Selasa, 27 Januari 2009


Dr Juanda Jaya dilantik Mufti Perlis

KANGAR: Bekas Naib Mufti Sarawak, Dr Juanda Jaya, 37, akan dilantik sebagai Mufti Perlis yang baru, menggantikan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang kontraknya ditamatkan pada akhir November lalu.

Pelantikan Dr Juanda yang juga bekas Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak, disahkan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, semalam, sekali gus merungkai spekulasi mengenai calon Mufti Perlis sejak jawatan itu dikosongkan dua bulan lalu.

"Ya, Dr Juanda akan dilantik menggantikan Dr Asri sebagai Mufti Perlis yang baru. Malah, pelantikan beliau ke jawatan berkenaan juga sudah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.

"Berdasarkan kontrak, Dr Juanda dipinjamkan kerajaan Sarawak untuk mengisi jawatan Mufti Perlis bagi tempoh dua tahun dan beliau dijangka memulakan tugas awal Februari ini, selepas urusan pemindahan selesai dengan kerajaan Sarawak dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Saya berterima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang sudi meluluskan peminjaman Dr Juanda untuk berkhidmat di Perlis," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Tahun Baru Cina anjuran MCA negeri di Dewan Khoon Aik, di sini. Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Jawatan Mufti Perlis kosong apabila kontrak Dr Asri yang dipinjamkan Universiti Sains Malaysia (USM) kepada kerajaan negeri tamat tempoh pada 1 Disember lalu.

Malah, Dr Asri sebelum berangkat ke England untuk membuat kajian berkaitan perbandingan mengenai tafsiran hadis antara fundamentalis dan orientalis di Lampetex, United Kingdom pernah menamakan beberapa calon, termasuk Dr Juanda yang dianggap sesuai sebagai pengganti beliau.

Dr Juanda dari keturunan Melanau adalah lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir dan mempunyai Ijazah Sarjana Syariah dengan pengkhususan Penggubalan Undang-Undang Keluarga Islam Malaysia daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Md Isa berkata selain diperkenan Tuanku Raja Perlis, pemilihan Dr Juanda untuk mengisi kekosongan jawatan Mufti Perlis berdasarkan kelayakan peribadi, terutama akademiknya yang tinggi serta sumbangannya kepada agama Islam.

"Paling penting, beliau dianggap calon paling sesuai kerana begitu memahami mengenai Mazhab Sunnah Wal Jamaah yang selari dengan perlembagaan negeri," katanya.

sumber: Berita harian: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20090127235758/Article/index_html

Komentar:

Seperti mana yang kita sedia maklum, syarat utama nak jadi Mufti Perlis adalah berfahaman seperti Dr. Asri Zainul Abidin (Wahabiyah Salafiyyah). Maka krateria bakal mufti baru ini, pastilah yang paling mendekati tokoh tadi. Ramai sahabat saya yanga da Di Perlis yang Alim, cuma kerana berfahaman Mazhab Syafie serta berakidahkan Asy'ariyah dan al-Maturidi (Ahli Sunnah Wal Jamaah) maka tidak melayakkan mereka berada diposisi tersebut. Mungkin slogan "biar kita guna pemain import, asalkan pegangan kita tidak berubah". tapi takpa, kawan-kawan saya sedia menyambut beliau disana. Apa-apapun komentar saya adalah:

Di masa silam, jawatan mufti adalah seorang mujtahid. Mujtahid ialah seseorang yg ada kemampuan dan kemahiran mengeluarkan hukum secara langsung dari dalil2 syara’. Zaman sekarang, jawatan mufti adalah ulama’ madzhab yg hanya faqih dalam memindahkan atau mengeluarkan hukum atau fatwa-fatwa yg diputuskan di zaman silam. Antara syarat-syarat utama mufti ialah:

1. menguasai bahasa Arab
2. menguasai ulum alQur’an
3. Ulum Hadis
4. Usyul fiqh
5. maqosyid syara’
6. fiqh al waqe’
7. ijma’
8. kecerdikan dan ketajaman akal
9. Kewibawaan (akhlak dan syakhsiyah) mestilah terpuji.
7. Adil
(Prof Dr Wahbah az-Zuhaili, Fiqh Islami, Jld 1)

Kawan kita nie cukup ke syarat???? Allahu a’alam

3 ulasan:

syahrulnizam berkata...

Sama-samalah kita doakan agar Allah bantu beliau di Perlis...

www.syahrulnizam.com

xxx berkata...

'Pemain import', ya...? Ya, Dr. Juanda bukan berbangsa Melayu (beliau seorang berbangsa Melanau), juga bukan berasal dari Semenanjung... sebelum ini Ketua Penolong Mufti Sarawak.

Sekarang ni beliau jarang muncul dalam program-program agama di TV. Hanya di Radio Sarawak menerusi slot 'Islam Hadhari'... itupun jarang mendengar suaranya di corong radio tersebut.

Mohamad Hardyman As-Sarawaqi berkata...

apapun komen anta syekh..ana bangga kerana dia orang sarawak dan di import oleh orang luar..ini menandakan golongan-golongan ahli-ahli agama di sarawak pada zaman sekarang ni mampu mengulang kembali zaman kegemilangan sarawak dahulu ketika zaman sheikh usman as sarawaqi...