KAJIAN ILMIAH KITAB TURATH
Ruh orang yang hidup boleh bertemu dengan ruh orang yang mati sebagaimana Ruh orang yang hidyup salaing bertemu. Firman Allah swt;
"Allah (yang Menguasai segala-galanya), ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang Yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang Yang tidak mati: Dalam masa tidurnya; kemudian ia menahan jiwa orang Yang ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa Yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya Yang ditentukan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum Yang berfikir (untuk memahaminya)." (Zumar:42)
Abu Abdullah Bin Mandah menyebut, dari Ibnu Abbas, beliau menerangkan berkenaan ayat ini, "Aku mendengar bahawa ruh orang-orang yang hidup dan yang sudah meninggal dapat saling bertemu dikala tidur, lalu mereka saling bertanya. Kemudian Allah menahan ruh orang-orang yang sudah meninggal dan mengembalikan ruh orang-orang yang masih hidup de jasadnya".
Ibnu Abi Hatim dalam tafsirnya, dai As-Saddy tentang firman Allah, "orang yang belum mati di waktu tidur", bahawa Allah memegang ruh di dalam tidurnya, lalu ruh orang hidup itu bertemu dengan Ruh orang yang sudah meninggal, lalu mereka saling mengingatdan mengenal.kemudian Ruh orang yang hidup kembali ke jasadnyadi dunia sehingga ajalnya, dan Ruh orang yang telah meninggal, ingin kembali ke jasadnya tetapi di tahan oleh Allah swt.
Inilah salah satu dari dua pendapat tentang ayat ini, bahawa yang ditahan adalah ruh yang sudah meninggal, dan yang dikembalikan ADALAH ruh yang ditahan kerana tidur. Maksudnya adalahAllah menahan ruh orang yang sudah meninggal dan tidak sekali-kali mengembalikan ke jasadnya kecuali setelah datangnya kiamat, dan ruh orang yang masih hidup akan dikembalikan ke jasadnya sehingga ajalnya tiba.
Pendapat kedua tentang ayat ini adalahyang ditahan dan dikembalikan dalam ayat ini adalah ruh yang maih ada sisa hidupnya. Ajal orang yang sudah berakhir seperti yang ditetapkan, maka ALlah swt akan menahan ruh itu daripada kembali ke jasadnya.
Ibnu Taimiyah memilih pendapat kedua dan menurutnya, inilah kehendak al-Qur'an dan Sunnah. Namun pandangan yang popular adalah pandangan pertama. ini kerana ALlah swt mengkhabarkan bahawa penahan itu terbahagi kepada 2 iaitu penahan besar, Ruh menreka yang telah meninggal, dan penahanan kecil, iaitu ruh orang yang masih hidup.
Pandagna Sa'id bin Musayyab, "Abdullah bin Salam bertemu dengan salman al-farisi. masing-masing berkata dengan yang lain, "Jika engkau menemui Allah swt terlebih dahulu (meninggal), maka temuilah aku dankhabarkan kepadaku ap yang telah engkau dapat daripada Tuhanmu. Dan jika aku mati dahulu, aku akan dtang kepada engkau dan aku akan mengkhabarkan apa yang aku dapati daripada tuhanku".
Al-Ruh Li Ibnu Qayyim al Jauzi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan