Selasa, 16 Disember 2008

DAMPAK INSTITUSI AGANA DIPEGANG OLEH ORANG BUKAN AHLINYA: MASJID BAHAGIAN KUCHING; KE MANA HILANGNYA RUH MU....:


MASJID bAHAGIAN kUCHING, SEBELUM DI UP-GRADE PEJABATNYA. PENUH RUH ISLAMI.








Sekadar teguran, dan pandangan saya;

Semalam saya pergi ke pasar untuk membeli barangan keperluan suatu majlis. tiba-tiba azan berkumandang menandakan waktu zuhur. pada waktu itu, saya melintasi Masjid Bahagian kuching. namun untuk singgah sebentar untuk solat, hati saya amat berat sekali, padahal Masjid itu adalah tempat yang paling saya seronok untuk beriktikaf serta menunaikan solat. sewaktu saya bertugas di Penjara, saya akan keluar untuk menunaikan solat di Masjid tersebut kerana seronoknyaserta RUH islam yang ada disitu menjadi Magnet untuk saya menunaikan ibadah. Bukan kerana saya malas untuk sembahyang ke masjid tapi kerana perasaan tawar hati untuk singgah ke sana kerana Masjid itu baru sahaja dibuka setelah sekian lama ditutup(hanya digunakan untuk solat fardhu sahaja itupun sebahagaian kecil sahaja digunakan.

kos penyelengaraan mencecah nilai jutaan ringgit untuk HANYA MEMPERBAIKI PEJABAT MASJID SAHAJA. Sedangkan, pintu-pintu, tempat wudhu' dikekalkan dengan yang lama. padahal, hampir setahun masjid itu hilang fungsi sepenuhnya. sehingga hari ini, 17.12.2008, begitulah keadaan Masjid Bahagian Kuching. warnanya pun, merah hati (PINK, warna kegemaran Paris Hilton) atas inisiatif kerana ada dikalangan orang BESAR NEGERI suka warna tersebut.

Orang-orang agama terutama dikalangan para ustaz-ustazah banyak bercakap tentang hal tersebut, tetapi sekadar ucapan di mulut. Menegur itu adalah anjuran agama, Rasulullah saw menasihati kepada kita sepaya menegurlah atas nama agama kerana ianya akan banyak memberi manfaat. kita Ikuti sepintas kisah ini;

PENGAJARAN DARI KISAH MASJID DHIRAR
KISAH MASJID DHIRAR

Firman Allah;

والذين اتخذوا مسجدا ضرارا وكفرا وتفريقا بين المؤمنين وإرصادا لمن حارب الله ورسوله من قبل وليحلفن إن أردنا إلا الحسنى والله يشهد إنهم لكاذبون

Maksudnya;
“Dan (diantara orang munafiq itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: “kami tidak menghendaki selain kebaikan”. Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpah mereka)”. (surah at-taubah : 107)

Ayat ini mengisahkan tentang perancangan jahat yang telah di lakukan seorang Pendeta Nasrani yang bernama Abu ‘Amir Ar-Rahib.

Ketika Islam muncul di Madinah dan menarik banyak penganut ajaran Nasrani kepada Islam, maka Abu Amir Ar-Rahib telah menyusun strategi bagi mematahkan usaha Rasulullah s.a.w dan para Sahabat tersebut dengan mengadakan usaha kerjasama bersama kaum munafiq Madinah dari suku Aus dan Khazraj.

Baginda s.a.w menyedari akan perancangan Abu Amir Ar-Rahib dan orang-orang munafiq itu, lalu Rasulullah s.a.w hendak menjatuhkan hukuman terhadapnya, tetapi dia telah lari dari Madinah ke Mekkah dan kemudiannya ke Taif dan kemudiannya ke Syiria.

Dari Syiria, dia telah mengatur perancangan untuk membinasakan usaha dakwah Rasulullah itu dengan menulis surat kepada golongan munafiq di Madinah, yang menyuruh supaya orang Munafiq membina sebuah masjid berhampiran dengan Masjid Quba dengan tujuan untuk merosakan usaha dakwah Rasulullah s.a.w dan para Sahabat.

Mengikut satu riwayat, Abu Amir Ar-Rahib menyuruh golongan munafiq membina masjid sebelum dia keluar dari Madinah dengan katanya kepada mereka : “binalah masjid kamu dan bersedialah kamu dengan kemampuan kamu dari kekuatan dan senjata, maka sesungguhnya aku akan pergi berjumpa dengan Qaisar Raja Rom, dan aku akan membawa tentera dari Rom dan aku akan mengeluarkan (menghambat) Muhammad dan sahabat-sahabatnya dari Madinah”.

Seperti musuh-musuh islam yang lain, Abu Amir Ar-rahib menyedari bahawa untuk sesuatu Negara yang di dalamnya agama yang benar dan mantap, cara terbaik untuk menghancurkannya adalah dengan menggunakan agama itu sendiri. Dengan mempergunakan Islam, mereka dapat merasuk dan mempengaruhi umat Islam supaya terpedaya dengan tipu daya mereka.

Lalu golongan munafiq telah membina masjid tersebut disebelah rumah seorang munafiq yang bernama Khuzzam bin Khalid

Berkata Ibnu Ishaq : orang-orang munafiq yang membina masjid tersebut adalah dua belas orang, mereka adalah Khuzzam bin Khalid, Tha’labah bin Hatib, Mu’tab bin Qasyir, Abu Habibah bin Asaa’r, Ubbad bin Hanif, Akhu Sahl bin Hanif, Jariyah bin ‘Amir, dua anak Jariyah iaitu Majmak dan Zaid, Nabtal bin al-Harith, Bajad bin Othman (keturunan Bani Dhobi’ah) dan Wadi’ah bin Thabit.

Ketika Rasulullah s.a.w hendak ke Tabuk, beberapa orang munafiq telah datang berjumpa dengan Baginda s.a.w dan berkata:

“Wahai Rasulallah! Sesungguhnya kami telah membina sebuah masjid yang merupakan keperluan kepada kami. Demi Allah, tidaklah kami kehendak untuk membinanya melainkan kebajikan dan kebaikan, sesungguhnya kami suka, jika kamu datang dan menunaikan solat didalamnya dan berdoa keberkatan padanya”.

Tujuan mereka minta Rasulullah s.a.w menunaikan solat dan berdoa dalam masjid itu adalah untuk mereka boleh berhujjah mengatakan bahawa masjid itu telah di akui oleh Rasulullah s.a.w sendiri.

Lalu berkata Rasulullah s.a.w kepada mereka : “sesungguhnya aku hendak bermusafir. Sekiranya kami pulang nanti, Insya Allah, kami akan datangi kamu dan kami solat di dalamnya (masjid)”

Ketika Rasulullah s.a.w pulang dari Tabuk, turun ayat 107 surah at-taubah di suatu tempat yang bernama Zu Awan (sebuah tempat sejam dari Madinah). Lalu menyuruh Rasulullah s.a.w akan beberapa orang sahabat iaitu Malik bin Ad-Dakhsyim, Maan bin Adi atau saudaranya ‘Asim bin Adi dengan kata Baginda s.a.w;

انطلقوا الى هذا المسجد الظالم أهله فاهدمواه و أحرقواه

Maksudnya;
“Berangkatlah kamu kepada masjid ini yang zalim ahlinya dan hancurkannya dan bakar olehmu akannya”

Lalu mereka melakukan suruhan nabi tersebut sehinggakan masjid itu rata.


MORAL DARI KISAH MASJID DHIRAR

Muhammad Ali Bin Muhammad As-Syaukani berkata di dalam kitabnya “fathu al-qadir”;

Sesungguhnya Allah mengkhabarkan, golongan munafiq membina masjid dhirar dengan empat tujuan. Ianya adalah seperti berikut;

(a) Memberi Mudharat kepada orang lain.
(b) Menguatkan golongan munafiq.
(c) Memecah belahkan umat Islam.
(d) Menyediakan persiapan untuk melawan Allah dan Rasul-Nya.[5]

Melihat kepada tujuan pembinaan masjid Dhirar ini menjelaskan kepada kita betapa munafiqin berusaha untuk menjatuhkan dan memecah belahkan umat Islam dari bersaudara atas nama Islam dan melemah umat Islam dari seluruh aspek kehidupan.


MUDAH-MUDAHAN, MASJID BAHAGIAN KUCHING TIDAK TERGOLONG DARIPADA MASJID YANG DIPANGGIL MASJID DHIRAR KERANA TANGAN-TANGAN ORANG YANG JAHIL AGAMA. BUKAN MEREKA YANG MENGATURKAN AGAMA, TETAPI AGAMALAH YANG MENGATUR MEREKA. TIADA YANG MEMAHAMI KALIAMAT INI MELAINKAN GOLONGAN ULAMA' DAN PARA SOLIHIN... PASTI, TIADA SELAIN MEREKA.


MASJID BANDAR ACHEH YANG TIDAK HANCUR DITERJAH DEK TSUNAMI. MASJID YANG PENUH BARAKAH..

Tiada ulasan: