Ternyata apa yang diramalkan oleh beberapa penganalisa politik benar-benar berlaku. Ianya seperti suatu gambaran bahawasanya dunia politik merupakan sesuatu yang tidak ada kepastian sekiranya ianya tidak dirancang dalam bentuk yang baik mahupun tidak. Setiap sepuluh tahun, pasti akan ada sesuatu yang berlaku seperti tahun 88 (semangat 46), tahun 98 (gelombang reformasi Anwar Ibrahim)dan yang terbaru 2008 (gelombang barisan altarnatif).
Pemimpin yang baik, seperti yang diungkapkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan menyatakan sekiranya rakyat tidak memilih mereka sebagai pentadbir, maka beliau akan dengan senang hati melepaskan jawatannya sebagai MB kelatan kerana menurut beliau, amanah yang terbeban bukanlah sesuatu yang mudah. Akan banyak persoalan yang akan diungkapkan pada yaumil masyar kelak.
Kerajaan barisan Nasional, pimpinan Dato’ seri Abdullah Ahmad Badawi kelihatan terkejut dengan apa yang telah berlaku dengan keputusan pilihanraya kali ini. Keyakinan saya adalah kerana pemimpin BN masih belum bersedia untuk turun daripada pemerintahan yag telah dijabat selama ini. Saya masih ingat, ketika sedang mutala’ah kitab tafsir al-Azhar, Hamka menerangkan ayat;
“ Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sebenarnya maut Yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang mengetahui Segala Yang ghaib dan Yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa Yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". (Jumuah:8)
Analogi kematian dan kehilangan kekuasaan pemerintahan bolehlah kita jadikan suatu persamaan yakni kita haruslah bersedia dengan perkara tersebut yang akan datang pada bila-bila sama. Yang menjadi perbezaan adalah, pemilihan kepimpinan dapat kita membuat persediaan awal dalam menghadapi piihanraya samaada persediaan dari sudut positif mahupun dari sudut yang negatif. Manakala, kematian pula datang tanpa amaran dan peringatan bagi mereka yang tidak bersedia. Walaubagaimanapun, secara kesimpulannya jika kita tidak siap menghadapi apa-apa kemungkinan, kita pasti akan berhadapan dengan seribu macam keadaan yang kebiasaannya cenderung kepada melakukan perkara yang negatif.
Bagi orang mukmin, tiada apa yang mengejutkan sekiranya sesuatu perkara luarjangka berlaku, ianya bukanlah sesuatu yang aneh. Segala percaturan serta perancangan diyakini hanyalah sebatas usaha yang dilakukan sebagai mujahadah kita kepada Allah, namun demikian, segala keputusan akhir adalah ditangan Allah swt. Firman Allah swt dalam surah al-Imran ayat 26;
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai Tuhan Yang mempunyai Kuasa pemerintahan! Engkaulah Yang memberi Kuasa pemerintahan kepada sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang mencabut Kuasa pemerintahan dari sesiapa Yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga Yang memuliakan sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang menghina sesiapa Yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya Segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.(al-Imran:26)
Sebagai orang yang bertakwa, kita meletakkan segala urusan ditangan Allah swt dengan tidak mengesampingkan usaha sebagai asas dan dasar kepada natijah akhir di tangan Allah swt. Kita berdoa mudah-mudahan kepimpinan negara Malaysia setelah pilihanraya kali ini sebagai medan muhasabah kepada pimpinan negara dan mudah-mudahan negara kita akan sentiasa makmur dan sejahtera.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan