Membina kesatuan dan kesefahaman memerlukan perjuangan serat pengorbanan yang tinggi. Kesatuan ini memerlukan partisipasi ramai pihak terutama mereka yang bersangkutan Tema 1 Malaysia 1 Ummah pada Maal Hijrah 1432 H kali ini sebenarnya menggambarkan perpaduan sesame ummah sangat diperlukan pada saat zaman fitnah yang berlaku sekarang. Kesatuan akan menghasilkan dampak yang amat dasyat sekiranya dapat dilakukan.
Namun sekiranya diperhatikan, ummah sekarang memilih jalan yang sebaliknya, iaitu menyuburkan bibit perpecahan. Konsep memahami, empathy, saling membahu serta berada dalam satu barisan saling tidak diendahkan. Allah swt menyebut:
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh. (Soff: 4)
Menyedari hakikat ini, sesuatu organisasi sepatutnya melihat kekuatan sesuatu badan itu bergantung kepada elemen:
1. Kepercayaan
2. Persefahaman
3. Saling Takaful (ambil berat)
4. Usrah (keluarga)
Ini merupakan unsur utama dapam membina suatu pasukan yang akan menghasilkan ketaatan kepada pemimpinnya di samping pemimpin haruslah mempunyai daya kepimpinan yang mantap.
“See both side and you will have a tremendous result of leadership”.
Tun Dr. Mahathir menggariskan tujuh kualiti untuk menjadi pemimpin yang baik, iaitu;
- Seorang pemimpin yang baik tidak semesrinya merendah diri tapi sekurang2nya tidak bercakap besar.
- Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
- Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
- Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
- Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
- Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan.
- Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang2nya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya.
Fikir-fikirkanlah bersama::
Al_faqir Kusinjiy
Menghitung detik di Pusat latihan Sarawak / 14.12.2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan