Minda Yang Di-Pertua ABIM Sarawak
Menurut Ilmu teknologi maklumat, Sebuah program komputer hendaklah sentiasa selalu di up-grade bagi mengekalkannya supaya ianya tidak ketinggalan dari sudut teknologi. Maka sebuah komputer yang tidak dapat menampung aplikasi terkini akan memerlukan penaik tarafan atau up-grade. Tujuannya adalah supaya komputer tersebut akan berfungsi sesuai dengan kehendak system yang terkini.
Apa akan berlaku sekiranya komputer tersebut tidak melakukan peng up-gredan, sudah pasti komputer tersebut akan tersekat operasinya akibat daripada tidak mampu untuk menanggung sistem yang memerlukan software yang canggih.
Sahabat sekalian, begitulah analogi yang diberikan oleh mantan Presiden ABIM, saudara Yusri Bin Mohamad dalam ucapan penggulungannya Muktamar ABIM di SMTAJ, Shah Alam. Analogi tersebut ingin saya kaitkan dengan Dakwah dan Tarbiyyah .
Kata-kata beliau, sesuai dengan reputasinya sebagai seorang anak Bekas Mufti Kelantan dan anak murid kepada Tuan Syeikh Muhammad Fuad kamaluddin al-Maliki. Saya membayangkan, software Dakwah dan tarbiyyah merupakan suatu software yang sangat berkuasa sehinggakan ianya memerlukan aplikasi yang juga berkuasa. Sabagaimana yang telah disebutkan di atas, sekiranya aplikasi tersebut tidak mampu mengimbangi sistem tersebut, pasti natijahkan akan memberi kesan buruk kepada kesudahannya.
Analogi ini memberi kesan yang mendalam serta membawa saya kepada jawapan dalam banyak perkara. Kenapa wujudnya pendakwah dunia, ustaz dunia, ustaz sesat, (tulisan ini hanya merujuk kepada kenapa lemahnya tenaga Dakwah) dan sebagainya. Rupanya, aplikasi dalam diri mereka yang hendak melakukan dakwah tidak ter up-date. Mereka tidak memasukkan unsur –unsur program yang sepatutnya dalam diri supaya ianya tidak tersekat dalam proses pelaksanaanya.
Tidak adanyan unsur Syariat, Akidah dan tasawwuf dalam diri pendakwah ataupun ustaz akan memberikan dampak yang berbeza dan kadang-kadang akan memberi kesan yang tidak baik sama ada untuk suatu jangka masa dekat ataupun lama. Adapun mereka mempunyai sijil atau diploma, atau ijazah, saya boleh andaikan semacam CD Pirate atau aplikasinya kuno. Walaupun demikian, ianya tetap laku dipasaran. Ini kerana, mereka sendiri tidak mahu menggunakan aplikasi yang baik serta mempunyai kualiti yang tinggi, maka jangan salahkan sesiapa, sebaliknya salahkan diri sendiri sekiranya program kita gagal berfungsi dengan baik, atau para sarjana yang dikeluarkan kurang berkualiti.
Maka nasihat saya untuk kita bersama, sama-sama lah kita sentiasa memuhabsabahkan diri kita serta sentiasa meningkatkan diri kita untuk menjadi insane yang menguasai ilmu dakwah sebenarnya. Kita mengajak manusia kepada Islam, maka kita haruslah mengetahui Islam sebenarnya. Mana mungkin orang yang sesat, keliru boleh memberikan petunjuk yang tepat ke mana arah yang hendak kita pergi, sedangkan kita sendiri masih kurang pasti ke mana arah sebenrnya hendak dituju.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan