Khamis, 2 Julai 2009

ABDULLAH FAQIH BIN HASFA BAKHRY AL-KUSINJIY - Bakal Ulama Mutaakh'hirrin ... Amien

ANAK SAHAM AKHIRAT YANG MENGUNTUNGKAN

Alhamdulillah, puji syukur pada Allah swt kerana telah mengurniakan keselamatan kepada isteri saya semasa melahirkan anak saya yang kedua. Saya panjatkan jua kesyukuran, nikmat kurniaan kelahiran cahaya mata yang kedua. Sujud Syukur ku lakukan di Klinik Kesihatan telaga Air pada jam 2.05am pada 27 Jun 2009. Segala saat kritikal isteri tercinta mengharungi kepayahan dalam melahirkan dapat kusaksikan. Masya ALlah, suatu pengajaran bagiku, setiap suami seharusnya mengikuti bersama saaat genting isteri mereka melahirkan. Nescaya, akan timbul keinsafan serta bertambahnya kasih sayang suami kepada isteri. Mereka akan melihat betapa sukarnya seorang perempuan melahirkan anaknya setelah memikul beban selama sembilan bulan 10 hari.. Subhanallah, betapa gagahnya wanita, terlindung daripada pandangan zahir lelaki.

Saat isteriku melahirkan Abdullah Faqih, akan saya abadikan dalam memori / jurnal kehidupanku. Maka kenapa Allah swt memuliakan kedudukan wanita daripada saat penciptaan Hawa dahulu sehinggalah sekarang hanya dapat dilihat melalui kaca mata agama dan ketelusan keimanan dan ketakwaan. Selain daripada pandangan tersebut, maka akan terlindunglah kefahaman tersebut melalui akal manusia yang serba lemah.

Semoga Allah swt akan melindungi kami sekeluarga dan saya berdoa, SEMOGA kedua cahayamata kami ini akan menjadi pejuang dan pembela Agama ALlah. Dan Kami memohon, agar mereka akan diajuhi untuk mempunyai penyakit Wahn yang hanya akan menrosakkan mereka..

Cahaya Mata yang disayangi:



Muhammad Jibril hakim & Abdullah Faqih

4 ulasan:

Suluh Hati berkata...

comelnya...tahniah ustaz...semoga menjadi anak yang soleh, cahaya dunia akhirat...

Shamsiah Mahli berkata...

Indahnya jadi seorang wanita...:-) tahniah sheikh

Azrul bin Jaini berkata...

Alhamdulillah, Tahniah!

Amiin. Semoga terkabul doa bapanya agar nya njadi seorang ulamak kelak!

Ummu Fateh berkata...

tahniah ustaz hasfa...mudahan soleh2 belaka hendaknya...amiinnn