Isnin, 8 September 2008
APA PANDANGAN ANDA..?????????
Calon diuji baca Quran
Syarat tanding pilihan raya Aceh
JAKARTA: Calon yang bertanding pada pilihan raya wilayah Aceh, Indonesia tahun depan harus menjalani ujian membaca al-Quran.
Pegawai Suruhanjaya Bebas Pilihanraya Aceh, Nurjani Abdullah, berkata lebih 1,300 calon Muslim daripada 43 parti politik akan membaca surah al-Quran di depan juri selama lima minit bagi menentukan mereka layak bertanding.
"Ia berdasarkan undang-undang syariah yang mensyaratkan ahli perundangan di Aceh harus mampu membaca al-Quran," katanya.
Aceh satu-satunya wilayah yang dibenar menggunakan undang-undang Islam di Indonesia sebagai sebahagian daripada perjanjian autonomi dalam negara itu.
Beberapa kerajaan tempatan turut memperkenalkan undang-undang syariah tetapi pengarah baru mahkamah perlembagaan Indonesia berkata, undang-undang itu tidak mengikut perlembagaan dan mampu mengancam perpaduan.
Tangerang berhampiran Jakarta memperkenalkan undang-undang melarang wanita keluar seorang diri pada waktu malam.
Mengikut hukum syariah, penduduk disebat jika berzina, judi atau mencuri di Aceh. Kira-kira tiga juta penduduk Aceh layak mengundi untuk calon Parlimen Indonesia dan wilayah pada April tahun depan. - Reuters
(SUMBER BERITA HARIAN 9 SEPTEMBER 2009)
MALAYSIA BILA LAGI????
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan