Pentingnya memanfaatkan masa muda digambarkan dalam hadist Rasulullah SAW, sebagai berikut: “Manfaatkan yang lima sebelum datang yang lima: masa mudamu sebellum datang masa tuamu; masa sehatmu sebelum datang masa sakitmu; masa kayamu sebelum datang masa miskinmu; masa hidupmu sebelum datang masa matimu; masa luangmu sebelum datang masa sibukmu.” (H.R. Al Baihaqi)
Pada saat muda remaja, saat untuk mengumpulkan data merupakan saat yang sangat berharga kepada belia kita terutama mereka yang terlibat dalam lapangan dakwah. Menurut saya, mengkayakan pengalaman merupakan salah satu daripada agenda yang perlu dilakukan agar dapat menciptakan pengalaman yang berharga supaya kelak mereka akan dapat menelusuri dalan dakwah ini dengan pelbagai persiapan.
Berapa dalam satu acuan yang sama, akan mencebabkan corak fikir tidak berubah. Sentiasa merasakan acuan itulah satu-satunya yang sempurna. Sedangkan mereka tidak pernah mencoba untuk keluar daripada kepompong atau lingkungan tersebut dan beradaptasi dengan acuan yang lain. Berada dalam suasana yang berbeza, bukan bermakna kita tidak mempunyai pendirian, tetapi ianya merupakan information gathering dan ianya akan sangat berguna suatu hari kelak sekiranya kita menjadi pemimpin Masyarakat suatu hari kelak.
Berkerja dengan corak rutin yang sama setiap hari akan menyebabkan kita akan kelesuan idea dan interaksi kita dengan rakan-rakan yang lain di dalam pasukan atau jemaah yang berbeza. mereka akan mengalami kecacatan dari sudut perhubungn disebabkan oleh kurangnya pengalaman dan pengetahuan terhadap jemaah lingkungan (acuan lain). hal ini berlaku kerana selama ini, mereka hanya berada dalam kepompong ciptaan mereka sendiri. Didalam acuan itu sendiri, kebanyakan ahli jemaah pun kebanyakannya masih gagal untuk mengenali watak, keturunan, latarbelakang serta kebudayaan masing-masing ahli jemaah itu sendiri dan mencari pengalaman ini merupakan suatu silibus yang ketinggalan yang sepatutnya menjadi matapelajaran wajib belia, pemuda yang berjuang di lapangan dakwah itu.
Maka keluarlah daripada kebiasaan, maka engkau akan menjadi seorang yang luar dari kebiasaan (luar biasa). Pengalaman mengajar kita hal ehwal perjalanan, mehnah dan cabaran, kawan dan lawan.. pengalaman bukan dari satu lubuk, tetapi harus melalui perbagai lubuk, setelah itu barulah mencipta kain rentang perancangan..
Sheikh Dr. Aiwah (mesir)
” Pemuda Sangat penting kepada Islam kerana Pemuda memberi Kekuatan cita-cita, idealisma kepada pergerakan”
Al_faQir Kusinjiy
Semariang Aman, Bandar Baru Semariang / 12-12-2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan