Assalamualaikum. Rarasanya agak lama juga tak up-date blog ana ni. sbb kengkangan kerja dan hal-hal yang lain, menyebabkan ana kurang menjenguk blog. ala kulli hal, pejam celik pejam celik kita sudah masuk fasa sepuluh pertama puasa, yakni awwaluhu rahmah. mudah-mudahan kerahmatan ramadhan ini boleh kita dapati dengan menjalani ibadah ini dengan ketenangan dan juga kesabaran.
Angkatan Belia Islam Sarawak telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama dengan kakitangan taski ABIM di Sri Wangi pada 6.9.2008, malangnya ana tidak dapat menghadirinya kerana ada urusan kerja. amatlah sedih kerana tidak dapat berbuka dengan jemaah. Walaupun demikian, ana dikhabarkan majlis berlangsung dengan lancar sambil solat sunat tarawikhnya di pimpin oleh Yang Di-Petua ABIM Sarawak, Us. Suhardi Hj Edward.
PERKEPIS pula tidak bosan-bosan meng-up-Datekan segala program mereka denganku. aku bangga kerana adik-adik PERKEPIS sampai sekarang berusaha dengan tidak henti-henti memuhasabahkan diri mereka. satu-satunya gerakan pelajar Islam yang berdaftar di Sarawak. ramai dikalangan ahlinya yang menginfaqka diri mereka tanpa memgharapkan balasanpun walaupun sesen. aku bangga menjadi sebahagian daripada mereka. Alangkah bagusnya sekirannya badan yang mempunyai dana membantu PERKEPIS dala usaha dakwah mereka. begitu juga dengan ABIM yang mempunyai visi dan Misi yang tidak sekalipun berorentasikan keuntungan tetapi berorentasikan Dakwah dan gerakan Ilmu.
Dalam bulan ramadhan ini, adalah madrasah kita untuk mendidik nafsu kita. seperti yang dikatakan oleh al-Alamah Imam al-Ghazali, dalam Minhajul Abidin.
"Hati itu umpama kuda yang liar. untuk menjinakkannya hendaklah kita meambahkan bebannya serta mengurangkan makannya".
makatidak hendaklah menambahkan beban ibadah ke atas diri kita bagi menjinakkan nafsu yang ada dengan memperbanyakkn ibadah-ibadah sunat dalam bulan ramadhan ini serta mengurangkan makanan tatkala diwaktu berbuka. Dan semoga Ramadhan kita pada kali ini akan menjadi lebih aik daripada sebelum-sebelumnya..
wallaua'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan