Jumaat, 26 Jun 2009

ABIM MENUJU KEHANCURAN - KEHILANGAN BESAR UNTUK ABIM

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Yusri Mohamad berkata beliau akan melepaskan jawatan itu pada muktamar Abim ke-38 di Shah Alam pada 1 Ogos ini.

Beliau telah memegang jawatan tersebut selama dua penggal.Walaupun umurnya belum menjangkau 40 tahun, tetapi Yusri berkata beliau mahu memberi peluang kepada barisan baru untuk memimpin Abim.

"Saya akan memberi sokongan kepada sesiapa sahaja yang memimpin Abim," katanya selepas menutup kursus haji bersiri di Masjid Al Hana' di Langkawi hari ini, lapor Bernama.

Yusri berkata muktamar Abim kali ini akan membangkitkan usul mengenai usaha menangani kemelut sosio-politik ummah.

Beliau berkata Abim, yang kini mempunyai 50,000 ahli, sedang memperhebatkan kempen menambah anggota di seluruh negara.

KOMENTAR

Saudara Yusri Mohamad melepaskan jawtannya kerana ada di antara kumpulan yang ada dalam ABIM itu lebih cenderung kepada pendekatan politik Dalam ABIM. Saudara Yusri tidak membawa aaspirasi ini sebaliknya cenderung membawa pendekatan tasauf bagi membina keperibadian serta akhlak dalam jemaah ABIM . Pembawaan iNI dilakukan oleh presiden kerana banyak sekali permasalahan dalam ahli ABIM termasuk pimpinan negeri dari sudut kefahaman perjuangan mengikuti pada perjuang sahabat bagida saw. Inilah yang dibawa oleh Imam al-Ghazali, Imam Abu harith al-Muhasibi dan lain-lain lagi.

Muktamar yang akan datang ini tidak jauh bezanya dengan muktamar PAS yang telah lalu dimana golongan profesional VS Golongan Ulama' dalam pas.

Calon Presiden sekarang, malas nak sebut namanya banyak melobi YDP -YDP negeri. Hanya orang politik boleh membaca gerak langkah politik bagaimana mereka mempengaruhi supaya saudara presiden tidak akan menjabat jawatan dalam kepimpinan akan datang. Kemenangan PKR pimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim merancakkan golongan pro politik dalam ABIM. Hanya saudara Yusri yang bersungguh-sungguh mendepani golonga ini dengan membawa pendelkatan yang berbeza. Maka mereka telah melakukan gerakan perang saraf untuk menjatuhkan kredibiliti presiden sehinggakan mereka juga cuba membina shadow presiden dalam ABIM sendiri bagi menyaingi presiden yang sedia ada walaupun saudara Yusri masih menjawat jawatan presiden.

Golongan politik dalam ABIM ini menurut saya bukanlah golongan pejuang sebenar dalam ABIM. Masih gagal dalam memahami nas "mentaati pemimpin dikalangan kamu".

Saudara Yusri tidak pernah mengajak kepada keburukan mahupun kenacuran dalam ABIM. Usahanya yang murni untuk membersihkan ABIM daripada anasir-anasir jahat dalam ABIM telah disalah ertikan oleh pihak-pihak berkepentingan. dari dulu hingga sekarang, ABIM Sarawak jelas berada dibelakang presiden saudara YUSRI. Tidak dapat dibayangkan bagaimana ABIM tanpa Presiden yang banar-benar mempunyai jiwa Haraki Islami sejati.

ABIM Sarawak memahami, bahawasanya pemergian beliau dengan melepaskan jawatan Presiden adalah kerana bukan lemah atau kecewa tetapi melihat perkembangan yang negatif dalam ABIM sendiri. Maka dengan Allamah Syeikah Fuad Kamaluddin, pihak kami mendoakan beliau akan diberikan kekuatan dalam perjuangannya meneruskan agenda dakwah dan tarbiyyah. PKPIM juga tidak terkecuali terkena fenomena ini sebagaimana tersebarnya wabak H1N1 di malaysia.

Semoga pimpinan lain dalam negeri melihat fenomena ini sebagai suatu yang wajar difikirkan bersama untuk memartabatkan perjuangan ABIM dalam melaksana agenda DAKWAH DAN TARBIYYAH..

Wallahua'lam..

Tiada ulasan: