Ahad, 20 Julai 2008
Alahai Tugas...
Setelah berpindah ke tempat baru, saya merasakan semakin banyak bebanan tugas yang terpaksa dihadapi. walaupun begitu, saya teringat akan pesan al-Imam Hassan al-Banna, "al-Wajibat aksarul minal auqatt" yang kira-kira bermaksud, kewajipan yang harus dilakukan lebih banyak daripada masa ang diperuntukan. ini memberi erti bahawasanya, betapa banyak serta tanggungjawab yang haruslah dlaksanakan demi kemajuan serta kemantapan agenda dakwah kita.
Beginilah agaknya, sibuk sebagai seorang pendakwah. Bagaimana mereka yang sering turun ke lapangan sedangkan saya dikurniakan keselesaan dalam menjalankan kerja dakwah. berada dalam suasana pejabat. masih saya teringat waktu muda2 saat masih belajar. Berceramah ke sana-sini. Datang tak disambut, tahu-tahu ada penceramah datang, dan tatkala pulang pun tak dihantar. sekarang berbeza pulak situasinya. Inilah pengalaman, mengajar kita mengenali sikap manusia. kalu dulu saya tidak berjawatan, sekarang bila sudah ada posisi,baru dihormati dan disambut dan dihantar. suatu konotasi peristiwa yang sangat lucu. saya bangga, mempunyai ramai kawan-kawan diluar sana yang tidak berjawatan, tetapi masih tetap bersemangat dalam kegiatan dakwahnya. Masyarakat sepatutnya mengiktiraf mereka kerana sanggup berjuang dalam kepayahan, namun yang diiktiraf adalah mereka yang berjuang dalam keselesaan.
Namun bagi saya, saya berdoa tidak dilekakan dengan kemewahan ini dalam berdakwah. keselesaan ini suatu ujian buat saya demi untuk menperkasa agenda dakwah. Saya sewajarnya malu sekiranya gerakan sahabat-sahabat saya lebih maju daripada saya. Posisi bukanlah segala-galanya. kedudukan bukan kebanggaan tapi suatu amanah yang harus dipikul.
Pada pemerhatian saya, saya tidak malu berbaris untuk mengambil makanan. berbeza dengan sesetengah orang, mementingkan darjat sesuai pangkat yang dimiliki. kemungkinan mereka lupa apa sebenarnya dakwah, yakni menyeru kebaikan, mencegah kemungkaran. mereka haruslah tidak melupai, dakwah bukan sekadar mengajak orang lain malah yang lebih penting sekali adalah berdakwah untuk diri sendiri. mujahadah dan muhasabah untuk memperbaiki diri.
satu lagi fenomena yang saya hairankan, orang dakwah ini sangat takut untuk di transfer (bertukar tempat kerja). namun bagi aku, bila seseorang pendakwah itu mempunyai matlamat dakwah, maka diletakan kemana sahaja,dia akan tahu apa yang akan dilakukannya. itulah oran dakwah. ditikam ke laut, akanmenjadi pulau. ditikam ke darat akan menjadi gunung.
walau apapun, saya berserah kepada ALlah swt segalanya, mudah-mudahan DIA akan memudahkan segala urusan saya dan keluarga saya di dunia ini untuk perjalanan kehidupan diakhirat kelak..amien.
Rinduku padamu rasulullah,
kasihku tak pernah kurang walau sedikitpun,
menelusuri sirahmu, membuat airmataku jatuh,
tatkala melihat pengorbananmu untuk umatmu...
padahal umatmu amat jauh darimu rasulullah,
ku merasakan diriku jua amat jauh darimu ya Habibbullah..
Ya al-Mustafa, Sayyidul Anbiya Muhammad ibn Abdullah,
alaika salam minal fuqara......
izinkan aku bertemu denganmu, pada hari sa'adah,
izinkan juga aku memiliki syafaatmu ya Rasulullah
izinkan aku dekat denganmu duhai kekasih Allah...
hadanallahu iyyakum...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan