Selasa, 23 September 2008
Muak & Menjijikkan
Salam Ramadhan...
bila aku surf internet dan baca semua jenis paper yang ada.. (Arum Bulaknya), aku letih melihat gelagat politikus-politikus yang ingin memerintah negara. Masya-Allah, apakah tiada agenda lain selain daripada itu. seolah-olah mengejar tasyriff (kemulian) untuk menjadi pemimpin. kita mau dipuji melambung tinggi, kitalah pejuang rakyat sebenarnya... hanya berapa peratus sahaja yang benar2 rakyat Malaysia yang beriman dan bertakwa. kenapa ada segelintir manusia di Malaysia ini sanggup untuk menjual ayat-ayat al-Qur'an, hadith syariff baginda saw semata-mata kepentingan politik???
astaghfirullahal adzimmmm...
Hakikat sebenar, rakyat Malaysia sudah muak dengan sandiwara politik politikus jahat yang mengatas namakan rakyat. menjual nama rakyat demi kepentingan diri (Tasyriff) dirinya sendiri. kita mendambakan pim[inan yang benar-benar bertakwa. baginya pimpinan adalah taklif. tidak dikejar kepimpinan kerana kuatir akan beban yang akan dipertanggungjawabkan ke atasnya. aku amat-amat yakin (bi iznillah) bahawasanya sekiranya keadaan ini berterusan, bala Allah akan turun di Bumi Malaysia ini sebagai teguran Allah swt kepada hambanya. sebagaimana Bandar acheh darussalam telah ditegur oleh Allah swt..
Aku menyeru kepada Politikus semua, teruskan agenda negara dan jangan asyik bertelagah sesama kita. rakyat sekarang sudah terbeban akan sikap dan olah kamu. Kamu akan dipertanggungjawabkan atas segala tindakan kamu.
May Allah Bless u and forgive me.. amien...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan