Rabu, 21 Mei 2008

SELAMAT TINGGAL PENJARA 2006-2008


Tepat pada 14 Mei 2008, tamat sudahlah perkhidmatanku sebagai seorang Pegawai Agama Di Penjara Pusat Kuching. Sedih juga tatkala meninggalkan tempat kerja pertamaku semenjak menjawat sebagi penjawat awam. Jawatan S27 ku tinggalkan demi untuk memenuhi tuntutan S41 yang mengundang cabaran serta tangungjawab yang lebih besar.

Aku masih ingat hari pertama aku melapor diri di Penjara Pusat Kuching (PPK). Seribu satu macam persoalan yang serta anggapan bermain di kepalaku. Bermula dengan sendirian, dan Wdr Penjara Masri Bin Hasbi, merupakan rakanku yang pertama. Seorang yang ceria serta banyak celoteh, namun membuat orang senang berada di sampingnya. Aku melapor kepada Penolong Komisioner Kanan Tuan Rosni Bin Mansor, Pengarah Penjara Kuching.

Sepanjang berada di penjara, banyak sekali yang ku pelajari. Banyak sekali manusia yang ku temui. Kenangan yang tidak bisa ku jelaskan melalui kalam mulut ini, akan ku sematkan di dalam hati. Rakan-rakan sepejabatku mempunyai banyak latarbelakang yang berbeza-beza. Namun mereka merupakan rakan yang tidak akan ku lupakan.

Sedikit perkongsian ini, ku sematkan di dalam diari blogku ini. Sekarang aku masih di Institut Latihan Islam Malaysia, Kursus Pegawai Hal Ehwal Islam, JAKIM. Pada 23 Mei 2008 ini, barulah kami mengetahui dimanakah kami akan di tempatkan. Aku redha di mana sahaja aku akan ditugaskan. Kerana niaku bertugas adalah kerana Allah swt.

Buat teman-temanku yang di Penjara, doaku sentiasa bersama kalian.. Hadanallah ya Iyyakum..

Fi Amanillah.. ilal LiQa, fi Yaumil Sa’adah…

Hasfa Bakhry Bin Hassan
Pegawai Agama Penjara 2006-2008

Tiada ulasan: