Isnin, 18 Januari 2010
AL-AZHAR - Mercu Kebanggaan Islam
Sejarah Penubuhan
Mengikut catatan sejarah silam , Khalifah Aziz Billah telah menubuhkan universiti Islam yang pertama di dunia iaitu al-Azhar. Lebih kurang setahun selepas pembukaan Mesir dan perasmian Kaherah sebagai ibu negara , kerja-kerja pembinaan masjid al-Azhar mula dijalankan iaitu pada 4 April 970 Masihi bersamaan 24 Jamadil Awal 359Hijrah.
Pembinaan masjid dimulakan oleh Jauhari as-Saqoli , seorang panglima di zaman Fatimiyyah.Usaha mulia ini selesai pada hari Jumaat , 22 Jun 972 Masihi bersamaan 7 Ramadhan 361 Hijrah dan merupakan hari yang pertama didirikan solat Jumaat . Pada tahun 378 H (988 M) , seorang wali kerajaan Abbasiyah di Mesir , Ya’kub bin Kals telah mencadangkan kepada Khalifah al Aziz Billah untuk menjadikan masjid tersebut sebagai Jamiah , institusi pendidikan yang menawarkan pelbagai ilmu pengetahuan . Maka bermulalah penumpuan umat Islam ke tempat tersebut dan
masjid itu dinamakan Jami’ al-Azhar .
Mercu Azan
Masjid al-Azhar mempunyai tiga mercu azan yang dibina pada tiga zaman . Setiap mercu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri hasil paduan seni tiga zaman kesultanan Islam.
Gempa Bumi di-Mesir
Satu bencana alam yang dahsyat telah berlaku pada tahun 1315 Masihi bersamaan 702 Hijrah. Al-Azhar juga kehilangan sebahagian besar binaannya ketika gempa bumi tersebut.
Kerja-kerja pembaikan dijalankan dan kali ini keluasannya bertambah beberapa kali
ganda. Pada detik inilah bermulanya pengajian di masjid Al-Azhar dan Madrasah Al- Tibrisiah.
Matlamat Al-Azhar
Pada Oktober 1798, terjadi satu pemberontakan besar yang pertama dalam sejarah Mesir. Tragedi ini berlaku di persekitaran Al-Azhar dan Hussein.
Selepas tamat krisis itu, Mesir berada di dalam keadaan aman dan nama Al-Azhar semakin mekar di jambangan dan tersebar namanya di serata dunia.
Al-Azhar pada zaman pemerintahan Ayyubiyah ( 567-648 H ) ( 1171-1250 M ) Salahuddin Yusof bin Ayyub amat menekankan pendidikan dan memperbaiki keberkesanannya. Beliau meneroka ilmu-ilmu naqli seperti Tafsir, Hadis, Ilmu Fiqh, Ilmu Kalam, Bahasa Arab dan sastera. Di samping itu , ilmu aqli seperti falsafah, mantik, sejarah,kesihatan,perubatan dan lain-lain turut diajarkan.
Pengajian Di Al-Azhar
Sejarah pengajian di Al-Azhar selari dengan sejarah jami’ah yang telah melalui liku-liku perjalanan yang masih jauh.
Pengajian dimulakan dengan menggunakan kitab I’tisar yang mengajar fiqh Syi’ah sebaik saja ia dibina pada tahun 365 H ( 975 M ). Di bawah kerajaan Ayubiyyah, Sultan Salahuddin yang telah berjaya menghapuskan pengaruh Syi’ah telah mengemas kinikan sistem pembelajaran berdasarkan mazhab Ahli Sunnah Wal Jama’ah dengan membawa masuk fiqh empat mazhab.
Al-Azhar memainkan peranan secara langsung dalam pembentukan muslimah
selepas perubahan besar undang-undang Al-Azhar pada tahun 1961.
Nama-Nama Al-Azhar
Pada peringkat pertama Al-Azhar dikenali sebagai Jami’ Kaherah yang disandarkan kepada ibu kota Mesir. Selepas daripada itu Jami’ Al-Azhar disandarkan pula namanya kepada nama salah seorang puteri Rasulullah SAW.
Menurut kajian yang dilakukan tidak terdapat jawapan yang tepat terhadap pemilihan nama tersebut kerana terdapat beberapa ikhtilaf pendapat.
Senarai Nama Syeikh Al-Azhar hingga 1417 H
1)Imam Muhammad bin Abdullah Al-Khuraisyi :
Lahir di desa Abu Khuraisyi Shubra Giza Mesir .
Usianya dari tahun 1010 – 1101H (1601-1690M )
2) Imam Abdul Baqi Al- Qulaini
Lahir di Qulain Kafr Syeikh Gharbiyah.
Syeikh Al-Azhar tahun 1120 H ( 1708 M )
Meninggal 1132 H ( 1719 M ).
3) Syeikh Muhammad Al-Hufny
Lahir di Hufnah Syarqiyah tahun 1100 H ( 1689 M ) – 1181 H ( 1767 M ).
Syeikh Azhar tahun 1171 H ( 1757 M ).
4) Syeikh Abdullah As-Syarqawy
Lahir di desa Thuwailah Syarqiyah tahun 1150 H ( 1737 M )-1227 H ( 1812 M )
Syeikh Azhar tahun 1208 H ( 1793 M )
Terkenal sebagai salah seorang anggota “Diwanul Kaherah”.
5) Syeikh Hassan Al-’Atthar
Berasal dari keturunan Moroco.
Lahir tahun 1182 H ( 1768 M ) di Kaherah.
Orang tuanya adalah pedagang rempah ratus ( ‘Atthar ).
Terkenal sebagai pemimpin ulama’-ulama’ terkenal .
Menerbitkan kitab “Al-Waqai Al-Misyriyah”
Mengadakan halaqah yang dihadiri oleh pemimpin Mesir.
6) Syeikh Abdul Rahman An-Nawawi
Lahir di Nawawi tahun 1255 H ( 1839 M )
Menjadi Syeikh Azhar tahun 1317 H hanya sebulan kerana wafat.
7) Syeikh Abul Fadhl Al-Gizawy
Lahir di desa Warraq El-Hadhl Giza tahun 1847 H – 1927 M.
Menjadi Syeikh Azhar tahun 1335 H.
8) Syeikh Mustafa Abdul Raziq
Lahir di Abu Guraq tahun 1885 H-1947 M.
Pernah menjadi “wazir Al-Awqaf ” beberapa kali .
Syeikh Azhar tahun 1945 M.
Rektor-Rektor Universiti Al-Azhar
1) Profesor Doktor Muhammad Muhammad Amir Al-Bahy Qarqar
Beliau telah di puterakan pada 3 Ogos 1905 di Muhafazoh Muhairoh .
Pada 1931 memperolehi ijazah M.A dalam bidang Adab dan Balaghoh Universiti
Al- Azhar.
Mencapai ijazah kedoktoran Ph.D dalam bidang falsafah , psikologi dan pengajian
islam di Universiti Hamburg Jerman.
Pada tahun 1961 dilantik sebagai Rektor Universiti Al-Azhar yang pertama .
Bersara pada 3 Ogos 1965.
2) Profesor Doktor Badawi Abdul Latif ‘Awadh
Lahir pada tahun 1911 di desa Al-Mamalik , Bani Suef.
Pada tahun 1934 memperolehi ijazah ‘. Merupakan lulusan M.A dalam
bidang sejarah islam.
Mendapat lulusan ijazah peringkat Ph.D pada tahun 1945.
Pernah menjadi Pengarah Islamic Center.
Memegang jawatan Rektor Universiti Al-Azhar pada tahun 1974.
3) Profesor Doktor Muhammad At-Thayib An-Naggar
Kelahirannya pada bulan Jun 1916.
Memperolehi ijazah ‘Alimiyah dari fakulti Usuluddin dan gelaran profesor dalam
bidang sejarah islam .
Gelaran Doktor diperolehi pada tahun 1946.
Melanjutkan tugas sebagai rektor Universiti Al-Azhar .
4) Profesor Doktor Ahmad Umar Hashim
Anak kelahiran Bani ‘Amir Zaqaziq pada tanggal 6 Febuari 1941 .
Lulusan ijazah Al-’Aliyah dari fakulti Usuluddin pada tahun 1967.
Meraih ijazah Master dalam bidang Hadith dan Ulum Hadith dalam tahun 1969.
Ijazah kedoktoran diperolehi pada tahun 1973.
Menjawat jawatan Dekan Fakulti Usuluddin di Zaqaziq pada tahun 1983-1987.
Menjadi wakil Rektor dalam urusan pengajaran dan mahasiswa sejak Julai 1989.
Pada tahun 1995 dilantik sebagai Rektor Universiti Al-Azhar secara rasmi
hinggalah sekarang.
Risalah Dan Prospektus Universiti Al-Azhar
Universiti Al-Azhar As-Sharif mempunyai pelbagai keistimewaan dan kunikan,
terutamanya yang berkaitan dengan pendidikan tinggi. Al-Azhar juga menyampaikan Risalah Islamiyah kepada seluruh umat manusia. Al-Azhar memainkan peranan penting dalam meniupkan api perjuangan kebangkitan tamadun Arab dari segi tradisi ilmu, pemikiran dan spiritual. Al-Azhar merupakan agen penting dalam mengutuhkan kesepaduan ilmu dan kebudayaan Islam dengan lain-lain universiti dan institusi-institusi pendidikan Islam, sama ada di sekitar dunia Arab ataupun bukan Arab. Al-Azhar merupakan agen penting dalam mengutuhkan kesepaduan ilmu dan
kebudayaan Islam dengan lain-lain universiti dan institusi-institusi pendidikan Islam,
sama ada di sekitar dunia Arab ataupun bukan Arab.
Struktur Pentadbiran Al-Azhar
i) Majlis Tertinggi
ii) Rektor
iii) Timbalan – Timbalan Rektor
iv) Setiausaha-Setiausaha
i) Majlis Tertinggi
Anggota-anggotanya terdiri daripada :
a) Rektor – yang mempengerusikan majlis .
b) Timbalan-timbalan Rektor
c) Dekan-dekan kuliah.
d) Wakil kementerian pendidikan tinggi.
e) Tiga orang anggota ( maksimum ) daripada ahli Mujamma’ Buhuth Islam .
f) Tiga orang anggota ( maksimum ) yang mempunyai pengalaman dalam hal ehwal
pelajaran di universiti Al-Azhar.
ii) Rektor
Bertanggungjawab kepada hal ehwal pentadbiran Al-Azhar sama ada Pendidikan ,
Pengurusan dan Kewangan .
Kriteria utamanya ialah pernah menduduki salah sebuah kerusi ” Ustaz ” di
universiti Al-Azhar ataupun mana -mana universiti Mesir sekurang-kurangnya bagi
tempoh lima tahun.
iii) Timbalan-Timbalan Rektor
Terdapat empat orang Timbalan Rektor berdasarkan bahagian-bahagian tertentu :
a) Hal Ehwal Pdan Pelajar .
b) Timbalan Rektor Pendidikan Tinggi dan Buhuth .
c) Timbalan Rektor Cawangan Assyut.
d) Timbalan Rektor Cawangan Banat.
Mereka membantu dalam urusan pentadbiran universiti dan menggantikan tempat
Rektor semasa ketiadaan beliau.
iv) Setiausaha-Setiausaha
Bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Kewangan dan Pengurusan dibawah seliaan
Rektor dan Timbalan-Timbalannya . Terdapat empat orang setiausaha , iaitu :
a) Setiauasaha Pembantu Universiti
b) Setiausaha Pembantu
c) Setiausaha Cawangan Assyut.
d) Setiuasaha Cawangan Banat.
Mereka dibantu oleh sebelas orang Pengetua- Pengetua jabatan.
Fakulti-Fakulti Di Al-Azhar
Pendidikan Tinggi di Al- azhar berdasarkan Peraturan 103 tahun 1961 M merangkumi tiga fakulti asas iaitu :
a) Bahasa Arab
b) Syariah Wal Qanun
c) Usuluddin
Peraturan tersebut telah dipinda berdasarkan perkembangan semasa.
Al-Azhar terus mengorak langkah dengan menambahkan fakulti-fakulti baru
termasuklah perubatan, kejuruteraan, pertanian, dan perniagaan.
Sehingga kini terdapat 52 buah fakulti di universiti Al-Azhar.
1) Fakulti-Fakulti Siswa
A) Kaherah
i) Usuluddin
ii) Syariah Wal Qanun
iii) Bahasa Arab
iv) Pengajian Islam Dan Bahasa Arab
v) Dakwah Islamiah
vi) Tarbiah
vii) Bahasa-Bahasa Dan Terjemahan
viii) Sains
ix) Perubatan
x) Farmasi
xi) Perubatan Gigi
xii) Kejuruteraan
xiii) Pertanian
vx) Perniagaan
vxi) Maahad Pengajian Komunikasi
B) Cawangan-Cawangan
1) Kawasan Selatan
i) Usuluddin Dan Dakwah di Assyut.
ii) Syariah Wal Qanun di Assyut.
iii) Bahasa Arab di Assyut.
iv) Perubatan di Assyut.
v) Perubatan Gigi di Assyut.
vi) Farmasi di Assyut
vii) Sains di Assyut
viii) Pertanian di Assyut
ix) Bahasa Arab di Jerja
x) Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Qana
xi) Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Aswan
2) Kawasan Utara
i) Usuluddin dan Dakwah di Tanta
ii) Syariah Wal Qanun di Tanta
iii) Ulum Al-Quran di Tanta
iv) Usuluddin dan Dakwah di Zaqaziq
v) Bahasa Arab di Zaqaziq
vi) Usuluddin dan Dakwah di Shibinkom
vii) Bahasa Arab di Shibinkom
viii) Syariah Wal Qanun di Damanhur
ix) Bahasa Arab di Itai Barut
x) Syariah Wal Qanun di Tafhana Al-Asyraf – Daqhaliyyah
xi) Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Dasuk
xii) Usuluddin dan Dakwah di Mansurah
xiii) Bahasa Arab di Mansurah
vx) Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Dumyat ( baru )
2) Fakulti-Fakulti Siswi
A) Kaherah
i) Pengajian Islam dan Bahasa Arab
ii) Pengajian Kemanusiaan
iii) Perubatan
iv) Sains
v) Perniagaan
vi) Farmasi
B) Cawangan-Cawangan
1) Kawasan Timur
i) Pengajian Islam di Assyut
ii) Pengajian Islam dan Bahasa arab di Suhaj
2) Kawasan Utara
i) Ekonomi Rumah Tangga di Tanta
ii) Perniagaan di Tafhana Al-Asyraf
iii) Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Mansurah
iv) Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Iskandariah
Pengajian Di Al-Azhar
Pengajian di Al-Azhar terpelihara daripada unsur percampuran antara mahasiswa
dan mahasiswi. Kemasukan tidak berdasarkan faktor keturunan
Pengajian berjalan diatas sistem semester kecuali fakulti pertanian yang
berdasarkan dua penggal pengajian sahaja.
Peperiksaan di Al-Azhar dijalankan mengikut peringkat -peringkat yang telah
ditetapkan.
Syarat-Syarat Kemasukan Bagi Pelajar Luar Mesir
1. – Mereka yang mengikuti pengajian di Maahad-Maahad Al-Azhar atau Maahad
Ghizzatuddin disyaratkan memperolehi sijil Thanawi Al-Azhar.
- Sekurang-kurangnya markah kelayakan minimum serta memenuhi kuota
pengambilan yang telah ditetapkan.
2. – Pelajar yang mempunyai sijil Thanawi dari Maahad Bu’uth Islam atau setaraf
dengannya.
3. – Pelajar yang memperolehi sijil Thanawi Am atau yang setaraf dengannya.
- Calon yang mendapat biaya pengajian daripada kerajaan Mesir, layak memohon
masuk dengan mengambil kira keadaan berikut:
3.1: Pelajar bukan dari negara-negara Arab yang berminat memohon masuk ke
fakulti-fakulti pengajian Islam dan bahasa arab layak memohon
berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.Hal yang sama turut
disyaratkan kepada pelajar dari selatan Sudan.
4. – Pelajar yang memperolehi sijil pengiktirafan (mu’adalah) bagi tahun-tahun
tertentu layak memohon berdasarkan kritiria yang telah ditetapkan oleh lujnah
pengiktirafan Universiti Al-Azhar.
Pengiktirafan Akademik Yang Dikeluarkan Oleh Universiti
1. Ijazah Pertama
Dikenali sebagai Bachelor Of Art ( B.A ) dan mengambil masa antara tiga hingga
lima tahun mengikut fakulti.
2. Diploma Pendidikan Tinggi
Terbuka kepada semua lepasan yang telah menghabiskan peringkat Ijazah pertama
(B.A) tanpa mengira pangkat yang diperolehi.
-Calon-calon yang memohon mestilah telah berpengalaman dalam bidang yang
berkenaan selama dua tahun.
- Peringkat ini mengambil masa selama dua tahun pengajian atau empat semester.
- Al-Azhar juga menerima kemasukan lepasan B.A daripada mana-mana Institusi
Pengajian tinggi yang diiktiraf sama ada di Mesir atau di luar Mesir untuk
mengikuti pengajian peringkat Diploma di sini.
3. Peringkat Pengkhususan ( Master )
Sekurang-kurangnya pangkat jayyid pada peringkat B.A di Universiti Al-Azhar.
- Sesetengah fakulti mensyaratkan pemohon perlu menghabiskan setahun ( atau dua
tahun ) selepas B.A sebagai syarat kelayakan.
- Sesetengah fakulti juga menerima kemasukan lepasan Diploma pendidikan tinggi
dengan sekurang-kurangnya pangkat jayyid jiddan.
4. Peringkat Doktor Falsafah ( PhD )
Calon yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ini disyaratkan memperolehi
ijazah M.A dalam bidang-bidang pengkhususan tertentu.
- Calon buklepasan M.A Al-Azhar perlu menghabiskan beberapa pengajian
daripada kurikulum tertentu.
- Sesetengah fakulti mensyaratkan sekurang-kurangnya pangkat jayyid atau jayyid
jiddan.
- Calon wajib menyediakan tesis ( kajian ilmiah ) asli yang belum dikeluarkan oleh
mana-mana pihak sebelum ini.
- Tempoh minimum ialah dua tahun dan boleh meningkat kepada empat atau enam
tahun berdasarkan fakulti-fakulti dan situasi-situasi tertentu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan