Isnin, 30 November 2009

RESPON: Dunia kutuk keputusan Switzerland

GENEVA: Negara Islam, badan bukan kerajaan (NGO) termasuk pemimpin Barat di seluruh dunia mengutuk tindakan Switzerland mengeluarkan larangan pembinaan menara masjid dalam satu undian yang diadakan di sini kelmarin.

Sebanyak 57.5 peratus pengundi membabitkan 22 daripada 26 bahagian di Switzerland menyokong larangan pembinaan menara masjid bagi melaungkan azan.

Menteri Luar Perancis, Bernard Kouchner menganggap warga Switzerland tidak bersikap toleransi selepas keputusan itu didedahkan.

Menyifatkannya sebagai skandal, Kouchner melabel keputusan undi itu sebagai negatif kerana ia seolah-olah perbuatan menindas agama.

Amnesty International menyifatkan larangan itu ‘mencabul kebebasan beragama dan tidak sesuai dengan perjanjian yang ditandatangani Switzerland.’ Switzerland hanya mempunyai empat masjid dan menaranya tidak dibenarkan menyampaikan azan.

Parti Green bercadang membuat aduan kepada Mahkamah Hak Asasi Kesatuan Eropah di Strasbourg kerana tindakan itu mencabul kebebasan beragama seperti yang dijamin oleh Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia.

Di Maghribi, seorang Ahli Parlimen Parti Islam Keadilan dan Pembangunan terkejut dengan keputusan Switzerland itu.

“Saya berpendapat Muslim Switzerland dan mereka yang tinggal di negara Eropah, perlu berusaha lebih keras bagi menunjukkan lebih banyak toleransi,” kata Saad Eddine Othmani.

“Keputusan itu petanda rakyat Switzerland membenci Muslim. Mereka tidak mahu lihat orang Muslim ada di negara mereka dan kebencian amat sangat ini punca mereka tidak boleh bertolak ansur,” kata Maskuri Abdillah, ketua kumpulan terbesar Muslim di Indonesia, Nahdlatul Ulama.

Beliau menggesa orang Islam membalas dendam terhadap keputusan itu dengan apa cara sekali pun. Mufti Mesir, Ali Gomaa turut mengutuk larangan itu dan menyifatkannya menghina Muslim di seluruh dunia.

“Cadangan ini saja bukan saja mencabul kebebasan beragama, tapi juga cubaan untuk menimbulkan kemarahan masyarakat Muslim di dalam dan luar Switzerland,” katanya yang dipetik agensi berita rasmi Mesir.

Switzerland mempunyai hubungan tidak selesa dengan penduduk Muslim, yang mewakili lima peratus daripada 7.5 juta penduduknya. Islam adalah agama kedua terbesar di sini selepas Kristian.

Sebuah masjid di Geneva diganggu tiga kali ketika kempen antimenara itu, lapor media tempatan.

Bagi kira-kira 400,000 masyarakat Muslim di sini, ‘apa yang paling menyakitkan bukan sekadar larangan bagi pembinaan menara itu, tetapi mesej simbolik yang dihantar dalam bentuk undi.’

“Masyarakat Muslim terasa mereka tidak diterima di sini,” kata Farhad Afshar, yang mengetuai penyelaras pertubuhan Islam di Switzerland.

Parti berhaluan kanan, Parti Rakyat Swiss (SVP), parti terbesar Switzerland mendesak undian itu diadakan selepas mengumpulkan 100,000 tanda tangan daripada pengundi layak dalam tempoh 18 bulan.

Mereka menuduh menara masjid itu tidak mempunyai ciri-ciri seni bina yang ada kaitan dengan agama, tetapi sebaliknya melambangkan ‘tuntutan keagamaan-politik terhadap kuasa, yang mencabar hak asasi asas.’

Dengan majoriti pengundi 53 peratus yang keluar mengundi, inisiatif itu kini akan dimasukkan dalam Perlembagaan negara berkenaan.

“Majlis Persekutuan (kerajaan) menghormati keputusan itu. Justeru selepas ini menara masjid tidak dibenarkan dibina lagi di Switzerland,” kata kerajaan, yang dengan secara tegas menolak larangan itu, dalam satu kenyataan.

Menteri Kehakiman, Eveline Widmer-Schlumpf berkata keputusan itu ‘mencerminkan kebimbangan di kalangan penduduk mengenai kecenderungan fundamentalis Islam.’ - AFP


KOMENTAR

  1. kezaliman serta sikapprejudis terhadap Umat islam di Switzerland juga menunjukkan sikap tertutup dunia barat terhadap Islam.
  2. sekali Lagi, Islamiphobia (ketakutan terhadap islam)telah diterjemahkan dalam tindakan umat di barat. Ini kerana, mereka binmbang akan perkembangan islam sebagaimana tindakan yang dilakukan oleh belanda terhadap peningkatan masyarakat belanda memeluk islam sangatlah tinggi.

'MOHAMMED' atau variasi dari nama Nabi Muhammad SAW telah menjadi pilihan yang paling populer untuk nama bayi lelaki di empat kota besar Belanda. Pertubuhan keamanan sosial negeri tersebut menemukan nama-nama tradisional Belanda telah ditukar. Hal ini dilaporkan berlaku di Amsterdam, Rotterdam, Den Hag dan Utrech sebagai wilayah tempat tumbuh dan berkembangnya umat Islam. Di Den Hag, variasi dari nama nabi Muhammad SAW telah naik ke tempat pertama, kedua dan kelima menjadi nama paling populer pada anak lelaki, menggantikan nama-nama tradisional favorit seperti Jan, Luuk, Gijs atau Daan. Di peringkat nasional, nama Muhammad kini menduduki tempat ke 16 untuk nama anak lelaki paling populer.Angka-angka yang diperolehi oleh Bank Asuransi Sosial Belanda, berbeda dari statistik rasmi masa lalu dilihat dari berbagai ejaan seperti Mohammed, Muhamed atau Muhammad, sebagai nama-nama yang berbeda. Statistik kerjaan sebelumnya, memisahkan perbedaan variasi nama, bagi menghindari kontroversi nama Nabi Muhammad yang masuk dalam 20 nama paling ramai nama digunakan.

Sementara itu di London beberapa tahun lalu, nama Muhammad pernah disebut-sebut bakal mengambil alih nama Jack sebagai nama anak lelaki paling popular di Britain berikutan kadar kelahiran tinggi di kalangan keluarga Islam. Laporan daripada Pejabat Statistik Kebangsaan berkata kadar kelahiran tertinggi ialah di kalangan pendatang berketurunan Pakistan dan Bangladesh. Sehingga akhbar The Telegraph melaporkan, Jack adalah nama kanak-kanak lelaki paling popular masa itu, dipilih pada seramai 6,928 bayi. Muhammad mengambil alih kedudukan Thomas di tempat kedua dengan 5,991 bayi. Pada masa itu profesor hubungan etnik di Universiti Warwick, Muhammad Anwar, berkata:

"Ibu bapa Muslim mahu mempunyai sesuatu yang menunjukkan kaitan dengan agama. Penduduk Islam pada umumnya masih muda dan anda dapat menjangkakan kadar kelahiran tinggi."

Pendatang dari timur Eropah dikatakan turut membantu menambah bilangan penduduk, yang dijangka mencecah sehingga 65 juta menjelang 2017 , iaitu berlaku pertambahan sebanyak lima juta. Menurutb berita Agensi, 'menjelang 2031, penduduk Britain dijangka melebihi 70 juta.'

Minggu lalu Geert Wilders pimpinan sayap kanan partai kebebasan anti Islam, meminta kerajaan Belanda menangani masalah apa yang disebut' seperlima dari Negara Kesatuan Eropah diramalkan umat Islam akan menjadi majoriti pada tahun 2050. Statistik resmi kini menunjukkan masyarakat Eropha sedang mengalami peningkatan imigran dan tren pertumbuhan yang tinggi dari umat Islam.

Pada tahun 2008 hanya 5% dari jumlah penduduk Kesatuan Eropah adalah Muslim. Namun rendahnya tingkat kelahiran penduduk Eropah telah mengakibatkan meningkatnya pertumbuhan umat Islam yang merupakan penduduk imigran dari negara-negara Muslim. Kajian terbaru ini telah menunjukkan ketakutan dan kebimbangan atas radikalisasi anak muda Islam semakin besar. Jadi nama Muhammad juga merupakan nama paling populer di dunia. Hal ini dengan cepat menjadikan nama itu populer di AS dan Eropah. Dilaporkan nama Muhammad menjadi nama bayi lelaki kedua populer di Eropah. Secara keseluruhan nama Muhammad adalah nama keluarga yang paling umum di antara nama yang sering dipakai pada keluarga Muslim di seluruh dunia
.

Sumber: http://www.ehoza.com/v4/forum/isu-semasa/74440-nama-muhammad-papular-di-belanda-2050-islam-majoriti.html

  1. Pihak Barat yang mengamalkan dasar terbuka (menurut mereka) serta menjunjung tinggi Rukun HAk Asasi manusia terpaksa membuka sikap kemunafikan mereka yakni dasar-dasar seperti ini hanya digunakan sekiranya situasi dan keadaan yang meyebalahi mereka.
  2. Dalam beberapa isu, kaedah hak asasi manusia serta pemikiran mengamalkan sikap terbuka hanya digunakan untuk menerobos masuk ke negara-negara Islam bagi memudahkan mereka menyebarkan doktorin barat serta agenda 3G. Negara-negara Islam merupakan negara yang sangat sukar untuk ditembusi melainkan dengan cara-cara halus yang sering diamabikan oleh umat islam seperti 4F iaitu Food, Fun, Female and Fashion dan satu lagi 4S iaitu Song, Sex, Sport and Social.
  3. Bukti lain ketakutan dunia barat dengan islam adalah pada tayangan Filem 2012 di mana pada saat kehancuran dunia, klim yang memuatkan Umat Islam hanyalah sedikit manakala penghinaan yang dilakukan terhadap agama lain sangatlah banyak. Ini membuktikan, Umat Islam ini tidak berani ditentang secara terang-terangan sebaliknya menentang Umat Islam memerlukan strategi menarik rambut dari dalam tepung. barat mengetahui kekuatan islam, tapi malangnya, umat islam tidak sedar akan kekuatan yang dimilikinya.

Umat Islam sewajarnya bertindak merespon tindakan ini dengan menyatakan kekesalan kita terhadap sikap yang dilakukan negara yang kononnya bertamadun ini. Sebaliknya sikap seperti ini tidak ubah seperti undang-undang rimba yang hanya mementingkan diri mereka sendiri tanpa memperdulikan hak serta kebebasan dalam melaksanakan Ibadah beragama. sekiranya berlaku hal yang demikian, maka menjadi kewajipan umat Islam membantu saudaranya yang tertindas, dan sekiranya tekanan yang diberikan semakim teruk dan muja rundingan telah ditutup, maka penghijrahan sewajarnya dilakukan oleh Umat islam di Switzerland. manakala Umat Islam diseluruh dunia hari ikut pertisipasi dalm membatu saudaranya yang ditindas.

PERSOALANNYA: ADAKAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA BERSEDIA??? MUDAH-MUDAHAN JIWA KITA SEKENTAL JIWA PEJUANG-PEJUANG DIJALAN ALLAH..amiennn..

Tiada ulasan: