Ahad, 1 November 2009

lagi-Lagi Pak Wahab nie..

Asri tolak terajui Yadim

Oleh Hazirah Che Sab
zeehan@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin, berkata beliau tidak akan menerima jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang ditawarkan kepadanya berikutan kontroversi yang timbul daripada memorandum Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kepada Yang di-Pertuan Agong membantah pelantikan itu.

Pada sidang media di rumahnya di Petaling Jaya, dekat sini, malam tadi, beliau mendakwa, jawatan itu ditawarkan kepadanya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom, pada Ramadan lalu dan sekali lagi ketika dijemput memberi kuliah pada Kursus Orientasi Perdana anjuran Umno di Janda Baik awal bulan lalu.

“Dakwaan yang dibuat terhadap saya dalam memorandum itu adalah satu pembohongan dan fitnah. Ia adalah tuduhan yang sangat besar membabitkan maruah saya dan boleh memecahbelahkan umat Islam.

“Sebenarnya saya langsung tidak terfikir mengenai jawatan itu apabila ditawarkan. Saya belum membuat keputusan dan masih menimbangkannya tetapi dengan apa yang berlaku sekarang saya sudah tidak berminat lagi dengan jawatan itu,” katanya.

Beliau berkata, keputusan itu juga selepas mendapatkan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpendapat lebih baik beliau menjadi suara ketiga daripada memegang jawatan dalam mana-mana agensi kerajaan.

Dalam memorandum berkenaan yang salinannya turut diedarkan Dr Mohd Asri kepada media, persatuan berkenaan mendakwa beliau tidak mengiktiraf iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah, mencerca solat hajat dan menolak hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari.

Memorandum itu turut mendakwa Mohd Asri mencerca ulama besar seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali.

Sambil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu, Mohd Asri turut mencabar PGSM mengemukakan bukti beliau mencerca Imam Ghazali dan Imam Nawawi serta menolak hadis Imam Bukhari melalui ucapan atau tulisannya.

“Saya tidak kisah jika mereka ingin menghantar memorandum kerana itu hak mereka dan saya juga boleh menerima jika mereka mengkritik pandangan saya dan berkata pandangan saya berlainan daripada ulama lain. Tetapi apa yang terkandung dalam memorandum itu satu fitnah dan pembohongan.

“Sebab itu saya rasa perlu memanggil sidang akhbar ini untuk membuat penjelasan,” katanya yang mengakui mengetahui apa disifatkannya sebagai ‘dalang’ di sebalik memorandum itu.

Katanya, beliau belum terfikir untuk menyaman PGSM tetapi mencabar mereka mengemukakan bukti dakwaan dalam memorandum itu dalam masa seminggu.

Ditanya sama ada beliau akan menyertai parti politik, Mohd Asri berkata, pada masa ini, beliau tidak berminat.

“Saya pernah dipelawa menyertai Umno dan Pas sebelum ini tetapi saya tidak berminat. Buat masa ini saya lebih selesa menjadi suara ketiga tanpa menyertai mana-mana parti politik,” katanya.

KOMENTAR

1. Syeikh, takkan lah Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)buta undang-undang sehingga mereka sanggup nak menfitnah dr. Asri.. Bodoh apa!!!! kalau hangpa takda bukti, main serbu jerr, bunuh diri laa.. Of course laa ada buktinya.. Bukak je Youtube, banyak. kalau takde angin, mana pokok bergoyang, lainlaaa ada yang goyangkan..

2. nak jadi suara ketiga??? oppsss.. Dulu kalau tak silap kata berenti jd mufti sbb nak buat kajianlah, apa lah, mmg takde kaitan dengan apa-apa tindakan, sbb atas kehendak sendiri.. Bila timbul Isu perlis darul Wahabi???? Haaa, komen lain pulak, kata politik dalaman Kerajaaan Perlis tidak menentu.. ?? apa ni beeb.. dulu kata lain, sekarang lain pulak..

3. Tak nak masuk politik dulu. Sbb orang ajak2 tak ayam je degna dia. pasti parti akan hilang undi.. Rugi parti beb..

4. Tak minat nak jd YDP YADIM. Kalau org tak protest, iyo ka, kamu nak tolak..

Sekarang tuan-tuan nilailah sendiri, seorg bekas mufti yang tidak disenagi oleh mufti2 yang lain. Bukan kerana perbexzaan pandangannya, tapi kerana kerdilnya Ilmu,tapi perangai macam semua dia tauhu.. Muhasabahlaaaa...

1 ulasan:

little bro Syah_ameer berkata...

salam abg Hasfa..kebetulan lalu ctok.. kmk bruk baca tadik dr asri kena thn.. brita lanjut :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm