Rabu, 2 Julai 2008
PEGAWAI AGAMA YANG SESAT SERTA MENYESATKAN ORANG
Hari ini, aku terkejut kerana sahabatku sepejabat datang kepadaku dengan mengataka ada telefon dari pejabat agama mengadu bahawasanya aku mengajar ilmu sesat melalui kitab sesat kepada masyarakat Sarawak. Si PEGAWAI KANAN ini (aku tahu dia selalu membaca blog ini) mengatakan mengajar kitab RISALAH QUSYAIRIYAH karangan Alamah al-Imam Al-Qusyairy an-Naisabury ini salah kerana ianya sebuah kitab sesat. Dasar Wahabi Ghuluw, Anti-Tasauf. Ternyata pelajarannya walau sampai peringkat Phd (Perasaan Hasad Dengki) wajarlah dapat gelaran Pakar (Dr.) Pakar dalam hasad dengki. Orang yang benar-benar berilmu, akan tahu apa kitab RISALAH QUSYAIRIYAH ini.
Dahlah complain takda surat, datang nak arahkan pegawai JAKIM sesuka hati. Kalau ada surat, aku nak saman malu mangkuk ni. Ada orang yang merasa dirinya berilmu tidak tahu kitab RISALAH QUSYAIRIYAH. Blah lah mangkuk.. dah laa tuduh aku anak murid dia. Tak tahu malu.. bilamasa pulak aku berguru dengan wahabi mangkuk nie..
Aku berjumpa dengan pengarah JAKIM Sarawak, kebetulan waktu itu, aku dengannya menyambut ketibaan Dato’ Pengarah JAKIM di Airport. Aku menjelaskan kepadanya apa yang berlaku sambil menerangkan isi kandungan kitab tersebut. Sahabatku tadi juga mengambil peluang untuk menelefon bahagian penyelidikan JAKIM Putrajaya untuk menanyakan status kitab ini. Dan jawapannya, memang tidak ada unsur penyelewengan dalam kitab ini. Pengarah aku, jelas dengan peneranganku dan minta aku bersabar atas apa yang berlaku.
Masya-Allah, betapa bodohnya di Pegawai ini. Aku dah tak doakan terbukak hatinya, Cuma pasrah, takut-takut firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 10 - 12.
Dalam hati mereka (golongan Yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya, Dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).(10) Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya Kami orang-orang Yang hanya membuat kebaikan".(11) Ketahuilah! Bahawa Sesungguhnya mereka itulah orang-orang Yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.(12)
Sebenarnya yang dapat ku lihat ini sebenarnya, perasaan dengki dan hasad yang terbuku dalam dirinya. Ramai sahabat-sahabatku yang bekerja dibawahnya (kerana beliau pegawai kanan), , dan dia bercakap serta mengutuk aku, namun rakan-rakanku memberitahu kepadaku kerana mereka pun tak menyukai sikap dan akhlaknya yang suka mengutuk orang dari belakang. Aku tak ambil peduli, namun sebagai seorang yang berilmu, is that the attitude that being shown. Nothing more we can aspect from this kind of people. Patutlah ramai pasa asatiz wal asatizah tidak senang akan dirinya. Orang berkawan dengannya, hanya kerana dia seorang bosso yang ramai sahabat yang nak berkawan tapi tak ikhlas.
Aku menulis bukan kerana peribadiku di fitnah oleh beliau yang berakhlak buruk, tetapi kerana beliau mengutuk suatu kitab yang ditulis oleh seorang Ilmuan besar Islam. Bahkan ulama-ulama besar tidak berani mengutuk kitab RISALAH QUSYAIRIYAH karangan Alamah al-Imam Al-Qusyairy an-Naisabury kerana mereka tahu posisi imam ini serta bagaimana tinggi nilai kitab karangannya,
Kepada yang nak baca kitab ini, boleh berjumpa dengan saya di Pusat Latihan Sarawak, JAKIM Sarawak. Kepada yang saya maksudkan,muhasabah diri. Hahaha.. akhlak buruk, iman terkutuk. Kepada beliau, selamat membaca..
Hadanallah wa iyyakum..
Akhlak mulia, hati tenang, jiwa terang…
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Salam ustaz..
Mula-mula ninek sik juak nak komen papa tapi bila dah bekas pemain badminton negara ya dah nyebut nama cucu' ninek, jadi ninek pun nak ngulas sikitlah...
Mintak maap ninek tok ngan kitak ustaz, cucu' ninek tok nang sik nengar kata, yalah nya ya.. di tegur brapa kali dah perange buroknya yang urang sik suka ya, tapi masih juak nya molah kedak ya nganok urang dari belakang, ngkali ya jak di tauknya kali.. harap kitak bersabar jak lah ustaz.. Mudahan jak lah kelak nya pande berubah.. Amin.. Teruskan jaklah dakwah lillahi taala kitak ustaz, di Serawak tok gik kurang urang pemahaman agama, mun gitok cucu' kamek di tempatnya kerja ya, lalu xberkembang Islam di Serawak tok.. Oklah ustaz.. Mintak maap..
wa'alaikum salam ninek..
nya lah, mun dapat ninek negor cucu' ninek yaa.. dunia tok sekejap jak nek, tapi kelak, hisab di akhirat kelak sakit kita.. maap nek, ulasan kitak dalam yasin amalan jahiliah??? ya sik sempat dibaca kmk.. ala kulli hal, kita sama2 berjuang dalam dakwah.
wallahua'lam..
Catat Ulasan