Selasa, 8 Disember 2009

Min Nabiyy Ila Ummati

KH Siradjuddin Abbas Menerangkan dalam Kitabnya Iqtiqad Ahli Sunnah Wal jamaah Berkenaan Ajaran Musyabihah@Wahabiyyah;

Sayyidina Muhammad Ibn Abdillah saw bersabda;

"Akan keluar suatu kaum pada akhir zaman, orang-orang Muda yang bodoh fikirannya. Mereka banyak mengeluarkan perkataan-perkataan 'Khairil Bariyyah' (perkataan dalil-dalil dari Qur'an dan Sunnah). Iman mereka tidak melampaui kerongkong mereka. Mereka keluar dari agama sebagaimana meluncurnya anak panah dari busurnya. Kalau orang-orang ini berjumpa denganmu, maka lawanlah mereka".

(Li Imam Bukhari min Fathul Bari Juz XV, Sofhah 315)

Kaum ini akan berhadapan dengan Sekelompok yang akan mempertahankan Aqidah Islam yang sebenarnya, Yang juga telah dijelaskan oleh Mufti Syeikh Sayyid Abdul Rahman Bin Muhammad Bin Hussein Bin Umar yang masyur dengan gelaran Ba'Alawi dalam Kitab Bugyatul Mustarsyidin.

Baginda Sayyidina Muhammad Habiballah saw bersabda;


" Akan ada segolongan umatku yang tetap berpegang atas kebenaran sampai hari kiamat dan mereka tetap atas kebenaran itu".

(Li Imam Bukhari min Fathul Bari Juz XVII, Sofhah 56)

Tiada ulasan: