.jpg)
Minggu ini agak sibuk untukku, kerana undangan ceramah terlalu banyak dengan spesifikasi yang berbeza dan juga sasaran yang berbeza. Mungkin inilah dugaan dan ujian daripada Allah kepada ku untuk menguji kesabaran serta menguji tahap nafsul lawwamah yang ada pada diriku. Allahumma khtimlana bi khusnil khotimah..amin. Petangnya aku solat marghrib di surau UITM. Aku berharapan dapat bertemu dengan sahabat-sahabatku yang bertugas di UITM, Ustaz Zambri (Jordan), ustaz Ilyas (sahabat dekatku), Ustaz Azwan (IKMAS). Tapi Allah lebih mengkehendaki yang lain. Selesai solat, aku fikir Imam tadi adalah ustaz Azwan, rupa-rupanya, Ustaz Sopian (Surabaya). Selesai solat, aku pun menunggu sebentar kerana ingin mendenga kuliahnya (Aqidah Islamiah). Kebetulan, aku akan memberikan talk di UNIMAS berkenaan Seminar Anti Wahabi pada hari Sabtu 29 Mac 2008. Manalah tahu, ada in-put yang baru. Setelah itu, akupun meninggalkan surau UITM untuk menuju ke Dewan Kuliah 1 tanpa sempat menyapa Ustaz Sopian. Maaf Ustaz Sopian..
.jpg)
Aku bawa Abuzar dan juga pelajar internship UNIMAS yang praktikal di penjara menemani aku. Untuk memberikan pengalaman kepada mereka serta disamping sebagai juru gambar tidak bertauliahku. Apabila menghampiri DK1, aku melihat suatu suasana yang amat pelik. Dalam hatiku, UITM sedang menganjurkan konsert apa agaknya malam ini. Dan semuanya bertumpu pada suatu dewan. Kerana tidak mengetahui selok belok UITM, aku menyuruh Abuzar menghubungi pengarah projek. Rupa-rupanya, tempat yang aku fikir berlangsungnya konsert tadi adalah tempat yang akan aku hadiri untuk talk. So, akupun terus keluar dan bertemu dengan pihak urusetia dalam keadaan masih terkejut dengan fenomena yang berlaku. Akupun masuk ke dewan kuliah 1 yang kira-kira boleh menampung kapasiti seramai 300 orang pelajar.
Aku pun berjumpa dengan Miss Hallen, Fellow Kolej Serapi 1. Berkenalan dan bertukar pandangan. Sambil aku cuba untuk mengetahui objektif program ini serta permasalahan yang sering berlaku untuk disesuaikan dengan rentak ceramahku kelak. Setelah lebih kurang 10 minit duduk, pelajar-pelajar masih belum putus untuk memasuki DK1. Padahal ketika aku masuk tadi, kerusi yang ada di dalam DK1 sedapun penuh. Dan setelah kira kira 15 minit kemudian, berulah semua pelajar berada dalam DK1. Partisipasi pelajar menurutku dalam 600++ orang. Hanya untuk mendengan ceramah aku selama 2 Jam. Rupa-rupanya, pelajar-pelajar yang menghadiri aktiviti ini akan menerima mata ko-kurikulum, yang membolehkan mereka kekal di asrama. Walaupun demikian, pihak penatia tidak membayangkan seramai ini yang akan hadir dalam ceramah ini, tapi, INIKAN KERJA ALLAH SWT.
Tapi menurut aku, walaupun turun dalam keadaan paksa rela, at lease mereka mendengar ceramah tersebut. Hadir walaupun dengan niat serta agenda yang berbeza-beza. Tanpa membuang masa, dengam lafaz puji dan tahmid kepada Allah swt, aku memulakan ceramahku. Dalam pada itu, hatiku amatlah seronok kerana aku melihat bagaimana sekiranya remaja belia dihadapanku ini akan banyak memberikan sumbangan kepada masyarakat. Dan sehinga akhir program, tidak ramai yang berganjak daripada tempat duduk mereka sepanjang 2 jam aku bercakap. Bermacam-macam isu yangku sentuh, dan yang penting juga, dengan kemajuan teknologi, slide show memudahkan lagi method penyampaianku. Dan Alhamdulillah, Allah swt memudahkan lisanku, menjernihkan akalku unuk menyampaikan apa yang sepatutnya disampaikan tanpa masalah.. Alhamdulillah
Setelah selesai, akupun di ajak makan oleh penatia. Kerjasama daripada pelajar UITM amatlah menggalakan. Tidak ada masalah sepajang ceramahku.doaku, mudah-mudahan usahaku ini akan dinilai oleh Allah swt sebagai ASA (Amanah Saham Akhirat). Selesai makan, akupun pamitan denga Miss Halen, Pengarah Projek Azianna dan sahabatnya yang aku tidak sempat berkenalan. Inysa’allah lain kali.
Tahniah dan syabas peajar UITM Sarawak kerana telah mengadiri ceramah keilmuan ini. Didoakan semoga ilmu yang memberikan manfaat akan dapat digunakan sebaikna. Terimakasih kerana sudi menjemput ana untuk memberikan pengisian.
wallahu ta’ala a’lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan