaran sesat dan melampau,” kata beliau.

Wan Mohamad juga berkata, meskipun tindakan pihaknya kadangkala dilihat tidak popular tetapi tidak akan tunduk sehingga ada “pihak mengambil kesempatan mahu menghidupkan aktiviti pelampau.”

“Kami tidak akan membiarkan walaupun tindakan kami (dilihat) tidak popular, walaupun orang tidak suka, tugas kami ialah menjaga keharmonian.

“Walaupun satu atau 100 orang tokoh tidak suka dengan tindakan kami, pada Jakim itu tidak penting.

“... yang penting ialah negara kita ini aman, bila negara aman kita boleh amalkan agama kita dengan baik, beramal dengan baik tidak kira Islam atau bukan Islam,” kata beliau mengulas perkembangan isu semasa berkaitan amalan wahabi dan kaitan dengan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa isu semasa ini timbul kerana masalah peribadi antara Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Zamihan Mat Zin dengan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Wan Mohamad berkata, “itu tanggapan pihak-pihak tertentu.”

“Dia (Zamihan) seorang pegawai kerajaan, pihak yang mengundang beliau (untuk memberi taklimat) adalah agensi keselamatan... itu amalan biasa. Kita perlu bekerjasama dengan agensi-agensi lain.

“Dia pegawai kanan, dia ada pengalaman dalam program pemulihan tahanan (khususnya tahanan ISA),” kata Wan Mohamad.

Oleh itu jelas beliau, sekiranya ada pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan Zamihan, Jakim merasakan perbezaan itu boleh dibincang secara profesional dan ilmiah.

“Negara kita membolehkan setiap orang bebas berfikir, bebas memberi pandangan... kita tidak boleh kata jangan tidak bersetuju, terima pandangan,” kata beliau sambil menambah, Jakim sentiasa mengadakan pertemuan dengan semua pihak.

Ketika ditanya sama ada empat tokoh agama dan politik berkenaan ada kaitan dengan kumpulan JI sebagaimana didakwa ada dinamakan pada taklimat Isnin lalu, Wan Mohamad berkata, Jakim tidak pernah menuduh mereka.

“Bukan kami untuk menentukan tetapi agensi keselamatan yang menentukan,” katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui jika benar mereka terlibat dalam kaitan dengan kumpulan pengganas atau pelampau sudah tentu telah lama ditahan oleh pihak berkuasa.

“... dan (sudah tentu) mereka tidak boleh berada dalam kerajaan negeri, tidak boleh menjadi pemimpin di Parlimen...,” jelas beliau.

Dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider Khamis lalu, Zamihan berkata, beliau tiada masalah peribadi dengan Asri sebaliknya mengakui wujud “pergolakan pemikiran” sehingga banyak pihak yang melihatnya sebagai serangan terhadap tokoh agama itu.

Pada masa yang sama, Zamihan juga mempertikaikan tindakan Timbalan Menteri Pengajian Datuk Saifuddin Abdullah dalam mengendalikan isu semasa berkaitan fahaman wahabi dan kumpulan pengganas JI sebagai tidak profesional.

Malah Zamihan memberitahu, beliau tidak mengaitkan Asri dengan fahaman wahabi dan melontarkan pemikiran keras semata-mata untuk mencantas bekas mufti Perlis itu daripada arus perdana Islam negara ini.

Zamihan menjadi tumpuan isu kontroversi dikaitkan empat tokoh politik dan agama iaitu Asri, mufti Perlis Dr Juanda Jaya, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa mempunyai kaitan dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

Ketika membuat penjelasan di Dewan Rakyat Khamis lalu Saifuddin menegaskan, polis tidak pernah mengaitkan empat tokoh di negara ini sebagai kumpulan pengganas.

“Saya juga mendapati orang yang memberi taklimat ini mempunyai masalah dengan bekas mufti Perlis. Jadi bagaimana boleh dikatakan masalah peribadi hendak dijadikan masalah keselamatan negara,” katanya.

Ahad, 13 Jun 2010

Israel sah pengganas sepanjang zaman

Bangsa dilaknati terkenal ingkar perintah, bunuh utusan Allah untuk penuhi nafsu zalim

MUNGKIN daripada 25 nabi dan rasul dalam ajaran Islam hanya Nabi Yaakub yang merasakan kesedihan mendalam sejak diisytiharkan penubuhan negara Israel pada 15 Mei 1948 sehingga hari ini. Betapa tidak, nama Baginda dikaitkan dengan tingkah laku pengganas ulung zaman berzaman, kaum Zionis apabila mereka menamakan negaranya sebagai Israel.

Al-Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya al-Jami’ li Ahkam al-Quran dan al-Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya Tafsir al-Quran al-Azim menegaskan bahawa ulama sepakat Israil adalah Nabi Yaakub, anak Nabi Ishak, anak Nabi Ibrahim dan bapa kepada Nabi Yusuf Sebuah negara Yahudi secara sistematik disusun oleh pengasas Zionisme akhir abad 19, Dr Theodor Herzl dalam bukunya Der Judenstaat (Negara Yahudi) pada 1896 kemudian dibentangkan pada Kongres Zionis Antarabangsa Pertama 1897 di Basel, Switzerland. Doktrin negara Yahudi ini kemudian menjadi rancangan strategik gerakan Zionis sehingga berdirinya negara Yahudi dengan mengambil nama Israel.

Kita tidak pasti apa yang menyebabkan kaum Zionis menggunakan nama Nabi mulia itu, sedangkan sejak penubuhannya, keganasan demi keganasan ke atas hak bangsa Palestin khasnya dan umat Islam amnya dilakukan mereka de ngan tidak mengenal lelah. Pagi petang, siang, malam dan dalam setiap kesempatan mereka akan melakukan keganasan dan yang baru berlaku ialah pembunuhan sembilan orang dan tercederanya puluhan orang dalam misi kemanusiaan masyarakat antarabangsa untuk membantu penduduk Gaza yang dikepung Israel. Serangan itu tidak mengendahkan undang-undang antarabangsa walaupun ia dilakukan di luar wilayah Israel.

Perkara ini tidak menjadi masalah bagi Israel kerana sememangnya Israel bukan sebuah negara sebenar dalam istilah undang-undang antarabangsa. Mengapa? Israel sampai hari ini belum mempunyai undang-undang perlembagaan bertulis yang sah seperti negara lain yang berdaulat, setidaknya menurut pandangan yang tidak membezakan antara perlembagaan bertulis dan tidak bertulis.

Maka, ketiadaan perlembagaan bertulis negara Israel perlu dicurigai. Mengapa mereka hingga hari ini belum juga memilikinya? Adakah cita-cita terselubung dalam benak fikiran Zionis pemegang kawalan negara Israel seperti tujuan perluasan wilayah menjadi Erezt Ysrael, Israel Raya dari Sungai Nil di Mesir hingga Sungai Euphrates di Iraq yang belum kesampaian hari ini? Sejarah yang akan membuktikan.

Ketika negara Israel diisytiharkan penubuhannya pada 1948 melalui Proclamation of Independence (Pengisytiharan Kemerdekaan) ada disebut bahawa setidak-tidaknya pada 1 Oktober 1948, Israel sudah memiliki perlembagaannya, tetapi tuntutan ini mendapat tentangan daripada banyak pihak termasuk Perdana Menteri Pertama Israel, David Ben Gurion dan Mapai (Mifleget Poalei Eretz Ysrael), Parti Buruh Israel.
Ben Gurion menentang tuntutan penggubalan perlembagaan dan berhujah bahawa belum masanya Israel memiliki perlembagaan. Yang diperlukan Israel pada masa itu adalah penempatan bangsa Yahudi di negara baru, penjagaan dan pemeliharaan keselamatan mereka dan pengukuhan negara yang dikelilingi negara Arab.

Penggubal perlembagaan Israel selalu dalam dilema dan terakhir ialah cadangan dibuat oleh The Institute for Zeonist Strategies pada 2006. Selama ini mereka dalam keraguan apakah negara mereka berdasarkan kitab Taurat atau perlembagaan moden, siapa yang disebut Yahudi, batas negara Yahudi dan pelbagai lagi.

Sepak terajang pemimpin Israel hingga hari ini penuh dengan keganasan sudah berhasil menjadikan Israel sebuah negara yang kuat. Pembabitan gerakan Zionis antarabangsa tidak boleh dinafikan dalam sejarah Israel moden. Ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan ketetapannya bernombor 3379 tanggal 10 Disember 1975 yang menyamakan Zionisme dengan diskriminatif dan rasis tetapi dengan kekuasaan mereka, ketetapan ini ditarik balik pada 10 Disember 1991.

Bangsa Yahudi (baca: Zionis) moden telah mencemari nama Nabi mulia, Yaakub menerusi nama sebuah negara sedangkan Allah telah menafikan datuk Yaakub sebagai seorang Yahudi seperti dakwaan mereka. Al-Quran menjelaskan dengan maksudnya: “Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi, dan bukanlah dia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi dia seorang yang hanif (yang tetap di atas dasar tauhid) sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan dia pula bukanlah daripada orang Musyrik.” (Surah Ali ’Imran: 67)

Al-Quran telah menyebut perkataan yahudi sebanyak sembilan kali dan satu antaranya adalah dalam bentuk nakirah, tanpa alif lam dalam ayat 67 Surah Ali ’Imran di atas. Bakinya yang lapan makrifah yakni menggunakan alif lam tetapi kesemua penyebutan mereka berkonotasi negatif. Ada yang menunjukkan mereka sombong, jahil, suka mendakwa yang bukan hak mereka bahkan sangat berani kepada Allah di mana mereka mengatakan: “Tangan Allah terbelenggu (kikir, bakhil)” dalam Surah al-Maidah ayat 64.

Dalam al-Quran juga ada disebutkan Bani Israil sebanyak 43 kali dan 41 daripadanya merujuk Bani Israil, keturunan Israil atau Nabi Yaakub, sedangkan dua bakinya untuk Nabi Yaakub sendiri.

Umat Islam tidak membezakan mana-mana rasul, apabila ada rasul yang diperolok-olokkan wajib umat Islam membelanya. Dalam konteks ini, penjenamaan negara dengan nama seorang rasul kemudian penduduknya mencemari nama rasul berkenaan dengan pelbagai aksi keganasan sudah sewajarnya umat Islam mengkehendaki penghapusannya.

Ahad, 3 Januari 2010

Ulama ikhlas tidak jatuhkan air muka pemimpin

DR Wahbah Zuhaily (kiri) bersama bukunya Eqhal Islam dan Dahil, adalah ulama Fiqh yang tidak asing di kalangan pelajar jurusan Fiqh dan Usul Fiqh di negara ini.

Ketinggian ilmu, peribadi ilmuwan Islam sampaikan risalah kebenaran perlu dicontohi

BULAN lalu, tanah air kita dikunjungi ramai ulama dan ilmuwan. Yang paling diingati ialah kunjungan Sheikh Yusuf Qaradawi, ulama tersohor dan pemimpin Persatuan Ulama Sedunia. Beliau menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1431 Hijrah. Sheikh Qaradawi bukan ulama yang asing di kalangan umat Islam di Malaysia.

Karyanya menjadi sumber bacaan dan inspirasi bagi golongan pelajar pengajian Islam, pendukung gerakan Islam dan masyarakat awam yang dahagakan kefahaman Islam. Kehadiran beliau sangat dinanti oleh masyarakat Islam di sini, selepas hampir sedekad tidak menjejakkan kaki di Malaysia, yang kali terakhir ialah pada 1997.

Pada tahun itu, beliau menjadi tetamu kerajaan Malaysia, dan melalui Kementerian Belia dan Sukan bercakap mengenai peranan belia dan dakwah Islam. Kehadiran beliau kali ini mengubat kerinduan dengan berkongsi 'buah tangan' terbaru beliau iaitu karyanya Fiqh Jihad. Kunjungan pertama kali beliau ke Malaysia ialah pada 1974 antaranya melawat pejabat Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).


Sumbangan terpenting beliau ialah manhaj kesederhanaan dalam dakwah dan pendekatan yang mengiktiraf segala perbezaan pandangan di kalangan ulama dalam bidang fiqh. Abim berjasa menerbitkan dan menterjemahkan banyak karya Sheikh Qaradawi.

Di samping itu, seorang ulama fiqh yang tersohor juga, Sheikh Dr Wahbah Zuhaily juga berada di Malaysia kerana memberi ucaptama pada Kongres Pendidikan Islam Sedunia ke-7 yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor. Sheikh Wahbah juga tidak asing di kalangan umat Islam di Malaysia, terutama pelajar jurusan agama di bidang Fiqh dan Usul Fiqh.

Karya magnum opusnya Fiqh Islam Wa Adillatuhu yang menjadi sukatan penting dalam pengajian Fiqh di universiti tempatan. Beliau juga penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun sebelumnya.

Sebelum itu, Prof Tariq Ramadan, cucu kepada Hassan Al Bana, pengasas Ikhwan Muslimin juga berada di Malaysia. Beliau yang sering dengan kenyataan kritis dan kontroversinya, mengupas dokumentari 'Road To Mecca' yang berpandukan kisah sebenar Muhammad Asad, seorang pemikir Yahudi yang memeluk Islam kemudiannya.

Bagi pengamal aliran sufi, kehadiran Sheikh Yusuf Al Bakhur Al Shazili dan Sheikh Rohimuddin An-Nawawi Al Bantany ke Seminar Sufi 2009 sangat bermakna. Keduanya pernah menjadi tetamu Abim di Anjung Rahmat. Bahkan kehadiran Sheikh Muhammad Al Yaqoubi ke Konvensyen Perpaduan Muslim 2009 di PWTC satu lagi kunjungan yang dinantikan. Beliau masyhur kerana mendidik sebahagian besar ilmuwan kontemporari seperti Sheikh Hamza Yusuf, Sheikh Jibril Haddad dan ramai lagi .

Ketika kita meraikan kehadiran ulama dan ilmuwan dari luar negara, kemunculan Prof Naquib Al Attas selepas hampir empat tahun tidak berceramah di hadapan massa kerana kesihatan yang tidak mengizinkan, adalah perkara yang menakjubkan juga. Satu seminar anjuran Himpunan Keilmuwan Muda (Hakim) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkenaan Seminar Pengukuhan Pandangan Alam Islam dan Syarahan Perdana Prof Naquib

Al Attas diadakan.

Tidak keterlaluan dikatakan, seminar ini merakam sejarah tersendiri apabila seorang Timbalan

Menteri membatalkan urusan politiknya untuk mendengar pembentangan kertas kerja yang bermula seawal pagi sehinggalah malamnya, Syarahan Perdana oleh Prof Naquib Al Attas.

Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi harus diberi pujian kerana jemputan kepada beliau hanyalah untuk merasmikan majlis, namun dengan kecintaan dan penghormatan yang tinggi terhadap ilmuwan dan pembudayaan ilmu, beliau setia dengan seminar dari pagi sehingga ke penghujungnya iaitu malam Syarahan Perdana.

Prof Al Attas memberi inspirasi kepada gerakan Abim peringkat awalnya, dengan mendidik generasi awal pendukung Abim, mencipta logo dan memberi nama majalah Abim sebagai Risalah. Buku Islam and Secularism terbitan Abim pada 1978 menempatkan nama Abim di persada dunia sebagai pertubuhan belia Islam yang berwibawa menerbitkan sebuah karya penting oleh ilmuwan besar.

Dalam tradisi ilmu Islam, ulama diberi penghormatan tinggi dan mulia. Ini dirakamkan dalam al-Quran dan hadis mengenai penghormatan yang diberikan kepada mereka.

Persoalan adab kepada golongan ulama tidak boleh dipertikaikan lagi. Burhanuddin Zarnuji dalam kitab mashyurnya Ta'lim Muta'alim Tariq Ta'alum (Bimbingan Bagi Penuntut Ilmu Pengetahuan) menulis, menghormati guru ialah jangan berjalan di depannya, duduk di depannya, duduk di tempatnya, memulai mengajak berbicara atas perkenan darinya, berbicara hal lagha di depannya dan menanyakan hal yang membosankan. Hal seperti ini sememangnya kita sudah bersetuju sejak azali lagi bahawa ini bentuk penghormatan yang diberikan kepada mereka.

Ulama yang wibawa tidak perlu merasa gentar berdepan dengan pemimpin. Mereka menyampaikan risalah kebenaran, nasihat mahupun teguran ikhlas. Bagi pihak pemimpin pula, kedudukan mereka ialah mendengar dengan ikhlas nasihat itu dan dengan rendah diri cuba menerima kelemahan jika ada bentuk teguran diberikan.

Nasihat ulama yang ikhlas tidak sama sekali untuk menjatuhkan air muka seseorang pemimpin, bahkan itu sebenarnya tugas hakiki seseorang ulama dalam sejarah tradisi keilmuan dan kepemimpinan Islam. Ulama yang menegur pemimpin tidak sama sekali bertujuan menggantikan kedudukan pemimpin itu.

Jumaat, 25 Disember 2009

BERHATI-HATI...

PANDANGAN PERIBADI (MUNGKIN ADA SILAPNYA)..

  1. KENAPA DALAM MAJALAH INI TIADA PENULIS SEPERTI MUFTI-MUFTI SELAIN PERLIS?????
  2. DIMANA PANDANGAN ULAMA-ULAMA PONDOK???
  3. DIMANA PANDANGAN KAUM YANG LAYAK MENGELUARKAN PANDANGAN SEPERTI JAKIM???
  4. SOAL JAWAB AGAMA / ISU SEMASA DIBERIKAN KEPADA TOKOH AKADEMIK YANG PRO KEPADA... XXX.. LU PIKIRLAA SENDIRI..
  5. KENAPA DALAM MAJALAH INI TIADA PANDANGAN SELAIN PANDANG GENG2 TAJDID???
  6. SILALAH BELI KALAU NAK JADI KAUM TAJDID..
  7. MENURUT SAYA, MAJALAH INI SANGAT2 BERAT KEPADA PENDUKUNG DR. X YANG BOLEH DICALONKAN SEBAGAI SALAH SEORG SELEBRITI ABPBH 2010.. TAHNIAH...



Majalah i Disember 2009 memang padat dengan bahan-bahan yang menarik. Fokus utama pada bulan ini adalah kes penangkapan mantan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan isu Wahabi. Walaupun cerita berkaitan tangkapan Dr. Mohd Asri ini telah dilaporkan dalam pelbagai media, namun Majalah i telah mengupas isu ini dengan sudut yang berbeza dan menarik sekali. Artikel-artikel berkaitan kes ini adalah :

1) Pro Kontra Penangkapan Dr Asri - Abdul Azim Abdul Jamil, Persatuan Mahasiswa Islam, UTM

2) Wawancara bersama Dr Mohd Asri bertajuk Tauliah Menyekat Kelancaran Dakwah.

3) Berkenaan Tangkapan Dr. Mohd Asri - Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Sekali lagi Majalah i tampil memberi penjelasan menarik tentang isu Wahabi menerusi artikel-artikel berikut :

1) Wahabi : Sesuatu Yang Tiada Hakikat - Ustaz Khairil Anwar Abdul Latif, Pensyarah, International Islamic College, Gombak

2) Barat Paling Diuntungkan Stigma Wahabi - Dr. Anis Malik Thoha,Khatub 'Aam Syari'ah NU

3) Imam Al-Syafi'i Adakah Wahabi - Mohd Yaakub bin Mohd Yunus dari Laman web www.al-fikrah.net

Majalah i turut menghidangkan kisah dua tokoh yang hebat seperti berikut :

1) Autonomi Di selatan Thailand: Perjuangan Haji Sulong Abdul Qadir Yang Disalahertikan oleh Mohd Zain Abd Rahman

2) Kareem Abdul Jabbar, Lompatan Iman Raja Bola Keranjang - Editor Majalah i

Artikel-artikel lain yang menarik adalah seperti berikut :

1) Berani Berkata Tidak - Kapten Hafiz Firdaus Abdullah

2) Gempa & kajian Ilmuan Islam Silam - Editor Majalah i

3) Merebut Saham Anak Muda - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dari saifulislam.com

4) Suapan Pertama untuk Anak - Anisah Imran

5) Mendidik anak Mencintai Islam - Erniati Abdullah

6) Meraih bahagia Di Usia Emas - Sarina Mohd Som

7) Si Tanggang moden : Undang-Undang Dunia & hukuman Akhirat - Khairul Anwar Rahmat dari Persatuan Peguam Syarie Malaysia

8) Ancaman Gerakan Zionis - Abdul Azim Roslan, UTem

9) Kaabah tempat Ibadah Pertama Di dunia - Editor Majalah i

10) Cabaran Di Sebalik Mekah Yang Serba Moden - 'Izzat Anwari bin Hasni

11) Mencari Haji Mabrur - Sarina Mohd Som

12) Bolehkah Bukan Islam Masuk Masjid? - Ustaz Zaharuddin Hj Abd Rahman

13) Hafiz Ng : Berdakwah Dengan Kereta Sport - Wartawan Majalah i, Azlin Mohd Hamin & mohd Adib

Isnin, 14 Disember 2009

KEBIADABAN INTELEKTUAL

Subhanallah.... Lihatlah dengan pertimbangan akal yang waras...



KEBIADABAN INTELEKTUAL DARIPADA SARJANA UNIVERSITI


TAKDIB DARIPADA SARJANA ISLAM YANG MERENDAHKAN DIRINYA DARIPADA KEBIADABAN INTELEKTUAL

Bersyair bagi Kami As-Syeikh Imam Ajali al-Qawiymuddin Hammad Bin Ibrahim bin ismailas-Shaffar al-Anshari;

"Siapa-siapa yang belajar Ilmu bagi tempat kembalinya,
mencapai ia akan kelebihan daripada sebetul-betul atas agamanya,
Maka ayyuhal kerugian orang-orang yang belajarnya,
bagi mencapai kelebihan daripada sama-sama hambanya...".... (Kitab Ta'alim Muta'allim)


fikirkan...

Ahad, 13 Disember 2009

Sabah & Sarawak: Selepas Nospen, Remaja Melayu jual mapiau

Oleh M Hifzuddin Ikhsan
hifzuddin@bharian.com.my


REMAJA Melayu menunggu pelanggan tetap keputusan 4 nombor ekor atau mapiau.

KUCHING: "Saya tidak ganggu sesiapa, cuma mencari pendapatan sampingan dengan menjual mapiau," kata seorang penjual keputusan nombor ekor perempuan yang hanya dikenali sebagai Suhana, 24, ketika ditemui di bulatan berdekatan Kampung Gersik, Petra Jaya, baru-baru ini.

Jika sebelum ini kegiatan menjual keputusan cabutan nombor ekor atau mapiau kerap dikaitkan dengan orang bukan Islam, namun suasana itu kini berbeza kerana boleh dikatakan hampir semua penjualnya di kawasan majoriti penduduk Islam seperti Petra Jaya adalah Melayu.

Lebih mengejutkan, di lokasi seperti di bulatan berdekatan Kampung Gersik, empat penjual perempuan adalah kakitangan kerajaan, pelajar sekolah dan suri rumah menjalankan kegiatan berkenaan bersama penjual lelaki yang lain.

Difahamkan, kegiatan ini akan bermula pada jam 8 malam sehingga jam 10 malam dengan penjual mapiau mampu meraih pendapatan antara RM20 hingga RM30 jika mampu menjual semua keputusan yang dibuat salinan pada kertas A4 sebelum ia dipotong dua.

Menurut Suhana, dia tidak mengumpul maklumat keputusan nombor ekor berkenaan dan menyalinnya kembali pada kertas keputusan, sebaliknya ia dilakukan pihak lain sebelum mereka hanya perlu membeli keputusan itu daripada individu dan membuat salinan semula.

Dia yang bekerja sebagai kakitangan tetap sebuah jabatan kerajaan berkata, kerja itu hanya dilakukan bagi mendapatkan pendapatan sampingan selain ia adalah mudah dan tidak memenatkan sesiapa saja boleh menjual mapiau.

"Kos membuat salinan cuma RM1 dan saya menjual antara 40 hingga 60 keping mapiau pada harga 50 sen sekeping dengan jumlah pendapatan bagi tempoh sekitar dua jam kira-kira RM30.

"Saya juga membawa adik yang masih bersekolah bagi membantu menjual mapiau kerana kami terpaksa bersaing dengan penjual lain yang turut menjalankan aktiviti ini di lokasi sama.

"Bagaimanapun, kerja sampingan ini hanya boleh dilakukan pada hari keputusan iaitu malam Rabu, Sabtu dan Ahad selain pada hari yang mempunyai cabutan istimewa yang selalunya pada hari Selasa," katanya.

Tinjauan Berita Harian mendapati penjual mapiau kerap menjadikan lokasi bulatan sebagai tempat menjalankan perniagaan dengan perbuatan ini jelas membahayakan berikutan ada pemandu yang bertindak memberhentikan kenderaan di tengah jalan.

Selain bulatan berdekatan Kampung Gersik, lokasi lain ialah di bulatan berdekatan Kompleks Mahkamah Kuching, Jalan Astana, persimpangan lampu isyarat Kampung Gita serta di Jalan Matang Jaya.

Seorang lagi penjual mapiau yang dikenali sebagai Asiah, 23, berkata dia mula menjalankan kegiatan ini selepas diajak suami membantu menjualnya setahun yang lalu.

Katanya, pendapatan menjual mapiau tidak lumayan, namun ia mampu menampung perbelanjaan harian yang semakin meningkat.

"Pada mulanya saya cuma menemani suami yang lebih lama menjual mapiau di sini, namun lama kelamaan saya turut bersamanya menjual kerana mendapati kerja ini mudah.

"Suami juga menggalakkan saya menjual mapiau kerana wang berkenaan boleh dikongsi bersama bagi membeli barang keperluan lain atau digunakan untuk perbelanjaan harian di kilang.

"Saya tidak pasti perbuatan ini salah atau tidak, namun selagi saya tidak mengganggu atau memaksa orang membeli keputusan nombor ekor ini, saya rasa ia tidak menjadi kesalahan,"

Sementara itu, penduduk Kampung Gersik, Mohd Mentali Ibrahim, 41, berkata perbuatan menjual keputusan nombor ekor berdekatan jalan masuk ke kampung itu mencemarkan imej kawasan berkenaan.

"Kegiatan ini baru bermula dengan sebelum ini tiada siapa yang berani menjual mapiau di sini kerana mengetahui semua penduduk kampung ini beragama Islam dan mengetahui judi adalah haram.

"Mereka ini jika ditanya pasti mengaku berasal dari Kampung Gersik, namun sebagai penduduk asal saya tidak pernah mengenali mereka dan dipercayai penjual ini berasal dari kawasan lain tetapi menjual mapiau di sini.

"Saya meminta kepada pihak berkuasa dan Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) memantau kegiatan ini kerana mereka tidak menghormati sensitiviti umat Islam apabila berani menjual mapiau ketika sambutan Aidilfitri dan Aidiladha baru-baru ini," katanya ketika ditemui.
katanya yang mengaku berasal dari kampung berdekatan.

KOMENTAR;

Gejala seperti ini sewajarnya dicegah dari dahulu lagi. Ini kerana beberapa pihak yang hanya melihat dengan sebelah mata menyebabkan kumpulan mapiau melayu ini semakin berani untuk melakukan perkara-perkara yang menyalahi dari segi hukum agama ini.

Penjualan VCD / DVD Porno juga berleluasa di sekitar bandar kuching, namun sebagaimana kes ini, ramai yang hanya memandang sebelah mata (Bukan Urusan kita). Amatlah mustahil pihak berkuasa tidak mengetahui adanya gejala ini kerana sebagai orang awam seawal usia sekolah menengah, mereka mengetahui dimana hendak mendapatkan barang-barang tersebut. Janganlah menunggu sehingga TV# melaporkan, maka barulah diambil tindakan sewajarnya.


Mereka yang mempunyai maklumat berkenaan salah laku / kebejatan sosial ini, diharap dapat melaporkan kepada pihak berwajib, manakala pihak berwajib pula, hendaklah sentiasa bersikap pro-aktif dalam mendepani isu-isu sebegini. Ini kerana ianya melibatkan masa depan negara kita.

Ahad, 29 November 2009

Remaja gian cemari Tebingan Kuching : BERITA HARIAN 30.11.2009

APA NAK JADI DENGAN BELIA KITA


GELAGAT remaja bawah umur yang mabuk teruk dipapah rakan beredar dari tempat berteduh di Tebingan Kuching daripada dikesan pihak berkuasa.

Lelaki, perempuan tak hirau penguat kuasa

KUCHING: Selain diakui memiliki pemandangan indah serta mempunyai beberapa catatan sejarah negeri ini sejak zaman penjajah, sekali gus menjadi tumpuan utama pelancong dari dalam dan luar negara kawasan Tebingan Kuching, di sungai Sarawak, di sini, turut dijadikan sasaran kumpulan remaja bermasalah melepak, menghisap rokok, minum minuman keras atau menelan pil khayal, terutama pada hujung minggu dan cuti umum.

Setiap hujung minggu atau cuti umum, tidak kira siang atau malam, ada saja remaja termasuk perempuan yang dipercayai mabuk kerana minuman keras atau menelan pil khayal dilihat berjalan terhuyung hayang di kawasan itu. Ada di antara kumpulan remaja itu terdiri dari tiga hingga lima orang dan ada juga yang mencecah sehingga 10 atau lebih.

Keadaan itu, menyebabkan ada di antara mereka yang gagal mengawal diri, kerana mabuk minuman keras atau pil terlanggar sesama mereka atau pengunjung lain, sehingga berlaku pergaduhan sehingga ada di antara mereka menggunakan senjata seperti tali pinggang, rantai, kayu atau pisau.

Untuk mengawal keadaan itu, polis beberapa kali melakukan Ops Sapu di kawasan berkenaan pada waktu-waktu tertentu, dan setiap kali operasi dijalankan sehingga dua trak, penuh dengan remaja lelaki dan perempuan terbabit dan dibawa ke balai atas pelbagai kesalahan.

Meskipun terdapat Unit Polis Pelancong ditempatkan di kawasan itu dan kebelakangan ini kelihatan beberapa anggota ikatan relawan rakyat Malaysia (Rela) juga ditugaskan secara berpecah di kawasan strategik, namun kumpulan remaja semuda usia sembilan tahun ini tetap tidak mengendahkan kehadiran mereka, malah langsung tidak berganjak walaupun diarah beredar dari kawasan itu.

November tahun lalu, seorang pelajar Melayu dari Kampung Astana di sini, mati ditikam oleh sekumpulan pemuda yang dipercayai mabuk ketika berjalan di kawasan itu.

Ekoran kejadian itu, polis daerah Kuching, ada ketikanya menghantar anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) atau cawangan khas (CK) dan peronda memantau kawasan itu.

Selain itu, sepasukan Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan pengawal keselamatan Tebingan Kuching juga ada menjalankan operasi bersepadu sekali sekala di kawasan terbabit.

Tinjauan Berita Harian secara berselang ke kawasan itu tiga minggu lalu mendapati antara taktik mereka ketika dihalau adalah beralih ke kawasan kaki lima kedai-kedai yang menjual barang kraftangan dan barangan antik, berhadapan Tebingan Kuching atau beredar ke arah Kompleks Medan Pelita atau kedai minum di Taman Sri Sarawak, sebelum kembali semula ke situ bersama rakan lain pula selang 20 hingga 45 minit kemudian.

Mereka yang datang semula ke kawasan itu akan membawa minuman keras sama ada yang dalam tin atau botol yang dibeli dari kedai minuman tidak jauh dari situ atau sebuah kedai minuman ringan yang memang diketahui menjual minuman keras di hadapan tebingan berkenaan atau dari Taman Sri Sarawak.

Untuk menjadikan, minuman itu lebih 'power atau kick' ada yang sanggup mencampurkannya dengan pelbagai minuman keras lain atau pil khayal.

Salah seorang penjaja makanan dan minuman ringan di kawasan itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Jack, 43, berkata, masalah remaja melepak di kawasan terbabit sudah melampau ketika ini kerana ada di kalangan mereka mengganggu pelancong asing.

Beliau berkata, jumlah sebenar kes jenayah yang berlaku di sini, tidak dapat dipastikan tetapi memang terdapat pelancong asing yang berkunjung ke sini diancam atau diragut oleh kumpulan remaja yang mabuk.

Katanya, pengawal keselamatan Tebingan Kuching yang ada di sini hanya ada kuasa menjaga harta benda yang ada bukan, mengawal kehadiran remaja terbabit.

“Jumlah mereka juga hanya 10 orang yang bertugas secara bergilir iaitu lima siang dan lima lagi malam.

“Apa yang mereka mampu buat ialah meminta kumpulan remaja itu bersurai, namun selang setengah jam selepas itu, kumpulan remaja berkenaan pasti akan datang semula melepak di sini,” katanya.

Seorang penjual kek lapis Sarawak di kaki lima sebuah kedai antik berhadapan dengan kawasan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Dayang, 35, berkata masa kumpulan remaja melepak bermula petang Jumaat hingga Ahad.

Beliau berkata, waktu kemuncak di antara jam tiga hingga lima petang pada Jumaat dan pada hujung minggu atau cuti umum mereka akan muncul seawal jam sembilan pagi.

“Port' atau lokasi mereka ialah di sebuah pondok rehat dan beberapa bangku taman di belakang Muzium Cina dan kawasan yang agak tersorok.

“Ada di antara pelajar sekolah ekoran masih berpakaian seragam dan membawa beg namun ada juga yang menukarkan pakaian dengan baju kemeja T yang dibawa dari rumah,” katanya.

Seorang tukang sapu yang hanya mahu dikenali sebagai Kiah, 50, berkata jumlah anggota setiap kumpulan antara lima hingga 10 orang dan pada hujung minggu mencecah 20 orang, manakala jumlah kumpulan pula mencecah 30 hingga 60 kumpulan sehingga menyebabkan di kawasan sekitar belakang muzium itu agak sesak.

Beliau yang sudah lebih setahun berkerja di situ, berkata remaja terbabit membeli minuman keras itu secara berkongsi dari dua kedai makan dan minuman ringan di hadapan lokasi berkenaan.

Katanya, kumpulan remaja terbabit lazimnya akan mengumpul duit sesama mereka dengan menyebut `tong-tong' sebelum pergi membeli minuman keras berkenaan, yang biasanya akan dibungkus dengan plastik.

"Ada remaja yang terlalu mabuk dan tidak mampu lagi berjalan ditinggalkan rakannya tertidur di bangku di tebingan itu.

"Sejak beberapa minggu lalu, saya kerap bertemu dengan bungkusan pil dipercayai pil hayal dari kawasan tempatan remaja terbabit berkumpul," katanya.

Manakala seorang penjaga tandas, Zainab Mon, 61, berkata kumpulan remaja itu akan bersurai dengan lari lintang pukang, apabila melihat ada anggota polis menujun ke arah itu.

"Apapun mereka akan datang semula beberapa minit kemudian, selepas polis sudah beredar.

"Ada juga yang berjaya ditangkap oleh anggota JSJ dan CK yang memang mencari remaja terbabit di kawasan itu," katanya.

Manakala seorang penduduk bandaraya ini, Mordiah Osman, 45, berkata beliau dan keluarganya pernah melihat seorang remaja lelaki yang dipercayai dalam keadaan mabuk mengejar seorang remaja lain sambil membawa pisau di tangan kanannya.

"Keadaan ini, membuat saya bersama suami dan tiga anak kami, mengambil keputusan membatalkan cadangan awal untuk berjalan-jalan sambil makan kebab di Tebingan Kuching.

"Suami saya, pernah beberapa kali melihat remaja yang melepak di kawasan itu bergaduh dengan bersenjatakan kayu dan botol ketika melalui jalan berhadapan tokong, dalam perjalanan pulang dari pejabatnya pada petang Sabtu," katanya.

Mordiah berkata, berdasarkan pengalaman itu dan kes jenayah yang dilaporkan berlaku di situ, kami jarang berkunjung ke kawasan terbabit sejak kebelakangan ini.

"Sekiranya masalah itu gagal ditangani dengan bijak, ia boleh menjadi barah sekali gus akan mengurang jumlah pelancong berkunjung ke kawasan terbabit.

"Saya berharap semua pihak berkaitan melihat dan bertindak untuk menagani masalah itu dengan serius mulai sekarang," katanya.

Selasa, 24 November 2009

Cacatan Sahabat Sekitar Rakaman Al-Kuliyyah Khas TV3

Sekitar Rakaman Al-Kuliyyah: Antara Adab dan Biadab
Share
Friday, November 20, 2009 at 6:18pm

Malam tadi (19 November 2009), saya mengikuti sesi rakaman rancangan Al-Kuliyyah (TV3) di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Sesi kali ini agak menarik, dengan tajuk “1 Akidah” rancangan kali ini menampilkan Al-Fadhil Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan Dr. Fauzi Deraman. Perbincangan yang bertajuk “1 Akidah” ternyata banyak berkisar sekitar persoalan tentang adab, tentang perbezaan pendapat. Itupun, tidak sepenuhnya perbincangan itu bersifat ilmiah. Apa yang pasti, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan Dr. Fauzi Deraman mengecewakan. Sikap dan kata-kata mereka ternyata menggambarkan suatu kebiadaban; apa yang diistilahkan oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady sebagai fenomena “kebiadaban intelektual”.

Perbezaan pendapat adalah suatu lumrah yang tidak mungkin boleh dielakkan. Justeru, menurut Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, dalam ajaran Islam telahpun disiapkan panduan dan pedoman untuk menangani perbezaan pendapat tersebut. Sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala di dalam kitab suci Al-Qur’an, kita hendaklah mengikuti jalan orang-orang yang beriman (sabiilil-mu’minin); yakni, kita hendaklah patuh kepada ijma’ ‘ulama – kesepakatan majoriti ‘ulama. Beliau menghuraikan, ini maksudnya kita hendaklah taat kepada ajaran Islam arus perdana. Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady memetik di dalam kitab Fathul Bari yang menyatakan bahawa imam-imam yang muktabar di dalam Ahli Sunnah wal Jamaah adalah perlu ditaati sama ada dari segi aqidah, syariat mahupun akhlak. Jika adapun perbezaan pendapat, maka hal itu haruslah ditangani secara cermat dan dengan penuh adab.

Apa yang disampaikan oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady tersebut ternyata merupakan satu panduan yang penting kerana apa yang sedang berlaku di dalam negara ini pada hari ini adalah sikap segelintir “kaum muda” (Salafi, Wahabi, gerakan Tajdid, atau apa sahaja namanya) yang cuba melawan ‘arus perdana’. Amalan dan pegangan umat Islam di negara ini, yang merupakan amalan dan pegangan arus perdana yang telah disusun hasil kesepakatan para ‘ulama, cuba dicabar tanpa kita memahami apakah maksud sebenar di sebaliknya. Kelihatannya, hanyalah kerana mereka itu inginkan publisiti dan ingin menjadi jaguh yang dikenali di dalam masyarakat. Apakah ada keperluan amalan membaca doa qunut yang telah lama diamalkan oleh masyarakat negara ini dilawan? Apakah ada keperluan amalan membuat majlis tahlil arwah diharamkan? Apakah ada keperluan Selawat Syifa’ yang sangat masyhur di kalangan masyarakat negara ini dikatakan amalan yang salah? Itu semua adalah amalan yang datangnya melalui ajaran arus perdana di negara ini, yang semuanya ada dalil dan nas yang menyebabkan para ‘ulama mengajar amalan-amalan tersebut.

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (MAZA) kemudian menyebut tentang sikap majoriti para imam mazhab, yang menyuruh agar ditinggalkan pendapatnya apabila ada dalil yang sahih yang bercanggah dengan pendapatnya. Hal itu, menurutnya, menjadi bukti betapa para imam menghormati dalil dan nas. Dr. MAZA juga menyebut bahawa adalah penting untuk menghormati pandangan para ‘ulama muktabar; apa yang diistilahkan di dalam usul fiqh sebagai ijma’ ‘ulama. Dr. MAZA juga menyentuh tentang masalah fanatik mazhab. Sehinggakan, katanya, hanya kerana berbeza pandangan seseorang itu boleh dihukum sesat, biadap dan sebagainya.

Hal ini telahpun disanggah dengan mudahnya oleh Al-Fadhil Ustaz Yusri Mohd. melalui soalan beliau kepada Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady. Kata-kata para imam mazhab bahawa “apabila bertemu dalil yang sahih hendaklah ditinggalkan pendapatku” adalah kata-kata khusus yang ditujukan kepada para ‘ulama jua, dan bukannya kepada orang awam seperti kita semua. Kata-kata tersebut ditujukan khusus kepada para ‘ulama yang berkapasiti untuk membuat ijtihad. Mana mungkin masyarakat awam, ataupun sesiapa sahaja yang mempelajari ilmu agama tetapi tidak sampai ke tahap mujtahid, untuk membuat ijtihad sendiri apabila bertemu sahaja hadith sahih (atau yang dikatakan sahih) di dalam kitab-kitab mahupun buku-buku. Apakah ada jaminan interpretasi mereka terhadap maksud hadith itu betul? Apakah mereka faham benar konteks kegunaan hadith tersebut? Harus diingat bahawa hadith itu datangnya dengan konteks yang tertentu. Kerana itu kita banyak bertemu hadith-hadith yang kelihatannya seperti bercanggah antara satu sama lain, tetapi sebenarnya tidak kerana konteksnya berbeza. Cukup menghairankan apabila Dr. MAZA menekankan tentang perlunya kita patuh kepada ijma’ ‘ulama, tetapi dia sendiri menentang aliran arus perdana (yang merupakan hasil ijma’ ‘ulama) di negara ini; seperti contoh, dia mempertikaikan dan memperlekeh majlis maulid, memperlekeh al-Fadhil Syeikh Jaafar al-Barzanji (bacaan Maulid Barzanji – disebut ‘berzanji’ oleh orang Melayu – telah lama diamalkan di negara ini), dan sebagainya yang mana semuanya adalah perkara-perkara yang dipersetujui oleh para ‘ulama. Jika adapun pandangan berbeza, maka itu adalah perbezaan pendapat yang tidak wajar dan tidak patut dijadikan polemik di dalam masyarakat! Hormatilah apa yang telah disusun oleh para ‘ulama terdahulu untuk kesejahteraan umat Islam di negara ini!

Pensyarah di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), Dr. Fauzi Deraman kemudiannya menyatakan bahawa semua orang, termasuk para ‘ulama, adalah tertakluk kepada ayat Al-Qur’an yang menyatakan bahawa kita semua tidak dikurniakan pengetahuan melainkan sedikit. Justeru, Al-Qur’an juga mengajarkan kita agar “bertanyalah kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahui”. Menurutnya, setiap orang ada bidang kepakaran masing-masing dan bidang tersebut harus dihormati. Tentang fenomena masa kini di mana semakin ramai orang awam yang turut melibatkan diri dalam perbincangan terbuka tentang hal-hal agama yang sebenarnya bukan bidang mereka, Dr. Fauzi Deraman menyatakan bahawa orang awam tidaklah wajar disalahkan sepenuhnya kerana orang awam mengikuti ‘mentor’ mereka. Maka, apa yang penting adalah orang awam harus dididik dan diberikan panduan yang betul. Apa yang dikatakan oleh Dr. Fauzi Deraman ternyata benar. Namun, apa yang berlaku pada hari ini adalah orang sudah tidak menghormati autoriti. Dalam hal agama sebagai contoh, semakin ramai orang sudah tidak lagi menghormati autoriti kerana terpengaruh dengan sikap segelintir orang muda yang kononnya berilmu, mungkin kerana memilik Ph.D. lalu memakai gelaran ‘Doktor’ di hadapan namanya, yang dengan sewenang-wenangnya mempersoal dan mempertikaikan pendapat para ‘ulama sedangkan mereka bukanlah orang yang layak untuk melakukan hal yang sedemikian. Ada juga di kalangan para ilmuan sombong ini yang mengatakan diri mereka, ataupun mengatakan ‘ulama ikutan mereka, sebagai pakar hadith dan memakai gelar ‘Al-Muhaddith’ sedangkan antara syarat untuk seseorang itu digelar ‘Al-Muhaddith’ adalah ia haruslah menghafal 100,000 hadith! Itu belum termasuk syarat mempunyai dan menghafal sanad hadith. Sedangkan golongan ‘ulama sombong ini menolak amalan pemberian ijazah hadith; maka mana mungkin mereka menjadi pakar hadith!

Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady memberikan satu peringatan yang ringkas tetapi penuh makna; bahawa setiap urusan itu haruslah diserahkan kepada ahlinya. Peringatan daripada Allah Subhanahu wa ta’ala agar kita merujuk kepada ahlinya dan tidak memandai-mandai. Justeru, dalam soal memberikan pandangan, sepertimana yang dipraktikkan oleh para salafussoleh, hendaknya para ‘ulama itu berbincang di dalam wacana “para ‘ulama” untuk mendapatkan kesepakatan – dengan mengambil kira semua faktor – sebelum akhirnya keputusan itu disalurkan kepada orang ramai. Apa yang berlaku pada hari ini adalah kita terpengaruh dengan wacana ala pasca-modenisme, yang menganggap semua wacana adalah sama – atas nama ‘kebebasan bersuara’.

Penekanan yang diberikan oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady ini, walaupun ringkas, tetapi adalah sangat fundamental. Apa yang disebutkan adalah tentang hal adab. Hal ini demikian kerana tidak semua orang mempunyai kelayakan untuk membincangkan semua perkara. Perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajian ‘aqidah, berkaitan dengan fiqh dan akhlak, yang sudah tentu akan ditemukan banyak perbezaan pendapat tentangnya, adalah perkara-perkara yang tidak wajar, tidak patut dan tidak perlu untuk dibincangkan di dalam wacana terbuka di tengah-tengah masyarakat yang rata-ratanya tidak berkeahlian dalam hal ilmu Islam. Justeru, di situlah peranan para ‘ulama untuk menyusun dan menyepakati apakah kaedah, pendekatan, amalan, dan sebagainya yang patut diketengahkan kepada masyarakat. Itulah yang dilakukan oleh para imam mazhab dan para mujtahidin. Mereka meneliti dalil dan menyusun amalan-amalan dalam agama agar mudah diikuti oleh orang awam; agar tidak perlu lagi orang awam melalui proses penelitian dalil kerana tidak semua orang berkapasiti untuk memahami dengan benar dalil Al-Qur’an dan Al-Hadith, apatah lagi untuk mencapai tahap mujtahid! Tindakan membawa wacana yang berkaitan dengan penentuan asas-asas serta amalan-amalan dalam agama ke tengah kancah masyarakat, hanyalah akan menyebabkan berlaku kecelaruan kerana masyarakat akan mula keliru, dan lebih teruk lagi sudah mula muncul di tengah-tengah masyarakat golongan muda (khususnya) yang dengan beraninya berwacana menggunakan nama-nama ‘ulama seperti Imam Syafie, Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dan sebagainya, sedangkan mereka hanyalah ‘berguru’ dengan Internet ataupun dengan membaca sendiri buku-buku para ‘ulama tersebut. Jika adapun guru tempat merujuk, hanyalah seorang atau dua orang guru-guru yang tidak mempunyai susur galur ilmu yang mantap. Hal ini berlaku kerana melihatkan wacana-wacana yang semakin banyak dibincangkan secara terbuka, sehingga mereka merasakan bahawa sesiapa sahaja layak untuk membincangkan persoalan agama.

Bagaimanapun, Dr. MAZA seolah-olah gagal memahami apa yang cuba disampaikan oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady. Dia memetik hadith yang menyatakan bahawa Allah akan membangkitkan seorang ‘mujaddid’ (pembaharu urusan agama) pada setiap 100 tahun. Dia menyentuh tentang bagaimana urusan membaharui urusan agama ini telah dilakukan oleh semua mujaddid, biarpun ditentang hebat. Dia menyebut cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Imam Ahmad, Imam Syafie dan sebagainya dalam menyatakan kebenaran. Saya tertanya-tanya, apakah dia mahu menyamakan dirinya dengan Imam Ahmad dan Imam Syafie? Dia menyebut contoh-contoh itu sebagai menyatakan bahawa dirinya juga perlu melakukan ‘tajdid’ (membaharui urusan agama) biarpun sukar diterima. Namun, sekali lagi, perlu diperhatikan siapakah Imam Ahmad dan siapakah Imam Syafie? Mereka adalah ornag yang diberikan pembukaan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala, sehingga mempunyai keluasan ilmu yang hebat. Sekiranya salah seorang daripada mereka masih hidup pada hari ini, maka tidaklah keterlaluan jika dikatakan adalah wajib bagi seluruh umat Islam di dunia ini mematuhinya sebagai rujukan utama masa kini! Siapalah Dr. MAZA jika hendak dibandingkan dengan Imam Syafie, Imam Ahmad? Juga, harus diperhatikan apakah yang diperjuangkan oleh imam-imam besar itu sama seperti apa yang diperjuangkan oleh Dr. MAZA? Imam Syafie dan Imam Ahmad berjuang untuk membetulkan ‘aqidah umat Islam (diulangi: ‘aqidah), kerana tanpa ‘aqidah yang betul boleh jatuh kufur seseorang itu. Sedangkan di negara ini kita sudah mempunyai suatu susunan amalan dan pegangan yang betul, tidak perlu lagi dipertikaikan!

Dr. MAZA kemudiannya menyatakan, sebagai membantah pandangan Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, bahawa sekiranya dia perlu berbincang dahulu sebelum menyampaikan pandangannya, maka tidak akan berlakulah “sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat”. Saya dan rakan-rakan di pentas penonton hanya mampu menepuk dahi dek kerana lemahnya hujah yang digunakan oleh dia. Hadith tersebut bukan untuk hal tajdid! Jika hadith tersebut adalah berkaitan dengan hal tajdid, maka mudah sangatlah proses tajdid itu dan tidak perlulah dibangkitkan seorang mujaddid kerana sesiapa sahaja boleh melakukannya! Juga, apa yang dimaksudkan oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady agar diadakan perbincangan di peringkat para ‘ulama terlebih dahulu bukanlah maksudnya agar jangan dilakukan dakwah! Maksud beliau adalah supaya perkara-perkara khilaf, perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar, dengan pendekatan dan sebagainya, dibincangkan secara ilmiah terlebih dahulu di kalangan para ‘ulama, agar para ‘ulama yang berkeahlian itu dapat memutuskan apakah dia yang paling sesuai untuk disalurkan kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana masyarakat tidak berkeahlian untuk menentukan bagi diri mereka sendiri apakah yang patut atau tidak, apa yang benar atau tidak. Nah, bukankah di dalam wacana para ‘ulama itu masih ada peluang untuk ‘menyampaikan daripada Rasulullah walaupun sepotong ayat’. Keluarkanlah apa sahaja dalil dan nas yang diketahui di dalam wacana para ‘ulama kerana memang sifat wacana itu ilmiah. Mengapa harus dibawa kepada masyarakat? Adakah kerana ingin dikenali, ingin dilihat sebagai jaguh? Jika benar ingin manfaat dan faedah bagi masyarakat, bukankah pandangan dan usaha ijma’ ‘ulama itu lebih kukuh dan lebih baik daripada usaha beberapa kerat individu? Logik ini terlalu mudah, hanya mereka yang tertutup minda dan hatinya sahaja yang akan gagal memahaminya.

Dr. Fauzi Deraman pula menyatakan bahawa perselisihan (dalam hal dasar agama) tidak berlaku di zaman Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, kerana ada kaitannya dengan metodologi pada zaman itu. Saya mungkin boleh bersetuju dengan kenyataan itu kerana memang ada kebenarannya. Namun, sebab utama mengapa tidak berlakunya perselisihan pada zaman tersebut adalah semata-mata kerana baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam! Baginda adalah ikutan ulung para sahabat, baginda adalah contoh, baginda adalah rujukan utama! Para sahabat patuh dan taat kepada baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam tanpa soal: ini dinamakan taqlid! Benar, dalam Islam ada kebenaran untuk taqlid, bagi orang yang tidak mampu berijtihad seperti kita semua! Jika ada yang ingin menyanggah dengan mengatakan bahawa bertaqlid dengan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam sahaja yang boleh, maka ketahuilah bahawa Rasulullah telah mengiktiraf generasi salafussoleh, para Khulafa’ Ar-Rasyidiin dan Ahlul Bait sebagai kelompok yang harus kita ikuti dan contohi.

Namun, saya ternyata tidak bersetuju dengan kenyataan Dr. Fauzi Deraman yang menyatakan bahawa para sahabat tidaklah belajar banyak sangat tentang ‘aqidah. Kenyataan itu ternyata adalah suatu kenyataan yang sangat biadap! Para sahabat adalah mereka yang paling ‘arif tentang ‘aqidah! Kenyataan dia seolah-olah menggambarkan bahawa umat Islam yang terkemudian lebih maju dalam hal pengajian ‘aqidah! Memang benar bahawa para sahabat tidaklah mempunyai sistem pengajian yang canggih (baca: berkecamuk) sepertimana apa yang kita ada pada hari ini. Tetapi harus difahami bahawa para sahabat adalah mereka yang paling mantap ‘aqidah mereka, dan menjadi rujukan kita semua sehingga ke hari ini! Para sahabat adalah contoh kita dalam hal ‘aqidah. Bukankah dalam pembelajaran ‘aqidah pada hari ini pun kita memetik contoh-contoh daripada kisah sahabat? Penyusunan sistem bagi kita mempelajari dan memahami ‘aqidah yang benar seperti yang dilakukan oleh Al-Imam Abu Hassan Al-Asy’ari adalah juga bersumberkan kepada para sahabat, yang sudah tentunya datangnya pula daripada Sayyiduna Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam. Jika dikatakan para sahabat tidak banyak belajar ‘aqidah, adalah tidak benar sama sekali kerana para sahabat berada bersama Rasulullah, dan mereka mempelajari keseluruhan isi kandungan kitab suci Al-Qur’an secara langsung daripada baginda Rasulullah! Mereka mempelajari ‘aqidah daripada dua sumber utamanya: Al-Qur’an dan Rasulullah! Mana mungkin mereka tidak banyak belajar ‘aqidah!

Justeru itulah Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady mengingatkan semua tentang niat. Menurut beliau, niat itu adalah penting kerana setiap amalan itu nilaiannya bergantung kepada niat. Niat yang tidak betul akan merosakkan amalan; sepertimana solat menjadi rosak, sedekah menjadi sia-sia jika niatnya adalah untuk membangga dan menonjolkan diri. Hal ini, menurut Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, adalah sesuatu perkara yang sangat asas dan sangat penting tetapi ramai orang terlupa, termasuk sesetengah orang yang berilmu. Dalam melakukan pembaikan, teguran dan sebagainya kita haruslah ikhlas kerana mencari redha Allah Subhanahu wa ta’ala. Justeru, apa yang penting adalah kita menghormati orang lain, kita menghormati ‘ulil amri’. Jika ingin melakukan teguran, hendaklah dilakukan dengan cara baik dan cara berhikmah, bukannya dengan cara terus memaparkan kritikan itu di dada akhbar sehingga boleh mengakibatkan malu dan keresahan. Inilah adab namanya! Hal ini demikian kerana, jika benar kita ikhlas ingin menegur dan membuat pembaharuan maka sudah tentu boleh sahaja teguran itu disalurkan terus kepada pihak berwajib – kepada para pemerintah, kepada para ‘ulama – tanpa perlu melalui media massa. Kerana yang diinginkan adalah menyampaikan teguran dengan cara baik, bukan mencari populariti!

Mungkin disebabkan terasa dengan teguran ‘pedas’ Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Dr. MAZA naik suara sedikit. Dia menyatakan bahawa adalah tidak patut jika seseorang itu berbeza pendapat dengan orang lain, maka orang lain itu terus dituduh sebagai sesat, Wahabi dan sebagainya. Saya bersetuju dengan pandangan Dr. MAZA. Namun, ternyata di situ tersisip suatu keangkuhan dan cubaan untuk memutarbelitkan apa yang sebenarnya berlaku di negara ini. Harus difahami bahawa pertuduhan “sesat”, “Wahabi” dan sebagainya yang dilontarkan kepada individu-individu tertentu bukanlah dibuat secara semberono! Ya, mungkin sahaja ada di kalangan masyarakat awam di negara ini yang agak ‘emosional’ dan dengan mudahnya melabel orang dengan label yang pelbagai. Namun, di peringkat para ‘ulama dan intelektual, menghukum seseorang itu sebagai “sesat”, atau sebagai berfahaman “Wahabi” adalah sesuatu yang dibuat secara ilmiah. Apabila telah jelas dan telah zahir seseorang itu sesat, apakah mungkin kita mendiamkan diri dan tidak menyatakannya? Apakah hanya kerana semata-mata ingin meraikan ‘perbezaan pandangan’, maka kita tidak boleh menyatakan kesesatan seseorang itu apabila telah zahir kesesatannya? Jika begitu, tarikh balik sahaja pertuduhan kita terhadap Haji Kahar (Rasul Melayu). Fahaman dan aliran pemikiran yang “sesat” dan “Wahabi” itu telah lama dijelaskan dan dihadirkan dalil-dalil serta bukti bagi menyokong pertuduhan tersebut; hanya sahaja, mungkin segelintir pihak tidak mahu menerima hujah dan dalil-dalil yang dikemukakan.

Dr. Fauzi Deraman kemudiannya menekankan bahawa daripada segi sumber, tidak ada perselisihan kerana kita semua mengakui bahawa kita hanya ada dua sumber (dalam hal ‘aqidah, syariat mahupun akhlak) yakni Allah dan Rasul. Dr. Fauzi menyatakan bahawa kita tidak ada sumber-sumber yang lain selain daripada Allah dan Rasul. Hal tersebut sememangnya benar, bahawa tidak ada sumber yang lebih utama dalam agama selain daripada Allah dan Rasul. Namun, mungkin perlu dijelaskan lagi bahawa di dalam usul fiqh, melalui peruntukan di dalam nas-nas Al-Qur’an dan Al-Hadith, Ijma’ ‘Ulama juga diterima sebagai sumber – selepas Al-Qur’an dan Al-Hadith. Kegagalan mengiktiraf ijma’ ‘ulama sebagai sumber akan menyebabkan seseorang itu terjerumus ke dalam lembah kebiadaban ilmu. Memang benar sumber utama dalam Islam hanya dua, yakni Al-Qur’an dan Al-Hadith. Tetapi, siapakah yang akan menyampaikan kita kepada kefahaman yang benar tentang keduanya? Oleh sebab itulah, setelah Rasulullah berpesan para peringkat awalnya agar umat baginda berpegang kepada Al-Qur’an dan Al-Hadith, maka Rasulullah berpesan pula kepada kita menjelang penghujung kehidupan baginda di dunia ini supaya kita berpegang kepada sunnah Khulafa’ Ar-Rasyidiin dan sunnah Ahlul Bait. Hal ini demikian kerana mereka adalah kelompok yang paling ‘arif tentang Al-Qur’an dan sunnah Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam. Oleh sebab itulah, setelah berlalunya zaman Rasulullah, para sahabat merujuk kepada orang yang paling hampir dengan Rasulullah dalam usaha untuk memahami Al-Qur’an dan As-Sunnah. Para tabi’in merujuk kepada para sahabat dalam usaha untuk memahami Al-Qur’an dan As-Sunnah. Para tabi’ tabi’in pula merujuk kepada para tabi’in dalam usaha yang sama. Dan begitulah seterusnya berlaku, sehingga kita pada hari ini merujuk kepada para ‘ulama, guru-guru kita, masyayikh kita yang mursyid dan murabbi, dalam usaha kita untuk memahami Al-Qur’an dan As-Sunnah. Inilah dikatakan adab! Bukannya dengan cara menolak pandangan para ‘ulama tradisi dan kemudian menelaah sendiri Al-Qur’an dan Al-Hadith – kerana siapa kita untuk memahami Al-Qur’an dan Al-Hadith? Kita hidup dalam zaman yang penuh dengan dosa dan maksiat, mana mungkin Allah mengurniakan kepada kita ‘ilmu dan kefahaman yang sama sepertimana yang dikurniakan kepada generasi terdahulu – kerana kita tidak layak!

Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady kemudiannya merumuskan perbincangan pada sesi rakaman Al-Kuliyyah itu dengan menasihatkan semua agar kembali kepada kerangka Ahli Sunnah wal Jamaah – aliran arus perdana yang dijamin kebenarannya oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam. Baginda Rasulullah telah menjamin untuk kita bahawa kerangka kebenaran (al-Haq) itu akan sentiasa ada di dalam agama ini, justeru itulah dia aliran arus perdana yang dibawa dan didokong oleh para ‘ulama secara berantaian daripada dahulu sehingga kini. Oleh sebab itulah di sisi pada ‘ulama, salah satu tradisi penting yang perlu dikekalkan bagi memastikan keberkatan dan kesahihan ilmu adalah tradisi pengajian secara bersanad. Kita haruslah mempunyai rantaian ilmu dengan guru kita, guru kepada guru kita, guru kepada guru kepada guru kita, dan begitulah seterusnya sehingga sampai kepada Al-Mu’allim Sayyiduna Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam.

Selesai sahaja sesi rakaman itu sesi soal jawab dibuka kepada penonton yang hadir. Ada beberapa soalan dilontarkan kepada ketiga-tiga panel. Pada sesi ini semakin terzahir kebiadaban beberapa orang ahli panel dan para penonton yang menyokong mereka. Dalam usaha untuk menjustifikasikan betapa perlunya usaha ‘tajdid’ yang sedang dia lakukan, dalam erti kata memecahkan pegangan kepada mazhab syafi’e dan menjadi ‘lebih terbuka’, Dr. MAZA mengambil beberapa contoh kelemahan pandangan di dalam mazhab syafi’e sambil menyatakan bagaimana sikap Imam Syafi’e sendiri serta sikap ‘ulama terdahulu yang begitu terbuka. Dr. MAZA memperli sikap ‘golongan agamawan’ serta ‘pihak berkuasa agama’, khususnya kerana sikap tertutup mereka dan kerana tindakan yang dikenakan ke atasnya oleh JAIS. Bukankah seharusnya sudah jelas, begitu ramai orang yang menentangnya bukanlah kerana dengki dan bukanlah kerana semata-mata tidak suka kepada perbezaan pandangan; tetapi, kerana aliran pemikiran yang dibawa oleh Dr. MAZA adalah berbahaya kepada kesejahteraan umat Islam di negara ini. Sikap Dr. MAZA yang memperlekeh ‘golongan agama’, mencabar ‘autoriti agama’ secara terbuka begitu, sambil disambut dengan tepukan tangan oleh sebilangan penonton, ternyata menampakkan keangkuhan dan ketiadaan adab. Apatah lagi apabila disambung pula oleh Dr. Fauzi Deraman yang mengikut rentak Dr. MAZA. Dr. Fauzi memperlekeh-lekeh pandangan dalam mazhab syafi’e (dalam kes ini berkaitan haji) yang katanya menyusahkan, sambil disambut dengan senyum dan gelak ketawa Dr. MAZA dan sebilangan para penonton. Kami hanya mampu terdiam melihat.

Namun, ternyata jika Allah ingin menzahirkan kebenaran maka tidak ada apa yang akan dapat menghalangnya. Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady menutup dengan suatu teguran yang langsung kepada para panelis dan penonton. Bergenang air mata tatkala Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady menyatakan kesayuan beliau melihat orang ramai bergelak-ketawa tatkala kisah para ‘ulama diceritakan dan pandangan mereka dilekeh-lekehkan. Begitu sayu beliau melihat orang ramai – termasuk para panelis – menganggap lekeh apa yang dibincangkan, sehingga boleh dijadikan bahan gelak ketawa. Ke mana perginya adab? Sungguh, persoalan adab ini adalah persoalan yang sangat penting. Ramai oleh boleh bercakap tentang adab, tetapi tidak semua orang benar-benar boleh menjadi orang yang beradab. Sekadar mengulangi pesanan Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, bahawa ikutilah dan taatlah kepada aliran arus perdana Ahli Sunnah wal Jamaah. Taatlah kepada imam-imam Ahli Sunnah wal Jamaah. Bersikaplah dengan sikap yang betul; bercakaplah dengan bahasa dan ayat yang betul. Di dalam Al-Qur’an, Allah Subhanahu wa ta’ala menyatakan bahawa sesiapa yang tidak beradab dengan Rasulullah – cukup sekadar meninggikan suara lebih tinggi daripada suara Rasulullah – maka akan terhapus segala pahala amalannya. Nah, para ‘ulama itu pewaris Rasulullah, mengapakah kita enggan beradab dengan mereka? Memang benar mereka bukan maksum, bukan sempurna, tetapi sedarlah bahawa kita semua jauh lagi tidak sempurna daripada mereka!

Semoga Allah mengurniakan Rahmat kepada seluruh para pejuang Ahli Sunnah wal Jamaah; dan semoga Allah membuka pintu hati golongan berilmu yang sombong, serta para pengikut aliran pemikiran mereka.

Mohon maaf atas salah dan silap. Sekadar luahan rasa hasil ilham daripada Allah dan berkat sentuhan guru kita Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki. Saya hanyalah seorang insan yang sangat hina yang sedang berusaha menggapai cinta-Nya, dan cinta Baginda sallallahu ‘alayhi wasallam.

Wallahu’alam

Rabu, 18 November 2009

Salawat Syifa' Bercanggah dengan Akidah Islam????



Jawapan boleh lihat komentar:
http://jomfaham.blogspot.com/2009/10/belajar-menyelidik-sebelum-terima-bulat.html

Isnin, 16 November 2009

Membataskan sumber hukum rugikan umat Islam

TINDAKAN mengehadkan sumber hukum hanya akan menyempitkan pandangan terhadap syiar Islam dan membantutkan penyuburan ilmu, sedangkan Islam menggalakkan umatnya meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.

Pensyarah Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahya, berkata sikap membataskan pandangan terhadap sumber hukum juga akan merugikan umat Islam.

Katanya, perbezaan pandangan hasil daripada kajian serta penyelidikan kepada sumber hukum yang pelbagai membolehkan umat Islam mempelajari lebih banyak perkara serta menghasilkan ketetapan memberi manfaat untuk kemajuan ummah.

"Islam sendiri membenarkan perbezaan pandangan atas perkara tertentu dan ia hendaklah dilakukan mengikut caranya. Jangan pula apabila berbeza itu kita mendabik dada mengatakan kita lebih baik dan mencemuh orang lain.

"Dalam bab hukum ini, jika hendak faham belajarlah usul fiqh," katanya pada seminar dakwah Memperkukuhkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah: Isu dan Cabaran Semasa anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di Kolej Dar al Hikmah, Sungai Ramal, Kajang, baru-baru ini.

Beliau berkata, jika semua boleh berlapang dada dan menerima perbezaan pandangan dalam hal membabitkan amalan agama dengan hati terbuka, maka tidak timbul sikap perselisihan hingga boleh memecahbelahkan umat Islam seperti berlaku hari ini.

Hashim berkata, dalam masalah cabang yang menjadi amalan umat Islam ada yang tidak mempunyai dalil khusus tetapi hujah berpandukan kepada dalil umum yang dikembangkan dan disusun dengan sempurna oleh ulama nusantara.

Antaranya, amalan berwirid selepas solat yang dikatakan tidak dibolehkan kerana Rasulullah SAW tidak melakukannya sedangkan Baginda menyuruhnya kerana amalan baik memang digalakkan.

Mengenai susunan zikir pula, Hashim berkata, ia adalah ijtihad ulama yang menyusunnya dengan tujuan memudahkan masyarakat umum yang mungkin tidak tahu apa hendak dibaca untuk meningkatkan amalan serta mendekatkan diri kepada Allah.

Begitu juga katanya, dengan amalan lain yang dikatakan tidak dilakukan Rasulullah SAW tetapi ulama melihat akan kebaikannya untuk mengembalikan dan mendekatkan umat Islam kepada ajaran Islam.

"Tidak ada dalil khusus tetapi ada dalil umum, jadi jangan terkeliru kerana ini akan merugikan umat Islam. Perlu faham kenapa ada galakan membaca Yasin yang menjadi amalan sejak dulu, kerana ketika Islam mula datang tidak ramai boleh membaca al-Quran.

"Jadi ulama kata, mari kita berkumpul dan baca ayat al-Quran iaitu surah Yasin. Jika dihalang, apa yang hendak dibaca jika yang dia tahu hanya surah Yasin. Sekurang-kurangnya ada ayat al-Quran yang dia boleh baca dan janganlah kata amalan itu bidaah," katanya.

Beliau berkata, perbezaan pandangan berkaitan perkara cabang dalam amalan agama jika dijadikan bahan untuk diperbahaskan hingga kiamat tidak akan selesai dan sebaiknya tenaga itu sepatutnya ditumpukan ke arah membanteras kemungkaran yang lebih jelas.

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Abdul Halim El-Muhammady, berkata gerakan aliran tidak bermazhab sudah bertapak di negara ini hampir satu abad tetapi tidak nampak sumbangan mereka dari sudut keilmuan dan pembangunan masyarakat.

Katanya, disebabkan tiada hasil karya ilmu berwibawa dan muktabar daripada golongan aliran tidak bermazhab menyebabkan ia tidak dapat diterima dalam arus perdana sama ada pada peringkat pemerintah atau masyarakat.

"Aliran tidak bermazhab ini sebenarnya tidak mempunyai asas kuasa yang kuat dari sudut keilmuan atau tidak cukup wibawa ulamanya jika dibanding dengan ulama beraliran mazhab serta karya mereka.

"Malah, aliran ini juga tidak berlaku dalam pengalaman negara Islam selepas penerimaan mazhab tertentu dalam masyarakat. Arab Saudi masih bermazhab Hambali, Turki dan Pakistan bermazhab Hanafi sementara Libya dan Tunisia bermazhab Maliki," katanya.

Beliau yang membentangkan kertas kerja bertajuk 'Pengaruh Fiqh Mazhab Syafie Dalam Pemikiran Masyarakat Melayu di Malaysia dan Cabaran Masa Kini' menjelaskan cabaran berlaku terhadap mazhab Syafie melalui tiga gelombang.

Gelombang pertama berlaku pada 20-an dan 30-an apabila golongan muda cuba mengemukakan idea baru yang berbeza dengan pegangan sedia ada oleh pelajar yang melanjutkan pengajian di Arab Saudi, Mesir dan India kerana terpengaruh pemikiran gerakan Islam di sana.

Usaha itu kemudian disambung gelombang kedua yang berlaku antara 1940-an dan 1960-an yang banyak menumpukan persoalan khilafiyyah lebih khusus hingga menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat awam tetapi ulama akhirnya sepakat bersetuju dengan pendirian ulama aliran mazhab Syafie.

Gelombang ketiga berlaku dari 70-an hingga kini dipelopori golongan muda menyambung pemikiran dan pendekatan golongan muda sebelumnya yang mempertikai beberapa amalan dalam masyarakat diambil daripada ulama aliran mazhab Syafie.

"Golongan ini tidak mengikat diri mereka dengan mana-mana mazhab muktabar yang diiktiraf dunia Islam dan mazhab Syafie di negara ini. Mereka anggap mereka layak berijtihad mutlak seperti imam muktabar kerana mereka adalah manusia dan tiada bezanya.

"Bagi orang yang mengkaji ilmu mengetahui ulama muktabar yang berijtihad lengkap dari segi ilmu asas syariah. Berijtihad tanpa ilmu yang lengkap dari sudut syariah, bahasa Arab dan kaedah usul fiqh boleh membawa kepada penyelewengan.

"Hal ini dapat dilihat bibitnya kebelakangan ini dengan kemunculan kelompok liberal yang tidak mahu terikat dengan kaedah epistemologi Islam dan kaedah usulnya memahami al-Quran dan sunnah hingga akhirnya membawa kecelaruan tafsiran sumber ajaran Islam," katanya.

Abdul Halim berkata, golongan berkenaan hakikatnya sudah melanggar adab berdakwah kerana tidak menghargai sumbangan ulama aliran mazhab Syafie, malah memperkecil serta memperlekehkan sumbangan mereka dari sudut ilmu dan pembangunan masyarakat.

Katanya, golongan itu juga menganggap ulama aliran mazhab Syafie membawa ilmu yang menjadikan umat Islam tidak tepat memahami Islam dan tidak ada usaha ijtihad dalam ilmu mereka tetapi hanya mengikut mazhab membabi buta atau disebut bertaqlid buta.

INFO:

# Perbezaan pandangan hasil daripada kajian serta penyelidikan kepada sumber hukum yang pelbagai membolehkan umat Islam mempelajari lebih banyak perkara serta menghasilkan ketetapan memberi manfaat untuk kemajuan ummah.

# Amalan berwirid selepas solat yang dikatakan tidak dibolehkan kerana Rasulullah SAW tidak melakukannya sedangkan Baginda menyuruhnya kerana amalan baik memang digalakkan.

# Jika semua boleh berlapang dada dan menerima perbezaan pandangan dalam hal membabitkan amalan agama dengan hati terbuka, maka tidak timbul sikap perselisihan hingga boleh memecahbelahkan umat Islam seperti berlaku hari ini.

# Gelombang ketiga berlaku dari 1970-an hingga kini dipelopori golongan muda menyambung pemikiran dan pendekatan golongan muda sebelumnya yang mempertikai beberapa amalan dalam masyarakat diambil daripada ulama aliran mazhab Syafie.

Ahad, 8 November 2009

Memahami isu penangkapan Dr. Asri

Yusri Mohamad ialah Naib Presiden, Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM)
dan Bekas Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia.

Tulisan ini asalnya bertujuan sebagai respons khusus kepada dua tulisan Datuk Dr.Mohd.Asri Zainul Abidin dalam Mingguan Malaysia yang bertajuk Fitnah dan Perjuangan dan Sejarah Akan Berulang. Bagaimanapun, oleh kerana sekarang ini pandangan masyarakat lebih tertumpu kepada isu penangkapan beliau, wajarlah di sini kita soroti persoalan Dr. Asri secara lebih umum.

Apabila berita beliau ditahan tersebar, tidak kurang yang simpati kerana asas penangkapannya, iaitu mengajar tanpa tauliah dirasakan terlalu kecil. Mereka yang lebih mengenali dan analitikal terhadap Dr. Asri pula beranggapan sememangnya beliau tidak wajar dibenarkan bebas menyebarkan pandangannya. Terlepas daripada soal wajar atau tidaknya Dr. Asri ditangkap, undang-undang yang mewajibkan tauliah untuk mengajar agama Islam tidaklah perlu dipertikaikan.

Undang-undang itu bukan sahaja bertujuan untuk memastikan hanya mereka yang berkelulusan dibenarkan mengajar. Ia juga bertujuan agar mereka yang tidak sesuai dan layak, dapat dihalang daripada mengajar walaupun mempunyai pelbagai kelulusan dan gelaran akademik. Jika ada yang tidak sesuai dan layak tetapi masih berdegil untuk mengajar walaupun telah diberi amaran, maka tidak salahlah tindakan penangkapan diambil jika dirasakan perlu.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa pula seorang seperti beliau dikatakan tak sesuai dan tidak layak mengajar? Jawaban pokok kepada soalan ini adalah, Dr. Asri sebenarnya mewakili dan menjuarai suatu aliran pemikiran yang tidak selari dengan fahaman Islam sebenar atau yang biasa dinamakan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Oleh kerana fahaman Islam ASWJ menjadi pegangan asas para ulama dan pihak berkuasa agama di semua negeri, maka Dr. Asri dalam banyak hal menjadi tokoh yang sangat kontroversial kerana beliau sering menimbulkan pandangan yang mengelirukan masyarakat dan secara langsung atau tidak, menggugat kestabilan hidup beragama di negara kita.

Oleh kerana beliau jelas mengambil pendekatan bertentangan dengan arus perdana Islam di Malaysia, tidak hairanlah beliau diminati oleh sebahagian tokoh, individu dan organisasi yang sememangnya prejudis terhadap arus perdana Islam di Malaysia. Beliau turut diminati oleh mereka yang cenderung terlebih liberalis, rasionalis dan 'pemberani' dalam soal-soal agama kerana mereka ini juga terasa terbatas dengan kuatnya arus perdana Islam ASWJ di Malaysia.

Dr. Asri juga menerima dokongan atau sekurang-kurangnya simpati segelintir tokoh agama dan orang politik yang memang sealiran dengan beliau. Aliran Islam yang diperjuangkan oleh Dr. Asri boleh digelar pelbagai nama walaupun beliau sendiri cenderung menggunakan istilah yang bunyinya lebih positif seperti 'tajdid' atau 'kaum muda' serta mengelakkan istilah yang lebih kontroversi seperti 'Wahhabi'.

Apa pun labelnya, hakikatnya aliran ini memang wujud di dunia Islam walaupun merupakan aliran minoriti umat Islam yang majoritinya beraliran ASWJ. Perlu diingat para pendokong aliran ini sendiri sering mendakwa bahawa aliran mereka adalah aliran ASWJ sebenar. Antara ciri utama aliran 'kaum muda' seperti yang dipegang oleh Dr. Asri ini adalah kecenderungan merujuk terus kepada nas-nas al-Quran dan sunah tanpa mengutamakan tafsiran dan ijma' para ulama. Kecenderungan ini membawa kepada penolakan terhadap kebakuan fiqh Mazhab yang empat, akidah 'Ash'aari- Maturidi dan kerohanian tasawuf.

Pegangan

Di Malaysia, sejak awal lagi aliran ASWJ telah menjadi pegangan majoriti dan aliran yang dominan. Pun begitu, minoriti individu dan tokoh yang cenderung kepada aliran 'kaum muda' sudah ada sebelum munculnya Dr. Asri lagi. Mereka ini berada di pelbagai tempat tetapi mereka umumnya tahu diri dan tidak cuba mencabar secara agresif aliran perdana ASWJ. Bagaimanapun, fenomena Dr. Asri yang agresif dan lantang itu dilihat telah menyuntik keberanian kepada pengikut aliran ini untuk turut cuba mencabar dominasi fahaman ASWJ di Malaysia.

Dalam 'perjuangan' mendominasikan alirannya, Dr. Asri banyak bergantung kepada bakat pidato dan penulisannya berjubahkan nas-nas al-Quran dan sunah yang terpilih dengan tafsiran yang selari dengan alirannya. Beliau juga sering berselindung di sebalik tokoh-tokoh ulama terkenal sama ada dengan memilih pandangan tertentu yang memihak kepadanya sahaja serta mengaburkan aspek kontroversi tokoh-tokoh tersebut. Inilah yang sering beliau lakukan dengan tokoh-tokoh seperti Ibnu Taymiyyah, Ibnul Qayyim, Muhammad Ibn Abdul Wahab, Yusuf al-Qaradhawi dan Hamka.

Dalam dua tulisan terbarunya, Dr. Asri cuba bersandar kepada populariti Hamka dan ayahnya yang turut membawa aliran pembaharuan dalam masyarakat Islam Indonesia. Mungkin Dr. Asri ingin mengatakan bahawa beliau sebanding dengan Hamka, ditentang kerana membawa aliran pembaharuan yang bercanggah dengan ulama tradisi. Seperti biasa, mereka yang tidak meneliti dan pada masa yang sama mengagumi Hamka secara mutlak mungkin termakan dengan hujahnya ini tetapi pada hakikatnya, Hamka juga ada sisi kontroversinya dan bukanlah serba maksum. Kritikan Hamka terhadap ulama Malaysia seperti yang dipetik oleh Dr. Asri bukanlah buah pandangan terbaiknya yang perlu kita telan bulat-bulat. Kita ingin tanyakan kepada Dr. Asri, apabila beliau memetik kata-kata Hamka, "Tidak hairan, sebab feudalisme raja-raja di sana sebagai raja Islam, bersandar kepada ulama kolot yang mengutamakan taklid kepada ulama supaya rakyat taat kepada ulama, ertinya kepada raja, erti kepada Inggeris!", adakah beliau bersetuju dengan kenyataan ini? Jika betul ia adalah suatu gambaran salah yang menghina bukan sahaja para ulama tanah air, tetapi turut memperlekehkan institusi Raja-raja yang tak dapat dinafikan sumbangannya dalam menaungi agama di negara kita dari dahulu hingga sekarang.

Dari satu sudut lain, mereka yang mengkaji juga akan segera mengakui bahawa nasib sejarah dan realiti Islam dalam perlembagaan dan pentadbiran di Indonesia dan Malaysia jelas berbeza. Di Indonesia, Islam gagal diperuntukkan secara rasmi dalam perlembagaan sehingga urusan agama tidak dapat dikawal dengan kemas oleh undang-undang dan institusi rasmi.

Teman-teman yang prihatin dari Indonesia sering mengeluh bahawa inilah suatu kelebihan Islam di Malaysia berbanding dengan negara mereka yang akhirnya menyumbang kepada kerencaman yang melampau dan kurangnya kesepaduan umat Islam Indonesia. Kita patut tanyakan Dr. Asri, adakah beliau mahu kita mencontohi Indonesia dalam aspek ini dan melemahkan lagi kesatuan suara dan rasa umat Islam di Malaysia?

Sesiapa pun yang sedia mengkaji secara tekun dan jujur segala ucapan, tulisan dan sikap Dr. Asri (yang kebanyakannya boleh didapati di laman webnya) dengan berlatarbelakangkan pertembungan aliran ASWJ dan aliran-aliran pinggiran, akan segera banyak menemukan pola-pola pemikiran yang bertentangan dengan jumhur (majoriti) umat. Taklid dan hormat kepada tokoh ulama dan mazhab ditentang hanya untuk digantikan secara halus dengan taklid kepada tokoh dan alirannya sendiri. Dr. Asri juga sering menyeru kepada minda yang terbuka tetapi pada masa yang sama sering mempermasalahkan perbezaan pandangan dalam isu-isu ranting hingga menimbulkan ketegangan sesama Islam. Pandangan mazhab dan jumhur ulama kerap digambarkan sebagai ketinggalan dan jumud sedangkan dalam pelbagai persoalan lain aliran ini jauh lebih ketat dan keras daripada pandangan jumhur ulama.

Tulisan ini bukanlah sebuah perbahasan terperinci fenomena Dr. Asri tetapi cuba melakarkan suatu gambaran besar tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku. Gambar yang terhasil sebenarnya amat membimbangkan. Jika tidak berhati-hati, umat Islam di Malaysia yang sudah parah menanggung perpecahan mengikut garis kefahaman politik mungkin akan dirumitkan lagi dengan perpecahan aliran agama melibatkan ketiga-tiga sendi iaitu tauhid, Fikah dan tasawuf. Emosi dan simpati semata-mata tidak memadai untuk mencari sikap yang tepat dalam isu ini.

Dalam mabuk lagu perubahan dan pembaharuan yang dimainkan oleh Dr. Asri dan teman-teman sealirannya, kewibawaan kerangka fahaman agama serta keutuhan suara umat Islam boleh terhakis. Jika tidak berhati-hati kita akan mengulangi kesilapan isteri Aladdin yang termakan pujukan si tukang sihir jahat lalu menukarkan lampu lama yang penuh kesaktian dengan lampu baru yang hanya hebat luarnya tapi kosong isinya. Wallahualam.