“Pergi tak kembali”, begitulah ingatan akan terus dibawa oleh masyarakat terhadap al-Fadhil Ustaz Asri Ibrahim. Alamat kematian yang sa’adah (tenang), adalah kematian yang cepat, tanpa mengharungi kesakitan yang lama.
Pagi tadi, apabila melihat video klip Rabbani dalam TV3, lagu yang didendangkan oleh allahyarham, setiap kalam menusuk hati saya. Saya melihat kepda kedua anak saya yang masih tidur, dan isteri masih sibuk menyiapkan sarapan. Bagaimana sekiranya saya meninggalkan mereka sebagaimana Ustaz Asri meninggalkan Isterinya yang baru 28 tahun dengan 6 orang anaknya. Allah, sangatlah sedih melihat mereka meneruskan perjuangan di dunia yang fana ini, dan manakala saya pula.... Apakah bekalan untuk di bawa bertemu Allah swt??
Berbuatlah amal sebelum di tiba masanya. Inilah Pasan Baginda sayyidina Muhammad saw;
Rebutlah 5 perkara, sebelum datang 5 perkara;
Masa lapang sebelum sibuk,
Masa Kaya sebelum Miskin,
Masa muda sebelum tua,
Masa sihat sebelum sakit,
Masa hidup sebelum mati....
Kita doakan, pemergian Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani), akan mendapat keredhaan Allah swt. Dan semoga Ruhnya ditempatkan bersama dengan orang-orang yang soleh. Jadikan ianya Ibroh (Pengajaran) bagi yang hidup. Sabagaimana Pemergian Ustaz Asri di kenang masyarakat sebagai pemergian seorang pejuang Dakwah, Bagaimana pula pemergian kita?????
FIKIRKANLAH.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan