MINDA RAMADHAN: MASA DEPAN HARAKAH ISLAMIAH (I)
Semakin masa berlalu, semakin ramai anak-anak muda terlibat dalam gerakan pelajar, pemuda, shabab dan berbagai lagi nama-nama gerakan yang boleh kita temui. Nama melambangkan bagaimana acuan serta gerakan mereka dalam senario semasa pada saat ini. Namun juga lebih ramai lagi yang tidak mahu terlibat kepada mana-mana persatuan yang menurut anggapan mereka hanya akan membawa kepada sikap ekstrim dalam beragama.
Corak pandang mereka ini juga tidak salahnya kerana al-hasil daripada perkembangan kurang matang senario semasa politik, bahkan lelucon yang dilakukan wakil rakyat kita dalam dewan persidangan Parlimen turut membantu perkembangan tidak sihat ini. Masyarakat menilai dan belajar serta mengamati apa yang berlaku disekeliling mereka. Dan corak pemikiran mereka akan hanya berkisar pada tahap pemikiran mereka sama ada tinggi ataupun rendah. Walaupun hanya perbincangan dikedai kopi, ianya akan memberi impak kepada masyarakat berkenaan apa yang berlaku disekeliling mereka.
Diperingkat idealisma pegerakan pemuda pula, dampaknya akan menjadi lebih hebat bergantung dengan beberapa faktor. Yang pertama, adalah faktor intelektual. Pemimpin yang mempunyai daya intelektual yang tinggi disamping nilai tambah karisma yang luar biasa sebagai pemimpin akan menghasilkan pengikut yang akan bertindak, respon, berfikir dan akhirnya akan mengerakkan apa sahaja yang mereka mau gerakkan sesuai dengan strategi dan pelan pelaksanaan yang direncanakan. Namun, keberadaan kepimpinan seperti ini adalah amat berkurangan pada masa ini. Ini kerana kehendak acuan kepimpinan yang pada saat ini hanya kan menolak ketepi kepimpinan intelektual ini kerana mereka mempunyai dayafikir yang hanya mematuhi kehendak nubuwah yang mengamalkan prinsip, Fathonah, Tabligh, Amanah dan Siddiq.
Prinsip kepimpinan Nubuwah ini hanya akan singgah kepada mereka yang mempunyai kapasiti keilmuan Islam yang suci dan murni disamping ilmu dunia yang dapat di implimentasikan sesuai dengan jalan syariah yang dianjurkan oleh nabi saw. Pra-ysrat menjadi subuah harakah islamiah yang mentap adalah sebuah gerakan harakah itru mampu untuk mendekati bermacam golongan masyarakat sebagaimana method dakwah baginda saw. Al-Qur’an diterjemakan melalui perbuatan yang begagaimana yang dijelaskan oleh Sayyidatina Aisyah ra, “Inna khuluqul qur’an” sesungguhnya akhlak baginda adalah al-Qur’an.
Corak kepimpinan sekarang pula kebanyakkan mengamalkan corak yang disandarkan kepada Nabi saw. Mereka menganggap bahawasanya mereka bertindak, berfikir dan bergerak berdasarkan manhaj Rasulullah saw. Masing-masing meminta diiktiraf sebagai jemaah nubuwah, sama ada harakah shabab, siyasah (politik) ataupun kumpulan Tarikat sufisme. Bahkan perpecahan dalam umat islam pada saat ini lebih besar dampaknya al-hasil daripada perbalahan kelompok yang disebutkan tadi. Kelompok inilah penyumbang terbesar kepada perpecahan pada saat ini. Hanya segelintir sahaja yang menjadi penyambung lisan nubuwah baginda saw dalam dakwah Islam ini….bersambung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan