Isnin, 28 Jun 2010

Al-Faqir Kusinjiy: THE RIGHT PATH DOESN’T MEAN ITS ALRIGHT

Cabaran dan dugaan dalam dakwah memang adalah rencam dalam kehidupan para duat. Merekan akan diuji dengan bermacam karenah dalam mengharungi perjalan yang serban mencabar. Ada yang diuji dengan duit, ada yang diuji dengan keluarga. Ada juga yang diuji dengan ancaman dan fitnah dan berbagi lagi. Namun bagi al-Faqir Kusinjiy, segala cabaran yang ada itu dapat diatasi dengan hadirnya rakan-rakan seperjuangan yang sanggup bersama-sama dalam menghadapi segala ujian-ujian tersebut.

Para duat sekalian, sedikit perkongsian dalam jurnal kali ini adalah di mana dalam perjuangan, hendaklah kita sentiasa bersama-sama dengan rakan seperjuangan. Hal ini sangatlah penting kerana tiada kejayaan atau kemanisan sekiranya perjuangan yang mulia ini tidak disertai dengan sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada kita. Al-faqir kusinjiy ini bersyukur kerana dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang sanggup berjuang dalam bahtera ini walaupun ianya bukanlah bahtera Perubahan Dr. MAZA… hahahaha (lain cerita).

Beberapa sirah yang menjadi panduan kepada para duat;

1. Rasulullah saw mempunyai sahabat seperti sayyidina Abu Bakr rhm, Sayyidina Umar rhm, Sayyidina Uthman rhm, sayyidina Ali rhm dan sahabat besar yang lain.

2. Sayyidina Isa as mempunyai hawariyyunnya

3. Sayyidina Musa ada pendampingnya iaitu sayyidina Haru as

4. Sayyidina Ibrahim as ada Sayyidina ismail dan sayyidina Ishaq as

Dan banyak lagi para ambiya dan auliya yang mempunyai sahabat-sahabat terdekat yang membantu dalam perjuangan dakwah mereka.

Cabaran dalam dakwah kadang-kadang akan melemahkan kita daripada untuk terus mengabdikan seluruh hidup kita kepadanya. Menyeru kepada Illahi merupakan tugas yang mulia dan hanya yang menjadi pilihan Allah swt sahaja yang akan mewarisi pekerjaan mulia ini sehingga ke akhir hayatnya. Subhanallah, kurniaan Allah swt kepada mereka yang boleh menjalankan tugas ini sehingga ke akhirnya merupakan suatu kurniaan yang akan dituai di akhirat kelak.

Al-faqir kusinjiy tadi bercerita di masjid berkenaan kitab Nasaihul Ibad, Ibnu Hajar Asqalaniy dan tafsir Surah al-Ghasiyyah (Kiamat). Banyak pengajaran yang diperolehi untuk diri al-Faqir Kusinjiy sendiri. Antaranya nasihat ahl Hikmah ;

Ada 4 perkara yang tidak baik, namun lebih buruk lagi 4 perkara.

1. Orang muda berbuat jahat adalah tidak baik, namun lebih buruk lagi orang tua yang berbuat jahat.

2. Orang bodoh yang tidak wara’ adalah tidak baik, namun lebih buruk lagi orang pintar yang tidak wara’.

3. Orang kaya yang sombong adalah tidak baik, namun lebih buruk lagi orang miskin yang sombong.

4. Orang awam yang malas beribadah adalah tidak baik, namun lebih buruk lagi Ulama yang malas beribadah.

Perkongsian berkenaan dengan surah al-Ghasiyyah di mana al-Faqir Kusinjiy dapat merasakan ancaman serta kemanisan dalam perjuangan. Kebetulan al-Faqir Kusinjiy juga menerima berita kematian seorang kenalan (junior SMBA MIS) akibat barah iaitu Allahyarham Ustaz Shahrizan Bin xxx pada tanggal 29 Jun 2010 (al-Fatihah). Allah swt berfirman;

Balasan Neraka Kepada hambanya yang Ingkar;

1. Sudahkah sampai kepadamu (Wahai Muhammad) perihal hari kiamat Yang huru-haranya meliputi?

2. Muka (orang-orang Yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,

3. Mereka menjalankan kerja Yang berat lagi berpenat lelah,

4. Mereka tetap menderita bakaran neraka Yang amat panas (membakar), -

5. Mereka diberi minum dari matair Yang menggelegak panasnya.

6. Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok Yang berduri,

7. Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.

Balasan kepada Mereka yang taat;

8. (sebaliknya) muka (orang-orang Yang beriman) pada hari itu berseri-seri,

9. Berpuas hati Dengan balasan amal usahanya (yang baik Yang telah dikerjakannya di dunia), -

10. (Mereka tinggal menetap) di Dalam syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),

11. Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan Yang sia-sia,

12. Di Dalam syurga itu ada matair Yang mengalir,

13. Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) Yang tinggi (tempatnya),

14. Dan piala-piala minuman Yang disediakan (untuk mereka),

15. Dan bantal-bantal Yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),

16. Serta hamparan-hamparan Yang terbentang.

Terakhir al-Faqir Kusinjiy ingin berkongsi dengan para duat sekalian berkenaan hadith nabi saw yang kira-kira bermaksud;

barang siapa yang bertambah Ilmunya dan kedudukannya, tetapi padanya tiada sifat wara’ maka tiada apa yang kan didapatinya daripada Allah melainkan jauhnya kedudukannya daripada penciptanya”. (HR Ahmad)

Wallahua’lam….

Tiada ulasan: