Isnin, 9 Mac 2009

Kecelaruan Puak Tajdid: Suatu lagi label untuk Ulama Nusantara


ISLAM DI ALAM MELAYU, BUKAN ISLAM TRADISIONAL

Suatu penulisan oleh seorang agamawan mendakwa bahawasannya Islam yang di amalkan oleh masyarakat melayu merupakan Islam tradisonal yang dibawa oleh ustaz-ustaz dan tok-tok guru terdahulu. Dengan selambanya, dia menuduh apa yang diamalkan oleh masyarakat alam melayu ini merupakan pembawaan yang bid’ah-bid’ah sesat yang perlu dimurnikan serta membawa kepada kecelaruan pemikiran masyarakat setempat.

Penulis ini mendakwa bahawasanya, dengan melabelkan Islam tradisional ini merupakan pembawaan arus perdana dalam masyarakat melayu yang harus ditinggalkan kerana bertentangan dengan aliran al-Quran dan al-Hadith. Hal ini seharusnya dimurnikan dengan mengembalikan ajaran sebenar berkenaan dengan islam serta meninggalkan segala unsur-unsur bid’ah yang akhirnya membawa kepada khurafat di sisi Allah swt.

Tuan-tuan yang dirahmati Allah swt sekalian, ulama’-ulama’ nusantara seperti Syeikh Daud al-Fathani, Sheikh Abdus Shomad bin Haji Abdullah Imam Bira, Sheikh Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan al-Kalantani, tok kenali,Syeikh Abdul Kadir Hassan, Syeikh Hj Othman abdul Wahab dan ramai lagi para ulama nusantara ini merupakan ulama’ yang banyak menyumbangkan ilmu pengetahuan kepada kita. Lautan ilmu mereka tidak dapat diukur menggunakan nilai Ijazah sarjana yang ada pada agamawan sekarang. Mereka mempelajari kaedah-kaedah ilmu dengan secara menyeluruh sekali. Menguasai hujjah, memahami maksud tersurat dan tersirat dalam ilmu tafsir, menguasai luar dan dalam kaedah fiqh dan usul Fiqhserta sangat alim dalam bahasa.

Kaum-kaum yang mengelar diri mereka golongan tajdid ini sebenarnya taksub dan merasa takjub kepada diri mereka sendiri, sehingga mereka tidak dapat menerima pandangan yang tidak sealiran dengan mereka. Mereka hanya mengiktiraf puak-puak mereka yang mengaku Ahli Sunnah yang sebenar serta berhujah dengan dalil sekerat dan menggunakan perkataan Imam-Imam Mazhab yang hanya menyokong pandangan mereka, serta apabila bertemu dengan pandangan yang berbeza, maka akan keluarlah bermacam kesilapan imam-imam tersebut ataupun mereka memutar belitkan hujah para Imam-imam mazhab.

Di Alam melayu ini, tidak wujud yang namanya ISLAM TRADISIONAL. Puak-puak yang mengaku diri mereka AHLI SUNNAH YANG SEBENAR inilah yang mewujudkan terminology tersebut untuk menunjukan bahawasanya hanya merekalah yang membawa Islam yang sebenar. Islam yang di amalkan oleh masyarakat melayu merupaka Islam yang dimalkan oleh landasan al-Qur'an dan as-sunnah. Islam yang dibawa oleh tok-tok guru terdahulu merupakan suatu ajaran yang selari dengan Al-Qur’an, As-Sunna, Ijma’ Dan Qias secara sempurna. Ulama’ nusantara ini melakukan penterjemahan sebagaimana yang dikehendaki oleh ulama’-ulama’salaf terdahulu serta mengukuti manhaj hidup ulama’-ulama’ terdahulu. Dan kalau dibandingkan secara akal sahaja, ulama’-ulama’ tajdid mengaku AHLI SUNNAH SEBENAR, adalah terlalu jauh sangat-sangat untuk mengikuti manhaj kehidupan ulama’ salaf. Gaya hidup yang ranggi serta stylo serta mendekati kemewahan dengan pantas menjadi agenda mereka.

Tatacara kehidupan masyarakat melayu semuanya dilandasi denga dalil-dalil yang telah disebutkan di atas tadi, namun penulisan saya kali ini, bukanlah medan untuk membicara perihal tersebut. Entri kali ini hanya untuk menbincangkan perihal yang tersebut di atas sahaja.

Kefahaman agama hanya akan dimiliki oleh mereka yang benar-benar ikhlas bekerja kerana agama sahaja. Iaitu kerana majikan yang sebenar iaitu Allah swt. Ini kerana, para pejuang agama Allah menyedari bahawasanya setiap apa yang dilakukan oleh mereka dimuka bumi ini akan diadili oleh Allah swt pada yaumul masyar kelak. Allah akan menjauhi golongan munafiq, zindiq, ahlu bid’ah dan kuffar daripada mengahncurkan mereka, yakni mereka yang mempertahankan kesucian Islam daripada kumpulan pelampau, anti mazhab, syiah, dan sekutu-sekutui mereka.

Dari itu, marilah kita muhasabah diri kita serta menambah keilmuan kita, menjauhi sikap takabur, suka menfitnah serta menkafirkan orang. Mudah-mudahan Allah swt akan sentiasa memerhatikan serta menegur kesilapan kita supaya kelak kita tidak akan ditegur oleh Allah swt pada hari kebangkitan kelak.
“Innallaha la yahdi qaumaz dzolimin”

Tiada ulasan: