ziarah ke makam al-habib Abdul Rahman al-Habsyi
Alhamdlillah, kepulangan ku ke Jakarta banyak menambah wawasan Ilmuku sepertimana yang ku niatkan kapanku pulang ke kampong Isteriku. Dalam perjalananku, aku menziarahi keluarga (kebahasakan dengan keluarga) yang menjagaku saat aku megaji di Jakarta. Juga teman-temanku yang masih belum2 selesai pengajian. Walau apapun, aku tetap bersyukur bias kembali ke Jakarta. Kota yang menceritakan akan kehidupan dunia. Namun perasaan sedikit terkilan dengan pelajar-pelajar yang menyusuliku, yakni pelajar setelah badgeku yang melanjutkan pengajian di sini. . Mereka sangat tidak memperdulikan dengan kehadiran para-para Ulama yang masih ramai di Jakarta ini. Dengan erti kata lain, tidak mahu mencari, ilmu yang mereka dapatkan sekadar di Universiti.
Aku semasa pengajianku, sanggup untuk menghabiskan masa dan waktu dan sanggup menempuh perjalanan yang sanggat jauh semata untuk mendapatkan mutiara ilmu daripada mereka. Berbeda dengan anak-anak baru ini yag kebanyakan daripada mereka hanya suka mengumpulkan kitab-kitab tanpa mengetahui asalnya serta menghabiskan masa ke Mall (pusatmembeli-belah) serta berpacaran. Mereka belajar tidak lain semata kerana inginkan pekrjaan apabila balik kelak. Aku mendoakan agar orang semacam ini, akan dipersulitkan rezeki dengan ilmunya kerana ianya hanya akan mengundang fitnah sekiranya mereka terun kepada masyarakat tanpa bekal apa2.
Adapun yang sempat bertemu denganku, aku berkongsi pendapat tentang kepentingan memburu ilmu.aku menyatakan melalui lisanku, melalui kalam-kalam guru-guruku..
“Ilmu itu sifatnya adalah di datangi dan bukanlah sifatnya itu mendatangi”.
Allah mengabuli permintaanku, dua minggu kepulanganku, sempat juga aku berguru dengan al-Habib as-Syeikh Abdul Rahman Bin Ahmad Bin Ali Bin Abdul Rahman al-Hahsyi. Cucu kepada Qutubuz – Zaman, Al-Habib Ali Bin Abdul Rahman al-Habsyi atau terkenal dengan gelaran Habib Ali Kwitang (Pasak Jakarta) di Kwitang. Aku juga sempat membawa beberapa anak-anak UIN Jakarta untuk mengikuti program aku untuk mengenali lebih dalam para Ulama.
Selesai pengajianku di Islamic Center Indonesia, aku ke Masjid Habib Ali dimana disitu letaknya Makam Habib. Aku mengajak adik-adik untuk menziarahi sambil aku menerangkan kelebihan menziarahi Makam para Waliyullah. Walaupun mereka yang rata-ratanya mengikuti dokterin wahabi (walaupun mereka tidak menyedarinya), aku terangkan satu persatu berdasarkan dalil-dan sunnah nabi saw.
Semasa pulang ke kampusku, aku bertemu dengan teman dekatku sebuah keluarga yang sederhana. Kedekatan akau dengan mereka menjadikan aku sebahagian daripada ahli keluarga mereka. Pertemuan aku dengannya bukan setakat silratulrahmi, namun juga aku diperkenalkan dengan seorang Kiyai yang ketika umurnya baru 15 tahun, telah mencapai makam Mursyid melalui gurunya dalam Tarikat Naqshabandiyah- Qadariyah. Subhanallah. Betapa banyaknya hikmah dan maunah yang Allah swt kurniakan kepadaku dalam kunjungan singkatku ke Jakarta, Bumi Para Habaib (Keluarga Rasulullah saw). Walaupun aku tidak sempat mengikuti Daurah yang dianjurkan oleh As-Syeikh Nuruddin al Banjari al-Makki di Pesantrennya Ma’ahad Az-Zein, Bogor. Materi perbincangan adalah sekitar masalah bid’ah yang dibolehkan serta salah anggap kaum wahabi terhadap isu Bid’ah serta mengupas isu-isu berkenaan umat Islam.
Aku juga bertemu dengan guruku, Prof. Dr. Adriani, yang mana setiap pagi sabtu bertalaqi dengan beliau kitab Risalah Qusyairiah, Kitab induk Ilmu tasauf oleh al-Alamah Imam Qusyairi al-Naisabury. Banyak yang kudapati setelah lama meninggalkan Jakarta. Disamping banyak masukan daripada mertuaku yang boleh ku anggap sebagai Kyai@ulama dalam bahasa malaysianya.
Walau apapun, insya’allah, segaa yang kudapati akan ku manfaatkan dalam diri dan juga masyarakat Islam khususnya di Sarawak. Hadanallahi wa iyyakum..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan