Selasa, 7 September 2010
HARTA YANG PALING BERNILAI
Dedikasi to My Saint SMSAB, SMHAK, SRAS, SAAK and Saint Of All Saint of Ummah SMNAH…
Aduh Bang, kenapa ga puasa??? Jawabnya, Ahh, percuma aja puasa, sama aja bulan puasa sama idul fitri, ga ada bedanya bagi orang miskin, sama aja. Yang bisa seneng-seneng itu yahh, org kaya aja…
Bagi sang perjalan, hatinya hanya memerlukan petunjuk arah yang akan membawanya ke destinasi,
Manakala bagi si pencacai jalanan, hanya memikirkan perut dan poket sebagai petunjuk arahnya,
Menurut si pencacai jalanan, Baqa dan Barkhzah hanyalah hikayat tahyul yang bermain dibibir-bibir selebriti,
Yang kata-kata mereka seperti nyayian-nyayian dan lawak jenaka yang menghasilkan envelope yang lumayan,
Tepukan dan pujian dan nantinya menerima undangan dan tempahan, oh I am fully booked..
Dan ternyata bait-bait dari sang selebriti ini ada kebenarannya dari ocehan Sang Pencacai jalanan,
Ini kerana kebenaran itu bisa sahaja keluar dari mana-mana sahaja selagi kemahuan al-fattaH..
Sang Perjalan akan sering kesunyian, jika tiada lampu-lampu jalanan yang menerangi jalannya dikala kegelapan,
Sebagaimana kegelapan mutlak basirah si buta yang berkiblatkan tongkat dan bunyi-bunyian sebagai teman,
Sebagaimana mudiknya si musafir ke kampung halamannya, Kiri kanan jalan tidak dihiraukannya,
Bangunan pencakar langit, gedung-gedung serta Mall-Mall yang menghiasi sepanjang jalannya dicuekkin sahaja,
Yang diperlukannya hanyalah sedikit tempat berehat tatkala keletihan, sedikit makan untuk mengalas perutnya,
Ini kerana hatinya sudah berkampung dikampung halaman, bertemu dan bersama insan-insan tersayang,
Hati sang perjalan hanya bernuansakan suasana saat manusia diulit mimpi-mimpi yang berbagai,tenang dan dingin,
Hatinya dipegang oleh Sang petunjuk yang dikenal dengan perbagai gelar dari Univeriti Cerkawala,
Autad, Abdal, Qutb dan As-Sultan terlalu jauh meninggalkan Ustaz, Kiyai, Alim, Dr dan Proffessor,
Ini kerana tatkala ilmu itu hanya diwarisi oleh para selebriti, al-Auliya mewarisi ilmu yang hidup dihati yang mati,
Maka sang perjalanlah akan mewarisi ilmu si Auliya, sang selebriti hanya mewarisi ilmu kehidupan bagi dirinya,
Manakala si Pencacai Jalanan akan hanya berputar dalam dunianya jika dia tetap dengan kotak hidupnya..
Maka harta yang bernilai bagi Sang Perjalan adalah,
berdampingan jasad ataupun ruh dengan Sang Petunjuk jalan.. kerana mereka tidak akan sesat selamanya..
kenapa tidak kau sembelih burung ini, jawab anak kecil ini, Guruku, aku tidak mendapati suatu tempatpun di mana aku tidak diperhatikan, kerana al-KholiQ sentiasa memerhatikan aku dinama sahaja aku pergi.. (SASAQJ)
Cengkareng, Jakarta Barat, 10.29 am, 29 Ramadhan 1431H
Labels:
karya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
Assalamualaikum,
Berikut ialah beberapa kajian dan bahan bukti yang akan memberi kita faham dengan jelas tentang gerakan senyap Kaum Muda dan Wahabbi Salafi yang sedang mengancam aqidah umat islam di negara ini.
SILA KLIK http://www.docstoc.com
UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT
• Bangsa Melayu Mengikut Ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah
• Tok Ayah Zid Kedai Lalat
• Kuasa Tiang Kepada Cita-Cita
• 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
• Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
• Jom Kenali Dr Maza & Co
• Ahlul Bait Yang Dicerca
SILA KLIK http://www.4shared.com
UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT
• Rasulullah Budak Kampung
• Maulid Tandingi Krismas
• Sifat 20 Tidak Wajib (Nik Aziz)
• Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 1)
• Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 2)
• Asma’ Wa Sifat (Hadi Awang)
• Sifat 20 – Dr Mohd Asri al-Wahabbi
• Sifat 20 – Rasul Dahri al-Wahabbi
• Sifat 20 – Fathul Bari al-Wahabbi
Taklif pengkaji telah pun selesai, maka terserahlah kepada budi bicara pembaca sekalian untuk menerima ataupun sebaliknya. Bagi mereka yang mendapat hidayah, maka bertindaklah mengikut kadar upaya tangan (kuasa/undi), lidah (dakwah/hebahan) atau hati (doa) bagi mempertahankan aqidah hakiki Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang bersendikan mazhab tauhid Imam Abu Hasan Ali bin Ismail al-Asy'ari ra dan Imam Abu Mansur al-Maturidi ra; mazhab feqah Imam Abu Hanifah ra, Imam Malik bin Anas ra, Imam Muhammad as-Syafie ra atau Imam Ahmad bin Hanbal ra; mazhab tasauf Imam Ghazali qsa dan Imam Junaid al-Baghdadi qsa.
FAKEH KHALIFAH SAKA
fakeh@hush.com
Catat Ulasan