Semasa menjalankan tugas dipejabat, aku termenung sendirian... aku bertanya kepada diriku, Kenapa aku merasakan kekosongan dalam hati ini???? Kehilangan Ayahanda Tuan Guru Awang Pon masih lagi membuat hatiku merasa hiba. namun Allah lebih mengetahui apakah rahsia disebalik segalanya.. Jauh daripada guru-guruku di Indionesia, mesir, yaman, Jordan, Madinah, Mekkah, Syiria memungkinkan tiba-tiba perasaan sedih dalam diriku bertambah.
Teringat semasa dalam penerbangan dari Lawas ke Kuching, aku membuka Kitab Manaqib As-Syeikh sayyid Muhammad Alwi al-Maliki al-hasani, hadiah saudara Yusri, Presiden ABIM ketika menemui beliau. Jazakallah khair, Manaqib ini sangat bermanfaat. Kitab ini adalah hasil karangan Ulama Melayu, As-Syeikh Fuad Kamaluddin al-Maliki.
ketika membaca manaqib tersebut, aku merasakan betapa jauhnya perbezaan antara keimanan para Ulama dengan para muridnya. para-para ustaz... entahlah. Sekian ramai yang ku temui, aku berjumpa dengan berbagai situasi dan kondisi. Mungkin kerana kurang cermat memerhati, maka jesteru itu adalah kelemahanku sebagai hamba yang lemah. Sekian ramai, akulah yang paling lemah imannya. Maka pada itu, aku teringat pesan guruku, as-Syeikh Sayyid Muhammad Nazim membicarakan tentang persoalan Iman.
Aku cermati dalam pengajian Tasaufku,dan menjadidaknnya sebagai sebahagian kehidupan untuk menjadi orang yang baik dalam kehidupannya.
Allah swt berfirman;
"Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa; sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),Dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).(as-Syam:8-10)
Keimanan Kepada ALLah
keimanan itu terdiri kepada 4 tingkatan.
Tahap 1: Keimanan Kaum munafik.
Cirinya hanya melafazkan keimanan di bibir sahaja namun tidak dihati. sangat kasihan sekali kerana iman seperti ini hanya bermanfaat di dunia sahaja. Sekadar menjaga nyawa, harta, pangkat sahaja. hal ini banyak berlaku tidak kira siapa pun terutama orang-orang agama. Namun orang seperti ini, Allah swt berfirman;
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan Yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. dan Engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun Yang boleh menolong mereka". (An-Nisa:145)
Tahap 2: Keimanan biasa Kaum Muslimin (Awam)
mereka beriman dengan lisan dan hati mereka, namun kelemahan mereka adalah tidak berakhlak sesuai dengan keimanan mereka. Mereka beramal sebagaimana istilah Indonesia, asal-asalan aja.. Mereka takutkan Allah swt, namun masih juga mengharap selain daripada-Nya, berani juga melanggar perintahnya dan melakukan larangannya.
Tahap 3: Keimanan hakikat
mereka ini telah mencapai kedekatan dengan Allah swt. Hati mereka telah disinari cahaya keimanan, hasil riadah jutaan zikir yang membasahi lidah dan hati mereka. Tautan rantaian zikir mereka terpaut dengan rantaian zikir guru-guru mereka. mereka yang berada ditingkat ini tidak mempertanyakan sebab dan akibat daripada ALlah, kerana HAKIKAT BIJAKSANA ALLAH SWT telah mereka fahami. mereka hanya melihat Syurga sebagai tempat berehat di akhirat kelak.
As-Syeikh Abu Hassan al-Syazili berkata;
"Berikanlah kami hakikat keimanan kepada-MU, sehingga kami tidak takut lagi pada selain-Mu, tidak mengharap selain-Mu, tidak menyukai selain-Mu dan tidak menyembah selain-Mu".
Tahap 4: Keimanan Makrifat
Mereka mencapai tahap fana. Mendapat kewalian Qutub az-Zaman, malah boleh menembusi maqam Sultan auliya. Tenggelam dalam penyaksian, kecintaan kepada penciptanya. Telah melalui rantaian zikir Ulama, Salafus-Soleh, Para Salaf, Sahabat, para-para Nabi Allah.
Berkala lagi Syeikh Abu Hassan al-Syazili
"Kami telah melihat Allah dengan mata keyakinan dan keimanan".
Abi Jibril berkata:
"Barang siapa mengatakan sesat pada kaum sufi, maka merekalah golongan sesat lagi menyesatkan"
1 ulasan:
hebatnya amalan para sufi sehinggakan iman mereka mampu tidak tergugat...tapi amalan saya sebagai insan yang lemah ini...pada tahap yang amat memalukan..bagaiman untuk berhadapan dengan mahkamah Allah...persoalannya,semangat perjuangan untuk tegakkan syiar Allah itu berkobar2,itupun waktu diketuk dengan ceramah,motivasi,nasihat,dan sebagainya..namun setelah tukul berhenti mengetuk semangat kembali luntur....persoalnnya bagaiman untuk saya ini terus bersemangat bersama sama untuk tegakkan syiar islam bersama para pendakwah sekalian....
Catat Ulasan