Isnin, 23 Mac 2009

USTAZ AWANG PON: Ulama' Sarawak Yang Dipinggirkan Pemerintah, Dijulang Oleh masyarakat.


Prof Dr As Sayyid Muhammad AlMalikky Al Maky Al Hasany sedang menandatangani buku lawatan ketika beliau menziarahi saya dalam tahun 80an. Allahumma Fighlahu warhamhu...

Aku sangat musykil, sehingga sekarang tiada pengiktirafan diberikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak kepada al-Fadhil almukkaram ustaz Awang Pon Bin Awang Sebon. walaupun aku tahu, bukan itu yang menjadi kejaran orang seperti Ulama' kita ini, tetapi ketokohan beliau sepatutnya tidak dipandang dengan sebelah mata oleh pihak-pihak berwajib atas sumbangannya kepada dakwah di Negeri Sarawak.

Oarang-orang sepertixxxxxx, mendapat macam-macam anugerah, walaupun kadang-kadang aku menelusuri sejarah mereka, tidak ada sesuatu pun yang menarik. bahkan di antara mereka ada yang membentang kertas kerja, tetapi entah apa2 yang disampaikan. maksud saya, ketokohan yang diberikan tidak setaraf dengan presantation yang disampaikan, bahkan bila sampai kepada Q & A, beliau tidak menjawab persoalan.

Ustaz Awang Pon masih aktif dalam dakwah. pENASIHAT kepada Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Sarawak. pengalaman saya sendiri dengan Us. Awang Pon, setiap kali usrah dengan beliau, pasti, tidak pernah sekalipun aku mendahului beliau sampai ke tempat usrah, walaupun aku merupakan TYDP ABIM Sarawak... sering kali beliau mengungkapkan, "Kalaulah kita dalam situasi perang, nescaya lama dah kita syahid". katanya menyindir..


Menziarahi ustaz Awang Pon bersama Presiden PKPIM dan Timbalan Presiden, Saudara Hilmi dan Saudara Abdul Muntaqim


Itulah Ustaz Awang Pon. semangat dakwahnya tidak pernah luntur, mutiara nasihatnya tidak pernah lapuk dek hujan, lekang dek panas, sentiasa segar dalam minda kami sebagi jundy mukminin.

Beliau pernah ditawarkan beberapa jawatan, tetapi beliau menolaknya atas sebab yang amak munasabah, bagi tidak mengengkang semangat dan tujuan dakwah beliau. Itulah Tok Guruku yang amat-amat ku kagumi. sebgitu juga masyarakat yang amat-amat menyayangi beliau. sentiasa Tokoh-tokoh Ilmuan semenanjung Malaysia bertanyakan khabar Usytaz Awang Pon dan sentiasa ramai yang menziarahi beliau dirumahnya.

Sekarang Ustaz Awang Pon tidak berapa sihat, kita doakan mudahan beliau akan cepat sembuh dan terus menyumbangkan ilmunya kepada Masyarakat sarawak.. amien.

2 ulasan:

almukminun berkata...

Al-Fadhil Ustaz Hj. Awang Pon Sebon..SUBHANALLAH,jiwanya kental tak termakan usia.Begitulh yg ku kenal leluhurnya. Ilmu tinggi melangit,namun tidak bongkak. Bahkan,kpd pemuda-pemudi yg mengenali nya, pasti terpesona dgn kemesraan beliau dan isteri..ALLAHU ALLAH..rindu menerjah,mengingat sentuhan isi usrah beliau. Sangka baik beliau kpd kenalan membuatkn kami malu. Muga ALLAH SWT memuliakan beliau dan seluruh ahli keluarganya..

Tahniah kpd Sahabat Hasfa atas hasil usaha mengetengah Al-Fadhil UStaz Awang Pon.

Suluh Hati berkata...

Jazakallah Ustaz Hasfa krn menulis entri berkenaan Ustaz Awg Pon. Beliau begitu sederhana namun begitu dekat di hati semua yg mengenalinya, pancaran dari jiwa nya yang bersih dan ilmunya yang tinggi...dalam kurang sihatnya, masih mampu aktif berkongsi ilmu dalam blognya...semoga Allah merahmati nya...amin...