Selasa, 9 Disember 2008

Apabila Pentadbiran Agama Tidak Dipegang Oleh Orang Agama

Tuan-tuan sekalian, apabila kita melihat dewasa ini, satu trend iaitu meletakkan kuasa agama kepada orang yang bukan ahlinya semakin berlaluasa... ini sesuai dengan sabda nabi yang kira-kira bermaksud,

"akan timbuk suatu keadaan di akhir zaman, pengurusan hal Ehwal Agama akan dipegang oleh orang-orang yang bukan ahlinya iaitu darpada kelompok orang-orang yang berpengetahuan tentang Agama. maka mereka akan berfatwa sesuai dengan hawa nafsunya. maka kelompok ini bukan sahaja sesat, bahkan akan menyesatkan orang ramai"..

Dan ternyata, perkara-perkara seperti ini banyak berlaku. sebagai golongan agama, kita haruslah memperkasakan golongan-golongan ulama' muda yang akan mewarisi kepimpinan negara. serta harus memperjuangkan identiti agama dengan meletakkan Ulama' itu ditempat yang sepatutnya iaitu kepimpinan.

Haruslah kita mengetahui bahawasanya kezaliman itu adalah bila kita tidak meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya. Takutlah azab Allah melebihi kita takut kepada manusia. dan mereka yang bukan ahlinya, janganlah merasa ujub serta taksub akan diri mereka kerana menguasai hal Ehwal Agama. sekali KAU TERSILAP,sesungguhnya azab Allah itu Maha Pedih..

Rasulullah saw besabda bahawanya, "Golongan Yang Paling Takut Kepada ALlah adalah Golongan Para Ulama". ketahuilah saudara sekalian, biarkan para Ulama' menguruskan Hal Ehwal Agama kerana pada setiap kalam mereka terkandung seribu satu macam hikmah serta Kemuliaan Agama pasti akan tertegak dibawah kepimpinan meraka.. amien.

Tiada ulasan: