Ahad, 22 Jun 2008

Dakwah bukan suatu Tasyrif tetapi Taklif (ulasan saya difitnah)


Bismillahit tahiyatulillah, wa lissholatulillah, walizakiyatulillah;

Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai menunaikan solat marghrib. Saya tidak berkesempatan untuk menunaikannya di Masjid kerana baru balik dari pasar dengan isteri dan anakku. Meluangkan waktu bersama merupakan suatu anugerah yang tidak ternilai daripada Allah swt.. Setelah selesai solat, wirid dan doa, saya termenung sebentar muhasabah diriku. Maka melalui muhasabahku, saya menilai kembali suatu artikel daripada DR. Asyraf Wajdi yang dibaca dalam Mingguan Malaysia hari ini. Kepimpinan adalah Taklif dan bukannya Tasyriff. Maka dari situ hadir idea untukku menulis dalam blog ku, Dakwah bukan suatu Tasyrif tetapi Taklif..

Aku membaca dalam Mingguan Malaysia, 22 Jun 2008, bahagian soal jawab agama bersama al-Fadhil ustaz Kamil Majid berkenaan dengan seorang pembaca bertanya tentang perbezaan pendapat. Beliau keliru untuk memilih pendapat manakah yang hendak digunakan. Kerana masing-masing mempertahankan bahawasanya pendapatnya yang harus diguna pakai. Suatu jawapan serta ulasan yang sangat cantik diberikan. Beliau menjawab dengan menghuraikan kategori ulama yang ada. Saya tak nak menghuraikan jawapan beliau dengan lebih detail, anda semua boleh rujuk akhbar tersebut. Namun yang menjadi jawapan dasarnya adalah, ilmu dan juga akhlak ulama menjadi panduan dalam memilih ulama seperti apakah yang patut dicontihi serta di ikuti masyarakat.

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana diamengasihi dirinya sendiri.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Ulama itu adalah seseorang yang ittiba’I Rasulullah saw dalam kehidupannya. Bersederhana dalam segala perkara yang menjadi ikutan oleh masyarakat biasa, dan kehidupan yang sederhana beliau lakukan, tidak sedikitpun menjatuhkan maruah baginda sebagai seorang rasul. Ini kerana Rasulullah seudah berpesan kepada kita supaya mengikutinya. Berbeza dengan mereka yang kononnya mengaku dirinya ulama’ yang hidup dengan sangat benrmewah-mewah;

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: “Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.
Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian

Antara huraian jawapan kepada persoalan di atas tadi, Ustaz Kamil Majid menjawab;

(Golongan Wahabi Malaysia)

“Masyarakat kita banyak disogok oleh Ulama yang separuh masak ini dengan isu-isu kecil, pendapat lemah dan mazhab menyusahkan, malah menuduh ulama kebanyakan sekarang tidak memahami isi-isu semasa. Mereka member fatwa dalam rialiti yang sudah berbeza. (Golongan ulama separuh masak)dalam bahasa mudah, sangat jahil dengan Fiqh al-Waqi. Satu lagi kejahilan mereka adalah dengan menolak pandangan imam-imam mazhab, kononnya mahu mencedok sendiri daripada al-Qur’an dan hadith. Memang islam tidak menyuruh kita fanatik kepada mana-mana mazhab,tetapi lebih teruk lagi mereka yang berijtihad tanpa kelayakan. Bagaimana boleh berijtihad, jika nak memahami dalil pun belum tahu. Kita bosan dengan tomahan kononnya Imam Malik tidak tahu hadith istiftah, atau Imam Abu Hanifah tidak menyuruh pengikutnya baca basmallah ketika menjadi makmum, atau sembahyang selepas bersentuh kulit wanita. Berani mereka mengatakan Imam Malik, Abu Hanifah dan Imam as-Syaf’ii Ramhimahumullah ta’ala jahil hadith. Siapa mereka ini?? (Geng2 Wahabi laaa). Ulama al-Azhar yang dulu-dulu (termasuk Malaysia) mempu menyelesaikan fitnah seperti ini, setelah merekanbelajar Islam; memahami pendapat ulama’ salaf dak Khalaf. Belajar berbagai kitab tafsir dan kitab hadith. Namun mereka yang baru ini terutama mutakhir ini, hanya masih bertateh bahasa arabnya, hanya baru belajar satu dua buah dari kitab hadith atau tafsir sudah berani menyerang ulama’ itu dan ini, suatu perbuatan yang kuran berakhlak atau tidak beradab. Beberapa oang yang sekadar tahu membaca beberapa buah hadith sudah berani mengakui tahu akan Islam semua sekali, satu keangkuhan namanya”.


Sebanarnya golongan ini tidak diterima oleh mereka yang benar-benar mencedok ilmu daripada ulama’- ulama’ yang muktabar. Ini kerana mereka sangat angkuh dan sombong dengan pangkat akademik mereka. Sehingga seperti orang lain atau ustaz-ustaz lain ini bodoh semuanya. Saya juga mendapat maklumat ada dikalangan Wahabi ini mengelar Ustaz di Sarawak ini adalah Ustaz kelas C. wah… hebat mereka ini kerana mengkelaskan orang-orang mengikut kayu ukur mereka.

Pada mulanya malas nak menengahkan isu ini tetapi setelah ramai yang bertanya dan mengadu kepada saya maka saya paparkan juga. Saya sekarang dikatakan sedang membawa ajaran yang salah kepada masyarakat Sarawak hanya kerana tidak sealiran dengan mereka. Hahahaha.. lucu kerana beliau mengadu domba dengan orang-orang disekeliling beliau, namun orang-orang disekelilingya adalah dikalangan sahabat-sahabat saya yang mengenali siapa diri saya. Sudah bertahun berjuang bersama dalam lapangan dakwah. Semuanya bertanya, ada si XXX telefon enta atau ada di XXX jumpa enta. Ana kata takda pun. Orang memberitahu saya kerana mereka memang tidak suka dengan akhlaknya. Yang pasti, saya bukanlah orang yang pertama. Bahkan menfitnah saya dengan mengatakan bahawa saya adalah anak muridnya semasa belajar di IKMAS dahulu. Melihatnya pun tak pernah.

Saya kesihan melihat beliau kerana potensinya sebagai bakat muda dalam bidang dakwah di Sarawak terutamannya disia-siakan dengan akhlaknya. Masya-Allah. Padahal beliau adalah orang agama tetapi tidak memahami kehendak Islam sebenarnya

Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda; “Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untukkitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya”.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Walau apapun fitnah yang dilontarkan kepada saya, saya berdoa mudah-mudahan beliau akan mendapat hidayah daripada Allah swt. Guru-guru saya sentiasa menyokong saya, serta sahabat-sahabat lain dikalangan para ustaz-ustaz serta NGO, sentiasa dibelakang saya untuk terus berjuang dalam dakwah di Sarawak. Saya meyakini bahawa dakwah itu merupakan suatu tanggungjawab dan bukan sekadar tempat mencari nama supaya kita disanjung tinggi dan mendapat nama dan pangkat. Ini kerana semua itu, hanyalah ilusi dunia semata untuk menjauhkan diri kita daripada Allah swt.

Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakanuntukmu keampunan sepenuh isi bumi”.
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih.

“Hadanallah wa iyyakum.. ma’attaufiq wal hidayah insya’allah”.

Tiada ulasan: