Rabu, 2 Disember 2009

MENGHARGAI RAHMAT KURNIAAN ALLAH SWT

Keluarga merupakan salah satu nikmat yang sewajarnya disyukuri


Yang Maha pencipta telah mengurniakan seribu satu macam anugerahnya setiap hari kepada kita. Maka sewajarnya kita mensyukuri nikmat tersebut. Namun kebanyakan manusia itu sangat sedikit syukurnya kepada Sang maha pencipta akibat daripada kesombongannya dengan Pangkat dan Darjatnya disisi manusia. Atas hal yang demikian, manusia itu dibezakan dengan tahap dan kasta-kastanya. Kasta Al-Ariffbillah, Awwam dan kasta jahil.


Para Salikin yang mencari redha Allah swt sentiasa mensyukuri nikamat Allah swt setiap hari tanpa gagal. Ini kerana hubungannya dengan Allah swt bukanlah sekadar hubungan solat dan doa sahaja, tetapi seluruh nafas dan kerangka hidupnya dihubungkan dengan Allah swt. Sudah pati hubungan ini akan melalui jalur Sayyidina Muhammad saw. Baginda Nabi saw memerintahkan supaya manusia itu mendapat keredhaan serta cinta daripada manusia dan juga Allah swt. Manusia seringkali dan acapkali melupai nikmat mensyukuri nikmat Allah swt kerana mereka tenggelam dengan kesibukan dunia semata serta gelap mata dengan anugerah pangkat dan kedudukan yang sifatnya hanyalah sementara sahaja.


Hal-hal seperti inilah yang diperjuangakan oleh Imam-Imam besar kita seperti Imam al-Ghazali, Imam Asad al-Muhasibi, Imam Qusyairi dan juga Imam-Imam Tasawuf yang lain. Menekankan proses penyucian hati untuk mengelakkan Mazmumah ada dalam diri kita.


Pepatah yang menerangkan berkenaan, Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan Nama. Nah, Nama inilah yang akan jadi sebutan, namun dalam konteks yang bagimana? Adakah nama tadi harum semerbak harumnya peribadi seseorang tersebut, atau nama yang ditinggalkan hanylah menjadi sumpah seranah masyarakat serta orang-orang yang hidup disekelilingnya.


Guruku seorang syeikh, pembimbing, ulama’, seorang ayah dan juga seorang pejuang iaitu al-Fadhil Ustaz Awang Pon Bin Awang Sebon, suatu nama yang harum semerbak sepertimana individu itu sendiri semasa kehidupannya (al-Fatihah). Seorang tokoh yang disegani kawan dan lawan merupakan contoh keperibadian yang terpuji. Dirinya sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt semasa kehidupannya. Walaupun suatu ketika memiliki pangkat dan kedudukan, maka pangkat dan kedudukan itulah yang digunakan untuk kepentingan masyarakat disekelilingnya. Bukannya untuk membesarkan kantong sendiri, sebaliknya beliau memikirkan kepentingan rakyat.


Sangatlah berbeza dengan mereka yang memiliki pangkat dan kedudukan sekarang. Jawatan-jawatan tersebut digunakan unuk menjatuhkan sesama sendiri. Menggunakan untuk kepentingan peribadi. Bukan suatu yang aneh sekiranya ianya berlaku kepada penjawat awam biasa ataupun kakitangan swasta yang terlibat dalam bidang koporat. Ini kerana mereka memiliki kapasiti ilmu agama yang kurang, tetapi hal seperti ini snagat dasyat berlaku dalam institusi agama itu sendiri.


Ini hanyalah peringatan kepada kita semua sebagai suatu muhasabah kepada kita kerana tidaklah selamanya kita akan berada di atas kedudukan pangkat dan berjawatan dalam kasta masyarakat. Setinggi-tinggi kapal terbang itu terbang sekiranya tidak melihat kepada isikandungan minyaknya (ego) maka akhirnya akan terhempas dibumi juga. Berbeza dengan pesawat yang sentiasa berhati-hati. Mereka akhirnya akan mendarat dengan selamat dan penumpang yang terbang berma pesawat itu akan mengigati kenangan indah terbang dengan pesawat tersebut hingga mereka dapat mendarat dengan selamat.


DIHARGAI ATAU DILUPAI, DISAYANGI ATAU DIKHIANATI, TERSERAH KITALAH UNTUK MEMILIHNYA...

Tiada ulasan: