Geert Wilders bukanlah manusia pertama yang menaruh dendam kesumat terhadap al-Qur’an dan al-Sunnah. Sejarah telah merakamkan bahawa watak Wilders tidak lain hanya mengulangi tabiat tokoh-tokoh di zaman Jahiliyyah seperti al-Walid ibn al-Mughirah, Umayyah ibn Khalaf, Abu Jahal dan ramai lagi. Modus operandi merekasama, membazirkan keseluruhan hayatnya untuk menghina, mengutuk, mengeji dan memperlekeh-lekehkan kesucian al-Qur’an dan al-Sunnah.
Apa yang dilakukan oleh Wilders, jika mahu dibandingkan dengan tulisan-tulisan para orientalis yang lebih ‘pakar’ tentang Islam, bezanya umpama langit dan bumi.Perhatikan apa yang dilakukan oleh Wilders jelas menyerlahkan kebodohan dan kejahilan beliau di dalam gaya bahasa menghentam Islam. Bukankah, metodologi yang salah bakal menghasilkan keputusan yang salah? Adakah kerana ketaksuban Wilders terhadap Yahudi menyebabkan beliau menjadi kebudak-budakan di dalam berhujjah. Tidakkah Wilders pernah mendengar bagaimana guru-gurunya yang terdahulu menyebarkan pelbagai keraguan yang mengelirukan berkaitan al-Qur’an. Lihatlah seorang orientalis bernama Noeldeke dalam bukunya Tarikh al-Qur’an menolak keabsahan huruf-huruf pembuka di dalam al-Qur’an dengan dakwaan bahawa itu hanyalah simbol-simbol beberapa teks mushaf milik generasi Islam terdahulu. Huruf mim didakwa simbol untuk mushaf al-Mughirah. Huruf Ha adalah simbol untuk mushaf Abu Hurairah dan Nun untuk mushaf Uthman.
Berkaitan dengan sumber-sumber penulisan al-Qur’an, kaum yang penuhkedengkian ini menuduh ianya berasal daripada ajaran Nasrani, seperti yang didakwa oleh Brockelmann. Ada juga yang menuduh al-Qur’an berasal dari ajaran Yahudi seperti dinyatakan oleh seorang orientalis Yahudi bernama Goldziher. Kaum orientalis berkeyakinan bahawa al-Qur’an itu adalah buatan Muhammad SAW iaitu untuk menggambarkan lingkungan Jahiliyyah di mana Baginda hidup. Menurut orientalis Gibb di dalam kitab al-Wahyu al-Muhammadi, “al-Qur’an hanya buatan orang tertentu, iaitu Muhammad yang hidup di kalangan penduduk Mekah sehingga kehidupan Baginda terpengaruh oleh apa yang Baginda ungkapkan (al-Qur’an)”.
Berkaitan dengan sejarah Nabi SAW, kaum orientalis menyebarkan syubhat dan fitnah berkenaan keberadaannya sebagai wahyu. Mereka menganggap bahawa yang disebut wahyu itu tidak lebih hanya merupakan penyakit mental atau sejenis ramalan dan tahayul belaka. Peribadi Rasulullah SAW sendiri tidak selamat daripada kecaman-kecaman itu. Mereka berdusta tentang keghairahan Baginda terhadap kaum wanita, kecintaan terhadap kehidupan dunia, harta rampasan perang dan harta rompakan. Orientalis Cole menegaskan dalam bukunya al-Bahthu ‘An al-Din al-Haq, “Dari arah timur telah muncul musuh baru, iaitu Islam yang ditegakkan dengan kekerasan,dibangun atas sikap fanatisme paling kolot. Muhammad telah meletakkan pedang di tangan para pengikutnya, telah bersikap biadab mengotori undang-undang etika yang paling luhur, bahkan mengharuskan para pengikutnya untuk berbuat keji dan merompak.”
Adakah fitnah lain yang lebih kejam daripada fitnah tersebut? Apakah ada penipuan, manipulasi, penyesatan dan perlecehan yang lebih hebat daripada semua ini hanya kerana kedengkian semata-mata? Di mana letaknya keneutralan, keadilan dan kejujuran di dalam kerja-kerja ilmiyyah mereka?
Berbalik kepada Geert Wilds. Dia dilahirkan pada 6 September 1963. Seorang ahli politik Belanda yang telah menganggotai Parlimen Belanda semenjak tahun 1998.Ketika ini dia ialah pengasas dan pemimpin Party For Freedom. Dilahirkan di Venlo, sebuah tempat di daerah Limburg di Belanda dan dibesarkan sebagai penganut Roman Katolik. Sejak dua puluh lima tahun yang lalu, dia telah mengunjungi Israel sebanyak 40 kali. Dia mengaku telah bertemu dengan Ariel Sharon dan Ehud Olmert secara peribadi serta mempunyai hubungan erat dengan Mossad. Pada tahun 2003, dia pernah mengungkapkan kalimah cintanya kepada Israel berbunyi: “The past years I have visited many interesting countries, from Tunisia to Turkey and from Cyprus to Iran, but nowhere I have that special feeling of solidarity that I always get if I set foot on the Israeli Ben Gurion Airport”.

Sepanjang rekod menjadi ahli parlimen, dia sering menjadi pendokong dan penyokong kepada Israel dan menyerang mana-mana negara yang dilihat sebagai musuh kepada Israel. Beberapa orang ahli parlimen Belanda menganggap Wilders hanyalah ‘tali barut Israel’ di dalam mengajukan soal-jawab kepada menteri. Tambahan pula Kedutaan Israel terletak beberapa meter sahaja daripada Bangunan Parlimen Belanda. Bagaimanapun Wilders sentiasa menafikan dakwaan tersebut. Wilders juga sering mengemukakan usul-usul yang diilhamkan oleh Israel. Pada tahun 2005, Wilders mengusulkan penggubalan Tahanan Pentadbiran Israel (Israel’s Administrative Detention) di Belanda. Bagaimanapun usul ini telah mendapat kritikan dan bantahan kuat daripada pejuang hak asasi manusia. Ketika dia menjadi ahli parti People's Party for Freedom and Democracy, dia pernah mengambil pekerja daripada pihak Kedutaan Israel di Belanda.
Pada 8 Ogos 2007, Wilders menulis di dalam suratnya kepada akhbar De Volkskrant bahawa al-Qur’an yang digelar olehnya buku fasis hendaklah dianggap sebagai menyalahi undang-undang di Belanda sebagaimana buku Mein Kampf tulisan Adolf Hitler. Dia mengatakan, “Buku (al-Qur’an) menanam rasa kebencian dan pembunuhan, oleh itu ianya tiada tempat di dalam perundangan kita”. Demi membuktikan kesetiaan Wilders kepada Yahudi, akhirnya dia telah melancarkan perang terbuka terhadap Islam melalui filem 15 minit berjudul ‘Fitna’. Melalui filem itu Wilders mengatakan Islam dan al-Qur’an adalah ancaman jangka panjang bagi Belanda dan dunia. Menurutnya filem tersebut adalah peringatan terakhir. Ia memuatkan potongan ayat-ayat al-Qur’an berselang seli dengan rakaman pidato para ulama Islam berkenaan Jihad serta gambar-gambar yang diterjemahkan sebagai ‘keganasan’.
Filem ini diakhiri dengan pesanan: “Pemerintah meminta anda menghormati Islam,tapi Islam tidak menghormati anda” dan “Pada 1945, Nazi dikalahkan di Eropa. Pada 1989, Komunisme dikalahkan di Eropah. Sekarang ideologi Islam”. Bagaimanapun, filem ini jika diamati dan diteliti dengan sedalam mungkin, kita akan dapati bahawa ia amat bertepatan dengan firman Allah di dalam surah al-Hijr ayat 9 bermaksud:
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah
yang memelihara dan menjaganya”.
Wilders juga lupa kepada perancang Yang Maha Bijaksana. Firman Allah SWT di dalam surah Ali Imran ayat 54 bermaksud:
“Dan orang-orang (Yahudi) itupun merancang tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya”.
Maha Suci Allah. Lihatlah betapa Wilders telah mempromosikan sejarah awal jihad peperangan yang disyariatkan kepada umat Islam. Mungkin selama ini tiada umat bukan Islam yang mahu mengambil tahu mengapa ‘jihad’ wujud di dalam agama Islam. Untuk apa? Mengapa? Pilihan Wilders untuk memilih ayat daripada surah al-Anfal sememangnya sesuatu yang tepat. Bukankah al-Anfal merupakan surah yang diturunkan bagi mengisahkan peperangan pertama yang berlaku antara musyrikin Quraish di Mekah dan umat Islam di Madinah pada tahun kedua hijrah iaitu Selepas 13 tahun mereka ditindas, dipulau, diseksa dan dibunuh di tanah air mereka sendiri, Mekah.
Selepas segala penindasan dan keganasan yang melampaui batas-batas kemanusiaan, Baginda SAW dan umat Islam diperintahkan untuk mencari perlindungan dan tapak baru bagi menyebarkan agama Allah SWT. Akhirnya mereka berhijrah ke Madinah al-Munawwarah. Apa yang menyedihkan, mereka terpaksa meninggalkan tanah air dalam keadaan sehelai sepinggang, meninggalkan tanah, rumah, harta benda, anak pinak, pasangan dan saudara mara. Namun, janji Allah tetap benar, penghijrahan mereka ke Madinah membuahkan hasil.
Dengan kepimpinan Rasulullah SAW, Islam berjaya disebar, dijulang martabatnya sehingga digeruni dan dihormati oleh kawan dan lawan. Kejayaan ini akhirnya menimbulkan rasa dengki dan benci yang amat sangat oleh kaum musyrikin Mekah yang pernah menafikan kerasulan Muhammad. Justeru itu perang Badar menjadi saksi pertama kepada segala dendam kesumat mereka terhadap Islam dan umatnya. Lantaran itu Allah SWT membenarkan umat Islam berjihad bagi mempertahankan agama dan maruah diri. Ayat 60 menjadi suatu perintah kepada semua kepimpinan Islam supaya sentiasa memperkukuh dan memperlengkapkan diri dengan pertahanan yang kuat agar digeruni musuh sehingga tidak mungkin diganggu gugat lagi. Tiada langsung arahan di dalam ayat tersebut yang memerintahkan umat Islam membunuh hanya kerana seseorang itu bukan Islam. Bahkan ayat 61 selepasnya, membuktikan Islam bukan agama yang dahagakan darah. Ayat tersebut memerintahkan umat Islam supaya berdamai sekiranya musuh mempunyai kecenderungan ke arah perdamaian. Malah di dalam surah al-Mumtahanah ayat 8 menjelaskan bagaimana umat Islam diperintah supaya berkelakuan baik dan berlaku adil terhadap golongan bukan Islam yang tidak menyerang serta mengusir mereka daripada tanah air mereka. Apakah Wilders tidak menyemak ayat-ayat ini? Biarkan Wilders, kerana kita yakin umat bukan Islam pastiakan menyemaknya selepas ini. Ketika itu, kebenaran Islam akan jelas terserlah!
Wilders juga dilihat seolah-olah kehilangan hujjah untuk menghentam Islam. Isu-isuseperti zina, homoseksual dan anti-agama lain cuba diketengahkan. Tetapi Wilders terlupa bahawa isu-isu itu juga menjadi teras kepada kitab-kitab suci agama lain termasuk Yahudi sendiri.
Seorang penulis Yahudi Belanda, Harry de Winter telah mengkritik Wilders di halaman hadapan sebuah akhbar harian Belanda de Volkskrant. Beliau menyebut, “Kalau Wilders menyebut perkara yang sama terhadap Yahudi dan Kitab Suci Perjanjian Lama seperti yang sekarang dilontarkannya terhadap Muslim dan kitab suci al-Qur’an, maka sudah lama ia akan tersingkir kerana dihukum dengan tuduhan anti-semitisme”.
Winters juga mengatakan, jika dibaca Kitab Perjanjian Lama iaitu kitab suci orang Yahudi, maka akan anda akan menemui juga teks-teks yang membenci kalangan homoseksual, membenci perempuan dan mengajar supaya membunuh orang bukan Yahudi. Di samping itu, Wilders juga perlu sedar, golongan homoseksual di Belanda sememangnya telah lama ditindas dan didiskriminasi oleh pihak kerajaan. Kerajaan Belanda pula dikuasai secara majoriti oleh parti beragama Kristian. Menurut Frank van Dalen, ketua organisasi kaum homoseksual Belanda, undang-undang Belanda memang sengaja disusun bagi memudahkan lembaga-lembaga berasaskan agama seperti sekolah-sekolah Kristian boleh bertindak menolak calon pegawai homoseksual. Mengapa pula Wilders tidak menyentuh diskriminasi Kristian terhadap homoseksual? Mungkin ini menjadi punca mengapa Wilders menjadi sasaran kritikan hebat oleh ahli-ahli parlimen Belanda. Pada dasarnya, sukar untuk kita membayangkan seorang pencinta ‘Yahudi’ dihentam sebegitu rupa oleh sebuah negara Eropah yang terkenal dengan prinsip menjunjung kebebasan bersuara. Pada 1 April 2008, iaitu beberapa hari selepas ‘Fitna’ dilancarkan, parlimen Belanda bergema sehingga ke larut malam kerana membantai Wilders serta memohon ‘tunjuk sebab’ mengapa ‘Fitna’ diterbitkan.
Menariknya, tiada satu pun parti yang mendokong Wilders. Bagaimanapun sikap Wilders amat defensif dan sering tidak konsisten. Misalnya dia mengatakan, kebebasan berpendapat adalah hak asasi manusia, tetapi dia pula mahu membataskan kebebasan umat Islam dengan mengharamkan al-Qur’an. Dia juga mengatakan dirinya tidak menentang umat Islam, tetapi menentang ideologi Islam. Di manakah logiknya pemikiran Wilders ini? Dia turut mengusulkan supaya kerajaan menghentikan kemasukan pendatang dari negara-negara Islam. Menghentikan pembangunan masjid baru dan menutup sekolah-sekolah Islam. Memang usul yang sukar diterima bagi seorang politikus yang hidup di sebuah Negara yang didakwa menganut prinsip kebebasan dan demokrasi.
Di dalam perdebatan parlimen itu juga, Wilders dituntut oleh Perdana Menteri Belanda, Balkenende supaya memohon maaf kepada umat Islam. Bagaimanapun Wilders dengan angkuh mengatakan tidak sekali-kali akan meminta maaf kepada pemerintah walaupun seratus ribu tahun lagi.
Menurut Wilders, apa yang dihajatinya hanya satu. Agar filem ‘Fitna’ menjadi pendorong supaya setiap umat manusia memperdebatkan ‘ideologi’ Islam hingga ke setiap inci agama tersebut. Nah, masanya telah tiba. Seperti yang dipaparkan oleh ‘Fitna’, angka umat Islam Belanda telah meningkat daripada 450 ribu pada tahun 1990 ke 944 ribu pada tahun 2004. Malah jumlah umat Islam di seluruh Eropah telah mencecah ke angka 54 juta orang pada tahun 2007. Berapa pula pertambahan angka umat Islam pada 2008 dan seterusnya? Filem ‘Fitna’ pasti ada sumbangannya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan