Selasa, 19 Ogos 2008

“At-Tazkiratu Li Shababil Haraki” peringatan buat pemuda gerakan.

19 Ogos 2008, aku berada di Limbang. Inilah kali pertama aku ke Limbang. Tugasan aku adalah untuk menyampaikan ceramah di Penjara Pusat Limbang. Sudah lama aku tidak menjejakkan kakiku ke Penjara. Namun bukan hal ini yang ingin ku coretkan dalam minda penulis kali ini.

Aku melihat kepada perkembangan politik semasa. Perkembangan kempen politik DSAI di permatang pauh. Ramai yang menyaksikan dengan penuh khusyuk serta melontarkan berbagai analisa-analisa berkenaan berkenaan hal tersebut. Aku merasa takjub semangat yang DSAI dalam kempenya menuju Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Berbekalkan imej yang ternyata berbeza daripada imej 1998, aku hanya tersenyum dengan gelagat politikus-politikus yang inginkan kekuasaan namun ingin ku peringatkan akan ayat-ayat Allah swt;

“Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya Kami orang-orang Yang hanya membuat kebaikan". (11) Ketahuilah! Bahawa Sesungguhnya mereka itulah orang-orang Yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya(12)”. (al-Baqarah:11-12).

Imam Abu Abdullah al-Harith Bin Asad al-Muhasibi, dalam an-Nasa’iih, berkata, “Pangkal Bencana Adalah Cinta dunia”. Beliau mengatakan, Nabi saw alaihsolatuwassalam bersabda, “akan datang kepada kamu sepeninggalanku, sebuah dunia yang bakal menelan iman kamu sebagimana api yang akan menghanguskan kayu bakar”.

Telah sampai kepada kita bahawa Allah swt mewahyukan kepada Nabi Musa as, “ Wahai Musa, janganlah sekali-kali engkau cenderung kepada cinta dunia, agar engkau tidak datang kepada-Ku dengan membawa dosa besar yang sangat menyulitkanmu”.

Juga telah sampai kepada Isa Bin Maryam malu beliau berkawta bahawasanya, “Wahai hawariyyun (pengikutku), kekayaan (sifat keduniaan) itu memang kesenangan di dunia, tetapi ianya adalah kecelakaan di akhirat”.

Wahai pembaca, marilah kita sama-sama mendekati para ulama’ dan para auliya. Kerana mereka akan membimbing kita kepada Allah swt. Sebagaimana para sahabat yang sangat-sangat menyintai nabi saw, kerana adanya baginda, maka kita (oleh kerana tiada nabi dan rasul), maka kita menyayangi para-para ulama’ kerana mereka ini adalah pewaris baginda saw.

Lapangkan masa, korbankan wang ringgit, hanya semata-mata ingin bertemu para alim ulama, maka insya’allah kita akan disayang oleh Nabi saw dan Allah swt.

Minggu lepas aku sempat bertemu Guru ku, walaupun kali terakhir bertemu beliau adalah ketika 2006 dahulu dalam keadaan ribuan anak muridnya yang hadir. Amat mustahil untuk beliau mengigatiku. Namun ketika bertemu dengannya di Zawiyah HRH Ashman Shah Ibn Sultan Azlan Shah. Satu untngkapankeluar dari mulut beliau yang aku tidak akan lupa. Menyebabkan senyumku tidak luntur, penatku bertukar jadi bertenaga.. suatu rahsia yang akan menjadi di antara aku dan guruku… lafaz beliau kepadaku ketika aku mencium tangannya.sambil melihatku, beliau berkata….

“U are here….”

Akan jernhlah hati-hati mereka yang mengigati Allah swt, maka akan rugilah mereka yang tiada usaha untuk menyucikannya. Ulama dan Auliya pembimbing manusia ke jalan ketakwaan…

Tiada ulasan: