Banyak membantu menjayakan program dakwah kali ini adalah Imam Mukah, Ustaz Mohd. Fauzi Bin Hairani. Jazakallah diucapkan kepada beliau kerana banyak membantu menjayakan program tersebut.
Walaupun terpaksa melalui jalan yang tidak sempurna melalui Sibu ke Mukah, namun semangat untuk menyebarluaskan Dakwah diseluruh pelusuk negeri Sarawak ini menjadi kekuatan pegawai-pegawai agama JAKIM dan JAIS untuk meneruskan agenda dakwah. Mudahan dengan sedikit usaha ini, menjadi nilai tambah dalam perkembangan dakwah di Sarawak. amien..
urusetia berehat setelah bertungkus-lumus menberikan yang terbaik untuk program tersebut.
Tanda Terima Kasih pihak JAKIM kepada Walikota Daerah Dalat-Mukah, En. Ali Bin Suhaili sekaligus beliau mewakili JAIS atas kerjasama yang telah diberikan.
masa untuk kami beredar pulang ke kuching..
Program tersebut boleh dirujuk dalam akhbar utusan Borneo mukasurat 6.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan