Memaparkan catatan dengan label Ziarah Tokoh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ziarah Tokoh. Papar semua catatan

Selasa, 6 April 2010

PEJUANG BANGSA -ROSLI BIN DHOBY

Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British. Beliau berketurunan Melanau.

Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949.Faktor yang menyebabkan beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut adalah atas permintaan ibu beliau kerana ibu beliau telah diugut akan ditembak. Selepas beberapa bulan dalam penjara di Kuching, Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2 Mac 1950. Turut sama digantung adalah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong.Kematian mereka berempat telah menyebabkan gerakan penentangan anti-kolonialis di Sarawak berakhir secara mendadak.

Mereka semua dikebumikan di situ juga, di Penjara Pusat Kuching, tanpa batu nisan di bawah tembok perkarangan penjara.Ini kerana Pihak British bimbang akan kebangkitan semula gerakan penentangan anti-Kolonial yang telah tamat secara mendadak selepas kematian mereka berempat.Setelah 46 tahun bersemadi di Tanah Perkuburan Penjara Kuching, Pada 2 Mac 1996, keempat-empat pejuang kemerdekaan ini dikebumikan semula dengan diberikan pengkebumian negeri di Makam Pahlawan Sarawak,berdekatan dengan Masjid Bahagian Sibu.Ketika itulah,Keempat-empat buah keranda yang mengandungi tinggalan jenazah mereka diselimuti dengan bendera negeri Sarawak,sebagai menunaikan salah satu daripada wasiat Allahyarham Rosli Dhoby.


CATATAN:

  • Pada umur yang sangat muda, beliau telah mengerti erti perjuangan melangkaui orang-orang dewasa pada zamannya.
  • pemuda kita wajar mencontohi beliau akan semangat juangnya, berbanding menimbulkan api perpecahan yang semakin disukai oleh golongan Alim juhala.
  • Menjadi Inspirasi kepada penulis setelah menonton warkah terakhir.
  • Mendapat pengiktirafan kerana telah dimasukkan dalam wikipedia

surat terakhir Rosli Dhoby kepada keluarganya sehari sebelum digantung:

Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.

1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.

2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat' atau `Fardu' kepada mereka.

3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.

4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.

5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.

(Datuk Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961 bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud.

Barisan Rakyat Jati Sarawak atau BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB)

6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.

7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.

8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.

Salam sembah dari anakanda.

Rosli Dhoby

1 Mac, 1950.

Rabu, 23 Julai 2008

Apakah Ulama' Ini i Fitnah Oleh Orang Yang Merasa dirinya Berilmu????


Hanya Orang bodoh je yang sanggup menfitnah Ulama yang benar-benar tergolong dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah...


Sayyid 'Abdullah bin Shadaqah bin Zaini Dahlan al-Jilani adalah seorang ulama besar yang dilahirkan pada tahun 1290/1291H (1874/1875M) di Kota Makkah al-Mukarramah. Beliau lahir dalam keluarga ulama yang sholeh. Ayahanda beliau adalah saudara kandung Syaikhul Islam Mufti Haramain Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan, ulama dan mufti Hejaz yang masyhur, manakala bonda beliau adalah saudara perempuan Sidi Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi. Nasab penuh beliau adalah Sayyid 'Abdullah bin Shadaqah bin Zaini Dahlan bin Ahmad Dahlan bin 'Utsman Dahlan bin Ni'matUllah bin 'Abdur Rahman bin Muhammad bin 'Abdullah bin 'Utsman bin 'Athoya bin Faaris bin Musthofa bin Muhammad bin Ahmad bin Zaini bin Qaadir bin 'Abdul Wahhaab bin Muhammad bin 'Abdur Razzaaq bin 'Ali bin Ahmad bin Ahmad (Mutsanna) bin Muhammad bin Zakariyya bin Yahya bin Muhammad bin Abi 'Abdillah bin al-Hasan bin Sayyidina 'Abdul Qaadir al-Jilani, Sulthanul Awliya` bin Abi Sholeh Musa bin Janki Dausat Haq bin Yahya az-Zaahid bin Muhammad bin Daud bin Muusa al-Juun bin 'Abdullah al-Mahd bin al-Hasan al-Mutsanna bin al-Hasan as-Sibth bin Sayyidinal-Imam 'Ali & Sayyidatina Fathimah al-Batuul radhiyaAllahu`anhum ajma`in.

Tatkala beliau berusia 6 tahun, ayahandanya wafat, Sidi Ahmad Zaini Dahlan telah mengambil tugas ayahandanya untuk menjaga dan memberi pendidikan yang sempurna kepadanya. Pamannya ini turut mengasihi dirinya serta memberikan perhatian besar terhadapnya. Beliau berada di bawah asuhan pamannya ini sehinggalah ulama besar Hejaz ini wafat di Kota Madinah al-Munawwarah pada tahun 1304H (1887M).

Setelah pemergian pamannya yang mulia, Sayyid 'Abdullah kembali ke Kota Makkah dan menyambung pengajiannya dengan para ulama di sana, antaranya dengan pamannya Sidi Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi, Syaikh Muhammad Husain al-Khayyath, Habib Husain bin Muhammad al-Habsyi dan lain-lain ulama terkemuka. Kedalaman ilmunya diakui para ulama sehingga beliau diberi kepercayaan untuk menjadi Imam dalam Masjidil Haram di Maqam Ibrahim (tempat bagi Imam mazhab Syafi'i) serta menjadi tenaga pengajar di Masjidil Haram yang mengendali halaqah ilmu di Babus Salam.

Sayyid 'Abdullah terkenal sebagai ulama yang suka mengembara dari satu tempat ke satu tempat demi menyebarkan risalah dakwah dan ilmu. Beliau telah merantau ke banyak tempat seperti Zanzibar, Yaman, India, Mesir, Bahrain, Iraq, Syam, India, Sri Lanka, Tanah Melayu, Singapura, Jawa dan Sulawesi. Beliau juga telah mendirikan berbagai madrasah di tempat-tempat tersebut. Apa yang menarik ialah sewaktu di Tanah Melayu beliau telah dilantik menjadi Syaikhul Islam (Mufti) Kedah kedua. Namun jawatan tersebut hanya disandangnya kira-kira setahun iaitu dari 1904 sehingga 1905 dan dilepaskannya kerana beliau berhasrat untuk kembali ke Makkah.

Setelah lama berkelana, akhirnya Sayyid 'Abdullah telah memilih untuk menetap di Desa Ciparay Girang, Karang Pawitan dalam daerah Garut, Jawa Barat. Di situlah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 1943, setelah menjalani hidup yang penuh ketaatan dan keberkatan. Beliau meninggalkan beberapa karangan, antaranya:-

1. Irsyad Dzil Ahkam;
2. Zubdatus Sirah an-Nabawiyyah;
3. Tuhfatuth Thullab fi qawa'idil i'raab;
4. Khulaashah at-Tiryaaq min samuum asy-Syiqaaq;
5. Irsyadul Ghaafil ila maafiith thoriiqatit Tijaaniyyati minal baathil;
6. Fatwa fi ibthal thoriqah wahdatil wujud.

Mudah-mudahan Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas Sayyidi 'Abdullah Shadaqah Dahlan al-Jilani al-Hasani. ...... al-Fatihah.

Diambil dari http://bahrusshofa.blogspot.com/

Ahad, 20 Julai 2008

Sayyid Abdullah al-Haddad (1044-1132H)

Sayyid Abdullah bin Alwi bin Muhammad Al-Haddad, Al-Husaini, Asy-Syafi’i Al-Hadhrami. Dilahirkan pada 5hb Safar 1044H. Ia mendapat pendidikan agama dari ulama’ Ba’ Alawi, kemudian berpindah belajar di Yaman menyempurnakan ke Mekkah dan Madinah. Tatkala ditanya orang tentang guru-gurunya, terutama ia mempelajari ilmu tasauf dan tarikat, ia menjawab ia tidak dapat menyebutkan seorang demi seorang kerana jumlahnya lebih dari seratus orang.

Bagaimanapun juga di antara guru-gurunya yang terpenting ialah :

1. Sayyid bin Abdur Rahman bin Muhammad bin Akil Al-Saqqaf kerana daripadanya ia mendapat Khirqah Sufi. As-Saqqaf ialah seorang tokoh sufi yang terkenal dalam Mahzab Mulamatiyyah.

2. Sayyid Abu Bakar bin Abdur Rahman bin Syeikh Aidid.

3. Sayyid Umar bin Abdur Rahman Al-Attas, inilah gurunya yang terpenting menurut keterangan sejarah. Sayyid Umar Al-Attas seorang daripada tokoh tarikat yang dianggap luar biasa dalam ilmu hakikat. Al-Haddad sendiri menyebut nama tokoh tarikat ini dengan penuh hormat sebagai gurunya dan beliau menerangkan bahawa daripadanya ia beroleh ajaran tarikat zikir yang sempurna serta beroleh khirqah yang terakhir.

Abdullah bin Umar Ba-Ubaid menerangkan bahawa Sayyid Umar Al-Attas adalah seorang wali yang tidak dapat disaingi pengetahuannya. Ia seorang Qutub dalam zamannya, sesudah gurunya Abu Bakar bin Salim. Dia (Sayyid Umar Al-Attas) seorang yang kashaf. Tarikat dan Ratibnya termasyhur dan tidak dapat mempengaruhi tarikat dan ratib muridnya Al-Haddad.

Sayyid Umar Al-Attas tidak meninggalkan karangan-karangan, tetapi murid­muridnya yang banyak itu menyampaikan ajarannya itu dari mulut kemulut dan menyebut dalam kitab-kitab karangan mereka.

Di antara murid-muridnya ialah lsa bin Muhammad Al-Habayi di Khanfar, Hadramaut; Syeikh Ali bin Abdullah Al-Baras, di Quraibah, Do’an, Hadramaut dan lain­lain. Semuanya terkenal dalam bidang tasauf.

Di antara murid-muridnya yang ramai dan terkenal Sayyid Abdullah bin Alwi Al-Haddad yang sangat dicintainya. Beliau kemudian menjadi tokoh besar dalam tarikat dan seorang pengarang yang ternama. Ia terkenal sebagai orang yang Abid. Tiap-tiap hari ia kelilingi kota Tarim untuk sembahyang sunnat dalam tiap-tiap masjid.

Dalam kitab Masyru’ul Rawi disebutkan bahawa ia seorang yang melimpah­limpah ilmunya, ahli yang mempertemukan hakikat dan syariat. Sejak kecil ia telah menghafal Al Qu’ran. Seorang yang bersungguh-sungguh dalam membersihkan dirinya dan mengumpulkan ilmu pengetahuannya dari ulama’ terkenal yang semasa dengan dia seorang mujaddid yang terkenal ijtihad-ijtihadnya dalam persoalan ibadah. Seorang yang bersungguh-sungguh menghidupkan ilmu dalam amal dan oleh kerana itu dikenal orang di Timur dan di Barat. Beliau banyak melahirkan murid-murid yang salleh, yang tersiar keseluruh pelusuk bumi dari zaman ke zaman.

Ia pernah mengunjungi Mekkah dan Madinah dalam tahun 1080H dan salah seorang gurunya di Mekkah ialah Sayyid Muhammad bin Alawi As-Saqqaf Ba’ Alawi, yang keturunannya sambung menyambung sampai kepada Ja’far As-Sadiq anak Imam Baqir anak Imam Ali Zainal Abidin anak Imam Husein bin Ali bin Abi Thalib (suami Fatimah binti Rasulullah s.a.w.). Oleh itu pada akhir ratibnya dibacakan fatihah untuk dihadiahkan pada gurunya Sayyid Muhammad bin Alawi Ba’ Alawi.

Al-Haddad selain dari seorang tarikat, beliau juga seorang penyair. Apabila mengucapkan syairnya nescaya mempersonakan. Beliau juga seorang pengarang yang utama. Tulisannya sungguh mengharukan dan memikat hati. Di antara kitab-kitab karangan beliau ialah: An-Nasa’ih An-Diniyyah, Sabilul Azkar, Ad-Da’watul Ittihaful Sa’ il, Risalah Al-Mu’aw-wanah, Al-Fusulul Ilmiyyah, Risalatul Murid, Risalatul Muzakarah dan yang terpenting kitabul Majmu’ yang terdiri empat juzu’ berisi wasiat dan masalah­masalah hukum terpenting, dan pada akhirnya ditutup dengan kumpulan sajak-sajak yang indah bernama Durrul Manzum. Banyak orang berpendapat bahawa ilmu Sayyid Abdullah Al-Haddad tidak tersimpan dalam karangannya tetapi tersimpan dalam keperibadian dan ihwalnya, tersimpan dalam syair dan sajaknya.

Diriwayatkan bahwa beliau telah mendapat ilham menyusunnya pada suatu malam dalam bulan Ramadan yang dikatakan bertepatan dengan Malam Lailatul Qadr. Zikir-zikir mempunyai fadhilat yang sangat besar sekali, sesiapa yang mengamalkannya akan mendapat banyak berkat antaranya mendapat Husnul khatimah. Waktu membacanya adalah selepas sembahyang Isyak dan sunnah ba’diyahnya. Tetapi pada bulan Ramadhan hendaklah dibaca sebelum sembahyang Isyak selepas sunnah kabliyahnya.

Sayyid Abdullah Al-Haddad pengarang ratib Al-Haddad kembali ke Rahmatullah pada malam Selasa tanggal 7hb Zulkaedah 1132H, dalam usia lebih kurang lapan puluh sembilan tahun (89 tahun). Empat puluh hari sebelum ia meninggal dikala sakitnya pada akhir bulan Ramadhan, dia sudah menjelaskan kejadian-kejadian yang akan datang pada dirinya.

Semoga Allah merahmati Al-Imam dan menempatkan beliau di Syurga, dan dihimpunkan kita bersamanya dengan berkat Saiyidina Muhammad S.A.W., keluarganya dan sahabatnya serta selawat keatas Nabi Muhammad yang mulia serta keluarga dan sahabatnya. Amien.

al-Imam Ibnu Hajar al-Haitami (909 h - 974 h)

Nama lengkap beliau adalah Syihabuddin Ahmad bin Hajar al Haitami, Lahir di Mesir tahun 909 H. dan wafat di Mekkah tahun 974H. Pada waktu kecil beliau diasuh oleh dua orang Syeikh, yaitu Syeikh.Syihabuddin Abul Hamail dan Syeikh Syamsuddin as Syanawi. Pada usia 14 tahun beliau dipindahkan belajar masuk Jami’ Al Azhar. Pada Unirnersitas Al Azhar beliau belajar kepada Syeikhul Islam Zakariya al Anshari dan lain-lain.

Kitab.kitab karangan beliau banyak sekali, diaantaranya:
1. Kitab Tuhfatul Muhtaj al Syarhil Minhaj (10 jilid besar), sebuah kitab fiqih dalam Madzhab Syafi’i yang sampai saat ini dipakai dalam sekolah-sekolah Tinggi Islam di seluruh dunia, khususnya di Indonesia. Kitab ini setaraf dengan kitab Nihayatul Muhtaj ila Syarhil Minhaj (8 jilid besar) karangan Imam Ramli (wafat 1004 H). Kedua dua kitab ini adalah tiang tengah dari Madzhab Syafi’i, tempat kembali bagi Ulama-ulama Syafi’iyah dalam masalah-masalah agama di Indonesia pada waktu ini.
2. Kitab fiqih Fathul Jawad.
3. Kitab fiqih al Imdad
4. Kitab fiqih al Fatawi.
5. Kitab fiqih al ‘Ubad.
6. Kitab Fatawi al Haditsiyah.
7. Kitab Az Zawajir, frgtirafil Kabaair.
8. As Syawa’iqul Muhriqah Firradi al az Zindiqah.
9. Dan banyak lagi yang lainnya.

Perlu drperingatkan kepada pembaca bahwa dalam lingkungan Ulama-ulama Syafi’iyah, terkenal dua orang Ibnu Hajar, yaitu :
1. Ibnu Hajar al ‘Asqalani (wafat 852 H.) pengarang kitab Fathul Bari a’l Syarhil Bukhari dan kitab hadits Bulugul Maram dll.
2. Ibnu Hajar al Haitami (wafat 974H.), pengarang kitab Tuhfah yang kita bicarakan sekarang ini.

Tetapi yang sangat terkemuka di bidang fikih di antara dua orang Ulama Ibnu Hajar ini, adalah Ibnu Hajar al Haitami karena Ibnu Hajar al ‘Asqalani lebih banyak kesibukannya dalam ilmu hadits daripada ilmu fiqih.

Sumber: Sejarah dan Keagungan Madzab Syafi’i, karangan KH. Siradjuddin Abbas, Pustaka Tarbiyah, 1994.

Isnin, 31 Mac 2008

Selamat Datang Wahai Mursyid Kami

Dengan segenap Puji bagi Maha Raja Tunggal Sekalian Alam Semesta, dan Limpahan Shalawat dan Salam atas Imam Tunggal yg terpilih memimpin di dunia dan di Akhirat, Sayyidina Muhammad beserta keluarga dan Sahabat beliau, dan para penerusnya hingga akhir zaman. Merupakan Kabar yang menghangatkan Negara ini bahwa Guru Mulia ini akan kunjung kembali ke negeri kita, beliau adalah seorang ahli hadits yang mencapai derajat Al Hafidh, yaitu hafal lebih dari 100.000 (seratus ribu) hadits berikut sanad dan hukum matannya, dan beliau juga bergelar Al Musnid, yaitu orang yang mampu menyebutkan ribuan hadits dari dirinya hingga Rasulullah saw, yaitu yang banyak mengumpulkan sanad hadits, beliau juga digelari AL Mufassir, yaitu Ahli Tafsir Alqur'an yang mengetahui Asbabunnuzul ayat yang didukung dh hadits-hadits shahih, beserta Asbabul wurudnya, diluar itu semua beliau adalah Ahlulkhusyu', malam hari beliau adalah berduaan dengan Allah SWT, pernah seorang tamu tetap bersikeras hingga tengah malam duduk dengan beliau, lalu beliau izin untuk shalat malam, namun tamu berkata : "saya menunggu anda", maka Guru Mulia mengangguk, beliau tidak keluar kecuali untuk shalat subuh, maka Tamu berkata : "Habibana, antum meninggalkan saya hingga subuh?", beliau berkata : "maafkan saya, Aku bertamu kepada Yang maha Tunggal, dan jika aku bertamu pada Nya maka aku lupa pada semua selain Nya".

Demikian malam malam beliau, dan siang hari beliau adalah Khidmah pada ummat, Tahun 1994 adalah kunjungan pertama beliau ke Indonesia, seorang Da'I muda yang telah mendunia ini pun mengadakan kesepakatan dengan para Ulama dan habaib di Indonesia untuk mengabulkan permintaan mereka dalam menerima siswa-siswa dari Indonesia untuk dibimbing oleh beliau di Yaman, tepatnya di kota Tarim, Hadramaut, saya dan rombongan calon santri beliau berangkat. Tahun 1998, saya bersama angkatan pertama kembali ke Indonesia, dan setiap tahunnya alumni Ma'had Darulmustafa bimbingan beliau yang baru berdiri pada tahun 1997 ini terus menghujani Nusantara, termasuk Malaysia, Singapura, demikian pula Srilangka, Amerika Serikat, Inggris, Australia, dan masih banyak murid murid beliau yang berduyun duyun dari pelbagai Negara menimba ilmu dari Guru Kelembutan ini dan kembali membawa keharuman Risalah Muhammad saw.


Selamat Datang Wahai Guru Mulia pembawa semilir kelembutan.. betapa cahaya kelembutan telah kau tebarkan di sanubari ratusan muridmu di Mancanegara, dan muridmu pun telah pula membina dan memimpin ribuan bahkan puluhan ribu muslimin di belahan bumi barat dan timur, kedatanganmu adalah pelipur lara dan pelibur kesedihan bagi perjuangan murid muridmu yang siang malam jatuh bangun memperjuangkan dakwah sang Nabi saw.


Sebagaimana para Ulama dan Habaib angkatan angkatan abad ke 18 dan yang sebelumnya hingga zaman wali songo di abad abad sebelumnya berasal dari Kota Tarim, Hadramaut, yaman, atau dari Indonesia yang menimba ilmu disana, dan kembali ke Indonesia sebagai da'I da'i pewaris tugas sang Nabi saw untuk berdakwah dengan kelembutan dan kasih sayang kepada penduduk bumi. Sembilan makam para wali itu (yang kesemuanya dari Hadramaut Yaman selatan) sebagai saksi abadi bahwa mereka ini (para da'I dari Hadramaut Yaman Selatan) mendatangi negeri ini karena Tugas Mulia yang mereka telah diizinkan Allah SWT untuk memangkunya, sebagai penyeru kepada Keluhuran yang Abadi, demikian pula makam makam orang shalih di belahan Nusantara, yang juga bertebaran di Jakarta seperti wilayah Luar Batang, Kwitang, Alhawi Condet, Kalibata dan masih banyak lagi, bagaikan Monumen Lambang perjuangan para penegak Risalah yang sebagian besar mereka itu menimba ilmu dari Hadramaut Yaman, sebagaimana sabda Nabi saw : "Iman adalah Yaman", dan sabda Nabi saw : "Wahai Allah berkahilah penduduk Yaman dan Penduduk Syam", dan berkata Imam Ibn Hajar dalam kitabnya Fathul Baari Bisyarh Shahih Bukhari bahwa Kaum Anshar sebagai Ahlul Madinah adalah berasal dari Yaman.


Maka pada hari Rabu 16 Januari 2008 Guru Mulia ini akan menginjakkan kakinya di Bumi Jakarta, Mereka adalah pembawa Panji Tauhid, dengan limpahan kemuliaan Allah swt saat mereka hidup dan Allah swt masih menunjukkan bahkan setelah mereka wafat, bahwa mereka adalah pembawa Rahmat bagi sekalian Alam, penerus tugas sang Nabi saw, sebagaimana makam seorang dari mereka di Aceh, yg banjir Tsunami dengan kekuatan ratusan juta Ton dengan kecepatan rata rata 300km/jam dan tingginya di sebagian wilayah mencapai 30 meter, namun Banjir itu menyingkir dan terbelah di makam tersebut, sama hal nya dengan beberapa masjid di propinsi tersebut, membuktikan bahwa Allah memuliakan tubuh tubuh para Da'I pembawa Risalah, mereka menjadi benteng terhadap musibah bagi masyarakatnya walaupun mereka telah wafat.


Kedatangan Da'I besar ini pun bagai Pelangi Nan Indah yang muncul setelah guyuran hujan di Negara ini, tahun 1994 beliau menerima 30 siswa WNI untuk dibimbing ilmu syariah islamiyyah, dan kesemuanya menyaksikan bahwa Guru yg satu ini sangat luar biasa dalam ketaatan, sangat indah perangainya, penyantun, berakhlak mulia, berbudi luhur, dan sangat berkasih sayang pada murid muridnya bagaikan pada anak anaknya.


Acara puncak adalah perayaan haul Al Imam Fakhrulwujud Abubakar bin Salim rahimahullah, tepatnya pd pukul 09.00 wib hari Ahad 20 Januari 2008, bertempat di Jalan Rawa Kemiri Grogol Selatan Kebayoran Lama Jakarta Selatan dan Insya Allah pada Senin Malam 21 Januari 2008, beliau akan berkunjung dan menghadiri Majelis salah seorang muridnya, Hamba Allah yang penuh dosa dan sangat membutuhkan bimbingan Sang Guru, Munzir bin Fuad Almusawa, yaitu di masjid Raya Almunawar, pancoran Jakarta selatan, hadirin diperkirakan akan mencapai 40.000 (empat puluh ribu) orang jika cuaca baik.


Kunjungan Guru Mulia ini ke Indonesia berlangsung setiap tahunnya, untuk menjenguk murid murid beliau yang telah berjumlah ratusan memenuhi Bumi Nusantara ini, puluhan pesantren telah berdiri, ratusan majelis taklim telah dibuka, media televisi, radio, surat kabar, acapkali menampilkan liputan mengenai aktifitas mereka yang selalu berjuang menegakkan dakwah di wilayahnya masing masing dengan kasih sayang, Rahmat dan kelembutan.


Kami teringat saat Idul Fitri pertama kami disana, semua santri pulang pada ayah ibu mereka, tinggallah kami para pemuda belia yang bermuram durja teringat Idul Fitri di kampung halaman, dengan hati yang terenyuh melihat semua teman teman yang lain bergembira ria dengan keluarganya, Beliau memahami perasaan kami, malam lebaran itu beliau meninggalkan keluarganya, beliau mendatangi kami, lalu berkata dengan suara sangat teramat lembut : "semua santri telah bersama ayah dan ibunya, dan kalian bersamaku.., aku akan menemani kalian dan bersama kalian bertakbir malam ini".


Kami teringat disuatu malam Beliau mengumpulkan murid muridnya, lalu beliau memberi nasihat, lalu tiba tiba nasihatnya terhenti.. suasana pun mencekam, tiba tiba beliau mulai menangis.. menangis.. menangis sekeras kerasnya, seraya berkata : "Bila Dia (Allah) bertanya kepadaku kelak tentang kalian?, Bila Dia meminta pertanggungjawaban dariku atas kalian..., Bila Dia menanyaiku…?, dan bila sang Nabi bertanya pula kepadaku tentang perbuatan kalian?, aku harus bertanggungjawab?, Demi Allah, kalau ditindihkan Gunung besar diatas kepalaku hingga aku lumat dan lebur menjadi debu, itu jauh lebih baik daripada sampainya berita tentang buruknya amal kalian kepada sang Nabi (saw)", lalu beliau bermunajat dengan tangisnya agar seluruh muridnya dilimpahi hidayah dan keluhuran.


Kami menyaksikan bagaimana Guru Mulia ini selalu memberikan prioritas pada kami dibanding murid murid yang lain dari warga Negara Yaman, beliau selalu berkata pada mereka : "Mereka datang dari jauh, meninggalkan keluarga dan kampung halamannya, untuk mencari ilmu, wajib bagi kita memuliakan para tamu Allah ini..". Insya Allah Bumi Jakarta akan disentuh langkah mulia beliau dalam beberapa hari mendatang, tepatnya pada hari rabu siang, 16 Januari 2008 Bandara Soekarno hatta akan dipenuhi para pecinta beliau, dan beliau akan langsung menuju kediaman Hb Muhsin bin Idrus Alhamid di Komplek Hankam Cidodol, Kebayoran Lama Jakarta Selatan,.


Betapa tak tergambarkan kegembiraan jutaan sanubari muslimin di wilayah Indonesia, Malaysia dan Singapura, ketika mendengar bahwa semakin dekatnya kunjungan berkala tahunan sang Imam, Al Allamah Assayyid Alhabib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidh, Guru yg selalu membimbing dengan kelembutan, dan mencirikan Kelembutan ajaran sang Nabi saw, yang siang dan malamnya adalah membimbing ratusan santri dari mancanegara, dan di akhir malamnya adalah tegak dengan kesendirian, hanya berduaan dengan Maha Raja Tunggal di Alam, dan mengakhiri malamnya dengan kedua tangan terangkat tinggi bermunajat dan mengemis curahan Rahmat bagi seluruh muslimin.


Beliau mendapat penghargaan dari Presiden Republik Yaman Ali Abdullah Shaleh, yg sangat mengagumi beliau, dengan bimbingan Kelembutan dan kasih sayang, dan memang ribuan WNA berdatangan ke negeri itu untuk mengunjungi Sang Guru, lain dengan beberapa Ma'had di beberapa wilayah Yaman lainnya yg banyak mengajarkan kekerasan dan terorisme, dan adapula santri santri dari WNI yg menuntut ilmu di tempat mereka. Ma'had Darulmustafa kini telah meresmikan bimbingan pelajaran dengan 4 bahasa, yaitu Arab, English, Afrika dan Indonesia, dan santri terbanyak adalah berasal dari Indonesia. maka Wahai Yang Maha Membangkitkan Kemuliaan, bangkitkanlah semangat keluhuran di sanubari kami khususnya dan di sanubari penduduk nusantara ini, dengan kedatangan Hamba Mu yg kau muliakan sebagai pewaris perjuangan sang Nabi saw yg telah dibawa dan diemban oleh para Da'I terpilih Mu dari zaman ke zaman. Jadikan kedatangan beliau sebagai hembusan Rahmat Mu pd Jutaan sanubari penduduk negeri ini, maka terangkatlah musibah dan bencana, terampunilah dosa dosa, dan sejuklah sanubari hamba hamba Mu di negeri ini, amiin.

Selasa, 25 Mac 2008

Pandangan Sheikh Daud al-Fathani mencakupi ilmu dunia dan akhirat

Koleksi tulisan Allahyarham Wan Mohd. Shaghir Abdullah
KETOKOHAN Sheikh Daud al-Fathani dalam bidang penulisan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.

Ini dapat dilihat melalui karya-karya peninggalan beliau dalam pelbagai bidang, seperti mana yang telah dibicarakan sebelum ini.

Malahan melalui karya-karya beliaulah, maka dapat dilihat sejauh mana pandangan-pandangan beliau dalam pelbagai bidang tersebut. Pandangan-pandangan beliau tersebut dibahagikan kepada beberapa bidang-bidang yang khusus, di antaranya dari segi fikah, usuluddin, tasauf, hadis dan politik.
Pandangan tentang fikah

Ketokohan Sheikh Daud al-Fathani di bidang penulisan fikah diakui oleh semua lapisan ulama di alam Melayu bahkan oleh ulama-ulama Arab sendiri.

Dalam majalah Dian halaman 103, November 1977, Auni Haji Abdullah menulis: “Di abad ke 19 Masehi pula muncul seorang ahli di bidang fikah dan penulisan yang giat dan produktif sekali, iaitu Sheikh Daud bin Abdullah bin Idris al-Fathani.

“Beliau salah seorang ulama fikah Syafie yang berpengaruh besar kerana kitabnya Minhajul Abidin. Beliau juga menghasilkan dua karya fikah yang penting dalam perkembangan fikah di rantau ini, iaitu Furu’ul Masail dan Bughyatuth Thullab. Sebenarnya karya fikah Sheikh Daud al-Fathani bukan hanya dua namun ada lagi yang tebal antara lain Hidayatul Muta’allim (1244 H), Fathul Mannan (1249 H), Jawahirus Saniyah (1252 H) ………………"

Dalam kitab Hidayatul Muta’allim, Sheikh Daud al-Fathani memulakan mukadimah perkenalannya dengan hadis 40 menurut susunan beliau. Beliau menulis beberapa hadis yang ada hubungan dengan fikah, antara lain katanya: “Ketahui olehmu bahawasanya menunjukkan beberapa hadis ini supaya memberi ketahui akan kamu bahawasanya orang yang menghafal beberapa masail fiqhiyah yang wajib kita amalkan itu pada makna ia menghafaz hadis jua hasil pahala mengajar dan belajar kerana bahawasanya ialah maksud daripada hafaz hadis.”

Sebagaimana diketahui walaupun Sheikh Daud al-Fathani adalah seorang tokoh fikah dalam semua mazhab, namun beliau sendiri adalah mengikut mazhab Syafie. Dalam beberapa kitabnya serba sedikit beliau sentuh riwayat hidup Imam Syafie terutama pada permulaan kitab Bughyatuth Thullab.

Pandangan tentang usuluddin

Sebagaimana pengetahuan fikah dan penulisan kitabnya, Sheikh Daud al-Fathani memegang peranan terpenting di dalam ilmu usuluddin juga. Tentang ilmu usuluddin dapat dibuktikan dengan peninggalan kitab-kitab besar dan tebal dengan ketinggian nilainya.

Malahan sehingga kini belum ditemui kitab usuluddin yang dikarang oleh ulama di Asia Tenggara melebihi karya-karya Sheikh Daud al-Fathani seumpama Warduz Zawahir. Kitab yang paling banyak tersebar di kebanyakan kedai kitab juga kitab yang penting ialah Ad Durrust Stamin (1232 H).

Selain karya-karya tertentu membicarakan masalah teologi seperti tersebut. Hampir semua kitab fikah karya beliau memuatkan tentang usuluddin tersebut pada permulaan kitab.

Di permulaan kajian, beliau membuat risalah-risalah kecil dalam memperkenalkan ilmu usuluddin. Memang banyak perkara seni dan indah yang dapat dipetik daripada pelbagai kitabnya, di samping bersifat terjemahan yang kadangkala terdapat juga perkara yang sukar diketemukan dalam kitab berbahasa Arab.

Dalam karyanya Jawahirus Saniyah, Sheikh Daud al-Fathani menjelaskan bahawa jalan yang sebenarnya itu hanya satu sahaja iaitu mengikut perjalanan Ahlus Sunnah wal Jamaah kerana keempat-empat imam itu adalah muafakat pada usuluddin walaupun terdapat pertikaian pada furu’ syariat.

Menurut beliau juga, hendaklah menjauhkan diri daripada membenci kepada sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w., kerana tiada guna sekalian amal jika iktikadnya demikian itu. Bahawa sekalian sahabat Nabi Muhammad s.a.w. dan para tabien adalah seumpama bintang-bintang yang dijadikan pedoman di darat dan laut bagi orang melakukan perjalanan (musafir).

Kata beliau: “Ketahui olehmu! Hendaklah kamu jauhkan daripada bidaah seperti kaum yang sesat. Orang yang menyalahi Ahlus Sunnah iaitu bidaah namanya. Selain dari bidaah wajib dan bidaah sunat lontarkanlah ia daripada dirimu.

“Janganlah engkau dengar banyak perkataannya, kerana mereka orang yang buta mata hatinya iaitu tidak beroleh nyata melihat rahsia ilmu melainkan dia adalah di dalam kesesatan. Tiap-tiap yang mempunyai bidaah itu kalau dia mengaku berpengetahuan tinggi martabatnya seperti bintang Zuhal sekalipun janganlah didengar perkataannya itu.”

Pandangan beliau yang tersebut adalah dipetik dari kitab karyanya Jawahirus Saniyah di halaman 34- 35.

Pandangan tentang tasauf

Hampir setiap kitab fikah karya Shyeikh Daud al-Fathani di bahagian akhirnya dicantumkan perkara tasauf. Kitab tasauf yang tebal dan luas perbahasannya adalah Jam’ul Fawaid.

Daripada pelbagai kitabnya yang telah dikumpulkan, nampak jelas bahawa Sheikh Daud al-Fathani bukan sahaja sebagai seorang tokoh fikah dan usuluddin, tetapi boleh diklasifikasikan ke dalam tokoh tasauf yang ulung, juga seorang tokoh tasauf yang mengikuti haluan sunah seumpama halnya dengan Imam Ghazali.

Sungguhpun demikian, tidak dapat dikatakan bahawa Sheikh Daud al-Fathani adalah seorang yang tidak sehaluan dengan al-Hallaj, yang mana jika ulama Asia Tenggara iaitu Sheikh Hamzah al-Fanshuri dan Sheikh Syamsuddin as-Sumathrani.

Hal ini nyata benar pembelaan, jika diteliti karyanya berjudul Manhalush Shafi. Kitab Manhalush Shafi iaitu satu kitab di antara karya beliau yang memuatkan istilah-istilah percakapan orang-orang sufi mengikuti aliran tasauf Syeikh Muhyiddin Ibnu Arabi, al-Hallaj dan lain-lain.

Sungguhpun nyata bahawa di dalam kitab Manhalush Shafi adalah satu keterangan yang mendalam dan seakan-akan pembelaan Sheikh Daud al-Fathani terhadap golongan tasauf.

Dalam tahun 1240 H, Sheikh Daud al-Fathani menterjemahkan dua kitab tasauf yang penting dalam dunia Islam, iaitu yang pertama Minhajul ‘Abidin karangan Hujjatul Islam Imam Ghazali dan yang kedua ialah Kanzul Minan karangan Ibnu Madyan.

Kitab Minhajul ‘Abidin terjemahan Sheikh Daud al-Fathani tersebut banyak dikaji di Asia Tenggara, manakala Kanzul Minan dahulunya banyak dikaji oleh masyarakat Melayu di Mekah.

Pada mukadimah terjemahan Minhajul ‘Abidin, beliau melahirkan kecintaannya terhadap tokoh sufi yang terkenal itu sebagaimana kata beliau: “Dan adapun kemudian daripada itu maka inilah terjemah bagi mu’allif r.a. iaitu penghulu kami Imam yang Alim Rabbani dan Arif Samadani ialah Quthbul Wujud yang mempunyai kasyaf dan syuhud yang dimasyhurkan antara ulama alam dengan ‘Hujjatul Islam’.

Bahawa dia tempat mengambil dalil untuk menyampaikan ke negeri ‘Darus Salam’. Dia bernama Abdul Hamid bin Muhammad al-Ghazali Ath-Thusi. Bahawa beliau adalah seorang imam yang sangat besar kemuliaan namanya, karangannya dan lain-lainnya. Dalam ilmu fikah dia adalah asal yang sangat besar, dia pokok sekalian kitab fikah, dialah asal kitab Syeikhaini (dua orang Sheikh): Imam Nawawi dan Imam Rafi’i, yang sangat istimewa ialah Ihya’ Ulumuddin yang menghidupkan hati yang mati…….”

Sebagaimana dengan beraninya Shyeikh Daud al-Fathani mengagungkan Imam Ghazali, demikian juga sikap beliau dengan tokoh tasauf bernama Syeikh Abdul Wahhab asy-Sya’rani. Walaupun mutakhir ini ramai memandang remeh dan ada yang menyalahkan fahaman Syeikh Abdul Wahhab asy-Sya’rani itu, bahkan beliau mengakui bahawa Sheikh Sufi tersebut adalah penghulu beliau.

Dalam permulaan terjemahan Kasyful Ghummah Sheikh Daud al-Fathani menulis: “Dan demikian apa yang disebutkan oleh Arif Billah lagi yang memberi petunjuk kepada jalan Allah yang mempunyai kasyaf dan tahqiq iaitu ‘penghulu kami’ Sheikh Abdul Wahhab asy-Sya’rani radiallahu anhu.”

Pandangan tentang hadis

Sehingga kini belum ditemui karya Sheikh Daud al-Fathani yang khusus membicarakan tentang hadis. Ini tidak bererti bahawa beliau bukan seorang ahli hadis, akan tetapi mungkin pada zaman beliau perkara ini masih kurang dibincangkan orang kerana pengaruh mempelajari kitab mazhab Syafie di bidang fikah dan fahaman Sheikh Abul Hasan al-Asy’ari dan Abu Mansur al-Maturidi adalah sangat tebal. Sehingga mengikut haluan Mazhab Ahli Sunah wal Jamaah lebih menjamin keselamatan.

Hampir semua kitab karya Sheikh Daud al-Fathani baik dalam fikah, usuluddin dan tasauf jarang-jarang membicarakan sanad dan rawi jika terdapat hadis di dalamnya. Ini kerana bagi beliau cukup memakai istilah ‘hadis’ atau ‘bersabda Nabi s.a.w.’ sahaja.

Kesannya Sheikh Daud al-Fathani adalah juga seorang ahli hadis yang dapat diketahui melalui beberapa tulisan beliau di antaranya dalam Jam’ul Fawaid. Beliau berpendapat bahawa beramal dengan hadis daif bahkan hadis batil sekalipun diberi pahala, apabila dia bersifat fadhailul amal.

Dasar beliau untuk itu ialah perkataan Jabir bin Abdullah r.a., sabda Nabi s.a.w: “Barang siapa sampai kepadanya dari Allah sesuatu daripada kelebihan maka dia mengambilnya serta mengharapkan pahalanya nescaya Allah memberikan yang demikian itu, jikalau tiada yang demikian itu (jika berita itu tidak bersumber daripada Nabi s.a.w.”

Setelah mengemukakan berbagai hadis tentang kelebihan menghafal 40 hadis seperti yang tersebut pada permulaan hadis 40 karangan Imam Nawawi, maka Sheikh Daud al-Fathani menulis dalam Hidayatul Muta'allim: “Ketahuilah olehmu bahawasanya beberapa hadis ini menunjukkan supaya memberitahu kepada anda tentang orang yang menghafal hadis yang fiqhiyah yang wajib kita mengamalkannya. Pada makna menghafal hadis pada hasil pahala dengan mengajar dan mempelajarinya kerana dia termasuk dalam makna hafal hadis.”

Selanjutnya beliau menulis lagi: “ Maka sekarang faqir hendak mendatangkan 40 hadis di dalam risalah ini, mudah-mudahan didapat sempena di dalam karangan beberapa hadis yang menyatakan fadilat orang yang menyampaikan 40 hadis kepada orang yang tiada sampai pengkhabarannya. Tetapi aku pungut daripada beberapa hadis yang disebut oleh al-Arif Billah Ash-Syeikh Abdul Wahhab Sya’rani di dalam kitabnya bernama Kasyful Ghummah an Jami'il Ummah, tetap sunyi daripada menyebutkan sanad-sanadnya sebab berkehendak ikhtiar.”

Salah satu contoh hadis 40 yang ditulis oleh Syeikh Daud al-Fathani adalah berikut: “Sabda Nabi s.a.w.: ertinya: “Tujuh perkara yang mengalir pahala kepada hamba sedang dia di dalam kuburnya sesudah matinya iaitu; orang yang mengajar ilmu pengetahuan, orang yang mengalirkan air sungai, orang yang menggali telaga, orang yang membuat masjid, orang yang meninggalkan pusaka Mushaf, orang yang menanam kurma dan orang yang meninggalkan anak yang meminta pengampunan baginya sesudah matinya.”

Hadis 40 Syeikh Daud al-Fathani yang dimuat dalam Hidayatul Muta‘allim itu pernah disalin dan dikumpulkan oleh seorang muridnya iaitu Muhammad Nuruddin bin Haji Abdul Ghafur al-Fathani. Manuskrip tulisan tangannya menyebut selesai menyurat pada hari Isnin 8 Rejab 1266 H.

Pandangan tentang politik

Mempertahankan Islam dengan erti kata yang benar sehingga tercapainya ‘Darul Islam’ yang menghendaki berlakunya undang-undang Islam yang termaktub dalam al-Quran.

Dalam karya-karya fikahnya, sebagaimana juga ulama-ulama lain yang dapat dibaca melalui perundangan-perundangan Islam termasuk masalah jihad fisabilillah yang nyata bagi orang Islam menggunakan hukum yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t. Selagi tidak kembali kepada hukum Allah, sudah pasti keamanan secara hakiki tidak akan terwujud di dunia ini.

Berdasarkan tulisan-tulisan Sheikh Daud al-Fathani melalui kitab-kitab Fiqh yang tebal, dapat dipetik beberapa pelajaran terutama dalam masalah negeri Islam yang dijajah oleh kafir menghendaki perjuangan seluruh umat Islam. Terutama umat Islam dalam negeri itu sendiri dan yang berdekatan dengan negeri tersebut juga.

Dalam persoalan tentang jihad sama ada ia wajib atau sunat, maka Sheikh Daud al-Fathani menjawab bahawa jihad itu adalah fardu ain jika kafir itu datang ke negara Islam.

Fardu ain itu dengan erti kata bahawa kewajipan terhadap semua umat Islam yang ada di negeri itu dan negeri berdekatan dengan negeri Islam yang dikuasai kafir.

Sekiranya ada orang Islam yang ditawan oleh kafir, wajiblah orang Islam lain berusaha melepaskan saudaranya yang terkena musibah itu. Juga berkewajipan atas orang Islam berusaha menolak pencerobohan terhadap perempuan-perempuan Islam.

Dalam Bughyatuth Thullab, Syeikh Daud al-Fathani menulis: “Dan setengah daripadanya perang sabil bagi kuffar yakni wajib Imam itu pergi perang kepada negeri mereka itu maka iaitu fardu kifayah dengan ijmak. Atau naik Imam pergi dengan tentera kerana perang bagi mereka itu atau diperbaiki akan kota yang di antranya dan antara negeri mereka itu serta diteguhkan dia dan ditaruhkan senjatanya dan orang yang menunggu padahnya sekira-kira memadai melawan akan mereka itu.

“Maka hendaklah diperbuat akan salah satu daripada keduanya maka gugur fardu kifayahnya ini jika mereka itu tiada datang kepada negeri kita ini. Maka jika ia datang kepada negeri Islam maka jadilah ‘fardu ain’ atas tiap-tiap seorang daripada negeri yang ia masuk itu hingga perempuan dan sahaya orang.”

Sebagai penutup bahagian ini, disertakan kalimat-kalimat yang mempunyai hubungan dengan perkara yang dibincangkan ini, iaitu tulisan Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani dalam Fatawal Fathaniyah.

Kata beliau: “Manakala lemah kita mendirikan sesuatu hukum syarak seperti rejamkan zani muhsan dan takut fitnah yang memudaratkan Muslimin yang tiada kuasa kita atas menolakkan nescaya gugur daripada kita wajib mendirikannya pada ketika itu, dan wajib atas sekalian Muslimin bersungguh-sungguh mencari jalan dengan tadbir siasat, belajar dan mengajar anak-anak kita akan segala wasilah bagi mendirikan segala hukum syarak daripada segala ilmu siasat dan ilmu syarak hingga dapat mendirikan dia seperti barang yang nyatanya