
Setelah tiba di rumah keluargaku, aku pun bersiap untuk menunaikan solat marghrib di Masjid yang berdekatan Taman XXX. Walaupun aku keberatan sebenarnya untuk solat di Masjid tersebut kerana aku sangat kasihankan jemaah di Masjid tersebut. Kalau dahulu aku amat berbangga melihat aktfnya masjid tersebut melakukan program2 keagamaan. Aku juga melihat perkembangan ahli Taman tersebut, Daripada malas kepada mengikuti program2 keagamaan, menjadi ahli masjid. Berkat Daripada usaha pihak masjid. Setelah masa berlalu, ramai imigran2 luar masuk ke masjid tersebut. Membawa fahaman-fahaman yang cukup berbeza Daripada aliran perdana. Bahkan, penasihat agama masjid tersebut adalah daripada pihak luar. Yang ingin ku pertanyakan…. Sikda lagikkah orang sia tauk agama??? Padahal setahu aku ada ramai Ustaz-ustaz tempatan yang tinggal di Taman tersebut.
Selesai solat marghrib, aku terkesima kerana tiada lagi alunan-alunan zikir Selepas solat kerana tok Imamnya adalah orang yang BEPEGANG DENGAN SUNNAH NABI YANG TULIN. Orang berzikir secara Jahar (kuat) bukan amalannya datang dari Rasulullah (Masuk Neraka). Aku sedih melihat ada diantara mereka yang tidak mengerti untuk berzikir, maka dengan Kehadiran mereka ke masjid akan menambahkanwawasan ilmu yang tidak mereka miliki. Tetapi, Imam muda kita nie, nak masuk syurga sorang agaknya kerana taknak orang lain belajar berzikir Selepas solat. kasihan orang-orang yang jahil dalam solat.
AQIDAH
Membahagikan Tawhid kepada 3 Kategori
Tawhid Rububiyyah
Tawhid Uluhiyyah
Tawhid Asma’ dan Sifat: Boleh menjerumus kepada tashbih dan tajsim
i. Menterjemahkan istawa sebagai bersemayam
ii. Merterjemahkan yadd sebagai tangan
iii. Menterjemahkan wajh sebagai muka
Tafwidh yang digembar-gemburkan oleh mereka adalah bersalahan dengan tafwidh yang dipegang oleh ulama’ Asha’irah
Memahami ayat-ayat mutashabihat secara zahir tanpa huraian terperinci dari ulama’ mu’tabar
Menolak Asha’irah dan Maturidiyyah yang merupakan majoriti ulama’ Islam dalam perkara Aqidah. Sering mengkrititik Asha’irah bahkan sehingga mengkafirkan Asha’irah
Menyamakan Ashai’rah dengan Mu’tazilah dan Jahmiyyah atau Mua’ththilah dalam perkara mutashabihat Menolak dan menganggap sifat 20 sebagai satu konsep yang bersumberkan falsafah Yunani dan Greek
- Berselindung di sebalik mazhab Salaf
- Sering menjaja kononnya Abu Hasan Al-Ash’ari telah kembali ke mazhab Salaf setelah bertaubat dari mazhab Asha’irah
- Mendakwa kononnya ulama’ Asha’irah tidak betul-betul memahami fahaman Abu Hasan al-Asha’ri
- Menolak ta’wil dalam bab Mutashabihat
- Sering mendakwa bahawa ramai umat Islam telah jatuh ke kancah syirik
- Mendakwa bahawa amalan memuliakan Rasulullah saw boleh membawa kepada syirik
- Tidak mengambil berat kesan-kesan peninggalan para anbiya’, ulama’ dan solihin dengan dakwaan menghindari syirik
- Kefahaman yang salah berkenaan syirik sehingga mudah menghukum orang sebagai membuat amalan syirik
- Menolak tawassul, tabarruk dan istighathah dengan para anbiya’ serta solihin
- Mengganggap tawassul, tabarruk dan istighathah sebagai sebagai cabang-cabang syirik
Memandang remeh karamah para awliya’
SIKAP
Sering membid’ahkan amalan umat Islam bahkan sampai ke tahap mengkafirkan dan mengganggap diri sebagai mujtahid (walaupun tidak layak)
Sering mengambil hukum secara langsung dari al-Quran dan hadis (walaupun tidak layak)
Sering memperlekehkan ulama’ pondok dan golongan agama yang lain.
Ayat-ayat al-Quran dan Hadis yang ditujukan kepada orang kafir sering ditafsir ke atas orang Islam.
Memaksa orang lain berpegang dengan pendapat mereka walaupun pendapat itu shazz (janggal)
ULUM HADIS
- Menolak beramal dengan hadis dhaif
- Penilaian hadis yang tidak sama dengan ulama’ hadis yang lain
- Mengagungkan Nasiruddin al-Albani di dalam bidang ini
- Sering menganggap hadis dhaif sebagai hadis mawdhu’
- Perbahasan hanya kepada sanad dan matan hadis, dan bukan pada makna hadis. Oleh kerana itu, perbincangan syawahid tidak diambil berat
- Perbincangan hanya terhad kepada riwayah dan bukan dirayah.
ULUM QURAN
FIQH
- Menolak fahaman bermazhab kepada imam-imam yang empat; pada hakikatnya mereka bermazhab “TANPA MAZHAB”
- Mengadunkan amalan empat mazhab dan pendapat-pendapat lain sehingga membawa kepada talfiq yang haram
- Memandang amalan bertaqlid sebagai bid’ah; kononnya mereka berittiba’
Sering mengungkit soal-soal khilafiyyah - Sering menggunakan dakwaan ijma’ ulama dalam masalah khilafiyyah
Sering bercanggah dengan ijma’ ulama’ - Menganggap apa yang mereka amalkan adalah sunnah dan pendapat pihak lain adalah bid’ah
- Sering mendakwa orang yang bermazhab sebagai ta’sub mazhab
- Salah faham makna bid’ah yang menyebabkan mereka mudah membid’ahkan orang lain
- Sering berhujah dengan al-tark, sedangkan al-tark bukanlah satu sumber hukum
Najis
Sebahagian daripada mereka sering mempertikaikan dalil bagi kedudukan babi sebagai najis mughallazah
Wudhu’
- Tidak menerima konsep air musta’mal
- Bersentuhan lelaki dan perempuan tidak membatalkan wudhu’
Azan
Azan juma’at sekali; azan kedua ditolak
Solat
- Menganggap lafaz usolli sebagai bid’ah
- Berdiri secara terkangkang
- Tidak membaca ‘Basmalah’ secara jahar
- Menggangkat tangan sewaktu takbir pada paras bahu
- Meletakkan tangan di atas dada sewaktu qiyam
- Menganggap perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam solat sebagai perkara bid’ah (sebahagian Wahhabiyyah Malaysia yang jahil)
- Menganggap qunut Subuh sebagai bid’ah
- Menganggap menyapu muka selepas solat sebagai bid’ah
- Solat tarawih hanya 8 rakaat; yang lebih teruk lagi, mengatakan solat tarawih itu sebenarnya adalah solat malam (solatul-lail) seperti yang dibuat pada malam-malambiasa.
Zikir jahar di antara rakaat-rakaat solat tarawih dianggap bid’ah - Tidak ada qadha’ bagi solat yang sengaja ditinggalkan
- Menganggap amalan bersalaman selepas solat adalah bid’ah
- Menggangap lafaz sayyiduna (taswid) dalam solat sebagai bid’ah
- Menggerak-gerakkan jari sewaktu tahiyyat awal dan akhir
- Boleh jama’ dan qasar walaupun kurang dari dua marhalah
- Memakai jubah dengan singkat yang melampau
- Menolak sembahyang sunat qabliyyah sebelum Jumaat
Doa, Zikir dan Bacaan al-Quran
- Menggangap doa beramai-ramai selepas solat sebagai bid’ah
- Menganggap zikir dan wirid beramai-ramai selepas sembahyang atau pada bila-bila masa sebagai bid’ah
- Mengatakan bahawa membaca “Sodaqallahul-‘azim” selepas bacaan al-Quran adalah bid’ah
- Menyatakan bahawa doa, zikir dan selawat yang tidak ada dalam al-Quran dan Hadis sebagai bid’ah
- Menganggap amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat sebagai bid’ah yang haram
- Mengatakan bahawa sedekah pahala tidak sampai
- Mengganggap penggunaan tasbih adalah bid’ah
- Mengganggap zikir dengan bilangan tertentu seperti 1000, 10,000 dll sebagai bid’ah
- Menolak amalan ruqiyyah shar’iyyah dalam perubatan Islam seperti wafa’, azimat dll
- Menolak zikir isim mufrad: Allah Allah
- Melihat bacaan Yasin pada malam nisfu Sya’ban sebagai bid’ah yang haram
- Sering mengkritik kelebihan malam Nisfu Sya’ban
- Mengangkat tangan sewaktu berdoa’ adalah bid’ah
- Mempertikaikan kedudukan solat sunat tasbih
Pengurusan Jenazah dan Qubur
- Menganggap amalan menziarahi maqam Rasulullah saw, para anbiya’, awliya’, ulama’ dan solihin sebagai bid’ah
- Mengharamkan wanita menziarahi kubur
- Menganggap talqin sebagai bid’ah
- Mengganggap amalan tahlil, yasin bagi kenduri arwah sebagai bid’ah yang haram
Tidak membaca doa’ selepas solat jenazah - Sebahagian ulama’ mereka menyeru agar Maqam Rasulullah saw dikeluarkan dari masjid nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam dari syirik
- Menganggap kubur yang bersebelahan dengan masjid adalah bid’ah yang haram
- Doa dan bacaan al-Quran di perkuburan dianggap sebagai bid’ah
Munakahat
Menolak sambutan mawlid nabi; bahkan menolak cuti sempena hari Mawlid Nabi; bahkan yang lebih teruk lagi menyamakan sambutan mawlud nabi dengan perayaan Kristian bagi nabi Isa a.s.
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
Ramai para professional menjadi ‘ustaz-ustaz’ mereka (di Malaysia)
Ulama’ yang sering menjadi rujukan mereka adalah:
- Ibnu Taymiyyah
- Ibnu al-Qayyim
- Muhammad Abdul Wahhab
- Sheik Abdul Aziz Ibn Bazz
- Nasiruddin al-Albani
- Sheikh Soleh Ibn Uthaimin
Sering mewar-warkan untuk kembali kepada al-Quran dan Hadis (tanpa menyebut para ulama’)
Sering mengkritik Imam al-Ghazali dan kitab “Ihya’ Ulumiddin”
PENGKHIANATAN MEREKA KEPADA UMAT ISLAM
Bersepakat dengan Inggeris dalam menjatuhkan kerajaan Islam Turki Usmaniyyah
Melakukan perubahan kepada kitab-kitab turath yang tidak sehaluan dengan mereka
Ramai ulama’ dan umat Islam dibunuh sewaktu kebangkitan mereka
Memusnahkan sebahagian besar kesan-kesan sejarah Islam seperti tempat lahir Rasulullah saw, telaga baginda, tempat lahir Sayyiduna Abu Bakr dll, dengan hujah perkara tersebut boleh membawa kepada syirik
TASAWWUF DAN TAREQAT
- Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab sufi yang mu’tabar
- Sufiyyah dianggap sebagai terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani
- Tidak dapat membezakan antara amalan sufi yang benar dan amalan bathiniyyah yang sesat
Perhatian:
Sebahagian daripada ciri-ciri di atas adalah perkara khilafiyyah. Namun sebahagiannya adalah bercanggah dengan ijma’ dan pendapat mu’tamad empat mazhab. Sebahagian yang lain adalah perkara yang sangat kritikal dalam masalah usul (pokok) dan patut dipandang dengan serius.Ini adalah sebahagian daripada ciri-ciri umum golongan Wahhabiyyah yang secara sedar atau tidak diamalkan dalam masyarakat kita. Sebahagian daripada ciri-ciri ini adalah disepakati di antara mereka dan sebahagiannya tidak disepakati oleh mereka. Ini adalah kerana di dalam golongan Wahhabiyyah ada berbagai-bagai pendapat dan mazhab dalam berbagai peringkat. Apatah lagi apabila setiap tokoh Wahhabiyyah cuba berijtihad dan mengenengahkan pendapat masing-masing sehingga sebahagiannya terpesong terlalu jauh dari aliran Ahlus-Sunnah wal-Jama’ah. Kami terpaksa mengugurkan banyak lagi ciri-ciri lain yang berkaitan bagi meringkaskan risalah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan