Manusia merupakan makhluk ALlah swt yang telah diberikan kesempatan olehnya untuk mengabdikan diri mereka kepada-Nya. Namun ada manusia yang lalai serta terlupa atas apa yang telah mereka dipertanggungjawabkan.
Sifat manusia yang mudah terlupa ini diabadikan oleh junjungan mulia baginda Sayyidina Muhammad dalam hadithnya
" Setiap Bani Adam itu pasti melakukan kesilapan, maka sebaik-baik mereka yang berlaku silap adalah mereka yang bertaubat".
Semua manusia tidak terlepas daripada melukan kesilapan, namun adalah suatu yang JAHAT sekiranya kesalahan yang dilakukan dengan berulang-ulang oleh individu yang sama, dan tidak pernah menyesali kesilapan yang mereka lakukan.
Saya juga adalah orang yang tidak terlepas daripada permasalahan ini, namun alhamdulillah, pesan-pesan dari guru-guruku sentiasa tersemat didalam hati. sekiranya saya kemuskilan, maka saya akan menghubungi mereka atau datang kepada mereka untuk meminta nasihat ataupun panduan. Satu perkara yang saya pelajari adalah, ikatan antara guru dan murid tidak hanya sekadar pertalian CGPA ataupun lulus ujian sahaja, tetapi hubungan hati ke hati. Maka sekiranya saya melakukan kesilapan, maka saya akan terus ditegur oleh mereka.
Misal dipejabat ataupun organisasi saya, banyak sekali lulusan agama yang ada. Namun, masih ada yang mempunyai sifat sayyiah (buruk) yang mana saya tertanya-tanya, apakah beliau tidak melakukan muhaabah diri mereka?????? Padahal, menjadi penceramah jemputan, dikenali orang sebab kehebatan kata-kata ataupun kedudukan, menjadi penasihat yang berbagai, tapi.... dirinya kosong. Maksudnya, pada diri mereka itu tidak apa yang keluar dari mulut mereka, malah lebih dasyat daripada mereka yang tidak berilmu.
Allah swt berfirman,
'Wahai orang yang beriman, kenapa kamu tidak melakukan apa yang engkau katakan. Amat besarlah kemurkan Allah kepada mereka yang berkata, tetapi tidak melakukan".
Dalil Yang jelas lagi terang...
Mudah-nmudahan mereka membaca entri ini. Mereka yang terasa, mudah-mudahan banyak melakukan intropeksi (Muhasabah)kerana kita adalah golongan tempat bertanya serta meluahkan serta tempat untuk meminta pandangan.
Kita Solat, tapi belum tentu solat kita diterima Allah,
Kita berzakat, belum tentu sifat Riya' terlepas dari dalam hati kita,
Kita menasihat, namun belum tentu nasihat yang kita berikan bermanfaat buat diri kita,
Saya berdoa, mudahan Allah swt memudahkan urusan saya serta sentiasa membimbing saya, barokah daripada ilmu guru-guru saya serta keikhlasan mereka dalam mengembangkan wawasan dakwah mereka.
Banarlah kata-kata Sayyidina Muhammad Rasulullah saw;
" Aku tidak takutkan orang-orang kafir yang melakukan kejahatan terhadap agama, kerana mereka itu jelas dan terang memusuhi agama Allah, namun yang aku khuatirkan adalah, ahli-ahli agama yang akan memutarbelitkan agama atas nama agama. Kerana mereka itu bertopengkan agama (merosakkan Agama atas Nama agama)."
AKhir kalam, Doa dan Salam perjuangan utuk Ustaz Zamihan al-Ghari dalam usahanya membenteras Geng2 PAK WAHAB - dan semoga mereka yang suka melakukan perkara seperti Fitnah, mengumpat, mengutuk orag, sudah-sudah lahh.. kita orang agama, takkan kita tidak tahu, Allah swt selalu memerhatikan kita..
Dan panjatkan doa untuk kesembuhan Tuan Guru Hj. Awang Pon Bin Sebon. semoga disegarakan kesembuhan ke atas beliau - Amien..
Wallaua'lam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan