Ingatlah pesanan Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Apabila amanah diberikan bukan pada ahlinya tunggulah saat kehancuran”.
Terdapat satu kisah yang telah diceritakan oleh Abdullah Ibnu Dinar " pada suatu hari, saya berjalan bersama Khalifah Umar Al-Khatab di Mekah, waktu itu saya bertemu dengan seorang budak pengembala kambing yang sedang mengembala kambingnya. Kemudian Saidina Umar berkata kepada budak pengembala kambing itu : " juallah kambing itu kepadaku " budak itu menjawab : " kambing ini bukan kambingku, tetapi kepunyaan tuanku ". Kemudian Saidina Umar sekali lagi cuba menawarnya : " Bukankah engkau dapat mengatakan kepada tuan engkau, bahawa satu di antaranya telah dimakan serigala, dan pasti tuan engkau tidak akan mengetahuinya. " Tidak, saya tidak mahu, " kata budak itu, " sesunggguhnya Allah maha mengetahui ". Kemudian setelah mendengar yang demikian, menangislah Saidina Umar dan berkata kepada pengiringnya supaya memanggil tuannya, Saidina Umar telah membeli budak itu lalu dibebaskan oleh beliau, dengan berkata : " Sejak hari ini engkau bebas merdeka di dunia dan engkau akan lapang di akhirat ".
Sabda Rasulullah s.a.w. seperti mana yang telah diberitahu oleh Anas bin Malik yang bermaksud : Tidak sempurna iman seseorang yang tidak dapat dipercayainya. Dan tidak sempurna agama orang yang tidak menunaikan janji.
Firman Allah subhanahua ta'ala dalam surah An-Nisa'ayat 58 yang berbunyi :
Maksudnya : " Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada orang yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil ".
Amanah hendaklah diberikan kepada orang yang benar-benar boleh melaksanakannya, kerana menurut hadis Rsulullah s.a.w. dari riwayat Muslim : " Dari Abu Zhar, dia berkata : " Saya berkata " : Ya Rasulullah mengapa engkau tidak memilih saya. " Rasulullah bersabda " hai Abu Zhar engkau seorang yang lemah, sedangkan itu sebagai amanah pada hari kiamat hanya akan menjadi penyesalan dan kehinaan. Kecuali orang yang dapat menunaikan hak kewajipannya dan memenuhi tanggungjawabnya.
Hadis di atas kita lihat dimana Abu Zhar ketika meminta jawatan, tidak dipedulikan oleh Rasulullah. Kerana amanah menuntut dan menghendaki kita memilih orang-orang yang lebih baik untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan. Jika kita cenderung memilih yang lain secara tidak berhati-hati, kerana mengamalkan sikap pilih kasih, bermakna kita telah melakukan pengkhianatan yang berat, kerana menyingkirkan orang yang ahli (mampu) dan mengangkat orang yang bukan ahli. Sesungguhnya kisah nabi Yusuf yang jujur, termaktub dalam Al-Quran adalah satu pengajaran yang baik untuk dijadikan pedomannya sepertimana firman Allah ta’ala :
Maksudnya : " Berkata Yusuf : " berikanlah kepadaku jawatan perbendaharaan negara (Mesir) kerana sesungguhnya aku adalah orang yang paling pandai menjaga, lagi berpengetahuan ".
Dan perhatikan riwayat hadis dibawah ini :
Yazid bin Abu Sufiyan berkata : Telah berkata kepadaku Abu Bakar r.a. diwaktu beliau mengutusku ke negeri Syam : Hai Yazid ! sesungguhnya engkau mempunyai kerabat, boleh jadi engkau mengutamakan mereka buat memegang kekuasaannya, dan itulah yang aku khuatirkan atasmu, kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bererti :"Barangsiapa menguasai sesuatu dari urusan kaum muslimin, lalu dia memberi kuasa kepada seseorang atas mereka kerana cintanya, maka laknat Allah menimpa atasnya, Allah tidak diterima daripadanya gantian dan tidak pula tebusan, sehingga dia dimasukkan ke dalam neraka jahannam ". (Riwayat Al-Hakim)
Komentar:
Di atas telah al-Faqir kusinjiy bawakan beberapa dalil yang menegaskan kepada kita bahawa betapa pentingnya amanah diberikan kepada mereka yang selayaknya. Pada hari ini, di media-media sama ada media elektronik mahupun cetak, banyak sekali pemimpin-peminpin sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangang mengutaraan saranan-saranan yang lebih bersifat kepentingan peribadi tanpa melihat maslahah mahupun maslahat ummah.
Banyak isu-isu seperi agama, pendidikan, ekonomi dan sosial yang menurut al-faqir Kusinjiy tidak sepatutnya diketengahkan kepada masyarakat demi untuk menjaga kestabilan masyarakat. Namun beberapa pandangan yang menjurus kepada kemunduran disebabkan kecetekan pengetahuan akan menyebabkan kehancuran masyaraka diberikan tanpa kaji selidik terlebih dahulu seperti isu PPSMI, kenaikan Gaji pengawal keselamatan dan pengambilan amah Indonesia dengan perjanjian berat sebelah lain-lain lagi hanya mengundang persepsi kebodohan kerana ketika nak dilaksanakan, maka berlaku penangguhan, kaji semula dan lain-lain. ini menunjukkan we did'nt do our homework sebelum mengeluarkan statement di media.
isu pemfatwaan ESQ pula menjadi tajuk besar media massa. Sepatutnya, sekiranya berlaku percanggahan pendapat, sewajarnya ianya diselesaikan secara tertutup dan tiudaklah perlu melalui media. Ini akan menampakan kelemahan Institusi Agama terutamanya diperingkat PEJABAT MUFTI DAN JAWATANKUASA MUFTI. hal ini akan menjadi pemicu kepada kelemahan institusi tersebut dalam menangani isu berkenaan umat Islam. menurut al-Faqir Kusinjiy, hal ini tidaklah sepatutnya berlaku dan sekiranya tidak ditangani dengan baik, maka ianya akan mengundang padah dan sebaliknya hal ini akan menjadi boomerang kepada institusi Agama itu sendiri. Jadi Yang rugi sebanarnya adalah kita sendiri. Ibarat marahkan nyamuk, kelambu dibakar.
Sepatutnya, segala pandangan atau idea-idea baru itu hendaklah disertakan justufikasi serta kajian terlebih dahulu dan jangan melakukan keputusan yang drastik serta semborono. hal ini akan memberikan dampak yag negetif, membuat umat masyarakat menjadi keliru serta binggung dengan apa yang diberikan.
Pemimpin adalah seorang yang berupaya memimpin, memiliki daya fikir yang luarbiasa dan mereka melihat dengan pandangan yang berbeza (lebih jauh) berbanding dengan orang biasa. Maka sewajarnya segala apa yang dikatakan sepatutnya memiliki backing point yang kuat dan kukuh kenapa satu-satu dasar itu dibuat dan dilaksanakan. Dan bukan sebaliknya mengatakan sesuatu yang mengangkat popularitinya sahaja tanpa mengira perasaan serta pandangan daripada rakyat yang dipimpin.
::Wallahua'lam::
1 ulasan:
Kinek tok media Malaysia heboh isu nama Allah digunakan dalam agama lain gik. Pandangan ktk ustaz?
Catat Ulasan