Ahad, 5 April 2009
TINTA TUAN GURU AWANG PON BIN AWG SEBON
Gambar barisan pimpinan Persatuan Melayu Republik Arab Mesir 69. Yang DiPertua Persatuan(Awang Pon) duduk sebeleh kirii TYT Duta Besar Malaysia,Mesir, almarhum Abd. Hamid Jumat.Berdiri sebelah kanan no.2 Dato Sri Ustaz Azizan Abd. Razak Menteri Besar Kedah sekarang
Bahang Gerakan Tabdi’/Membid’ah
Gerakan Tabdi’/Gerakan membida’ah mula terasa bahangnya. Pada mulanya saya tidak berminat untuk menulisnya dalam blog ini tetapi memandangkan sudah ada bibit-bibit perpecahan berpunca dari sikap agresif sebahagian daripada pengikut-pengikut kumpulan ini tanpa berbekalkan kebijaksanaan dan belom berupaya mengiplikasi ilmunya bila berhadapan dengan madu’u dan persekitaran, maka saya terpanggil untuk manjadikannya bahan blog Dewan Syura kali ini. Ia bukan bertujuan untuk mengkondem asas-asas dan dasar yang menjadi sandaran pegangan mereka tetapi cara penyampaian dan persoalan urutan keutamaan tidak dicermati.
Memerangi kemungkaran yang sudah jelas kedudukan haramnya memang menjadi tanggungjawab untuk dibasmi dan dihapuskan. Walau bagaimanapun sekiranya dengan menegah suatu kemungkaran boleh mencetuskan kemungkaran yang lebih besar dan lebih dahsyat lagi,maka lebih baik didiamkan buat sementera waktu sehingga tiba masanya yang sesuai. Kalaulah demikian anjuran para mujahid dakwah yang terunggul dan teragong seperti Dr Ali Garisyah, Prof Dr Yusuf Qardhawi, As-Syahid Hassan Al-Banna dan lain-lain lagi dalam mendepani perkara yang sudah jelas tentang haram hukumnya secara qatie, sudah barang tentu dalam menangani masalah khilafiah yang dalilnya berdasarkan zanni/samar-samar, lebih memerlukan sikap tasamuh dan toleransi yang amat tinggi lagi.
Pesanan Syeikh Muhd Najib almuthii’
Saya teringat dengan pesanan Syikh Muhd Najib al-Muti’e sewaktu saya berkunjong ke kedai beliau di jalan Abbasiah, Kaherah. Beliau adalah penyambung/pelengkap kitab almajmuk,oleh Imam An-Nawawi. Saya bertanya kepada beliau sikap yang semestinya, bila berhadapan dengan kumpulan yang rigid dalam masalah khilafiah .. Pesan beliau kepada saya, Ya ibni(wahai anaku) kena berlapang dada dan berhujah dengan bijaksana. Prof. Dr Yusuf Qardhawi juga mengigatkan kita supaya berekerjasama dalam perkara yang disepakati dan bertoleransi dalam perkara yang berbeza pendapat.
Nampaknya perkara yang menjadi perhatian serios dan keutamaan kumpulan ini ialah masalah qunut, doa selepas solat berjemaah, ,azan dua kali solat juma’at,sunat qabliah jumaat,qabliah maghrib dan lain-lain lagi. Masalah ini sudah lama dibincangkan oleh ulmak-ulamak mujtahidin. Bagi saya sesiapa yang sudah mengambil keputuasan dan yakin dengan mana-mana pendapat tersebut silakan tetapi elakkan diri dari tuduh menuduh dan semacam memaksa orang lain mesti mengikuti pendirian diri. Dan yang kurang menyenangkan hati sebelah pihak lain ialah cara berkomunkasi dan cara penyampaian sehingga sampai keperingkat ghulu/melampau, sama ada mereka menjadi tamu kepada tuan rumah atau surau atau masjid atau sebaliknya bila ternampak suatu yang berbeza dengan pegangan mereka,mereka secara terbuka mengkeritik atau menegur sehingga manjatuhkan air muka tuan rumah atau menimbulkan konflik dan kegusaran di kalangan masyarakat.
Saya tidak bercadang untuk mengemukan sandaran hukum kedua-dua kumpulan ini sama ada yang pro maupun yang kontera,tak tahulah di lain masa, tetapi yang saya coba sentuh, itupun secara ringkas perkara-perkara yang berikut:
Saya tertanya-tanya kenapa kumpulan ini beriya-iya sangat menyerang masalah khilafiah dalam bahagian ibadah khususiah sahaja seperti contoh-contoh yang saya sebutkan di atas tetapi diam membisu seribu bahasa dalam banyak hal yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah saw tetapi masih dilakukan oleh orang Islam seperti system ekonomi,politik,pendidikan,maksiat berluas-luasa,rasuah dan seumpamanya. Apakah perkara ini bukan masalah pokok dan tidak mendatangkan kesan yang buruk dalam kehidupan bermasyarakat dan beragama?
Saya selalu mengigatkan diri saya dan juga mereka yang rapat dengan saya termasuklah jemaah masjid di taman saya dan siapa sahaja yang coba meninjau pandapat saya yang serba cetek ini, bukan sahaja dalam yang hal yang kita bincang ini,malah dalam perkara yang lain juga, saya selalu berpesan agar banyak membaca, banyak berguru samada secara formal atau non formal seperti dengan bermuzakarah. Jangan fanatik membuta tuli. Bila berbincang tentang hukum, tidak cukup dengan hanya berpegang kepada terjemahan alquran sahaja tetapi perlu membaca tafsirannya. Tafsir pula berbagai-bagai. Ada tafsir yang memfokaskan tentang sebab turun al-quran,tafsir ahkam,tafsir berkaitan dengan sain dan bahasa dan tafsir gerakan dan lain-lain lagi. Selain daripada berminat dalam hukum hakam dan Hadis jangan lupa membaca buku-buku yang berkaitan dengan dakwah dan fiqhud-dakwah untuk bekalan berhadapan dengan madu’u/sasaran dakwah.
Mujahid-mujahid dakwah berpesan elakkan diri dari menimbulkan masalah-masalah khilafiah dalam organisasi kerana ahli-ahli dalam organisasi mungkin terdiri dari berbagai-bagai latar belakang mazhab kecuali dengan tujuan ilmiah. Dipantangkan sekali membincangkannya secara terbuka,lebih-lagi menggunakan pentas/khalayak ramai untuk menjaja dan memasarkan prodak masalah khilafiah dengan tujuan menafikan amalan khilafiah yang sudah establish,yang masih dalam kerangkan yang dibenarkan berbeza pendapat. Berlainan dengan masalah rasuah,kezaliman,judi, arak dan seumpamanya. Sekiranya pandakwah/pendidik/ustaz menimbulkan masalah khilafiah, ia akan menjauhkan mad’uu. Ya, memang ada pengikut-penyikut dan peminat-peminat fanatik anda. Bukah kah lebih baik tanpa menyentuhnya, peminat anda akan bertambah ramai lagi.
Enough Is Enough
Yang sudah itu sudahlah. Enough Is Enough. Banyak sebab yang boleh menimbulkan berbagai-bagai salah faham sehingga menyebabkan perselisihan yang boleh membawa kepada kebencian dan akhirnya megundang musibah perpecahan telah berlaku dan sedang berlaku. Jangan ditambah lagi dengan masalah membid’ah. Punca-puncanya banyak. Kalau hendak disenaraikan bukan sedikit,banyak tetapi blog Dewan Syura tidak berminat menggunakan pendekatan seperti itu.
Di permulaan tulisan saya di atas ada diperkatakan tentang bibit-bibit,bunga-bunga perpecahan kerena masalah khilafiah. Di sekitar bandar dan di kampong-kampong sudah ada pengikut-pengikut yang mengasingkan diri dari kelompok masyarakat lain, yang sebelom ini hubungan mereka dengan masyarakat setaman dan sekampong bagitu akrab. Puncanya amalan-amalan yang dilakukan di masjid dan di surau berkenaan yang pernah dimalkannya juga sebelom ini sebelom mengikut kumpulan ini , seperti berqunut,berdoa selepas solat.berjemaah,bersalam sejurus selesai solat jemaah,membaca yasin malam jumaat, nisfu sudah bercanggah dengan pendirian dan doktrin pegangannya . Kalau pun hadir ke majlis walimah atau majlis kematian sekadar bersalaman, selepas itu muhon bereredar-sekadar menunjuk muka.Ini Membuktikan rasa kekitaan dan ukhuwah Islamiah secara secara senyap-senyap mula terhakis dan akhirnya mengundang musibah perpecahan. Bila perkara ini terjadi musuh bertepok tangan dan imej Islam ikut tercalar. Sebenarnya inilah yang mereka tunggu. Pucuk dicinta,ulam mendatang. Perangkap samar yang ditanam musuh terlalu banyak.secara kasar maupun secara halus. Masalah khilafiah pun mereka pergunakan sebagai perangkap samar melalui hero.-hero dalam cerita khilafiah. Sebagai buktinya coba anda rujuk semula dalam blog ini di bawah tajuk perjanjian camp david dan masalah khilafiah.
Jabatan Agama dan Jabatan Mufti
Sebelom masalah gerakan tabdi’ ini mengancam kerhormonian penduduk setempat berluas-luasa, perlulah pihak-pihak yang berkenaan dan pihak yang berwajib bersemuka dengan kumpulan ini untuk mencari jalan penyelsaian jika belom diusahakan. Jika sudah dilakukan alhamdulillah. Pihak berwajib yang saya maksudkan ialah Jabatan Agama Islam dan Jabatan Mufti. Selain daripada itu, program-program dakwah atau apa sahaja namanya, untuk pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi awam dan swasta perlu diaktifkan lagi kerana sepanjang pengetahuan saya,kurang ada prgogram secara rasmi yang dikelola oleh pihak berwajib secara konsiten. Saya berkayakinan dengan keupayaan dan kebolihan pihak yang wajib mampu melakukannya .
Wihdatul Fikri di antara Mahasiswa dan Pelajar-Pelajar Menengah dengan badan yang berwajib amat perlu diusahakan. Mana mungkin mereka sehaluan dengan halatuju badan yang berwajib kalau mereka tidak ditarbiah mengikut acuan badan yang berwajib. Acuan yang berwajib sudah pastinya tidak lain dari acuan Allah swt.
Akhir kalam saya suka mengetengahkan adab para ulama dalam manangani masalah khilafiah.
1. Imam Alhafiz Abu Musa bin Abdul A’Ala al-Masriyy pernah berkata” Tidak aku dapati orang yang beraakal(lebih cerdas) selain daripada Imam Syafiee. Pada suatu hari anku pernah berdebat dalam satu masalah dan kami bertelingkah lalu beliau menemuiku serta memegang tanganku, kemudian berkata: Wahai Abu Musa, hendaklah kita santiasa bersaudara sekalipun kita tidak bersepakat dalam satu masalahpun.
2. Imam Syafiee rahimahullah pernah solat Subuh di masjid dekat makam Imam Abu Hanifah dan beliau tidak melakukan qunut sebagaimana mazhab beliau dan itu beliau lakukan kerana menghomati Imam Abu Hanifah, pada hal Imam Abu Hanifah telah wafat tepat pada tahun Imam Syafiee rahimahulah dilahirkan.
3. Diceritakan daripada imam Abu Ya’la alhambali bahawa pernah ada seorang ulamak fiqh yang datang kepada beliau untuk belajar dan membaca kitab fiqh berdasarkan mazhab imam Ahmad bin Hambal. Beliau( Imam Abu Ya’la bertanya tentang negeri asalnya, maka dia pun memberitahukannya kepada beliau, maka beliau berkata kepadanya: Sesungguhnya penduduk negerimu seluruhnya mengikut mazhab imam Syafi’ee, lalu mengapakah engkau meninggalkannya dan ingin beralih kepada mazhab kami? Dia menjawab:Saya meninggalkan mazhab ini kerana saya berasa lapang dan tertarik hati denganmu. Selanjutnya Imam Abu Ya’la berkata: Ini tidak dibenarkan kerana jika engkau di negeri mu bermazhab dengan mazhab Ahmad rahimahullah sedangkan seluruh masyarakat di sana mengikut mazhab Imam Syafi’ee maka engkau tidak akan mandapatkan seorangpun yang beribadat(di dalam mazhab Ahmad)rahimahullah, bersamamu dan tidak pula yang belajar denganmu. Bahkan boleh jadi engkau akan membangkitkan permusuhan dan menimbulkan pertentangan. Maka sepatutnya kamu berada di mazhab as-syafi’ee adalah lebih utama dan lebih baik.
4.Imam Syafi’ee pernah berkata:Pendapatku, menurutku adalah benar tetapi ada kemungkinan salah dan pendapat orang lain, menurutku adalah salah,namun ada kemungkinan benar. Sifat tawadhuk Imam Syalfiee ni telah diambil kesempatan oleh mereka yang tidak mahu terikat dengan amalan bermazhab-tidak bermazhab-pada hal makusd sebenarnya bukan demikian(blogger). Wallahu aklam.
Catatan:
Sila lawati Blog beliau; http://muallimawang.wordpress.com/
usia bukan penghalang beliau untuk terus berdakwah. Berapa Ramaikah orang seusia beliau masih berkobar semangatnya untuk meneruskan usaha dakwah, walaupun hanya melalui Internet..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan