Isnin, 17 November 2008

Nie Allah tunjuk... Yang Dia buat Tak Bid'ah, kalau Yang Lain Buat, Bid'ah.. Inilah Perangai Bakal Mantan Mufti Perlis



Nie satu lagi kebengongan Mufti pelik nie.. dulu bukan main kata orang bida’ah2.. itu bid’ah, ini bid’ah… sekarang beliau nak jadi artis pulak.. nabi tak suruh pun orang dakwah guna puisi.. itu tak bid’ah.. bodoh punya mufti… Allah tunjuk kat dunia lagi. Kalau time orang zikir jahar lepas sembanhyang, dia kata macam suara himar… bodoh tak berhenti..
Wajarlah tak di sambung kontrak jadi mufti.. takut laa pulak penggantinya pun bengong sama.. saya percaya album yang dihasilkannya sebenarnya adalah luarah rasa hatinya yang tidak disambong kontraknya sebagi mufti perils..

Lihat kenyataan dalam http://drmaza.com/...
Album Dr Asri ‘Yang benar tetap benar’ ada banyak keistimewaan


Ruang berdakwah bukan hanya terhad kepada aktiviti agama sahaja. Skop berdakwah itu begitu luas dan tidak perlu disempitkan.
Justru, seandainya diberi ruang ini untuk menyampaikan bentuk dakwah yang membawa kepada kebaikan, peluang itu tidak seharusnya dipersiakan.
Demikian pendapat Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin yang memilih dakwah melalui album dengan memuatkan sajak-sajak ketuhanan dan kemanusiaan sebagai salah satu cara berdakwah.
“Dakwah itu sebenarnya mempunyai banyak cabang dan kita tidak seharusnya menyempitkan ruang dakwah itu. Penulisan lirik puisi berkisar agama dan kemanusiaan juga termasuk dalam skop ini.
“Album seperti yang diusahakan ini merupakan salah satu usaha memperluaskan ruang dakwah kerana penyampaian mesej yang berteraskan agama dan kemanusiaan,” kata Dr Asri yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Mufti perlis pada penghujung bulan ini.
Atas kesedaran ini dan setelah mencapai persefahaman, Dr Asri bersetuju menyerahkan urusan pembikinan album sulungnya kepada komposer Xifu Abdul Naser Abdul Rahman, komposer/penggubah lagu Dakmie dan syarikat Nasyeed.com.
Pada mulannya, ramai juga yang keliru apabila mendengar berita yang Dr Asri akan membuat album. Ada yang salah faham, menganggap Dr Asri yang akan menyanyi.
“Sebetulnya, saya tidak mahu ke depan. Cukuplah sekadar sumbangan saya dengan memberi puisi-puisi ini. This is their show (sambil merujuk kepada Xifu Naser dan rakan-rakan).
“Saya tak mahu dihighlightkan sangat. Yang penting mesej dari album ini,” jelas beliau lagi.
Kesemua lapan buah lirik puisi terbaik Dr Asri telahpun diberi melodi indah mengikut situasi yang sesuai. Antara puisi-puisi itu ialah Aku Rela, Yang Benar Tetap Benar, Biarlah Aku Di Daerah Ini, Derita Hati Seorang Bonda, Aku Bukan Musuh Harta dan Dunia Yang Beredar. Lagu-lagu ini disampaikan oleh penyanyi Aishah, Kopratasa dan kumpulan Algebra.
Perancangan dan pembikian album Dr Asri yang diberi tajuk ‘Yang benar tetap benar’ memakan masa selama enam bulan.
Pelancaran album yang unik ini akan diadakan di Yayasan Restu, berdekatan Taman Kesenian Islam dan Masjid Shah Alam pada 25 November ini pada jam 11.30 pagi.
Selain dari menyumbangkan puisi, Dr Asri yang merupakan penceramah disukai ramai, turut sudi mendeklamasikan dua buah sajaknya yang bertajuk, ‘Itulah Politik Namanya’ dan ‘Salah Menduga.’
Keberangkalian, ada beberapa kumpulan yang tidak tegar dengan luahan perasaan Dr Asri dalam sajak-sajaknya namun seperti kata beliau, apa yang ditulis adalah dari dalam hatinya.
“Saya tulis apa yang saya rasa dan lihat. Mungkin ada yang tidak senang tapi begitulah selalunya. Kebenaran itu kan pahit?,” kata Dr Asri.
Menurut Dr Asri, beliau sudah lama berjinak di dalam penulisan puisi. Begitu juga dalam bidang penulisan.
Maka tidak hairan jika bait-bait puisinya mempunyai daya tarikan tersendiri dan boleh diterjemahkan dalam berbagai cara kerana maksud yang tersirat amat dalam.
Stail puisinya juga banyak menjurus kepada sinis, sindiran dan kadangkala santai. Tapi ada juga yang tersentuh apabila mendengar.
Bak kata penyanyi Aishah yang menyampaikan lagu Derita Hati Seorang Bonda, beliau sendiri terhenti menyanyi kerana tidak dapat menahan sebak ketika rakaman lagu ini dibuat. Kebetulan, Aishah sudah kehilangan ibu tersayang.
“Bait-bait puisinya boleh menghiris hati seorang yang bergelar ibu. Ianya sangat puitis dan sensitif sekali,” jelas Aishah yang turut meminati puisi-puisi nukilan Dr Asri.
Walaupun beliau memberi kelonggaran untuk mewarnakan puisi-puisinya dengan sebarang melodi, namun ada ketikanya Dr Asri terpaksa berpegang pada prinsipnya dan tidak berkompromi.
“Apabila muzik atau melodi itu sendiri terlalu kuat dari kata-kata, ini seharusnya terjadi. Mesej dari kata-kata itu lebih penting dari muzik itu sendiri dan ini yang saya mahu terapkan,” jelas Dr Asri ketika pradengar album ini dijalankan di Studio Nasyeed.Com di Shah Alam baru-baru ini.
Teguran ikhlas dari Dr Asri disambut baik oleh Xifu Nasir dan Dakmie yang cuba sedaya mungkin untuk menghasilkan album yang boleh dibanggakan.
Dr Asri yang juga dikenali dengan panggilan Dr MAZA berkata, album ini adalah sebagai satu langkah beliau untuk menyediakan hiburan alternatif kepada orang ramai.
“Selama ini orang selalu cakap saya hanya pandai mengkritik artis saja. Peluang ini sebagai mendekatkan diri dan memberi pilihan alternatif hiburan yang baik,” kata beliau.
Selain dari album “Yang benar tetap benar’, Dr Asri juga sempat merakamkan 13 episod program ‘Bahtera Perubahan’ untuk siaran Astro Oasis pada bulan Februari nanti.
Namun apa pun bentuk wadah, samada album, program TV mahupun buku ‘Mengemudi Bahtera Perubahan Minda’, semua ini akan menjadi buah tangan apabila Dr Asri meninggalkan tanah air nanti.
Dr Asri dijangka berada di UK selama setahun mulai awal Disember ini, untuk membuat lebih banyak penyelidikan tentang hadith.
Tokoh agama yang tajam pemikiran dan cukup bijaksana apabila melontarkan pandangan merupakan salah seorang tokoh agama yang pakar tentang bab hadith di negara ini.
sumber: Mstar Online dan Blog http://drmaza.com/

5 ulasan:

almukminun berkata...

yup...xifu dgn usaha muziknya...dok bid'ah la pulok..pe pun, xifu berpusat di slh sebuah pusat asasi di pinggir ibu kota KL..

usaha depa menyebar virus wahabbi ghuluww begitu terdesak, sehingga melagukan hadith yg dulu bid'ah kpd mereka, la ni buleh pulok die dok buat..

kpd -si pecinta cicak man- harap toksah perbuat perangai keras kepala mcm bakal mantan muftari no.

xxx berkata...

'Wahai orang yang beriman, jika sampai kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu, maka selidikilah kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan sebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Al-Hujurat : Ayat 6)

"Sesungguhnya setiap orang yang beriman itu adalah bersaudara." (al-Hujurat : Ayat 10)

xxx berkata...

Akhi Abi Jibril & Akhi almukminun: Kebenaran itu memang selalu pahit di dunia, tapi manis di akhirat...

almukminun berkata...

Sabar dik,

disebabkan mencari kebenaran lah,manusia lupa peranannya selaku hamba kepada AL-Khalik sebagai pemilik dirinya.

Atas nama kebenaran jua lah, hamba lupa kedhaifan dirinya.

Atas nama kebenaran juga wahai saudaraku Abdul Hakim, manusia mentakfir sekalian ulama dengan pelbagai cela.

jangan taksub kepada sangkaanmu.
jangan mendabik dada atas nama perjuangan berpegang hanya kepada Al-Quran dan As-Sunnah,

Qiyas,ijma ulama pula diletakkan mereka dimana?

Usaha mencela Sayyuddinna Muhammad Shollahu alaihi Wassalam dgn menolak segala ulama pewaris anbiya..

xxx berkata...

Ya, itu hamba faham... tapi dalam keadaan sekarang, kita tak boleh mantakfir orang dahulu, sebab kita ada masalah yang lebih besar.

Umat Islam Sunni Palestin dan Iraq ditindas oleh US. Generasi Islam muda kita makin hancur dek agenda Yahudi. Makin teruk lagi apabila kita berbalah atas soal perbezaan pendapat, sekalipun dalam hal remeh temeh.

Tolonglah ketepikan soal perbezaan pendapat, kita duduk semeja bincang, macam mana nak hadapi ancaman Yahudi dan Nasrani yang tidak senang dengan Islam... Jangan disebabkan gara-gara Abdullah bin Saba', kesan Fitnah Kubra masih terasa sampai sekarang... jangan sampai peristiwa berdarah di Karbala berlaku pada abad ke-21 ni...