Sabtu, 18 Julai 2009

Dalam kenangan.. Al-Fatihah: Tuan Guru Awang Pon Bin Sebon



ENGKAULAH GURU, TEMAN, PEJUANG, AYAH DAN TAULADAN.. Kembali kerahmatullah Pada Hari Sayyidul Ayyam (Jumaat), Ba'da Asar, 17 Julai 2009 / 25 Rajab 1430H

Hanya Allah yang mengetahui, sehingga saat ini setelah mendengar khabar pemergian ayahanda Tuan Guru Awang Pon Bin Sebon, hatiku hancur kerana pada saat aku hendak menghadiri Mesyuarat Majlis Syura ABIM, di dalam kapal terbang, aku mencari-cari masa untuk mezirahi beliau setelah mesyuarat nanti. Ingin ku Khabarkan kepadanya, aku mengikuti jejaknya, membawa tanggungjawab Yang Dipertua ABIM Sarawak, serta ingin juga untuk memninta nasihat sebagaimana kebiasaan.

Namun, Allah menghendaki yang lain, Bersama Tuan Hj. Yusri, Dr. Amran dan menyusul Sdr Hilmi (Presiden PKPIM), Kami menziarahi ayahanda Tuan Guru. Deraian airmata Saudara Presiden ABIM, Tuan Hj Yusri Bin Mohammad, ketika menatap untuk kali terakhir ayahanda tuan guru, menambahkan kesedihanku.sebegitu ramai anak muridnya, aku salah seorang yang terpilih untuk mencium dahinya sebelum beliau dimandikan dan disemadikan di permakaman abadi. Namun wajahnya tenang, memiliki ciri ciri mukmin yang digambarkan dalam surah al-Fajr: ayat 27 - 30

Jenazah Ayahanda Tuan Guru

"(setelah menerangkan akibat orang-orang Yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan Bahawa orang-orang Yang beriman dan beramal soleh akan disambut Dengan kata-kata): "Wahai orang Yang mempunyai jiwa Yang sentiasa tenang tetap Dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu Dengan keadaan Engkau berpuas hati (dengan Segala nikmat Yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) "Serta masuklah Engkau Dalam kumpulan hamba-hambaKu Yang berbahagia "Dan masuklah ke Dalam SyurgaKu! "




Kami AKan merinduimu, dan kami berjanji akan meneruskan perjuanganmu.. Segala kebaikan kami, pasti engakau akam memperolehi ganjarannya wahai Guru kami.. amien..

2 ulasan:

kamal berkata...

buat tatapan dan pembakar semangat kita bersama nukilan lirik oleh:
Hijjaz (Munif Ahmad)

Kau Sahabat Kau Teman

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

abangim berkata...

innalillahi wa innaa ilaihi rooji'uun
Tiada dikhabarkan kepadaku pemergianmu.Masihku ingat pertemuan kita nan pertama 1980,seakan-akan kita sudah lama kenal.
Setelah tidak ketemu lebih 10 tahun (agaknya) suatu pagi hening 2008, bertemu di hadapan restoran Tuan Haji Yasin Pakir. Terpancar wajah tenang nan terasa kasihku memandang arwah... ...dengan mesra menyapaku.Aku ingatkan dia sudah lupa padaku. Maasyaa Allah.Moga arwah menjadi tetamu keredaan Allah.Aamiin