Sabtu, 13 November 2010

PANDANGAN AL-KUSINJIY::MEMBINA NEGARA MELALUI PENDEKATAN TASAUF::

::Pewaris Generasi sekarang, pemimpin masa depan::

Setelah membaca karangan Dr. Hassan al-Asymuni, kitab Ruhiyyah fi bina’ al-Mujtama’, al-Faqir Kusinjiy berfikir sejenak akan tulisannya;

“Tidak salah jika kita katakan tasauf itu berkemampuan untuk menjadi suatu kekuatan bagi mencapai dan memenuhi keperluan masyarakat walaupun untuk tujuan kebenadaan. Maka tidak syak lagi membina masyarakat yang kukuh, kita mestilah menghapuskan segala bentuk permusuhan dan semua ini bergantung kepada kesucian hati, kemurnian akhlak dan bersedia untuk berkorba serta sanggup mengenepikan kehidupan seharian”.

Inilah sifat dan sikap para Syuyukh dalam tasauf yang mesti dijelmakan oleh mereka yang mengaku murid kepada syeikh-syeikh mereka. Mengikuti acuan kehidupan para syeikh, sebelum, semasa dan akan datang. Jelas, para syuyukh are following rasulullah saw foot steps. Jadi hakikat kehidupan masyarakat kerohanian para sufi akan meresap dalam jiwa masyarakat yang bergabung dengan mereka sekali gus akan menyelesaikan kemelut kehidupan seharian mereka.

Pembinaan nilai-nilai kerohanian yang mantap akan menjadi benteng sebuah Negara Islam. Secanggih mana pun teknologi yang dicapai oelh mana-mana masyarakayt dunia, sekiranya tiada pembinaan keruhanian (tasauf) dalam masyarakat mereka, ianya ibarat membina istana pasir yang mana asas dan pondasinya tidak kukuh dan ianya kan hanya bertahan buat seketika dan ianya akan roboh pada bila-bila masa.

Hanya fungsi tasauf yang mampu memelihara kebahagian dan ketenangan hidup manusia sejagat, lantas mendorong mereka bekerja lebih kuat untuk merasai nikmat kelazatan bekerja.

Menjadi suatu kewajipan sebenarnya untuk para pendukung gerakan dakwah memperkemaskan diri dengan ilmu Tasauf dalam pakej mereka sebagai ahli gerakan kerana mereka aka mendekati masyarakat serta memebrikan kefahaman kepada masyarakat betapa nilai tasauf ini sebagai pelengkap kepada ilmu fardhu Ain mereka dalam pembinaan Negara. Mereka wajip menyampaikannya kepada masyarakat, supaya masyarakat boleh menerimanya dengan baik.

Tiada ulasan: