Khamis, 3 Julai 2008
Allah Bersama dengan mereka yang Sabar
Bersama Dr. Fakhrudin Abdul Mukti Di Terminal VIP Kuching International Airport
Alhamdulillah, semalam selesailah tugas aku menjadi pengiring kepada Prof. Madya Dr. Mohd Fakarudin Abdul Mukti, Timbalan Pengarah Postgraduate Universiti Malaya, semperna Musyuarat Ahli Lembaga IKMAS. seronok menjadi pegawai pengiring beliau. aku banyak berdiskusi dengannya berkenaan banyak hal.namun hal yang menjadi topik utama ialam masalah Wahabi Ghuluw mengaku salafi. aku juga menceritakan tokoh-tokoh wahabi yang menfitnah aku membawa ajaran sesat dengan mengajar kitab RISALAH QUSYAIRIYAH karangan Alamah al-Imam Al-Qusyairy an-Naisabury. beliau yang berlatarbelakang Usuluddin Akidah menjelaskan kepadaku, orang tak mengaji je yang kata kitab tu sesat.
kami berbincang di Hilton, sampai larut malam dan banyak input yang aku dapat daripada beliau. Aku bersyukur kerana dipertemukan dengannya dan kami saling bertukar pandangan dalam beberapa isu semasa.
Sebelum beliau meninggalkan kuching, beliau menghadiahkan aku kitab yang dibelinya di Mesir, Kemana arah Salafi Masakini? Siapa Ahli Sunnah?. kitab ini membincangkan bagaimana sebenarnya sikap salafi sebenar. yang tidak menkafirkan orang, mensyirikkan orang sebagaimana salafi yang mengaku salafi mutaakhirinn. beliau juga menjemput aku untuk menziarahi dia sekiranya datang ke Kuala Lumpur di Pejabat dia. Beliau juga menawarkan kepadaku untuk menyambung pengajian diperingkat Sarjana di Universiti Malaya dan disertasi aku dihantar langsung melalui Emailnya.
aku bersyukur kerana berkhidmat dengan seorang ilmuan.
Sedikit Latarbelakang Beliau
Prof. Madya Dr. Mohd Fakarudin Abdul Mukti
Timbalan Direktor Pasca Sarjana Universiti Malaya
Phd (B'ham, UK)
Ma Temple (US)
MA 'Ain Shams (Cairo)
BA Hons (Azhar)
Akademi Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
p/s; Orang yang mengaji tinggi macam nie pun tak pernah kata Yassin nie Haram, Tahlil Haram. Betul la kata orang, Ustaz yang kata macam-macam tentang Bid'ah nie, Ulama separuh Masak (mamak kot). betul lah, ma huwa bid'ah pun tak reti.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan