Zionis bimbang sejak Obama jadi Presiden
RAMALLAH: Pegawai kanan Israel meluahkan kebimbangan retakan hubungan semakin ketara di antara rejim Zionis itu dan Amerika Syarikat membabitkan penyelarasan mengenai keselamatan dan hal-ehwal negara sejak Presiden Barack Obama memasuki Rumah Putih dan terutama sejak pembentukan kerajaan baru Israel.
Akhbar Haaretz memetik pegawai sebagai berkata pegawai kanan Rumah Putih memberitahu rakan sejawatan mereka di Israel bahawa Obama akan menuntut Perdana Menteri rejim Zionis itu, Benjamin Netanyahu menggantung sepenuhnya pembinaan penempatan untuk penduduk Yahudi.
"Pegawai Obama memberi taklimat kepada rakan sejawatan mereka di Israel lebih awal mengenai keselamatan dan aktiviti dasar Asia Barat berbanding apa yang dibuat oleh pentadbiran bekas Presiden George W Bush," kata pegawai.
Sebagai tambahan, apabila memberi taklimat kepada pegawai Israel, mereka tidak berunding dengan pegawai rejim atau menyelaraskan kenyataan lebih awal.
Menurut laporan, kejadian terakhir akan kenyataan Penolong Setiausaha Negara Amerika, Rose Gottemoeller, yang mendesak Israel menandatangani Perjanjian Perlucutan Senjata Nuklear (NPT). Kenyataan berkenaan tidak selaras dengan pegawai Israel yang bertanggungjawab di atas isu nuklear dan mereka mendengarnya buat kali pertama melalui media.
Ia disusuli dengan beberapa kejadian lain. Pertukaran dasar Amerika mengenai Syria dan pelancaran rundingan langsung dengan Damsyik dibuat dengan penyelarasan minimum dengan Israel. Sebagai contoh, Israel tidak diberi taklimat mengenai lawatan diplomat kanan Amerika ke Damsyik.
Kejadian lain membabitkan lawatan wakil Amerika bagi hal-ehwal Iran, Dennis Ross, ke beberapa negara Teluk beberapa hari lalu untuk berunding mengenai Teheran. Israel diberi taklimat mengenai lawatan itu secara umum, tetapi tiada rundingan atau penyelarasan mesej dibuat sebelum lawatan dilakukan.
Sebagai tambahan, Ross tidak melalui Israel dalam perjalanannya ke Teluk atau kembali untuk memberi taklimat mengenai hasil rundingan.
Ketika pemerintahan bekas Perdana Menteri Ehud Olmert, pegawai Israel berhubung rapat dengan rakan sejawatan mereka di Amerika. Ia termasuk taklimat lebih awal mengenai hampir setiap tindakan Washington malah diberitahu terlebih dulu isi kandungan ucapan Bush atau kenyataan dasar luar bekas Setiausaha Negara, Condoleezza Rice. �Agensi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan