Sabtu, 15 Mei 2010

MEI 2010.. Catatan::

Besok aku akan berangkat ke Kuala Lumpur untuk menghadiri kursus pembangunan Modul latiahn selama 2 hari, Jadi ebelum tidur aku terpikir sendirian, agak lama juga tidak menulis dalam entri blog ini. Walaupun blog ini dihiasi dengan cb yang selalu menguJI ketabahan dan kesabaran, namun adalah seorang pencundang sekiranya melayan panglima-panglima yang hanya tahu baling batu sembunyi tangan. Ala kulli hal, itulah resam dunia yang mempunyai pelbagai warna dan corak kehidupan.

PERGINYA KEKASIH-KEKASIH ALLAH

Sebelum itu al-fatihah kita sedekahkan kepada al-'Arifbillah al-Habib Ali bin Ja'far bin Ahmad bin 'Abdul Qadir al-Aydrus Batu Pahat telah kembali kerahmatuLlah pada jam lebih kurang 5.10 petang, 28 JumadilUla 1431H/ 13 Mei 2010, dan juga kepada al-Habib Hussin bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim, di Jeddah, Arab Saudi, waktu 'ashar, hari Jum'at, 29 JumadilUla 1431H/14 Mei 2010M.

SIKAP SOMBONG DAN TAKABBUR

Sebelun tidur biasanya aku akan membaca kitab bagi mengisi kekosongan diri dari metalaah ilmu-ilmu para Ulama kerana kesibukan duniawi dan terdetik untuk menulis kali ini adalah disebabkan pembacaan serta peristiwa-peristiwa yang berlaku disekeliling. Al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani dalam kitabnya Nashailul Ibad dalam muqaddimahnya menerangkan;

“Hendaklah kamu bergaul dengan para Ulama’ dan mendengarkan nasihat para Ulama’”.

Pesanan ini bukanlah asing bagi penuntut Ilmu Allah swt, namun agak biasa bagi pendakwah yang merasakan diri mereka sempurna dan agak sinis kepada para alim supaya mereka menundukkan diri mereka agar tidak terlalu mendongak ke langit kerana kesombongan atas posisi yang diberikan oleh makhluk kepada mereka.

Sifat sombong dan takabbur ini boleh menghancurkan manusia, jemaah dan dasyatnya adalah boleh menghancurkan umat. Didalam kepimpinan, sikap takabbur dan sombong ini hanya akan membinasakan serta jauh sekali membina keperibadian. Contoh sikap takabur.

1. Merasa diri lebih baik daripada orang lain.

2. Tidak merasa melakukan kesalahan walaupun ditgur oleh rakan-rakan sekeliling.

3. Mengiktiraf diri sendiri lebih berkelayakan untuk memimpin, menjaga .

4. Bersikap ego dan sentiasa bersangka dirinya yang terbaik

5. Susah memuhasabah diri

6. Tidak menjaga hubungannya dengan orang-orang sekelilingnya.

TAHAP PERTAMA: Tahapan ini ialah bila dia merasakan dirinya yang sempurna, namun hanya dilafazkan di dalam hati. Sentiasa didalah hatinya menafikan orang lain lebih baik daripada dirinya.

TAHAPAN KEDUA: Apabila seseorang itu sanggup mengeluarkan puji-pujian terhadap dirinya sendiri melalui perkataan dan perbuatan serta mula melakukan sidiran terhadap orang-orang yang berada disekelilingnya.

TAHAPAN KETIGA: Apabila sudah tidak mendengar nasihat serta menafikan kebaikan serta jasa orang lain dengan terang-terangan serta merasakan dengan dirinya sudah cukup melaksanakan segalanya.

SOLUSI

Ibnu Hajar Asqalani menerangkan bahawa, Muhammad Ibnu Dauri mengatakan bahawa Iblis itu celaka KERANA 5 perkara;

1. Tidak suka mengakui dosa

2. Tidak pernah menyesal

3. Tidak suka mencela diri

4. Tidak unya niat bertaubat

5. Putus asa daripada rahmat Tuhan.

Manakala Nabi Adam as bahagia kerana 5 hal:

1. Suka mengakui dosanya.

2. Menyesali dosanya

3. Mencela dirinya

4. Segera bertaubat

5. Tidak pernah putus harapan dari rahmat Allah


Wallahu'alam.. mataku semakin ngantuk... 15 Mei 2010 (Semariang Aman)

Tiada ulasan: